Friday, April 29, 2011

slice cake from Yuyu to abah dan adik2

Bebaru ni CCC menerima tempahan dari sahabat lama, Siti Yuana Zainal Abidin (yuyu). Tempahan dibuat online jer dari Yuyu yg stay kat K.l. Yuyu minta CCC buat delivery kek2 yg dia order kerumah abah dia kat Tikam Batu sempena birthday Abah yuyu yg tersayang.
Strawberry slice cake=RM28/box
Belum sempat i sampai balik rumah, si Yuyu sms say thaks sbb dia dpt respond dari abah dia mengatakan semua org, parrents dan adik2 yuyu suka bangat keks tu.
Ngantuk aaa.. esok CCC tunjukkan lagi satu tempahan yg yuyu buat..byeee..nite!!

Thursday, April 28, 2011

cuppies to hubby-Maria

RM40/box of 16 pcs- vanila butter cake with blueberry filling
Maria tengah sarat mengandung. Risau i tengok dia masa dtg pickup cuppies ni kat kedai.. dah sarat..tapi Maria still nampak energetic, ceria, confident, sweet dan kuat. selamber jer dia langkah naik turun tangga.. insyaallah, camni punya gaya mesti senang bersalin nanti. tempahan Maria adalah utk hubby dia yg tercinta.. so Maria request tema silhouette dan org lidi seperti yg i pernah buat dulu..nak unsur2 romantik gituuu..
Maria nak kek butter vanila yg ada filling blueberry.. hmmm org mengandung makan makanan yg manis2 masam mcm ni..sure nikmat tak terkira.. CCC berharap agar Maria selamat melahirkan anak sulung dan sihat kedua2nya baby n mummy.. legaaa la si baby dapat makan cuppies ni..sbb tu Maria teringin sangat nak rasa..hehehe all the best Maria.. Amiennn..

Wednesday, April 27, 2011

kek rainbow malaya-shahda

RM55~2kg
Ni kek rainbow malaya taw..jgn confuse ngan iklan kat CCC rainbow yg lagi satu yg ada krim tu rainbow italian butercream. kek ni pun diorder oleh Shahda disamping kek 'ada aku kesah' yang diceritakan sebelum ni.. melambong2 Shahda puji pasal kek ni.. alhamdulillahhh sedaapp katanya.. (ish teringin plaks nak tengok corak kat dlm..kalau potong-sure meriah)
Ambik masa lama nak masak sbb kek ni tebal dan besar..dan moist dan buttery, dan sedapy lagi enakky.. so sementara nak betul2 masak tu, suruh dia posing sket masa dok lam oven.. masa ni suspend gak takut bila kuar oven yang menggunung tu turun.. rupanya tidakk..alhamdulillah skali lagii..

ok Shahda, nanti nak kenduri bulan doblas bgtau awal2 pasal tempahan yg Shahda cakap haritu taw.. bukan per.. kak yus nak terima menantu bulan doblas ni.. Adam mintak nak kawen ngan pisau..cuti skolah..so, kena adjust tarikh utk tutup tempahan. tak per...rilex awal lagi..bulan 10 atau 11 boleh ler start tempah..hehehe saja jer bgtau awal2..kasi gimix..ahaksz

kek tak kesah-Nursha Shahda

Choc moist buttercream cake= rm50/kg
Nursha Shahda ni dah pernah tempah kek kat CCC dulu. tinggal nun kat Guar chempedak, sebab tu susah sket dia nak buat tempahan. Tapi kali ni Shahda nekad nak order lagi. sempena maraikan birthday adik tunangnya yg tersayang, Alia..
Yang bestnya Shahda ni, dia just email nak tempah kek dgn hanya memberitahu budget. Semuanya tak kisah.. yg dia bgtau kek tu utk birthday seorg gadis bernama Alia berusia 13 thn.. yg len semua tak kisah..pe pe ja kek birthday yg rega rm50.cuma tarikh nak pick up jer dia kesah..
Menurut Shahda, pas dia tempah kek Barney kat CCC dulu, dia tersangat yakin akan design2 dan idea2 yg CCC buat..(ishh kembang plaks buntutsz..!-ahaks..). thats why dia memberi sepenuh keyakinan kat CCC utk buat kek "ada aku kesah" ini..

