Monday, November 30, 2009

Flower bouquet part 3


Price:RM95 (choc moist)

Ordered by Asnarita dari Alor Setar. As ni buat order n booking awal.. tapi yg lawaknya, dah last minute baru dia prasan tarikh dia booking tu salah tarikh.. hehehe.. Then As called me minta i awalkan tarikh dia nak pick up flower bouquet ni. Tarikh yg dia nak tu plak adalah pada Hari Raya Aji (malam) - Alamak, tak raya ler i.. memandangkan i takut keja i tak sempat abih (coz ada tempahan lain) so malam raya tu, pas semua tempahan lain dah di ambil, i trus buat 'over time' start projek flower bouquet. Next day, pegi raya rmh mertua langsung hapa pun i tak bawak.. biasanya, i akan buat kek sebiji 2 utk rmh mertua.. tahun ni, pegi raya, siap i tertidur lagi kt rmh mertua.. hehehe Maafkan ku ibu mertuaku.. Anyway, hati rasa senang walaupun ngantuk coz tak kalut fikir nak balik buat keja coz semua keja dah settle. tunggu As dtg ambik jer malamnya. Mlm tu As cari rmh i sampai sesat.. Marah cek Abang dia.. dia kata i bagi direction salah.. huhuhu.. patik minta maap.. mungkin pening lalat kot.. Sib baik i tak bg direction p rmh mertua i kat As n Hubby.. hehehe minta maap ya..

Sweet, Soft and Simple cuppies


Price:RM35/box of 16 pcs

Nurul yg tinggal kat Taman Sejati Sungai Petani nak surprisekan tunang dia dgn cuppies yg ada 3S iaitu yg nampak sweet, soft n simple.. Then nurul kata dia nak combinasi warna merah, putih n choc. Then ini lah hasilnya.. Petang tu Nurul datang ambik sendiri dgn tunang yg di surprisekannya..

Saturday, November 28, 2009

Pemandangan petang raya AidilAdha.


Disaat org lain dok sebok kat dapur buat ketupat n rendang utk raya, i plak... ni lah hasilnya.. nampak tak.. yg hijau2 tu lomang, yg kuning2 tu ketupat, yg oren2 tu ayam masak merah n yg itam legam tu anggap lah mcm rendang tok.. kekkekehkeh

Lupa plak nak bgtau, utk customer2 i yg order Choc moist bebaru ni, maybe diorg dok buka blog i tapi crita xder. Bukan pa, since gambar sama jer semua choc moist yg i buat, so, i tak publish ler. Bukan nya org dah tak order.. cuma i yg tak ambik gambar. Mcm gambar diatas, petang raya haritu, my regular customer Puan Jamaliah (anaknya Nurin) order Choc Moist utk surprisekan hubby dia sempena b'day beliau. Sebelum tu tengkiu gak kat Puan Nurliza Ahmad dari Kepala batas yg merahsiakan identitinya mengorder konon2 atas nama 'kawan k.liza' nak order.. hehehe. Selain tu, Cikgu Saadiah (juga my regular cust) pun order Choc moist gak. Dia kata, dia berbesar hati tul dgn family dia serta anak2 sedara, bila bok balik kek ni, then semua kumpl ramai2 terkam sampai habis n semua gembira.. semua suka. Dia kata nak order lagi bila2 nanti, bila semua anak2 sedara dia yg lain plak balik. "seronok tengok diorg makan, k.yus.."

