Showing posts with label cupcakes-red velvet. Show all posts
Showing posts with label cupcakes-red velvet. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

update blog versi hilang ingatan

Sebenarnya, walaupun selama 3 bulan ai tak update blog, bukanla bermaksud ai dok dendiam aja kat rumah.. ada ler buat sket2 tempahan yg senang2.. yg big2 project atau yg susah2 byk ai pass kan tempahan tu kat my setuden. berikut adalah tempahan2 yg ai buat dulu2 time ai menyepi dari blog..tapi group kali ni ai gelar versi laporan hilang ingatan sebab langsung tak ingat semua2 ni tempahan bila dan dari sapa.. (ada cara nak trace..tapi malas nak cari..hehehe)

 Cuppies crown n topi
Ni sapa oder tah..RBW..
Org Kulim kalau tak salah ingatan ai..yg oder kek choc indulgence ni.. nak kosong cegitu ja..sbb nak tengok muka sendiri kat kek tu as reflection..so boleh anggap wajahnya itu sebagai hiasan keks..ahakss
red velvet.. ermm wanida ezreen punya kalau tak silap

Red velvet gak.. yg ni langsung tak hengat sapa punya

Mini pavlova.. Juliet punya kot..

pavlova 2 layer cegini ai wakil 1 photo aja.. 4 aja bijik ai buat selama menyepi ritu
Pavlova selayer.. budak UITM merbok punya kot..kalau tak silap hengatan

Adam n Elyn deco utk hadiah kat anak jiran..hadiah besday.. lupa dah anak jiran yg mana..hehe

Org totua kata setiap kali bersalin anak pompuan 1 urat putus..anak lelaki 2 urat putus.. means ai dah 5 orat putuih.. sbb tu byk sangat yg ai hilang ingatan..ngeh-ngeh-ngeh..
*tu tak termasuk termakan semut..ahakss

Pas ni ai post lagi hasil tempahan yg ai buat selama menyepi versi "tempahan yg masih diingatan"


Tuesday, June 12, 2012

Kek sedondon utk aniversary & birthday

Farhana tempah 2 pasang kek kat CCC sempena party kat rumah dia utk meraikan birthday anak tunggal; Muhammad Ibrahim Luqman. Selain tu, sempana nak raikan 1st wedding anniversary Farhana ngan Azam.. wahhh lomantikss gituuww..
25 pcs/box; choc cuppies with rainbow theme; rm75

Farhana request cupcake Choc ni dideco sedondon ngan kek italian rainbow. mengekalkan identiti kek rainbow, deco luaran pun Farhana nak ai decorate tema rainbow..
Italian rainbow with deco/theme= rm150/receipy

Mesti idup Farhana, hubby n Ibrahim Luqman berwarna warni mcm rainbow kan..kan? cayaaa lah..
Happy birthday Ibbrahim Luqman yg pertama..
Red velvet with deco/theme: rm150/receipy

Design ni ai pernah buat suatu ketika dulu, tapi guna kek choc n buttercream aja.. Farhana berkenan design ni. Tapi dia nak ai applykan design ni kat kek Red Velvet Cream Cheese sempena kek wedding aniversary..
Happily Married for 2 years!
.
.
.
.
AduhhhhaaaiiiiiIIII!!! cemana boleh lupa snap gambar cupcake sedondon ngan kek burung nihh!! ruginyaa.. sebenarnya Farhana tempah satu set rv cuppies (25 pcs) bertema burung sedondon ngan kek burung tu.. ai buat setiap cupcake ada anak burung dlm sarang yg ternganga2 tunggu mummy dia balik.. aduuhhh ruginyaa tak amek gambar tuu..

ok Farhana..anyway, tengkeiuwww yaa..