Alhamdulillahhh, tak cukup sms, shahda email kat i ucap tengkeiuu pasai dia puas hati sgt dan birthday girl pun tersangatlah suka hati ngan kek yg CCC buat ala2 sweet..maklumlah, umor 13 tu dah masuk umur melangkah kealam 'anak dara'..so thats why i buat tema lembut2..pinkish2..gituu..
tengkeiuuuuu....

Tuesday, April 26, 2011

terima kasih cuppies

Selain cupcake bertema super hero dan toys yg izanizawati tempah, dia juga tempah cuppies utk nak bagi org2 yg datang tahlil. Iza request setiap cuppies ditulis 'terima kasih'
RM3 each
Setiap cuppies tu plaks diletakkan di dalam bekas berpenutup dome transparent ni.. nanti balik rumah Iza masukkan each one kat dlm paper bag yg ada cendera hati yg lain.. berkatt majlis iza ni..amiennn..

superhero vs toys cupcakes-izaniza

Yuhuuuu...pe khaborrr..hehe dah 3 hari tak update..sejak ilang henfon. maklumlah, semua nak kena urus secara manual.. lari pegi celcom, lari pegi cari hp Adam, lari pegi top up, lari pegi beli charger baru(sbb tak cukup duit nak beli hp baru-songlap hp adam yg bermasalah charger)- so kini CCC dah boleh dicontact menggunakan number lama seperti yg tertera cuma maybe CCC ambik masa nak membalas sbb tak familiar ngan hp awang nih..senang crita, baik korang email jek..
Wokeyhhh..tempahan kali ni datang dari Izaniza..yg komen kat chat box sebelah kiri..cher tengok-cher tengok!..hehe. Dia cerita, dia mmg tak pernah tempah cupcake sebelum ni.. so dia xcited giller nak tengok cupcake ni.. nak jadi crita hindustan, hp i hilang sehari sblm iza nak pick up. i pun buka email nak cari contact dia..jeng-jeng-jeng: iza terlupa nak bg i number dia!! TIDAKKKKK..i pong email jer dia..dgn harapan dia buka email.. Iza plak kat rmh seharian dok call cari i nak tanya lokasi kat mana. (confirm masa ni Iza rasa mcm dah kena tipu)-amponnn!!
Next day hubby iza selamat datang meng pick up tepat pada masa yg dijanjikan dlm email..alhamdulillahh..
Iza nak 2 box yg ada 25 pcs. satu tema super hero, satu lagi toys.. i start buat superhero dulu..
Sesaja dah busan dan lengoh pinggang, nak hiburkan ati sket, i buat superman botak tengah-hehe buruk nor.. i biar jer atas meja nak tengok feedback budak2 ni.. nak tengok diorg alert tak.. tapi lain yg diorang alert.. Elyn tanya i, kenapa ada orang mesin rumput? dia refer kat badman yg i buat... wakakakakaka..kids never lie.. kena improve hasil seni lagi nih..sorry ya iza..kak yus buat badman mcm org mesin rumput (mengikut piawaian Elyn)-huhuhu
Pastu buat motor..buat helicopter, kapal terbang, ketapi, beskal, jet..semua i buat serba dua..sbb dah tahu..thru xperience..satgi berebut!! so kepada Abid dan Iyad.. dapat sorang satu setiap item yg untie buat..utk si Mama iza..syer ek, jgn berebut taw.hehe
tengah dlm alam khayalan masa siapkan bendalah nie..balik kezaman kanak2..mcm main playdoh..
*bergambar dgn Pak Mat mesin rumput!*
tayar beskal berselerakan..belum assemble.. kasi repair..
Then letak atas cupcakes..then isi ler colorful thingss dlm gerabak ketapi tu
Toys themed cupcakes with fondant figurine: rm75/25 pcs perbox
Superhero themed cuppies with fondant figurine; RM70/25 pcs perbox
Ok Iza..tengkeiuu for the ordersszzz... thn depan kena celebrate utk 3 org anak plaks yer.. Selamat bersalin dan tahniah in advance for your new baby.. Jumpa lagii..

