Thursday, October 29, 2009

Upin & Ipin Choc Moist Ganache


Price: RM48/kg @ RM80/2kg

Kek ni second order dari Puan Jamaliah yg dulu pnh order kek Ben-10 n watch kat anak pompuannya last months. Tapi kali ni utk anak bongsunya plak, Ahmad Naufal. Puan Jamaliah kata, birthday boy, relax jer (x faham lagi.. still baby age 1... alaaaa commmeeelll...gidi-gidi-gidi..chak..) So kakak dia si Nurin lah yg over xcited dgn kek ni. Pas dia nampak kek tu, dia mintak mummy dia call i.. xcited giler budak tu.. "untie.. i want to blow the red candle now".. Skali dgn si Mummy dia pun xcited. I sengaja letak 3 cars atas kek tu coz diorg 3 bradik n xtra 2 choc for mummy n daddy... so that semua tak brebut..hehehe. Puan Jamaliah kata dia mungkin akan bawak kek ni ke pizza hut. celebrate kat sana.. Tapi setelah mendengar suara "KAKAK birthday boy' yg over xcited td, i yakin, sure kek ni dah slamat masuk perut sebelum dibawa ke pizza hut. Ahaks ahaks.

Tuesday, October 27, 2009

Cip-cip-cip-cip cuppies



Price: RM2.20/each (min order 20 pcs)
RM2.00/each (>50 pcs)

Cikgu Saadiah dari Sekolah Menengah Padang Serai Kulim order cuppies ni sempena penghargaan buat anak murid kesayangannya. Critanya gini, masa bulan kemerdekaan lepas, sekolah tu ada anjurkan pertandingan lagu2 patriotik. Cikgu Saadiah telah berjaya memimpin anak2 muridnya buat persembahan lagu patriotik tu dgn baik n hasilnya, group diorang dapat number 1 (ada potensi nak ganti Ramli MS nih!) Group tu ada 20 org student form 1 yg comel2 n cute2. Then, sebagai tanda menghargai budak2 cute tu, Cikgu Saadiah serahkan kat i utk create cup cakes ni dgn aper jer yg cute.. mcm budak2 tu. I pun apa lg... memerah otak ler fikir mcm mana nak buat cuppies yg nampak comel, cute n manja2 gitu.. then inilah hasilnya.. Dalam bekas cuppies tu, i letak sekali sweets, chocolate berbentuk Love and kat dalam perut anak ayam tu plak ada lg sweets. Dalam sarang/rumput anak ayam tu pun ada sweet yg berupa telur ayam and soft candy yg i tambah utk nampakkan keseluruhan hasil jd colorful, meriah n yg penting menggambarkan anak2 murid cikgu Saadiah yg sentiasa gembira dan ceria. Tahniah buat Cikgu Saadiah dan murid2!

Monday, October 19, 2009

Cars cupcakes


Price: RM35/box of 16 pcs

Ros yg bertugas di Maktab Perguran Sultan Abdul Halim (MPSAH) nak cuppies bertemakan kereta utk surprisekan hubby dia sempena Birthday. Ros bgtau i, bukan jer Hubby, anak dia pun memang 'gila giler' kereta. Ni baru betul.. Makan kereta, main kereta, naik kereta,...beli kereta.. ahaks. Ok Ros, harap u pun enjoy celebrate birthday dengan anak n hubby u sambil makan2 keta kat cuppies tu..hehehe.

Saturday, October 17, 2009

Minta Maaf Diatas Kesulitan..



