Showing posts with label Soft Fondant-floral themed. Show all posts
Showing posts with label Soft Fondant-floral themed. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Soft Fondant private class bersama Sarinah & cikgu Ita


Musim org dtg belajar soft fondant plak lately.. ikut syarat mengikuti kelas DIY di CCC mesti ambik sekurang2nya 2 resepi setiap sidang.. maka kak Sarinah n Ita dah pun plan.. siap senarai lagi 2-3 resepi lain yg diorg nak belajar selain soft fondant. Tup2 tetiba ai ada hal ler plak tak leh nak buat kelas yg ambik masa terlalu panjang.. so sebagai memenuhi impian mereka nak buat kek kawen.. mereka pilih blajar soft fondant dulu



Kak Sarry yg tekun buat kek.. rajin kak ni.. multi talented..serba boleh.. kalau boleh apa2 aja kelas masakan yg ada didonia ini dia nak masuk.. walaupun dah belajar dah resepi yg sama tapi dia rajin dok p menuntut dari guru2 yg berbeza.. tabik seperinggggg ai kat dia..



Kebetulan tarikh DIY class tu kak Sarinah booking purposely pasai anniversary dia n enchek hubby. Kira surprise ulangtahun perkahwenan la nie..



Cikgu Ita.. cikgu yg pandai buat kek.. kali ni kelas dodua org cekap buat bunga walau baru ajar.. pick up baguih ni.. hehe

Hasil kek Cikgu Ita yg menawan kelebuu...

Ok Kak Sarry n cikgu Ita.. tengkeiuww very much.. nanti bila2 kita sambung subject yg terlepas tu ya.. babaii


Tuesday, November 27, 2012

DIY Private & personal class: Nurjannah (soft fondant n slice cake)

NurJannah ni tokey kedai kek yg satu2nya terdapat kat pekan Sik . Alhamdulillah.. semakin maju ai tengok bisness dia skarang..

Dah byk kelas dah Jannah follow ngan CCC. Kesemuanya Jannah balik practickan kat kedai.. seronok bila Jannah cerita kek2 yg dia juai kat kedai dia alhamdulillah mesti abeh..skarang ni Jannah nak tambah skill buat kek yg lebih "serius" mcm wedding cake atau kek hantaran mcm yg dia dtg belajar nih..

Kek ni Jannah niat nak sponser cousin dia yg akan melangsungkan perkahwinan minggu tu. sementara nak tunggu tarikh wedding..dia simpan kek ni kat kedai dia.. alhamdulillahh skali lagi Jannah cerita.. pas2 boh dlm chiller tu terus menarik byk mata yg memandang sampai Jannah terus terima tempahan pertama.. (by today taktaw la plak dah berapa tempahan yg dia dah dapat)...tahniahhh!!

Slice cake ni pun senang nak juai.. boleh juai murah2.. mesti laku punya lahh..

Ok Jannah..tengkeiuwww skali lagi kerana sudi berguru ngan CCC. Pas ni Jannah nak lebarkan sayapnya dengan nak menjoin kelas Back to basic sabtu ni..yg mana kek2 resepi dlm modul tu confirm lagi senang nak juai.. so nanti bertambahlah produk lkat kedai Jannah.. Seoga semakin maju ya Jannahh..ameenn



Wednesday, November 21, 2012

kek kaler baskin robin

RM75

 Kali ni customer buat special request utk  pilih kaler bunga kek ala2 baskin robin..alaaa yg ice cream sedap tue.. pink terang kepurplelan dan biru terang kepolisan..hehe.. Selamat bertunang Wana & Shuk.. tengkeiuww so much..

Thursday, June 21, 2012

Selamat bertunang Nurul Shakierah

Chocolate Moist Soft fondant cake; rm75/kg

Tengkeiuwww Nurul Shakierah for the ordersszz.. salam pertunangan dan selamat berbahagia selalu..

Friday, March 23, 2012

Kek hantaran Farhan-Izzati

Chocolate moist soft fondant: rm80/kg
Tempahan berikut dari Puan Shahiza yg tak jemu2 menempah kek kat CCC. Kalau sebelum ni utk majlis pertunangan Farhan-Izzati, kali ni tempahan utk dibuat hantaran perkahwinan plaks..alhamdulillah..slamaat ke jinjang plamin.. utk tempahan kali nih, kek bentuk love dgn bunga2 merah ang2 menjadi pilihan.
Tengkeiuww cikgu Shahiza..Selamat Pengantin Baru Farhan-Izzati..