Friday, April 22, 2011

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN

This is how i feel righ now...AAAAAAAAAAAAAAARRGGGGHHH..
*jom jerit sama2*

Jap tadi jam 4 ptg, hand phone nyawaku telah hilangggg.... terjatuh dari keta masa nak turun beli goreng pisang.. tak prasan..sbb background voice dlm keta bingit sangat.. semua number2 penting.. appointment, notes dlm hp tu HILANGGGGGGGGG..Tidaaakkkkk!!!! So, kepada semua customer2, students2 atau kepada semua yg ingin berurusan dgn CCC please email me atau "jumpa" kat Fb. nak gi claim sim card number sama kat celcom dah tutup. esok dan lusa weekends plak..tutup lagi..nampaknya 2-3 hari ni terputus hubungan jap.. kepada sesiapa yang akan ambik tempahan dlm masa terdekat ni, bawa bertenang..nanti CCC akan cari cara utk hubungi korang utk set time dan bg alamat pick up.

Jap lagi..nak balik rumah, nak try songlap handphone Adam..yang kata dia, handphone dia tu semut masuk, buat rumah.. tensionnyaaaAAAA!!!!..Pas ni nak beli hp cap parang ajaa!!! boringnyaaa!! kenapaaa laaaa tetiba hari ni teringin nak makan goreng pisang yg beharga RM2 hengget tu? balik makan nasik lagi baguss..makan kek ka..makan tart ka.. tidakkkkk... polang kan henfon ku..polangkannnnn...
*semua kelas utk esok dibatalkan..harap maklum

Thursday, April 21, 2011

Blueberry Cheese tart-Yani

RM30/box of 25 pcs
Yani yang tempat red velvet cuppies bebaru ni sms CCC utk buat tempahan lagi. Kali nie, Yani request Blueberry Cheese tart. Sebelum ni CCC dah byk kali buat Cheese tart ni tapi utk makan2 jer.. malas nak publish utk tempahan. Tapi bila dah beberapa org request..rasanya..macam nak kena buat gak nih.. So, Yani ni kira pembuka lembaran penerimaan CCC terhadap cheese tart dan apa2 jua tart2 yg lain..
Sebenarnya...ni nak buka rahsia nie, kenapa sebelum ni tak jual cheese tart..(jgn bgtau org taw-hehe) faktor pertama: tak dak acuan cheese tart yg mencukupi (apaaaa ponya reason!!). Pernah beli acuan cheese tart tu 1 dozen=12 pcs..(alahai schiputnya-lamaaa dah beli, lamaaa dah try buat pas balik dari belajar ngan sifu dolu2-jadik!) pastu memang set nak p beli lagi acuan tu.. Tapi asal keluar beli brg kek mesti lupa..asal lupa mesti tak beli acuan tart..(ish-ish-ish hampeh tui reason!).
Skali tue.. bila dah Yani tempah, memang nekad nak beli byk2 (bersemangat waja- pelaburan utk masa2 depan) siap tulis kat list brg2 yg nak beli (sblm ni pun tulis gak-terlepas pandang), tulis atas tapak tangan, set dlm hp.. last2 dapat ler jugak akhirnya beli tambah lagi beberapa dozen acuan tue.. dan akhirnya dapat masuklah jugak qopa blueberry cheese tart ku kat blog.. So rakyat2 Malaya sekaliann...molai hari ini diisytiharkan, CCC dah terima tempahan cheese tart.. ada mcm2 pilihan perisa-blueberry, strawberry, kiwi, apple dan mix fruit cheese tart.
marey-marey-marey... jual-jual-jual.. keting-keting-keting (loceng eskrim)

Wednesday, April 20, 2011

Choc indulgence with strawberries-Anis Padang Serai

Anis dari Padang Serai Kulim Kedah, request kek choc indulgence with strawberries ni utk kesemua hero yg terdapat dlm familynya..kata anis dlm emailnya kat CCC:

"kek ni utk mkn2 sempena brthday 3 org lelaki in my big family..
ABAH, ABANG n MY HUBBY...;-)
birthday diorang jatuh dlm bln yg sma, selang smggu, 3 minggu berturut2.."


