Showing posts with label *kelas DIY group. Show all posts
Showing posts with label *kelas DIY group. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Kursus Usahawan Bakal Pesara Polis anjuran Kementerian Dalam Negeri

Berlangsung selama 4 hari 3 malam mulai 11 Disember 2012-14 Disember 2012 bebaru ni, CCC telah dikunjungi oleh hampir 30 peserta dari seluruh semenanjung Malaysia utk kursus usahawan sempena persediaan persaraan mereka tak lama lagi.. Rata2 pelajar yg hadir berusia 53 thn keatas malah ada yg sedang dlm tempoh bercuti utk habiskan tarikh persaraan.. Kursus yg dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri ni telah menemukan anggota polis dari segenap pelusuk Malaysia utk berkursus di CCC.. Dengan itu CCC berbesar ati yg teramat sangat menerima tetamu2 terhormat ni datang berkursus tentang asas bakeri yg tertumpu kali ini pada teknik asas membuat kek dan desert terkini yang paling digemari ramai.

***cewaahhh...macam laporan dalam majalah sekolah la pulak.. ishh tak syoqq aa buat laporan formal.. dah semua taw blog ai ni tak formal a.k.a minah rock/ronggeng.. so kita sembang2 rock jer lah..ahaksss

Ok.. ai mula cerita pasai day 1st diorang sampai.. seisi pengenalan.. gambar diatas tu adalah ASP Tuan Razak Hasan.. insan yg "terjumpa dan jatuh ati" kat blog ai sehingga tersenarai dlm top 3 baking class yg hendak dipilih pada mulanya utk kursus.. Tengkeiuw la Tuan Razak sbb bagi peluang yg super beharga ni kat ai yg masih bertatih dlm bidang ni.. akhirnya CCC terpilihh.. tengkeiuww
Tiba ler giliran ai plak bagi taklimat.. ketaq lutut wuuuiiiii berdepan ngan Puan2 polis yg super gaban punya tahap kesenioran.. Polis penuh dlm kelas!.. Terkenang masa kecik2 dulu zaman nakal kanak2 ai.. mak bapak zaman tu suka sangat takutkan anak2 ngan 2 perkara: pertama: hantu..kedua: polis.. zaman kanak2 uolls pernah tak org2 tua cakap..
"Jgn pi tempat tu..ada hantu" @ "Polis-Polis..mai tangkap budak nih" @ "cepat2..sembunyi polis datang"

So terbawak2 kenangan masa silam risau gak nak berhadapan ngan polis2 nih..silap kang kena tangkap plak..dak pun kena gari..
(errr.. sehari sebelum diorg ni sampai, ai kena tahan ngan polis trafik sebab tak pakai seat belt.. dia bg warning n last chance...dengan kata2 pesanan ikhlas dari polis trafik tu: "Pasni pihak polis cadang nak buat sticker khas yg bertulis: pakai seat belt hanya jika ternampak polis- hehehe gurauan mu menusuk di benak kelbu ku..cheh--kehkehkeh
Sebenarnya selama ai hidup ni tu 1st time kena tahan polis.. so dok terfikir plak..adakah ini membawa petanda tidak baik buatku menerima puluhan polis yg bakal berkampung di CCC??? TIDAKKKKKK!!!! tak leh lenaaa  hampa taw akkk.. Alhamdulillahhhh... 1st approach aja ai dah rasa lega.. Kesemua peserta memang sporting habih.. sehingga ai tak rasa jarak umur dan darjat yg terdapat antara ai ngan peserta2 tu semua.. dorg memang best!! cool!! lawak n memang semua enjoy giler sepanjang kelas.. ada tu yg memang tak percaya dah nak pencen sebab sangat "berjiwa muda" dan tak kurang plak yg awek muda.. (pujian iklas ni..bukan pasai takut kena tangkap..hehe)
 Bayangkanlah kalau semua Puan2 Polis ni pakai uniform dlm kelas ni.. dok plak jeggei mata kat ai sorg kat depan.. fuhh mesti ai ajaq buat cucoq kodok ja.. tapi mereka semua datang dlm keadaan santai..tak stress.. penuh gelak ketawa..tapi serius dan sangat mendalam minat tentang apa yg dipelajari..
 Ngheeee... jgn betulkan skrin laptop/tablet/ipad anda.. yg ni bukanlah bakal polis yg nak pencen ya.. hehehe.. aweks chun agi menawan ni adalah Niera, urusetia dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yg byk membantu menguruskan peserta2 yg hadir..
 Mula kelas... Puan2 semuaaa... tengok nota masing2 yea... (sebab banyak sangat mata polis dok tengok ai..takutss plak.. so suruh diorg tengok nota)