Wednesday, March 21, 2012

Biru- putih, Razali-Hidayah

Chocolate moist Soft fondant cake= rm75/kg
16 pcs cupcakes/box= rm 40
Tempahan sedondon kek dan cuppies dengan tema warna biru-putih jadi pilihan pasangan Razali dan Hidayah dlm majlis pertunangan mereka.. congrats..

Friday, December 2, 2011

Fondant vs Soft fondant- kak nab, Lia n Suhaida

Memandangkan ai skarang dah mula bercuti sampai pertengahan disember..so, nak kasi cepat sket creta, kali ni ai himpunkan 3 tempahan fondant vs soft fondant dlm satu entry.. uoll boleh compare sama tak kualiti fondant n soft fondant.. walaupun reganya jauh beza.. pilihan ditangan anda..hehe (sendiri mau pikirr..-ahaks)
Cher teka-cher teka.... ni kek fondant kaaa soft fondant? yaaaaa salah...muahahaha ni adalah kek fondant.. (yo yo aaa jer ai teka jwpn uols) RM130
Cher teka yang ni plakss... fondan kaaa....soft fondant..ahaks.. yaaaaa betuiii...yg ni soft fondant..tempahan majlis pertunangan anak kak nab ; RM 80
Ni plakssss..cher teka... yaaaa betuiii...ni soft fondant.. rm 75 tempahan Julia, utk majlis kenduri kawen anak sedara Lia
Macamm samaaaaa aja kan fondant n soft fondant..slalu gak customer tanya apa bezanya dari segi ketahanan.. ai suggest, kalau kek ni utk nak bawak jauh, nak lasak2..tempah ler fondant sbb krim nya keras.. boleh ketuk2 mcm ketuk pintu..manakala soft fondant plak ropanya aja bagai fondant tapi kalau potong, krimnya lembut gituuu..makan pun senang.. so dilarang ler korang nak ketuk2 mcm ketuk pintu plaks kat kek soft fondant..kang nampak "kesan buku 5" kat kek tu plaks..ihiksss..

ok Kak Nab, Suhaida n Lia..tengkeiuw2 for the orderzzz.... yahuuuuu...ai dah boleh COTIIIIIIII!EEEE!!!!!

Wednesday, November 16, 2011

soft fondant-Asmaliza

Tempahan kali ni datang dari Asmaliza.. tema pilihan pink putih dan bebas design.. Atas sebab2 yg hanya diketahui kami berdua, kek Asmaliza ni tetiba merimbun plaks bonga2nya tak macam kek2 lain.. tempahan khas lagi exclusive tuuuuu...
Kek Choc moist Soft Fondant Bunga Lebih: rm85

Ok Asmaliza..tengkeiuwwww.. See u again..

Thursday, October 20, 2011

Jambangan indah suntingan mempelai

Hehehe.. tajuk cerita macam pesta pantun la pulakkss.. kehkehkeh. (tgh mood balada nusantara sat!)nTempahan dari kTez lagi.. chocolate moist soft fondant cake.. buat hantaran balas bg pihak lelaki dlm majlis akad nikah anak dara tunggalnya..
Tengkeiuu ktez.. sapa nak belajar cara buat kek soft fondant cegini boleh booking tarikh ngan CCC utk kelas seterusnya yg dirancang dlm bulan 11 ni. Kelas kek kawin soft fondant bagi tarikh 22 hb ni dah pun penuh..harap tak der org masukkan deposit lagi utk kelas kek kawen tu kay.. tengkeiuuuu...

Thursday, July 21, 2011

Tempahan Pertunangan Arina & Fizie

Arina ni pun antara regular customer kat CCC nie. Kalau sebelum ni, Arina slalu tempah cupcake utk hadiah hantaran kengkawan dia, utk birthday mummy dia n so on, kali ni tibalah masa Arina tempah tempahan utk majlis pertunangan dia sendiri dgn Fizie.
Soft fondant choc moist cake= RM75/kg
Tema majlis Rina ni peach-pink. So Rina nak ai buat semuanya dgn tema kaler tu.. Soft ajer kaler pilihan Rina ni..
RM70/box of 16 pcs-Fondant cuppies
Selain kek Rina juga tempah cuppies fondant ni. sama gak, dia nak peach-pink. Rina tempah skotak utk balasan hantaran pihak Fizie kat dia..
20 sen ajer sebijik
XXS cuppies pun Rina tempah beberapa ratus biji.. utk buat makan2 kot, ni pun rina request perisa oren (kaler peach), stoberi (kaler pink) dan tambahan perisa chocolate..petang2 minum ngan kopi atau teh best nih.. ramai2 balik, syok gak rebut2 xxs cuppies ni..hehe

ok Arina, Selamat Bertunang..semoga ke jinjang pelamin.. nanti kenduri boleh booking ngan CCC lagi kek, hantaran n door gift taw.. dah boleh survey2 dah skarang nak tema cemana dan kaler apa..