# I lagi suka terima order korang...hehehe

Friday, November 27, 2009

VVRROOOMM- VRROOMMM Jannah to Hubby

Motor idaman hubby Jannah-siap dgn spare part tayar-betul ler Nizam srh ambik spare part.
I saja jer buat helmet tu ada lambang "JANNAH"- hehehe
Price:RM42/box of 16 pcs

Jannah nak surprisekan hubby dia (lupa tanya nama da..) dgn cuppies yg ada motor besar ni coz kata Jannah, Hubby dia lately dok ckp pasal nak beli motor besar.. Saja jer Jannah nak "mengusik" hubby dia dgn cuppies yg ada motor mcm ni. Seperti biasa, Jannah just bgtau i, theme cuppies dia ada motor besar.. "kak Yus belasah jer buat mcm mana pun, janji ada motor besar.. Jannah nak perli dia sket". So, ini lah hasil idea yg i perah selama 1 hari! hehehe.
Hari surprise tiba, Jannah pakat dgn bos Hubby dia (Abg Nizam) suruh dtg rmh i ambik spare part kat konon2 'sepupu abg nizam' ( i ler tu). Yg bestnya, masa hubby dia dtg, hubby i plak ada kat luar. Trus hubby Jannah tanya hubby i ' ni sepupu abg zam ka?' Hubby i yg x tau mende, dah start garu2 kepala.. trus panggil i (dia dah syak.. ni mesti keja i). Masa tu i tgh siapkan Adelyn tido, kluar jer, i trus blakon kata "kami ni bukan sepupu.. adik tiri abg Nizam.. Abg Nizam ada adik tiri kan?" Masa tu hubby Jannah kelu tak terkata. hehehe. I pun trus masuk ambik cuppies motor ni bg dia. i ckp, ni Abg nizam suruh bawak balik makan ngan Jannah.. "laa... depa ingat gak ka ... pomen.. pomen" (i taktau apa maksud dia..)
Lepas beberapa minit, Jannah sms:

Salam K.yus, mmg puas hati sgt2. Hb suka sgt2, senyum sampai telinga lps tgk moto idaman dia siap ada skrew driver. Dia kata kek paling unik dia tgk spnjg idup. Hb sy terharu kat screw driver tu, trus letak kat kabinet display. Kek dah licin sekelip mata, patutnya order lebih. x sangka sambutan hangat. Tq byk2. Jasamu dikenang..

*Tgk moto ni, tringat plak zaman hubby i ngorat i dulu.. ahaks.. Demi cinta, sakit pinggang pun x pa.. La dah tua.. naik moto kapchai jaa..
*Tengkiu Jannah coz siap bg duit raya kat anak2 i lagi.. dah le kena byr cupcakes.. Semoga dimurahkan rezeki Jannah.. Aminn..

Kisah Anna n her best friend Atty


Price: RM35/box of 16 pcs

Kali ni, i just cut n paste jer e-mail Anna kat i masa kami dalam proses men negotiate tentang cuppies yg Anna nak order. Berikut koleksi e-mail2 Anna kt i:

Anna nk sgt cupcakes yg cute smpena beZday membe baik anna yg cute 2.
kami kwn dr pd kecik2 lg smpai dh besar pnjng nie kak yus
dia mmg dOk tingin sgt nk cupcakes yg cute2 2.Nama best fren anna 2 ATY kak yus.

Ikut kak yus la rs nk wat mcm mana yg di rasakan sesuai. kiranya yg m'gambarkan 2 org sahabat baik yg shati sjiwa la....hehehe Harap kak yus sudi design cupcakes utk teman sejati yg memahami anna 2.
anna hrp kak yus dpt tlg anna nk wat suprise kt dia cOz dia br blk drr cuti sem. bezday dia 20 November ari 2. sO...belated bezday la nie. hehhee saja la kOnon2 wat2 lupa bg hadiah kt dia diz year....padahal nk wat suprise kt dia. anna x kesah brapa hrbln pn kak yus nk siapkan. Anna snggup g amik sndr kt SP 2. Tp,hrp2 leh suprise kan dia sblm hr ry aji la kak yus.

Next day, Anna hantar lg sms kat i:
hye,gud morning, Slamat hr raya aidiladha.. thanx for the cute cc. Tkezut Aty taw k.yus. hepi dia..

*Anna n Atie, kak Yus doakan hubungan korang berkekalan sampai bila2.. Amin.