Buat semua customer yg dihargai.. i mintak maaf byk2 becoz dah lama u all comment bila buka blog i, xder kisah baru.. lama tak up date..ada yg tanya, dah takde bisness ker... ada yg dah boring and ada yg kecik ati coz i terpaksa tolak tempahan and tak kurang jugak ada yg merajuk.. So biar lah i crita kat sini apa yg berlaku..
Happy Deepavali. Hari ni cuti. So ada la masa sket nak update blog. Hari2 sblm ni sibuk dgn tempahan2 sperti gambar di page ni. Smua i kumpul then hari ni baru ada masa nak update. Byk2 hal kisah yg buat i lama menyepi dari blog is becoz my Adelyn kena virus infection sampai kena tahan ward. Kesian tengok dia. tangan kena drip air. mula2 belah kiri, dia cabut (biasala bdk2, dia rimas) then kena cucuk blah kanan plak. I kena create mcm2 games n cerita utk nak bg dia lupa yg tgn dia kena drip. Dia mintak nak turun katil n so on. No visitors are allowed kt ward kanak2 tu (coz nak elak infection dari org luar) kecuali abah dia jer so, Adam pun tak leh datang jengok kami. Dia call sambil nangis2 sedih coz nak jumpa kami(kes rindu la ni). Tak sempat adik dia lega, i dpt tau Adam kat sekolah muntah2 n demam panas.. Bygkan hati ini... i tanya oppinion dr dia suruh i decide s/ada i nak stay atau nak balik. Anyway, tahap Adelyn dah tak serius sgt dah. Drip dah boleh tanggal. I decide: Balik.
Balik rumah, demam Adam hilang trus; Betul la tu, demam rindu. Tapi i plak yg demam panas. Giler punya panas.. lemah satu badan satu hari tak bangun.
Kami semua dah dapat treatment, hari ni semua dah sihat.. So i ambik kesempatan ni nak siap kan semua kerja tertangguh especially my blog (which i start 1st). Esok dah start terima order baru n kena delivery. So i mula kerja balik.. Bangun! bangun! hidup mesti diteruskan, kerja mesti dilaksanakan, pelanggan mesti didahulukan, kesihatanku dan keluarga mesti diutamakan!
hehehe..bbabaieeyy..

Taktik baru utk surprise

Price:RM60/2kg @ 2= Rm 120
Biasanya, customer i akan minta i buat delivery utk surprisekan org yg dikehendaki. Tapi lain plak kisahnya dgn kisah kali ni. Hidayah student Uitm Arau ordered 2 biji chocolate moist cakes 2 kg setiap satu. Dia surprisekan boyfriend dia dgn menyuruh si boyfriend dia (Shahrel) datang 'ambik barang hidayah' kat rumah i. kahkahkah.. Kreatif betui la u ni Hidayah! Memang surprise yg lain dari yg lain. Tepat masa nya si Sharel ni pun datang bg salam kat rumah i "Semekom..ni kak yus ka? Hidayah suruh mai ambik barang dia... apa tak tau..?" i pun apa lagi .. bok buat purak-purak terkejut la.. saja jer nak bagi suspen sket sharel tu. i jwb: "Ha? Hidayah? barang?" hehehe.. melihat kepanikan wajah Sharel, tak jadik plak i nak blakon lama2.. sian la pulak..So sikit tu jer i berlakon.
Then i kata 'tunggu sat noooooo...' (dia tunggu lama gak- dalam 3 minit coz masa tu i baru nak tapekan pisau potong kek utk kedua2 kotak) mesti masa tu Sharel xtau n suspen brg pa lah yg i masuk pg ambik. Then bila i kluar dgn kotak kek besar, dia start tersengeh2. I ucap kat dia "happy birthday dari Hidayah.." Lama betul dia sengeh... manehh manehh.. semaneh choc cake..ahaks (Hidayah akn balik sp ptg tu utk celebrate b'day Sharel)
Next day Hidayah call. Dia mmg berpuas hati sgt2 dgn everything, dia bgtau i lagi 1 biji utk dia bwk balik nak hadiah b'day kat lecturer dia.Hidayah kata pas ni dia order lagi tapi dia nak dtg sendiri ambil coz dia nak kenal sgt ngan i..hehehe..welcome Hidayah.
*Nama Hidayah ngan Sharel sebijik nama adik i Sharel dgn aweks dia Hidayah.. Org nama Hidayah sesuai utk org nama Sharel kot noo.. depa pun dulu Uitm Arau.

Dimana kan ku cari Jiha


Harga:RM35/box of 16 pcs
Tak pernah berlaku dalam sejarah selama i dok buat bisness ni, i terlupa simpan number tepon customer. Jiha antara customer i yg buat tempahan awal, siap bayar penuh awal2 lagi. Kitorg deal dlm tepon jer. no email. so, i punya senarai call n sms dlm tepon punya ler berjela2.. tak tau yg mana 1 number Jiha. Jiha ni betul2 simple orgnya. Dia cakap buat jerlah mcm mana pun, nak 16 biji, tulis wording yg dia nak.. utk hantaran. Then langsung dia tak call dah i tanya atau send sms pasal apa2 hal berkaitan. I dah start risau.. bukan per, duit dia dah byr full.. dah start rasa bersalah.. takut tetiba Jiha hilang plaks. Anyway, i dah standby, kalau sampai tarikh dia janji nak dtg ambik still dia tak call, sure i akan call jer semua senarai number dlm tepon utk cari Jiha (Nasib baik Jiha deal ngan i nak dtg ambik.. kalau dia suruh i delivery... mamposss i- jenuh Jiha nak tunggu).
Tibalah hari Jiha nak datang pick up, i dah standby semua siap.. dok tekan2 h/p try to guest which one is her number.. konon2 nak try jer lah call smua number. Then Jiha call, dia dah on the way, tanya cemana nak cari rumah.. I pun control macho.. mcm tak der pa pa berlaku.. Senang jer Jiha dtg ambik..Jiha tak tahu crita ni. So Jiha kalau u baca blog i ni, akak mintak maap bebanyak ye dekk.. Anyway, xder apa2 masalah pun, smua berjalan lancar..cuma crita disebalik pembikinan jer.