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Pengantin baru Nurasiah

Nurasiah buat tempahan kek soft fondant utk majlis perkahwinanya cuti sekolah bebaru ni. Dia nak buat sebiji besaw..2 kg trus. tema gold putih gitu.. Alhamdulillah Nurasiah hantar sms kat ai :

"Salam..kak kek tu sedap.my husband n family terutamanya anak2 sedara suka sgt2. thanks. Len kali boleh blajar camne nak buat soft fondant.hehe.."
Choc moist Soft Fondant cake= rm150/2kg
So kepada sesapa yg nak belajar buat soft fondant yakni kek yg serupa sebijik sejiban mcm kek fondant yg icing keras tu, boleh ler daftar nama ngan CCC utk kelas kek wedding soft fondant 3 tingkat. Kek ni icing dia lembut gebu gitu..Tak manis dan confirm digemari ramai.Pas kelas tu, korang dah boleh buat sendiri kek yg halusss mulus mcm gambar diatas ni dgn menggunakan resepi yg CCC gunakan. Pas kelas ni dah confirm boleh ambik tempahan apa2 jua kek pun hatta kek birthday, kek kawen, kek bertunang, kek kat bos, kek kat mertua.. bla bla bla.. Kelas akan diadakan Julai nanti..tarikh akan ditetapkan kemudian..(weekend ler kot)..

Tengkeiuuu Nurasiahh..Selamat berhoneymoon..

Monday, February 28, 2011

Selamat Bertunang Melati- Firdaus

Rina Fazila tempah kek ni utk kawan baiknya Melati sempena majlis pertunangan beliau dgn Firdaus. Tak pasti plak Rina ni dok mana tapi yg i taw, dia tak dpt balik so sebagai hadiah utk Melati, Rina sponser kek ni utk majis pertunangan Melati.
Choc moist Soft fondant cake: rm75/kg
Dengan tema purple (n sikit pink kepurplelan) Rina pilih design bunga keliling ni.. So Melati, nanti wedding kita kasi gempak plak ngan kek tengkat2 kay..? Selamat Bertunang Melati & Firdaus.. Tengkeiuu Rina Fazila..

Saturday, January 8, 2011

Majlis Pertunangan Aisya & Raney

Unik warna pilihan Aisha ni.. Dia memilih warna gabungan pink-grey utk majlis pertunangan dia bebaru ni.. kek ni bakal Aisya balas bekas rombongan meminangnya..
Ni plak Aisya tempah seksiap kek hantaran sebelah lelaki utk sebelah perempuan. hijau-putih.. sejuukk aja kaler nih..
Soft Fondant Choc moist cake ;Rm75/kg each
RM35/box of 16 pcs
Selain 2 biji kek soft fondant ni, Aisya juga request 16 pcs cuppie yang merangkumi warna tema kedua2 belah pengantin

Monday, January 3, 2011

Brown Gold Wedding cake

2kg Soft fondant cake=RM150
Hani minta 2kg soft fondant cake dengan tema warna brown gold bagi majlis potong kek yang dibuat di sebuah dewan (lupa plak nak tanya dewan kat mana). Nasib baik bunga kaler brown still ada dlm simpanan stok CCC. (last stock).Bukan apa kaler brown jarang org minta, gold selalu tapi bunga kaler brown n gold memang susah nak cari kat S.P. Slalunya, i akan borong stok2 brg yang tak de dijual di S.P bila i berkunjung ke rumah Sifu i kat Somban. Kami slalu turun beli brg2 kek ni kat Bangi. Macam2 adaaaa... hehe. So buat masa terdekat ni sesapa yg nak kek bunga brown, tak dapek lah den nak nolon.. yg u all nampak bunga kaler gold tu pun, i touch up sendiri dgn mengunakan bunga keler putih, then i guna fruits glaze, campur sikit ayer, taruk sikit brown, taruk sikit yellow..then ada ler qoper gold sket..hehe.. dari riak wajah Hani tu, nampak mcm dia gumbira ler dgn kek nih.. wokeyhh Hani, pe pe hal, keep in touch kay..