Sweet n lovely cuppies


Price: RM35/box of 16 pcs

Athirah, gadis cun melecun dari S.P order kek ni utk birthday tunang tersayang. Actually birthday tunang Athirah is on 28 hb tapi memandangkan Atirah order agak lewat, so tempahan hari yg dia nak tu dh ditutup. Pas mempertimbangkan permintaan Athirah, i pun setuju lah utk buat juga cuppies ni.. tapi dia kena ambik awal 2 hari.. its ok, cuppies i stakat 4-5 hari ok lagi insya allah.. ye lah, cuppies i xder bahan pengawet.. So its fresh. Kalalu simpan dalam peti sejuk lagi tahan lama.. maybe around 10 days pun ok lagi.. agak2 nak makan, biar krim lembut, letak kat luar pt ais dlm 5-10 minit. Pastu, nyam nyam nyam nyam.. So Athirah, jgn risau... Athirah suka sgt masa 1st time dia terima cuppies ni dari i.. "waaww.. sweet nya.." kata dia.. I pun apa lagi tersengeh jer la... la la la la la ..

Thursday, November 26, 2009

Liverpool team cupcakes to Alep


Price: RM42/set of 16 pcs
Fiza tgh buat Master kat Tanjung Malim.. Tak dapat jumpa buah hati dia kat Sp utk sambut B'day bersama, so dia minta i buat surprise cuppies ni kat Alif. Fiza suruh Alif datang ambik 'tesis' dia kat rmh i. Mamat hensome tu pun datang ler tepat pd masanya.. nak ambik barang, kata dia.. Just nak bg Alif suspend, i kata kat Alif "Fiza pesan kat akak, kalau ada org dtg mintak barang, mintak kata laluan dulu. So, adik ada kata laluan tak".. trus Alif jadik gelabah.. "ha? kata laluan? kata laluan apa pulak dahh..?"
Hehehe sronok i ngusik org.. Setelah Alif gagal memberi sebarang kata laluan, i just short cut kan lakonan dgn memberi dia kotak cuppies tu (sian dia suspen lama2 laks) Nampak sgt muka dia terharu dan zahir tak terucap.. Menurut Fiza Alif ni fanatik sgt Liverpool team. Yg bestnya.. punya la berserabut kepala hotak i nih, i hampir nak buat cuppies tu pasukan Mancaster United! Sib baik Fiza ada call 2 hari sblm hari Alif dtg.. dia just call tanya ok ke tidak dgn tempahan dia.. Masa tu baru i realize selama ni i dok plan nak buat pasukan yg salah! Fuhh Sib baik.. Trus i lari pegi refer buku tempahan.. Ak aa laa.. Liverpool la.. Hmm.. Apa ler punya kepala otak.. Sib baik Fiza call. Tq fiza..

Wednesday, November 25, 2009

Rehat jap!

Aktiviti diatas adalah dilarang keras dilakukan dirumah.. Tapi skali skala kat hotel, i ajak diorg buat aktiviti ni.. (jgn bgtau org tau.. i pun join sama-ahaks)Best tul kami lompat atas katil hotel.. nama hotel kami menginap terpaksa dirahsiakan kot2 kena black list lak kang.
Akhirnya, Adam kecundang.. jatuh celah katil.. Adelin tolak.. (panik gak i- sblm ni kami dok lompat kat tempat2 len ok jer selamat.. hehe)

Nangis sampai merah mata..
"Sebelum aku dipersalahkan, bek aku nangis sama"

Next day, tanpa mandi just cuci muka, kami turun bekfast.. tengok tu, byk2 mknan kat hotel tu, adam ambik cupcake! Mem besar baju merah terlentang kekenyangan
Lost world of Tambun.. best tempat ni.. adam n adelyn tak nak balik..