Jimi yg unik

Price: RM35/box of 16 pcs

Asalnya, Jimi order kek utk nak sambut b'day anak tunggalnya yg 1st. Then Jimi tukar fikiran daripada kek utk anak bertukar utk Maklong & MakLang dia yg akan attend birthday anak Jimi tu. Kata Jimi, birthday Maklong n Maklang dia nearby. So just nak bg diorg seronok disamping celebrate birthday baby, dia bg kat makcik2 kesayangan dia tu sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang. Anyway, sebenarnya Jimi nak kek birthday utk anaknya jenis kek aiskrim. Well, i blom master lagi nak buat kek aiskrim..(dlm proses nak belajar). Jimi minta i buat ala2 i buat kat isma dulu: tema serangga. Next day Jimi email bgtau diorg semua sayang nak makan cuppies tu coz cantik..hehehehehe... makasehh-makasehh-makasehh

Minnie mouse Cake



Price:RM85/90/95 (2kg)- sponge/butter/chocolate moist
Puan Aznieza nak buat Birthday Party kat anaknya Nureen Adriana yg ke 3. Mula2 dia nak order Barbie Cake, tapi tukar fikiran coz anak dia Nureen suka Minnie Mouse. Ada kisah disebalik pembikinan kek Minnie mouse ni..
Puan Az request kek ni perasa strawberry. I pun buat ler perasa strawbery utk 2 kg. Pada masa sama i ada gak buat kek Chocolate utk tempahan lain. Tup2, time nak decorate, kek strawberry x cukup. So terpaksa lah i ambik kek chocolate (kebetulan i sengaja bakar lebih) utk jadikkan bahagian telinga n hidung minnie mouse tu. Kalau nak bakar len dah tak sempat, coz i mmg buat last minit haritu. So i teruskan jer. tapi i dah maklumkan ler pd puan Az. Sib baik dia tak kisah.. Dia kata ok jer.
So kali ni, i tunjuk kat korang bukti gambar kek minnie mouse in making.. biasanya i tunjuk gambar kek yg dah siap jer. Kali nie len sket. Maap zahir Batin yaa.. Ahaks..

Kisah Hanim dan cupcakes

Price:RM55/box of 25 pcs
Ordered by Nurhanim dari UITM Merbok. Wording atas cuppies dia aja buat i tertanya2 akan kisah sebalik ucapan i'm sorry. Rupanya, Hanim ni nak surprisekan somebody yg dia sayang dgn cuppies ni supaya yg tersayang boleh maafkan dia diatas 'something' yg dia pernah buat. I simpati kat Hanim ni. Dia ada bgtau i, dia mengaku dia ada buat 'salah besar' kat Amar (nama manja diorg-SinChan). Hanim ada bgtau i dia memang betul-betul-betul kesal dengan apa yg dia dah buat kat Amar sampai Amar sangat-sangat-sangat terluka.
Masa i pegi hantar cuppies ni kat Amar, dia tak tau pun yg Hanim ada surprise utk dia. Hanim ada kelas malam tu. So i sendiri tak dapat kenal/jumpa Hanim. Amar dtg ambil cuppies ni sorg. Cool jer mamat ni. Boleh tahan hensome. Mcm pelakon crita Jepun pun ada.. sebab ler Hanim panggil dia SinChan (kartun Jepun). Masa i bg cuppies tu kat dia i bgtau Amar yg Hanim really appriciate u very much.. and please give her second chance. Amar relax jer, tapi air muka dia still mcm terkejut dgn kek yg dia terima. simple words yg dia cakap "ok, kami dah ok dahhh..." I mmg harap itu lah yg berlaku. Anyway apa berlaku between Hanim and Amar after that, I'm not so sure. Buat Hanim, apa jua yg berlaku ada hikmahnya, terima lah ketentuannya..Aminn