Thursday, December 30, 2010

Mimi Merina selepas 17 tahun..

Mimi Merina, my old friend..masa kat Father Barre's Convent dulu, tak sangka Fb punya hal, terjumpa semula beberapa geng2 zaman 'jahat' dulu. Kali ni bila jumpa masing2 dah jadi mak2 budak. Mimi dah anak 4.. maintain cun jer si Mimi ni, cuma agak kurus sket dari zaman sekolah waktu kami sama2 naik basikal pegi tuisyen kat Tmn Bunga Raya dulu.. Aduhaiii, nostalgianya bila jumpa kengkawan lama.. speechless masa baru2 jumpa, tak taw nak cakap apa sbb terlalu byk benda nak cerita n nak cakap.. tapi tu masa mula2 aja la..pas berurusan bab kek ni berkali2, kami dah mcm kami 17 thn lalu..tak berubah..asyik nak 'gadoohh' jer..pastu gelakkk..pastu gadohhh pastu gelakkk hmmm
RM75/kg:Choc Moist Soft Fondant cake
Mimi tempah kek ni sempena majlis akad nikah adik dia. dengan tema kek kaler gold Mimi srh i buat jer cemana pun..
*Seronok jumpa hang balik Mimi..aku ingat lagi, kita dua antara yg memiliki rambut paling kembang dlm kelass.. boleh buat penyapu sawang..HUAHUAHUAHUAHUAHUAUAHUAH.. Ingatan bersama Mimi kait buah belimbing kat rumah tuiyen bunga raya sementara tunggu cikgu tuisyen dtg masih terbayang2.. (form 3 kot masa tu) ish2 tak senonohnya kita masa tu.. hang aaaa pengaruh aku, aku budak baik..(larriiii.......)

Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Fatimah & Zulfadli

Soft Fondant cake; RM75/kg
Suatu ketika dulu, CCC pernah memperkenalkan kek hantaran tempahan Madihah dgn tema simple,sweet n soft. Semenjak gambar kek tu di masukkan dlm blog, hampir semua tempahan soft fondant selepas itu request design tu.. kira buat masa ni design ni la ditangga teratas yg hot di CCC.. Fatimah dari Taman Intan Sungai Petani antara yang 'jatuh hati' pada design ni. Fatimah tempah kek hantaran bg kedua2 pihak.
Soft Fondant cake; RM75/kg
Hantaran sebelah lelaki plak Fatimah tempah design mcm biasa, serumpun bunga diatas..

Set tema sebelah Fatimah; pink purple. Set tema sebelah Zulfadli; purple biru
Selamat Pengantin Baru Fatimah n Zulfadli

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Pengantin Baru Fathehah & Fadlee

RM75/kg: Choc moist Soft Fondant cake.
Tema purple.. kek yg bakal Fathehah terima, hantaran dari pihak lelaki

Fathehah jadikan CCC sebagai one stop point dlm mengorder kek2 hantaran dari kedua2 pihak pengantin dan kek utk majlis potong kek. Kan senaangg begitu.. tak yah pening kepala kann..
RM75/kg: Choc moist Soft Fondant cake.
Tema merah putih..hantaran dari Fathehah utk Fadlee
Ni Plak kek 2 tingkat utk majlis potong kek sebelah Fathehah. Fathehah request maintain tema warna kek tone merah tapi nak kek color silver..
RM225/ 2 tiers choc moist soft fondant cake
Jap tadi Fathehah sms i bgtau dia n family semua suka kek yg dia tempah tu.. "santek n sodap" kata Fathehah.. tengkeiuuuu..muah..muah to u too Fathehah..
Fathehah's complete order

Saturday, November 6, 2010

Selamat Pengantin Baru, Norazmila

Norazmila pilih tema warna oren putih utk majlis potong kek dihari bahagia beliau..
2 tiers Soft Fondant Chocolate Moist; RM225

Selain kek 2 tingkat utk majlis potong kek diatas, Norazmila juga order kek chocolate moist super lembab ni..(hehe), rasanya maybe utk buat makan2 family kot..tak pun ada gak yg pilih kek ni utk hantaran.. lupa plak i nak tanya.. Anyway Mila, Selamat Pengantin Baru..