Settle bertungkus lumus buat kek 5 tingkat semalaman, (3tingkat Saravanan, 2 tingkat Nurdashila) next day, sesudah Subuh kami anak branak bergerak ke Ipoh atas urusan peribadi (hehehehe) merangkap bercuti menghilangkan tension n stress. Pas habih urusan peribadi tu, apa lagi.. "hari menghabihkan duit sedunia".. Stay kat ipoh sari jer, next day balik. penat gak ngan budak2 ni.. dok seharian ngan diorg sepanjang baru 2 3 hari cuti sekolah ni alhamdulillah, i byk betul beristiqfarr.. dan banyak mengetuk2 kepala ngan tapak tangan. Jantung pun beredegup lebih kencang dari biasa n tiap2 hari mesti test vocal utk handle diorg.

Musim kenduri kembali lagi


Price: RM65/kg@ 2kg= RM130

Hujung tahun dah tiba.. seperti biasa, musim cuti means, musim kawin. Order berikut diterima dari Nur Dashila dari Alor Setar. Dia sanggup suruh adik dia n beberapa pengikut (tukang pegang kek) datang dari Alor Setar ke rumah i ambik kek nie. Masa tu, i baru jer tarik nafas legaa coz dah settle kek Saravanan. Then Nur Dashila call nak hantar utusan ngambik kek.. Skali lagi i kelam kabut lari balik dari dewan kawin Saravanan. Kali ni pecut, masuk lobang pun x pe, tak dak kek dlm bonet. Kepala hotak i berserabut masa tu. I rush balik ingatkan adik Nur Dashila dah nak sampai. I lupa yg adik dia nak bertolak dari Aloq Staq.. ingatkan dari S.P. Punya la tunggu, sampai delay dinner ngan family kat luar.. Rupanya dia dari loq staq.. hehehe my mistake, my mistake..
Semalam NurDashila sms i "slm k.yus, thanks for your service, sume ckp kek akak sedap n comel sangat.. if ada function bleh order kt akak lg. thanks again..:-)
Ok, boleh ajaa.. insyaallah..

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Saravanan

nampak tak kek i atas stage tu.. nampak cipuutt jer kat sana (kiri) - (tak nampak ler tu..)

Wedding doll berbaju tradisi india

Pandangan depan kek.. blakang tu tmpat bersanding.. ish kalau ada pengantin skali kan best..

Pandangan blakang kek

Saravanan mendpt 1st place memecah rekod customer i yg buat tempahan dan bayaran muka paling awal dari tarikh delivery. 1st time jumpa trus bg deposit RM100 (awal July lalu) then wedding day dia 20 Nov lepas. Tak ker kat 5 bulan punya booking! fuhh dia buat wedding preparation baguih punya. Mcm2 perkara berlaku hari i delivery kek kat Dewan Srivijaya haritu.. Tapi apa yg i boleh pendekkan, pengantin kena tunggu i 'touch up' kek bg siap baru boleh bertolak ke dewan tu.. hehehe something happened kat flowers kek tu (kejadian kek cikgu hasrul berulang kembali)- Semua berlaku coz haritu hujan lebat then i skali lagi p terjun dalam lobang besar sambil menekan brek (tak nampak lubang.. air dah tutup jalan - nampaknya i kena stanby bot kecil la pas ni utk delivery kek time2 hujan n banjir) Tapi semuanya berjaya dihandle dgn jayanya setelah i patah balik rumah (kira2 15min utk sampai dari dwn) utk ambik cream nk buat semula beberapa kuntum bunga yg dah layu dihujung mekar.. Sampai jer dewan, i trus naik stage buat balik bunga2 yg berguguran tu sambil diperhatikan oleh kru2 DJ, lighting n AJK Majlis. Masa tu rasa mcm Cheff Wan buat show la pulak coz org2 kat bwh stage dok nengok. Terketarr2 ler jgk.. Pengajaran yg i dapat kali ni, len kali just bawak jer brg2 standby kot2 apa2 berlaku kat kek. Akhir cerita, i pun berjaya men touch up kek tu then baru ambik gambar. So korang tak dapat trace kan.. kat mana bunga asal n bunga yg di touch up.. heheheheh dpt x? dpt x?
k, Saravanan.. may god bless your marriage sampai bila2 hingga akhir hayat berbahagia bersama selamanya..