Choc indulgence with strawberries= RM50/kg
So kira triple celebration ler ni.. alhamdulillah, anis cerita semua family dia suka bangat ngan kek tu especially hubby dia..alhamdulillahhhh..tengkeiuuu anis.. see you againn

Tuesday, April 19, 2011

Happy 21st Birthday Lily..

2 kg Soft Fondant Choc moist cake with fondant figurine= RM180

Lily, pelajar dari AIMST University, Semeling Kedah berasal dari Sarawak menempah kek "berkunci" sempena birthday beliau yang ke 21 bebaru ni.
Bersesuaian dgn nama lily, kek pun wajib lah letak bunga Lily kan.. So, apa lagi.. kena buat serumpun Lily utk Lily..hehe
Pas petik bunga2 Lily tu, kita ikat dia ramai2..jadikkan satu jambangan..

Birthday ke 21, means, Lily dah dapat "kunci kebebasan".. Selain bunga Lily dan Daisy, Lily request CCC utk buat figurine berbentuk kunci-kaler gold.
Sesaja nak tambah2..i boh plak key chain bunga daisy yg ada nama Lily kat kunci tue.. then letak lagi Lily sekuntum.. kira simbolik ler kat kek tu.. yang membawa maksud Lily bersama "kunci hidupnya"..
Ok Lily yang sangat sweet dan peramah, tengkeiuuuu sgt2 for this tempahan. semoga Lily terus berjaya menghadapi kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran.. welcome to the real life dear.. "selamat menyambut hari matang"

Monday, April 18, 2011

Flower Bouquet-Fazlin to mama

Repeat order by Fazlin. Kali ni Fazlin tempah kek utk disurprisekan kat mama dia dihari ulang tahun mama Fazlin yang terchinta..
Fazlin request tema flower bouquet..Dont worry, semua bunga2, ranting2, putik2 bunga, basket segalanya selamat dan boleh dimakan..Lagi satu, CCC mengunakan krim jenis asas utk deco keseluruhan deco flower bouquet tu (base krim-sapa join kelas faham ler..means krim jenis ni tak manis sangat..). Harap mak fazlin suka ler bila dapat sejambak bunga didalam basket ni..
Simple wording.. Fazlin just nak i tulis happy birthday jer.. lilin pun dia tak nak.. pisau potong kek jer dia nak..terrsangatlahh simplenya Fazlin ni.. Tengkeiuu Fazlin for your orderr.. jumpa lagii..

Sunday, April 17, 2011

Kelas cupcake deco (2)

Semalam 16 April, CCC menerima 3 pelajar utk kelas cupcake deco. mereka adalah Yuszalina, Afida dan Isz. Kelas kali ni tak der cameraman..so semua cekgu yg kena ambik gambar+ nak ngajar lagi..so liputannya kureng lah menyeluruh.. tapi still boleh layannnsszzz...
Start mendeco.. mula dengan cemana nak buat rose.. "nampak senang..tapi...." words biasa yg slalu diungkapkan..ahaks..
Fida.. moda remaja lagi budak nih.. dia kata dia dah lama minat nak belajar..dok tunggu masa aja nak attend kelas CCC.. tup2 last week terlepas kelas.. so dia dtg minggu nie.. Bagus ler Fida, start dari awal2 tumpang dok muda lagi.. nanti dah berumur mcm i nih..mula la, sakit pinggang la, sakit kaki la, sakit badan la..hehe
Sebahagian yg diajar.. teknik swirl kecik, swirl besar, rose, clown, kartun berbulu/rumput, piping jelly ...ada lagi..
teknik cemana nak create daun tanpa guna nozle.. semua daun yg student buat ni tak guna nozle taw!! kaedah budget, but still dapat hasil yg sejibik mcm guna nozle.. then belajar nak buat rose bud (putik bunga rose)..