 Explaination yg detailss sebelum mulakan hands on.. diorg semua dah start pakai apron.. tapi kena dengar cekgu cerita dulu..
 Jemput Puan2 semua tampil kehadapan utk lihat demo saya dengan lebih dekat... bukbak-bukbak diorg lari tampil kehadapan.. sungguh cekap dan efficient Puan2 Polis neh bertindak.. ahakss
 Atas request.. ai ajar buat Durian Crepe.. ibu duit nih.. tengok cikgu buat semua nampak senang mcm kachanggg jer.. dlm kelas ni ai bgtau: "semua pelajar bebas ngap" means.. sambil2 buat tu.. rasa n ngap lah sendiri DC yg dibuat dengan titik peluh masing2.. dengan itu 10 minit pertama ai buat rondaan dlm kelas.. tak dak sapa pun berjaya hasilkan DC.. sbb hilang dalam misteri..muahahaha

*suatu ketika terdengar satu suara dari jauh yg berbunyi: "alamak tak jadi!!.. cepat-cepat-cepaaatt makan..cikgu datang..nanti dia tengok" (muahahaha)
Satu2nya kumbang (selain Tuan Razak).. YM Khairy.. juga urusetia KDN (errr bukan polis yg bakal pencen taw!) sangat berkredibility dlm bidang baking dan membuat desert nih.. skali dia pakai apron..abeh terbang Puan2 Polis yg lain.. YM Khairy ni juga lak yg byk memainkan peranan menjadi 'org kanan' Tuan Razak dlm memilih CCC sebagai destinasi kursus.. makaseehhhhhh sangat2 wahai YM Khairy..

 Semua Puan2 Polis tengah melenggang Crepe.. sambil membuat bantal yg gobu-gobu!
 Hari seterusnya.. ajar main2 ngan buttercream.. cemana nak buat sebijik kek dan menghiasnya dari zero knowledge sehingga 'terhasilnya' sesuatu..

 lagi sorang urusetia KDN; Hidayah, apron pink..aweks chun yg banyak membantu melancarkan perjalanan kursus.. pilih2..sapa nak buat diorg ni menantu sila sms... bonus dapat diorg neh..pandai buat kek n desert..muahahahahahaha
Mengajar teknik membentuk bunga ros dari krim Buttercream

 Sedang memerhatikan cap jari kesan jenayah ditempat kejadian.. semua dapat sorg satu kek utk dihias dan dibawa polangg.. supaya bangga dengan hasil sendiri..

 seisi nyanyian koir.. mcm tengah menyanyi plak puan2 polis ni.. bila ai terangkan sesuatu yg baru dlm pengalaman idup mereka.. ramai2 dengan nada serentak dan penuh harmoni mereka sebut OOOOOOOOOOO... (maksudnya.. baru tahu tentang sesuatu).. bila mereka menyaksikan hasil yg ai hasil kan.. maka beramai2 mereka berbunyi.. WAAAAAAAAAAAAAA (maksudnya terkesima dgn apa yg dilihat) tetapi bila  masing2 balik ke meja utk hands on.. maka berbunyi lah music yg tidak lagi berbunyi harmoni seperti:
AYAAAAAA... AYOOOOOO.. ADOOOHAAAIII... OOO MAK ENGKO... SUSAH BONARRR NAK MEMBUATNYEEE.. CEMANAAA NI YEEE??- ekehkehkeh pitching lari daa..
 Part paling mencabar.. memonitor Puan2 Polis membentuk bunga ros..
 Teknik Melepa kek.. Sarjan Noraini (baju kuning) dapat number 2 kek tercantik you!!
 Sarjan Lee dan Sarjan Harabarjan sedang menunjukkan skill. Sarjan Lee apron biru tu pemenang kek tercantik.
 meronda kawasan
 ASP Haiyati.. tekun blajar buat rose
 Seisi Penyelamat.. rondaan menyelamatkan kek2 yg hampir hanyut dilautan sepi kerana ketandusan idea..
 Tak toleh kiri kanan dah.. asyik mashuk menghias kek..sampai time break pun takmao rehat.. tak mao makan sbb nak habiskan hias kek masing2. sangat tekun.
 Tadaaa... ada yg bertemakan bunga2an.. tema salji saljian..tema bukit bukau, tema hutan belantara, tema semut hurung kek, tema pelangi nan ceria, tema banjir, tema musim luruh, tema dalam hati ada taman, tema esok masih ada,tema warna warni kehidupan, tema kek ku kek mu jua dan tema2 lain lagi..
 Ai sempat gak ajar cemana nak buat kek dengan teknik cartoon artwork- yg lagi 3 beratur tu hasil tangan Urussetia KDN (Khairy, Hidayah, Niera)- cer teka yg mana satu yg sikumbang buat..?? hehe mesti korang tak percaya kan?? anyway kek diorg bertiga ni tak bleh bertanding- ekekekekeh..
 Puan Aishah..Bangga dengan hasil keknya yg dia sendiri tak percaya dapat hasilkannya sendiri..
 Penuh confident.. Sarjan Zuriah bangga dengan hasil.. pasni jgn harap nak beli dah kek kat kedai kek..
 Bersama kek msing2..
Kenangan: kek berbaris utk diadili oleh tuan Razak utk pemenang number 1,2 dan 3