Gud luck on your SPM


Kek ni sesaja jer buat kat budak2 i yg nak ambik SPM. I jamu diorg hari last day sblm hari peksa. Lupa lak nak update. Dah seminggu dah diorg peksa. Saja la bg naik semangat dan sempena perpisahan antara i dgn diorg. Pas ni susah la plak nak ber hu ha hu ha dgn budak2 ni. Anyway, i akn jumpa lagi diorg bila diorg ambik paper 1 ekonomi nanti.. tapi tak best ler masa tu sure semua tengah stress nak masuk exam. Thats why i jamu diorg masa ni. Kek ni dibuat last minute giler.. i pakai jer krim apa yg ada thats why warna dia "meriah" semcm jer.. hehe. Buat anak2 muridku sekalian.. gud luck for your exam yea.. do the best.. ingat kat cikgu slalu.. teka teki n magic yg slalu cikgu buat dlm kelas time korang buat muka boring n ngantuk.. ingat tau.. janji2 n pesanan2 yg i bg kat u all..

Friday, November 20, 2009

Cuppies n cuppies n cuppies n cuppies for Jack

Floral beach: RM35/box of 16 pcs

Choc Ice Creamy Cuppies:RM35/box of 16 pcs

Beautiful Maria: RM35/box of 16 pcs

Racing cars: RM35/box of 16 pcs

Ni semua cuppies yg dah siap. tunggu kao jer Jack, cepat datang ambik..

Siap dok lam kotak.. senang nak display.

Jumaat lepas Jack order 2 kotak. Then Ahad dia call order lagi 4 kotak.. Jack minta i siap kan dlm sehari 2. then on Wednesday, i siapkan semua cuppies ni, Jack plak tak dpt dtg ambik. I dah suspen. punya ler kelam kabut buat tempahan Jack ni, tup2 dia kata x leh mai ambik. i ingat nak lelong jer cuppies ni.. hehehehe then dia kirim assistant dia AH KOK datang on Thursday(semalam). Jack ni senang jer, dia suruh i buat jer cemana pun yg nampak cantik. Letak kat cafe dia i guess.. ok Jack hope to hear from u soon.. more n more..

Tuesday, November 17, 2009

English Themed cake

Anggaran saiz: diameter ~ 7 inci.
Tinggi: ~7 inci

Price: RM60 (~ 1kg-sponge)

Ciri kek english theamed biasanya bersifat tinggi.. tak kira apa jua saiz, mesti tinggi.. macam i. hehehe. I sengaja pilih warna hijau biar nampak mcm air laut yg tenang dan damai. Kalau buat besar utk wedding mesti nampak grand coz ianya simple n look elegant. Kek ni tak banyak accessories so nampak exclusive. Sebenarnya, kek ni i buat sebab..mmmmm... sebab.. sebabbb tak der sebab.. saja jer coz ada kek lebih hari tu (customer cancelled order coz kena balik kampung ada kematian..) I tau, kalau dibiarkan jer, kek kat dalam tu mesti rosak. So tetiba datang idea n mood utk buat kek. i pun sambil nyanyi2 lagu Celine Dion, trus capai bhn2 hias jer kek ni. Dah siap, mcm ada satu kepuasan..(puas coz berjaya selamatkan kek dari terus xpired n dibuang) "Tapi kat sapa aku nak bagi kek ni? Kat jiran? Kat kengkawan adam? Kat SinBey (kucing kat luar)? simpan lam peti sejuk?..hhmmmm jamu kengkawan lah esok.." kek main2 jer ni.. nak elak dari membazir.. Tak sangka plak, masa i bwk p tempat keja, kengkawan i ramai yg suka sampai ada yg mintak nak buat mcm ni utk wedding kenalan n sedara diorang nanti.... La... kek main2 i dah jadi kenyataan rupanya.. Alhamdulillah.. Tapi booking plak dah full.. hehe korang makan jer lah.. Ahaks ahaks..