Yuszalina dan Isz.. tekun.. lawaknya si Yuszalina ni, bila cikgu kata apa yg dia buat tu tak berapa jadi dia akan jawab.."takpa-takpa..mcm ni pun ok..org bukan taw"..kahkahkahkahkahkahkah.... hadooiiihhh..!!
Yuszalina dgn hasilnya..syyhhh dok dendiam.. "org bukan taw"-muahahaha..
memandangkan tag line si Yuszalina ni "org bukan taw".. nah lihatlah Malaya.. CCC nak kasi semua org taw!! betapa kreatifnya hasil seni beliau..
Afida..pelajar yg paling dicemburui oleh Isz dan Yuszalina sbb tangan dia menjadi.. try sekali dua aja gagal pas tu terus pro!! especially buat rose.
Hasil Afida..dia pandai buat rose.. rose bud dia pun cantik.. confirm nanti bertunang atau kawen buat kek hantaran sendiri nih..
Isz..bermasalah nak buat rose import.. tapi dia cukup pandai buat rose yg tanam kat kebun blakang rumah tok..anyway at the end.. rose yang Isz buat dah dlm perjalanan utk standard rose import..Go-go-go Isz.. Practice make perfect!! Kelebihan Si Izs ni, dia expert buat deco flowers bouquet 2D! tu favourite deco dia.. colorful..sweet jer.. pandai plak dia sulam2 dgn accessories tambahan lain yg buatkan flower bouquet dia tu nampak ceria.. kreatif tuhh!! thumbs up!!

Slamat hari 'muda' abah-Mai 7 bradek

RM50=16 pcs cuppies+fondant figurine+box deco
Mai dari Baling Kedah anggup turun sampai S.P ni utk pick up cuppies kat CCC. Mula2 Mai ada email tanya i boleh tak pos cuppies tu... hehehe-Boleh, tapi risau dgn ropa cupcake yg bakal diterima a.k.a..bunyik mcm tak seso'ai utk di pos..
At last petang tu, Mai dtg ngan kakak dia utk pick up cuppies yg akan dipresentkan kpd ayahanda tercinta mereka. Menurut Mai, diorg ni 7 bradek. 2 aja kumbang..yang lain bunga-bunga-bunga, berbunga-bunga.. (jenoh buat kenduriii pas nie).. So memandangkan keluarga Mai ni besar dan diorang saling sayang menyayangi, so i gambarkan Abah Mai yg menyambut birthday yg ke 50++ tu tersangatlah bahagia..thats why, antara byk2 muka dlm cuppies tu, i buat wajah abah Mai yg paling gumbira..tersengeh sampai nampak semua gigi.. bahagia dan gumbira mempunyai keluarga besar dan yang penting saling sayang menyayangi.. sengehhh sampai tlinga!!
ok Mai.. CCC berbesar hati sbb Mai sanggup dtg jejauh utk my cuppies.. sampai dia terlupa kat Abah The birthday man dok tunggu Mai n kakak dia dlm keta punya lama..hehe

Saturday, April 16, 2011

Selamat Bertunang Lutfi dan Abby

RM60= 25 pcs cuppies with box deco
Tempahan dari Yusriyatina Kulim utk anak saudaranya yg akan melangsungkan pertunangan. Dgn tema pinkish dan florist, Yus nak cuppies tu beresuaian dgn tema pertunangan
Menurut Yus, dia n hubby pun ikut juga pergi meminang anak dara kat Perak. So tempahan cuppies ni kira sebagai hantaran perminangan ler. Selamat Bertunang