 Atas pujukan dan rayuan semua, ai pun cayer la jugak.. mereka sebulat ati meng ambush ai dengan permintaan agar diajarkan mereka buat pavlova.. ai pun dgn baek hati mengajar mereka dengan penuh hati berbonga2..
 DSP Zaiton tengah menikmati nikmat doniawi disaksikan oleh KPL Kursiah

 worth it bila pavlova yg ai buat tu gila gaban punya mendapat sambutan.. semua suka sampai berebut2 nak mintak beli saki baki meringues yg lebih.. Tapi ai tak juai kat sesapa pun.. ai paksa suruh pakat2 balik buat sendiri..hehe

 Tuan Razak pun tangkap leleh dengan pavlova ittew..
 Semua suka dan gumbira dan ceria dan tak sabar2 nak balik buat pavlova yg selama ni dok dengarr aja org sebut..ada gak yg tak pernah dengar pun bendalah apa laaa pavlova ni.. skali rasa.. semua spechless.. hehe
 Hari last..seisi pengulungan.. ai buka seisi soal jawab..apa yg puan2 nak tanya, masih musykil, tak clear dan sebagainya..
 Seisi penyampaian Hadiah
Tengkeiuw Tuan Razak dan pihak KDN diatas cenderahati kenangan yang sangat2 beharga buat CCC
 Lupa plak nak cerita.. ni la tempat penginapan peserta kursus selama 4 hari tu. Hotel Spring In Sungai Petani.. yang mana jaraknya cuma 10 langkah dari Cuitcutecakes.. (dekat gilerrr tue!)

Kelas berlangsung dengan jayanya sepanjang 4 hari..alhamdulillahhh.. semua peserta dan pihak KDN memberi respond yg sangat memberansangkan.. hilang rasa penat dan letih bila diberi kepercayaan dan sokongan padu dari semua.. Buat bakal2 pesara Polis yg telah menghadiri kursus kek di CCC tempoh hari, selamat bersara dan semoga sihat sejahtera dalam meniti kehidupan baru kelak.. terima kasih sekali lagi buat pihak KDN; ASP Tuan Razak Hasan, YM Khairy, Neera dan Hidayah kerana menjayakan kursus kali ini.. tq-tq-tq.. kenangan terindah dlm hidup ini..

**Diatas feedback peserta, mereka semua request kalau ada rezeki kursus ni diulang lagi tahun hadapan.. semua nak mintak tambah hari: 5 hari 4 malam berkursus di CCC.. (WAAAAAAA NAK NANGEH BILA DENGAR STATEMENT TU.. PENGHARGAAN YG SUPER DATOK GABAN TAHAP MATA MERAH HIDONG KEMBANG TELINGA CAPANG BUAT KU YG KERDIL DAN MASIH MENDAKI ANAK TANGGA NEH!! TENGKEIUWWW - LEBIUW)

Wednesday, June 20, 2012

DIY group-Red Velvet: Airel, Kmal dan Ainna

Immediately pas kelas demo kek continental modul dua yg dah diceritakan sblm ni, 3 pelajar stay back utk ambik subject seterusnya. Mereka adalah Airel, Kmal dan Ainna. Ai terpaksa pack kan gak kelas ritu sbb masa dah suntuk utk ai buat kelas pas ni.. (hehehe,nak coti panjaaaanngggg)