Vip table gift

Cupcakes dengan bunga fondant kecik2..

Sudu comel utk memudahkan urusan 'ngap' disediakan disetiap satu cuppies

Price RM4.20/each (min order 15)

Ini adalah contoh gambar VIP gift kat meja utama. Kek chocolate moist soft fondant dengan bunga fondant. Anda jg boleh pilih bunga krim jika budget kureng sket.

Monday, November 16, 2009

Kek clown main air dgn kakinya



Price:Rm65 -sponge (>1kg)

Aishah ni anak jiran blakang rumah i, Liza. Liza betul2 suruh i buat jer cemana pun.. janji kek hehe. Liza order 1 bulan awal.. tengkiu.. (confirm jadik) Diorg akan buat birthday party kat rumah nanti. Hari dah tiba, i haritu, tak tau kenapaaa lah punya slow.. i betul2 kering idea.. maybe pasal baru jer satu hari suntuk buat kek yg terlebih ambik order, so i jadi blank.. kek nak ambik esok. malam tu dah pukul 9 still blank lg nak buat kek mcm mana utk Aishah. I kalau boleh nak buat something yg tak sama mcm kedai. biar unik.. len dari yg laien.. itu trade mark i. ahaks..
Dalam kepala hotak dok blank tu, i rasa mcm stress sesangat.. rasa mcm nak p berendam dalam air atau bath tub atau main2 air bg hilang tension. "AIR!" trus dapat idea.. bestnya kalau boleh dok kat bawah pokok, then ada rumput ijau skeliling, then ada swan kat kolam tu sambil rendam2 kaki atau kacau2 air ngan kaki. Apa lagi.. Itula idea yg i curahkan kat kek ni. nak bg unsur happy n kanak2, i gantikan diri i dengan clown. Ada 2 lopak air.. satu i, satu hubby i, kami sengaja tak mau syer lopak air yg sama sebab kalau hubby i yg main kacau2 air, kesannya i akan jadi basah kuyup mcm mandi air terjun. kehkehkeh
Ok Aishah, happy 8th birthday dear.. Sorry Liza i tak dapat attend birthday party u coz hujan lebat giler.. n seperti biasa, i sebok ngan next tempahan.. sory..

Selamat Pengantin Baru


Price: RM75/kg-choc moist cake soft fondant

Hadi dari tikam batu order kek ni utk kawan dia yg akan langsungkan majlis perkahwinan on Saturday bebaru ni. Mula2 masa dia call, i ingat dia order kek utk yg empunya diri yg nak kawin. then bila kami discuss pasai nak pick up cake, dia kata dia sebok keja hari jumaat tu.. "Aikk esok nak kawin pun, hari ni keja lagi?" Myebok plak i tanya soalan tu kat Hadi hari tu (hehe, jgn marah Hadi yekk) "tak kakkkk saya nak bg kat kawan saya.. bukan sayaaaa..." Hadi kata dia nak order skali dgn cuppies. (kes tempah seksiap- takut full-makaseh) tapi cuppiesnya 20hb Dec ni baru nak ambik. Senang tul deal ngan Hadi ni, pas skali call dia trus bank in total amount termasuk yg utk 20 Dec ni seksiap kat i. Hadi nak mcm yg i buat kat Ila n siti fatimah sblm ni. Cuma kali ni, i terangkan sket warna bunga kat kek tu. Tadi tengahari, Hadi sms i bgtau "tima kasih. kek tu sedap n cantik". ok Hadi tengkiuuu.

