Wednesday, February 22, 2012

Kek harijadi utk Boss muda

1kg sponge buttercream cake dengan hiasan fondant: rm85

Tempahan kali ni datang dari segroup staff penyayang yg bertugas kat Hotel Swiss In Sungai Petani. Diorang nak surpriseka Boss yg mereka kasihi yg masih muda belia, Apit sempena birthday Mr.Boss yg ke 25
Ok semua staf2 Swiss Inn Hotel..tengkeiwww very much.. selamat menyambut birthday boss.. hehe..

Sunday, February 12, 2012

Happy 1st birthday Nia Zara Rifqa

3D Minniemouse Cake: rm250

Huda ni mummy muda yg nak buat majlis utk anak tunggalnya, Nia Zara Rifqa sempena birthday yg 1st. masa dtg ambik kek tu, Huda bawa sekali si Zara..masyaallahhhh, gebuuuuuuu n comeellll sangat budak tu!! nyesal tak ambik gambar..
Tengkeiuwww Huda..... sanggup datang ambik kek haritu dlm hujan yg lebat...alhamdulillah selamat kek ni masuk keta n dibawa pulang... nasib baik Huda bawa hubby dia.. kalau nak harap ai yg hangkat kek ni..ermmmm risauuu sangat..!

Utk Zara yg cute dan comey tu, happy birthday dear.. semoga membesar dgn penuh kechunnan..hehe

Friday, February 10, 2012

kelas esok, 11 February 2012: continental cake modul 1 (ulangan)

Perhatian- perhatian, besok 11 Feb 2012,diatas special request beberapa regular student, CCC sekali lagi akan menganjurkan ulangan kelas kek continental modul 1 yg terdiri daripada: kek Italian rainbow, Kek Russian Black n White, Kek snowy peach dan Kek Red Velvet. Butiran kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 Feb 2012
masa: 10 pagi
jenis kelas : demo
Yuran: rm200
Sila bawa bekas/kotak berukuran anggaran 11x11 utk membawa pulang agihan kek masing2.

Italian Rainbow
Snowy Peach
Russian Black n White
Red Velvet

tempat adalah sangat terhad. Tinggal beberapa sahaja lagi kekosongan. berikut adalah nama2 mereka yg akan hadir besok. sila confirm utk booking tempat dengan segera dgn menghubungi CCC: 019-5565 393.
1) Zura
2)Nadzifah
3)Norzalina
4)Lyn
5)Julia
6) Kak Slim
7) Jehan
8)
9)
10)
11)
12)
TUTUP


Thursday, February 9, 2012

kelas Back To Basic part 2 diserbu lagi= Full House

Memula, CCC nak mintak maaf kat kesemua 25 student yg hadir ke kelas B2B part 2 haritu sebab hari ni baru berkesempatan nak update blog.. tu diaa.. dah 2 minggu baru hari ni update..hehehe dah basi dah..dah jadi baja kompas dah semua keks2keks tuh..ahaks.. not feeling well ler lately..tu yg tak sempat nak update tu..harap maaf zahir baten yaaa...
Worait, bebalik kpd cerita kelas, kali ni kelas di CCC di attend oleh 25 pelajar dari nun perlis hingga nun Perak.. kali ni, sibuk menghandle 25 tetamu sampai tersalah strategi plaks.. pas2 kelas terus ai suruh budak2 ni ambik bahagian kek masing2..pastu apa lagi..terus pakat balik..hehehe nak kena cubet neh..cikgu suruh stay nak bergambar..sebab tu lah dlm gambor ni ada dalam 20 org aja..yg lagi 6 tu dah lari balik..nanti cikgu suruh pengawas cari..tarik tlenga.. takpa..tak pa... ni senarai mereka2 yg hadir:
Lia,Kak Ros,Azealyezawati,Fatimah Isa,Najah Farahin,Yantie,Liza,Miss Yeoh,Ninie,Siti Juliana ,Aleya Sofea, Aqilah,Kak Fauziah, Farida Hani, Norzaida, Nora, Harlina, Asma, Zura, Rozita Che Ahmad,Masitah Abd Rahman,Nurul Nadiah,Anita, Kak Syima dan kak Nadirah
penuh meja... 12 resepi kek yg dipelajari dlm kelas B2B.. tunggu utk diagih2kan

lelong-lelong-lelong.... part paling best, mengagih2kan pendapatan hari tersebut...ambek-ambek..sila2.. sila ambek bahagian masing2..sila ooo silaa...
Maz...tersenyum lebar dengan hasil dari celahan badan yg dia buat ditengah2 crowd..tengah nak cari celahan kat bahagian lain plak utk claim another part kek yg blom amek..hehehe