Sewaktu gambar ni diambik, Ainna dah pun tergesa2 balik sebab che abang dia dah tunggu kat bawah tak sabo nak makan keks..ahakss... so ai tolong Ainna masuk gear 5 then Ainna pun balik dulu..
Ni haa..gambar Ainna yg control tenang waktu ambik gambar..kelam kabut kitorg time tu... sebab tersalah janji..takut che abang Ainna morka.. anyway, gud feedback dari hubby Ainna serta family..mertua Ainna siap dah booking soh Ainna buat red Velvet raya ni.. (achecheeehhh.. menantu mak nihhh)
DIY= Do It Yourself..buat sendiri kek hampa.. pas tu wak balik sendiri semua yg dihasilkan dan makan sendiri..cekgu monitorrr aja.. (errr bok balik kek ajalah.. jgn ler bok balik penimbang, kosi, meja, botoi ayaq, selipar pencuci mangkuk..nghee)
Airel..katanya dia langsung tak percaya dia boleh hasilkan sendiri red velvet.. tak der asas langsung slama nih.. -xpe2... basic negative cemana pun kalau jumpa ngan ai mesti boleh buat nyer kek pilihan ati.. (err..jumpa dlm kelas ambik kursus kek ler..bukan jumpa kat spomaket)
Kmal...yang memang dah terjun lama dah dlm bidang nih..dtg nak mempelbagaikan ilmu pengetahuan dan produk home basednya
Ainna, cikgu yg tengah ketagih nak blajar kek2 continental sbb mendapat sokongan dan pujian melambung2 dari family, kengkawan sanak saudara, jiran tetangga, cikgu2 sekolah, penolong kanan, pengetua, anak mured dsbnya, semenjak dia blajar buat kek dan buat free kat diorg..ahakss

Tengkeiuw2 semua.. diorg ni tak serik stakat dua kelas berturut2 nih..kelas minggu lepas kek bistro pun mereka attend.. sabtu depan kelas bistro 2 pun nak attend lagi.. rindu kat ai ler tuu..nghee..

Friday, April 27, 2012

DIY group: Barbie cake decoration

Puteri2 bergambar dengan dayang2 pengasuh..hehe

CCC dikunjungi oleh 4 pelajar bersama2 belajar beberapa teknik mendeco barbie cake. alaaa barbie yg pakai gaun kembangs-kembangss tu.. mereka ialah Farida Hani, Ninie, kak Ros dan Julia. kebetulan student2 kali ni semuanya terdiri drpd student2 senior dan super senior.. mereka2 ni antara pelajar terawal kat CCC..sentiasa menjoin hampir kesemua kelas yg CCC anjurkan dan masing2 tengah mengorak langkah hebat memasuki bidang baking ni. malah yg dah jadi cikgu kek pun ada...banggaaa ai dapat anak murid cegini..
Princess2 yg disiap make overkan oleh pereka2 design dress..aik..awat ada sekoq mermaid sesat tu?!-heheheWalau pun semua student buat sorg satu kek..tapi teknik2 lain pun diajar taw.. misalnya cemana nak buat teknik bagi skirt barbie tu licin aja (utk yg tak mo skirt renda2)-tapi kelas kali ni, semua nak kek renda2..so just overlap aja atas krim rata lagi licin tu..
Tekun.. serius gilerr mendesign gaun.. sket lagi ninie tu nak masuk bawah meja..
Julia.. pakaian barbie yg dia design paling sopan.. yg len smua nampak bulu ketiaks..ahaksszz tapi barbie Julia tinggai tak pakai tudung aja..kalau tak dah sah..memang kek barbie muslimah.
Farida buat kek ni utk anaknya yg kebetulan nak sambut birthday haritu.. bijak-bijakkk
Acheewah... design baju ala tarzan gitu.. syabas kak Ros.. satu2nya student yg nak buat kaler len dari yg len..
NiNie.. nak buat baju cegini kaen bropa meter nih?
hehehe ai nyer... sesaja ada kek xtra lebih2.. sambil2 student dok design dress tu ai tunjuk la idea sket cemana nak buat kalau dapat tempahan kek mermaid..dok tertenggek atas batu di sebuah pulau dgn hanya memakai bra yg seksi merah menyala! (kek ni 18sx-tak sesoai utk tontonan umum)
Seisi make over...sikat sket..boh reben sket..sanggol sket..Tu dia...tongkang pecah-tongkang pecah... help..helpp..

Farida, Ninie, Kak Ros dan Julia dimajlis tari menari sambil diperhatikan oleh cikgu seksi..

Ok. tengkeiuwww kepada semua yg hadir.. hari decorate barbie cake tu, semua brangan jadik minah blonde mata biru n pinggang scekak.. slamat teruskan angan2..slamat berbaking dan slamat berbisness..