Wonderful n colorful cuppies to Jack


Price: RM35/box of 16 cuppies

Jejaka cina yg smart n hensem (Jack) ni antara customer i yg pnh deal ngan i satu ketika dulu then tup2 hilang.. Masa tu bulan puasa, dia try sample jer. Dia try makan sample tu masa bulan posa. Punya la pulun, dia makan.. nyam-nyam-nyam.. 'lu org ta boleh makan kan..' (ada ka patut dia tanya soalan tu-hehehe) Lepas tu, Jack menyepi. Kali ni dia contact i balik pesan 2 box cuppies. Salah satunya dia nak Retro MnM (i tak tangkap gambar personally pun coz sama jer gambar cuppies retro yg dah ada - click bhgn cupcakes) n lagi satu set, jack suruh i buat jer cemana punn. Then i dapat idea nak buat lain dari yg lain.. konsep mcm rainbow..warna2 ceria.. i sengaja buat teknik leleh2 supaya menarik minat org yg tengok agar turut mleleh2 ayaq lioq. ahaks

Uppss...Terover ambik tempahan plaks..


Ni lah hasilnya... koleksi bilik kebal i pada hari Jumaat lepas. Tak cukup meja, kena letak atas kerusi..Sket gi nak pengsan.. pesanan customer overlap.. hehehe i tak perasan. ikutkan i tak leh terima dah pesanan last haritu, tapi dah tersilap p confirm, so i telah menerima padahnya.. Semua i buat pas balik keja on thursday (sampai tengah malam) n bagun pagi2 buta Jumaat sambung utk final touch. Anyway, skali lagi, semua on time.. Pas hantar n org datang pickup semua kek2 kat atas ni (bilik kebal clear!), i masuk gear 5 sambung projek esoknya punya tempahan pulak.. Hadoiihh dah nak senget dah ni.. nak kena cari assistant dah nih.. tolun tolun tolun..help help

Saturday, November 14, 2009

Kiddies Themed Cupcakes


Price: RM2.30/each (min order 50 pcs)
RM2.20/each (>100 pcs)
Wanida Ezreen yg penah order cupcakes sweet roses n Barbie for mummy call i skali lagi for repeat order. Kali ni dia minta i buat cuppies utk anak2 buah dia kat sini sempena 'tamat tadika'. Awin nak tema kanak2. Dia ada request beberapa character karton yg i tak dapat nak sedia kan.. Sorry yek Awin. Cthnya Ben-1o n barbie coz sebab2 tertentu.. So petang tu, i skali lg pegi delivery kat rumah Awin kat S.P. Meriah nengok budak2 tu tak sabar2 melihat kemeriahkan cuppies yg diorang dapat. Budak2.. confirm suka kalau tengok something yg colorful.. nak2 ada plak kartun2.. happy ler.

Friday, November 13, 2009

Samples kenduri gift to VIP dgn tema merah putih

RM4.20-cuppies bunga fondant (2 dibawah)
RM3.40-cuppies bunga cream (2 diatas)

RM35/box. (-8 pilihan design)

RM1.00 (xxs mini cuppies dalam bekas panjang yg diikat reben merah putih-2 bekas)

RM4.20

RM2.20 (xxs mini cuppies- box yg diikat reben)

Selain mengorder kiddies theme cupcakes, Awin minta i buat beberapa samples utk kenduri gift utk diberi kat VIP kenduri abg dia nanti. Tema diorg, merah putih. So kat atas ni contoh2 pilihan yg family Awin boleh buat yg mana satu berkenan. Sorry Awin, i tersalah eja ler nama Abg u. Suppose to WADY tapi i eja WADI. Sib baik sample aja.. kalau yg betul2 marah diorg kat i.. Sorry yek.
Sample yg Awin order ni, harganya serendah RM1.00 (xxs mini cuppies-pacaging paling kecik-ni utk bukan vip) sehingga RM4.20 (yg ada 2 cuppies dlm satu box). Terdapat mcm2 pilihan harga kat dalam tu so pilih jer. Satu box sample berharga RM35-RM50 depend on level of presentation yg u all select. Tapi yg macam Awin ni, RM35 jer. mari-mari-mari..pilih-pilih-pilih.