Part yg paling suspend adalah masa nak letak sayap kat doll tu.. i guna strategi yg berkesan dan effective iaitu dgn cara menggunakan kayu utk cucukkan sayap ke blakang fairy tu.. confirm lekat kuat n kukuh.. dah lama i dok fikir cemana nak buat sayap kat Fairy.. nasib baik datang ilham.. I juga sapukan plain cutex kat serbuk blink2 yg diorg letak kat sayap tu supaya tak tertanggal terkena kek.. so dont worry.. it is save.. Part2 lain yg best adalah seisi nak set up rambut dia yg panjang mengurai tu.. susah korang tau ak.. kalau lepas, rambut dia paras pinggang.. mcm2 sanggul i try buat.. last2 ini jer yg sesuai. (kena ambik kursus set rambut ler pulak pas nih)
Ni gambar masa tak letak sayap lagi.. masa ni rasa mcm nak trus hantar camni jer.. biar dia pegang magic stick ajer dah.. ( i immagine, tup2 masa letak sayap tu kat blakang, gedebussshhh habih londeh skirt fairy tu.. mati aku nak jawab apa kat Nirmalar).. Tapi setelah i membuat penilaian, pemerhatian, penelitian dan kajian serta penyelidikan (chheeyywwaahh), maka i yakin strategi i berjaya! Ahakss ya betoll ternyata berjaya..
Ini la dia Sharvena...tengah potong kek.. Cuteeeee sangat baby ni.. i belikan skali kat dia wings yg serupa dgn kek so bagi nampak sedondon ngan kek Fairy.. Mula2 i ngan Manimalar plan nak decorate gaun barbie tu bg sama ngan gaun Sharvena.. tapi mcm susah plak nak cari kesesuaian..
Sharvena dah geram! dia trus nak makan pisau potong kek! nak taste kek yg dia potong tadi.. Ni pun kira kes nak Cuit Cute Cakes ler nih.. cuit krim pun jadi lahh. lambat sangat nak tunggu mummy n daddy suap.. Ni gambar sekeluarga Manimalar yg jelita berserta hubbynya yg hensem mcm Man Bai dan anak tunggal mereka yg tersangat comell, Sharvena.(Manimalar, Kalau u nak tau, Man Bai tu artis era 90-an nyayi lagu 'kau ilhamku': Beribu bintang di... langitt kiian menghilanggg... meraba aaaku dalamm kelammm..)
Grand gak party Nirmalar ni.. siap ada kanopi berhias yg besar n balloon2 membentuk pintu gerbang. Semua warna pink.. Nampak tu, dia siap buat poster Sharvena lagi.. Ada lampu liplap-liplap, ada bunga2an, makan makanann... Semua kengkawan, sanak saudara atok nenek dia datang...Ramai! Bertuahnya kauuu Sharvena...* Thank You Very Much Manimalar for sending me all the pictures.- I bgtau Manimalar, nanti i harap dapat buat wedding kek plak kat Sharvena.. hehehe alaa bukan lama mana pun.. lagi 20 tahun jer.. masa tu i kuat lagi.. masa tu i baru nak masuk 30-an..kuat lagiiii. Ahakssss ehheksss uhhuksssss hehehehe.
No comments:
Post a Comment