Showing posts with label chocolate ganache cakes. Show all posts
Showing posts with label chocolate ganache cakes. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Happy B'day+Golf Tournament bersama Dato' Arzmi Hamid

Bebaru ni, CCC terima tempahan kek choc ganache banana(+ strawberries) sempena meraikan majlis harijadi Dato' Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai). Besar kek ni..about 6 kg.. berat..ramai nak diraikan sbb hari tersebut, diorang juga adakan golf tournament kat Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Ceritanya, ramai org2 besar turut serta dlm event ni..bekas MB, ahli2 politik dan org2 kuat Umno.
1st layer..semua ada 3 layer..pas sapu fresh cream yg lemak berkrim tu tebal2, susun plak banana slice..corang corengkan dgn choc ganache...nyum-nyum-nyum.. the next layer, dah tak sempat dah nak ambik gambar..cibok a.k.a biziiii...
RM350~6kg choc ganache banana+ strwberries cake
Selamat Ulang Tahun Dato' Arzmi yg ke 56.. walaupun hujan haritu..tapi diorg tetap turun padang bermain..sapa menang? sapa kalah huh? hehehe.. smua tu tak penting..yg penting, pas perlawanan reramai celebrate makan kek utk Dato'. tengkeiuuuu

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Bertunang Marianie & Azri

Cuti raya cina ni banyak betul kenduri.. sana sini.. sorry lah yer kalau lately i tak sempat update blog.. bcoz.. asyik dok kat dapoooorrr jek. Buat mereka yang terpaksa ditolak tempahan tu..jgn ambik ati yer.. akak pun tak tido malamm dik!! utk siapkan tempahan yg first come first serve nih..
2 kg Choc Ganache moist cake= RM95

Tempahan seterusnya datang dari Marianie. Dia minta Choc ganache moist cake ni.. utk majlis pertunangan dia ngan Azri.. Mula2 Maria nak choc kerinting tu utk buat hantaran.. then i suggest kat dia kek choc kerinting dgn lelehan coklat yg melimpah ruah tu macam "kureng sesso'ai" sket buat hantaran..takut dia banjir plaks dlm keta rombongan meminang pihak lelaki..hehe so i suggest ler kat Maria kek choc ganache ni..
I bgtau Maria, kalau kek Choc Ganache ni selamat sket..coz chocolate dia baik..confirm dia dok dendiam..choc dia tak nakal lari sana sini..hehe..tapi kek ni mahal sket ler dari choc moist kerinting tu sbb dia dibuat dgn melted choc bar + fresh cream..
xxs cuppies/container = RM25

Maria ada order tambahan 1 container xxs cuppies.. sesaja kot nak makan ngan kopi petang2 pas dah jadik tunang org..hehe.. Ok Maria.. bila nak kenduri? nanti tempah kek kawen awal taw.. Ok Maria & Azri..slamat bertunanggg..

Wednesday, January 6, 2010

Slamat Jalan Romeo..

Chocolate Ganache cake (2kg)

Price: RM48/kg @ RM80/2kg

Fuhh.. skolah buka kembali.. so sebok dgn itu ini.. Adam dah naik darjah 2. Byk gak benda/perkara nak kena urus lately.. capet, capet.. thats why dah byk hari tak up date. sori.

Kek diatas diorder oleh seseorg yg sepesel.. dia kerja kat Hamadatec, Kulim Kedah dah 12 thn, then dapat keja baru kat Chemor, Ipoh Perak.. Daftar keja on 4hb lepas. So masa hari last dia kat Hamadatec, dia bawak ler kek ini sebagai tanda perpisahan n to say gud bye kat kengkawan yg dia sayangi.. Sayu n sebak gak dia kata nak ubah rutin hidup selama 12 thn bersama Hamadatec yg byk mengubah hidup dia. Tapi.. hidup perlu diteruskan.. ada kalanya kita perlu 'tukar angin' sket dlm mencari 'sesuatu' dalam hidup.

Kek ni terjadi atas dasar... 'main buat jer apa ada'.. coz tak plan pun nak buat kek ni.. mula cdg nak buat kek lain.. tapi hajat tak kesampaian coz last minute ada bhn yg tak cukup.. so i decide nak teruskan jer ikut tangan n kepala hotak apa nak jadik. Lagi pun tak stress sgt bikin ini kek coz org tu pun tak plan nak bwk kek ni ke ofis dia on that day.. i saja2 jer malam tu lepak2 tetiba i tanya nak bwk kek tak on your last day?.. then dia kata "ikut u lah.. kalau senang buat ler.. tak senang tak yahhh" So i main belasahhh jer la ikut tangan nak bergerak..
"Org tu? spesel ? sapa tu Yus? boyFriend ker?" Ak aa boyfriend i ler tu. Betoolll..tepat!..... Org yg i maksudkan is MY HUBBY...huhuhuuhu.. So sekarang dah terjawablah kenapa lately i dok cerita sket2 p ipoh.. sket2 p chemor.. sket2 p perak.. Ini lah rahsianya..hehe So berita baik utk org2 sekitar Chemor atau Ipoh... mana tau nanti org kat sana plak boleh order kek kat i.. Ahaks.. So sapa org ipoh/chemor yg berminat??? sila hangkat tangan... Eheehehe

*So hubby.. Slamat thn baru dgn keja baru.. (yg len tak leh baru!)..Memandangkan u spesel dlm hidup i so kek kat atas tak yah bayar.. cuma elaun kat i tektiap bulan jer kena naik sebab harga gula dah naik.. sekian slamat jalan romeoku..



Thursday, October 29, 2009

Upin & Ipin Choc Moist Ganache


Price: RM48/kg @ RM80/2kg

Kek ni second order dari Puan Jamaliah yg dulu pnh order kek Ben-10 n watch kat anak pompuannya last months. Tapi kali ni utk anak bongsunya plak, Ahmad Naufal. Puan Jamaliah kata, birthday boy, relax jer (x faham lagi.. still baby age 1... alaaaa commmeeelll...gidi-gidi-gidi..chak..) So kakak dia si Nurin lah yg over xcited dgn kek ni. Pas dia nampak kek tu, dia mintak mummy dia call i.. xcited giler budak tu.. "untie.. i want to blow the red candle now".. Skali dgn si Mummy dia pun xcited. I sengaja letak 3 cars atas kek tu coz diorg 3 bradik n xtra 2 choc for mummy n daddy... so that semua tak brebut..hehehe. Puan Jamaliah kata dia mungkin akan bawak kek ni ke pizza hut. celebrate kat sana.. Tapi setelah mendengar suara "KAKAK birthday boy' yg over xcited td, i yakin, sure kek ni dah slamat masuk perut sebelum dibawa ke pizza hut. Ahaks ahaks.