Wednesday, November 9, 2011

kenduri raya aji -eija Kulim

Red velvet cuppies 25 pcs/box with edible image= rm85
Eija anak beranak n her hubby datang dari Kulim utk ambik tempahan kali ni. Memula eija nak tema "cars 2" tapi stock edible image tak dak ler plakk. Nasib baik dia ok aja.. dia minta ganti ngan angry bird aja.. sian plak kat anak sulung dia yg baru 3 thn tu..minat giller ngan cartoon Cars..
red velvet sebelum di bajukan..kira gambar lucah ler neh..heheheheh ghairah-ghairah.. tengkeiu eija n hubby coz sukaa ngan red velvet ai neh..

Tuesday, June 21, 2011

red velvet cuppies-adibah&Nasreem

Kalau tadi ai cerita pasal cuppies yg diorder oleh 2 org yg berbeza, kali ni, tempahan red velvet cuppies plak diterima oleh 2 org yg berbeza iaitu : Adibah (student ai yg selalu join kelas private tu and Nasreem, cikgu kat sekolah Kuala Ketil)
RM45/box of 16 pcs; red velvet with cream cheese
Cupcake red velvet ni kaya ngan cream cheese yg lemak2 manis gitu..so kalau boleh hiasan utk cuppies ni perlulah seminimum yg boleh.. so i just buat simple swirl aja utk Adibah dan Nasreem. Tengkeiuuu for both of uuu...

Sunday, May 8, 2011

Red velvet cuppies with cream cheese toping-Eja

Eja, lecturer muda Politeknik Kepala Batas tempah Red velvet cuppies ni utk sambutan Birthday bebaru ni. Dia request red velvet ni.. alhamdulillah.. Eja berpuas hati..siap sms bgtau dia n hubby sukaaa sgt makan cuppies tu.."rasa mcm mkn eskrim" kata Eja dlm sms..hehe tengkeiu-tengkeiuu..
RM50/box of 16 pcs-red velvet
Lupa plak pasal nama2 kat cuppies tu.. Eja mintak i tulis nama anak dia, nama anak sedara dia..dan "mama".. kalau tak silap ni sambutan birthday anak Eja kot.. Terkezut jumpa Eja ptg tu..ingat kan Eja wakil adik dia soh mai pick up cake.. dah lah kecik molek..muka pun moda remaja.. serius cakap, kalau bagi si Eja ni pakai uniform..kata budak form 3 pun percaya..(hehehe jgn marah ya Eja..)
Ok Eja..hope to see u againnnnn...

Tuesday, April 12, 2011

Red velvet cuppies with cream cheese toping

mula2 rasa 1 aja..pas tu dua, pas tu 3..pastu..ahhh buat 1 sukatan tambahan lah!!

Yani tempah cupcakes ni utk birthday adik2nya; 'kak Zida dan abg Kemat'. Menurut Yani, adik2 dia (dan dia skali) teringin sgt2 nak merasa cemana lah rasanya red velvet yg menjadi kegilaan ramai masa kini tu..
RM50/box of 16 pcs red velvet cream cheese.
Red velvet ni mmg sedap sebab bahan dia pun sedap.. tambah2 plak ngan cream cheese kat atasnya yag dicampur ngan fresh krim.. dah ler tu, dlm adunan kek tu pun ada bahan pure butter n cream cheese lagi..hmmmm delicious wa cakap lu.. kelemahan cuppies ni satu aja: tak boleh deco ikut theme.. tak sesuai.. sbb sifat krim dia yg sgt sensitif dgn suhu..kena buat cepat2 dan masuk fridge cepat2.. (pastu bila dah makan confirm habih cepat..)
1st time hubby i rasa cuppies ni.. dia mmg puji melambong2.. "sedap gillerrr" katanya.. rupa cuppies ni mmg lebih kurang mcm ni aja..tak leh hias lebih2 dgn tema yg bukan2.. kalau nak bertema tu boleh..tapi kena guna krim buttercream.. ( tapi,tak kick aaa red velvet makan ngan buttercream..mana syoq!!-hilang nikmat sebenar rasa red velvet!).. ok Yani yg sweet dan baiikkk sangat orgnya... tengkeiuuu-tengkeiuuu-tengkeiuuuu..
*Yani hantar sms respond pada cuppies tu..katanya family dia semuaaaaaa love it!! tengkeiuuu skali lagii..