Jom tengok kek2 yg ai berjaya tarik keluar utk seisi pergambaran..
Kek woren, marble, pelangi malaya dan pisang
Swiss roll, chiffon cofee n xxs cuppies
Brownies, choc cuppies, vanila cuppies dan blueberry muffin

Ok semua.. tengkeiuwww sekali lagi kerani sudi memeriahkan kelas kat CCC.. memang uolls semua memang happening.. kelas berjalan dengan lancar dan penuh gelak ketawa dan gumbira.. tengkeiuw kerana memberikan kerjasama.. ai ingatkan dah ulang 2 kali kelas ni dah settle la..rupanya ada lagi yg call/sms minta ulang kelas B2B ni sebab tertinggal... so ai cadang nak ulang lagi ujung bulan 3.. get ready sesapa yg nak join tu ya, boleh start booking bay now: tarikh insyaalah sabtu 31 march 2012.. nanti CCC akan update iklan kay.. tungguu..



Friday, February 3, 2012

rm 55/box-Domo-Kun themed cupcakes

Siti Azima hadiahkan cuppies ni utk birthday yg ke 23 kat somebody yg dia sayang. waahhhh suka domokun kaa...hehehe cute-cute.. ish bahaya gak domokun neh..gigi tajam2.. apa2 hal pun semoga kalian berdua selamat sehingga kepenghujungyaa..aminnnn

red velvet stack wedding cake + choc moist cupcake- Farhana

Align Center
Special package: rm550; Red velvet wedding cake+25pcs choc cuppies

Pengantin kita kali ni, Farhana tempah kek spesel utk majlis potong kek. Farhana request kek Red Velvet.. keseluruhan kek 2 tiers yg stack tu adalah red velvet, manakala cuppies yg keliling tu dibuat dengan perisa choc.
Seperti biasa, cuppies tu hiasannya mesti sedondon dengan kek. walaupun asas kedua2 kek ni berbeza, tapi kena bagi sedondon. cuppies tu just pakai buttercream aja manakala kek besar tu pakai cream cheese
Ok Farhana, tengkeiuww so muchh, selamat pengantin baru..


puding/ agar2 hantaran

Tempahan puding/agar2 hantaran ni datang dari Iman Grik Perak utk majlis pertunangan beliau lalu. ..
Tengkeiuwwww very2 much Iman, diatas panduan yg diberikan... selamat bertunang..

Selamat pengantin baru Hanani & Rosli

2 tiers stack wedding cake= rm225 (choc moist)

Tuuuddiaaaaaaa lamanyaaaa tak update blog..i'm alive-i'm alive- i'm alive..hehehe cuma kureng sihat sket lately.. tempahan n kelas seperti biasa berlangsung, cuma i aja ada masalah lemah2 badan dan penyakit malas nak update blog.. pas balik buat kelas/tempahan terus kroohh--krohhh--krohh..so terpaksa lah cerita balik kesemua himpunan cerita2 yg terperap neh..
Kita mula ngan kek tempahan Hanani dari Baling Kedah. Nani tempah kek utk majlis kenduri sebelah dia kat Baling. 2 tiers stag cake. (heheehe tarikh tempahan 21 jan-ahaks-lamanyaaa!!)
Nani last2 decide nak kaler pink..aihampir tersalah tema haritu pasal memula Nani kata nak kaler turqoise..tup2 baju pengantin kaler turqoise tu ada masalah so tukar ke tema pink..ish2 nasib baik laa ai realise awai2..cher bayangkan pengantin pakai pink potong kek kaler turqoise..hehe
Soft Fondant Choc moist cake= rm75
Ni plak Nani tempah kek hantaran utk dibawa pihak rombongan pompuan ke rumah mertua Nani kat Perak. Nani request nak kek bentuk love gitu..
ok Nani walaupun dah lama ai simpan cerita nih, masih tak terlambatlah harapnya CCC nak merakankan ucapan Selamat Pengantin Baru.. semoga berkelan selamanya..amennn..