Wednesday, October 7, 2009

kek spiderman


Price:RM45/50/55 per kg- Sponge/butter/choc moist cake
Hasrul dari Padang Serai Kulim request kek Spiderman ni utk anakanda sulung tersayang Muhammad Zahar Daniel yg ke 7. Hasrul order 2 kek sekali gus. kek ni dgn kek utk isteri tercinta. kira dia beli kek kat i ni utk surprisekan anak n wife dia la.. kebetulan b'day anak dia awal sehari dari tarikh anniversary dia (lihat kek dibawah). So sempena raya ni, dia buat majlis 4 dalam 1, b'day daniel, anniversary, open house n doa selamat. bijak, bijak.. Buat wife Hasrul, (lupa plak nak tanya nama-hehe) Hasrul nak u sentiasa berbahagia hidup bersamanya.. (wording atas kek yg hasrul minta i tulis kalau muat.. tapi tak muat- sori ye hasrul.. i takut nanti kek tu nampak mcm batu bersurat plaks..ahaks). From me, semoga hasrul bergembira disamping keluarga tercinta selamanya dan murah rezeki hendaknya.. aminn

buat isteri tercinta..

Price:RM75/kg-choc moist soft fondant cake

Hasrul juga nak i buat kek yg ada rose bg menyambut anniversary beliau dgn isteri tercinta yg ke 8. Romantik Hasrul nih.. masa i bawak kek spiderman n kek aniversary ni, i drive dengan penuh hati2 dan berhemah. kiranya.. pagi tu i jadi pemandu contohlah umpamanya.. bukan per, risau kek kat dalam bonet.. TIBA-TIBA.... Bedebummmm splashh kushhh zzzhhrrrcccsshh.. tayar keta sebelah kiri terlanggar lopak air yg bleh tahan dalam n panjangnya.... Addooiiii... habihlaaaa kek akuuu.. rasa mcm nak nangihh jer risau! sampai2 trus i buka kotak check.. Alamak, satu bunga tercabut! yg lain ok, nothing happened.. then i mintak maaf byk2 kat Hasrul. I srh dia masukkan dlm freezer then bila krim dah keras, i pegi repair sekuntum bunga yg tercabut tu.. sedihlaaa kek tu cacat sket tapi pas repair sket2, ok la.. sib baik Hasrul sporting n tak kisah.. 'kira discount sket sama dia hari tu'. sori yer hasrul n wife..

from Fiqa to Amri with love


Price:RM55/box of 25 pcs
Fiqa ni army student kat UPNM Sungai Besi. Dia ada tunang, Kapten Khairul Amri bin Chamili yg bertugas di kem lapangan terbang Sungai Petani. Fiqa nak i surprisekan tunang tercintanya dgn cuppies ni melalui kwn baik Amri iaitu Apit. Fiqa nak Apit ni yg arrange utk pick up cuppies ni dari i then bwk balik bilik n surprisekan Amri. I pun bertolak ler dari rumah pg hantar cuppies tu. Frankly speaking, ni 1st time i masuk kem. Still terbawa2 dgn perasaan yg ditanam masa kecik2 dulu, kalau nampak org yg background polis ke, tentera ke, sure rasa takut.. takut kena tembak hehehe.. terbawa2 plak perasaan tu sampai besor. ahaks!
Masa kat post guard jer ada 2 army siap ngan senapang n full uniform tercegat di kiri kanan keta tanya mau p mana? i tengokkk jer senapang yg diorg galas tu.. eeiii takut. suspennya, ketiga2 org (Fiqa, Amri n Apit) sorg pun x hangkat tepon time i call! rasa macam nak bg kat abg baju hijau kat post guard tu jer suruh simpan. tapi memandangkan diorg pegang senapang, so i rasa, baik i p cari gak lah si Apit ni kat alamat yg Fiqa bg. dah pusing 1 round, baru fiqa n apit call. Apit punya direction.... hmmmmhhh... hehehe. I kena pusing 2 kali carik tmpt dia. Gerun betui masuk dlm kawasam kem tu. Still dok immagine mcm crita omputeh yg perang2 tu.. i dok immagine tup2 ada org baling bom ka.. terlanggar periuk api ka.. ish.. teruk betui la mentality yg tertanam dlm kepala otak i.. terbwk2 crita filem plaks. Lastly Apit call.. i pun pokpetpokpet kat dia tanya mcm mana ni, akak dah sesat.. akak takut ni. langit dah gelap nak malam. Apit srh i tarik nafas dlm2 dan bertenang dan meyakinkan i pasti selamat di sempadan sana (kahkahkahkah). Akhirnya, jumpa ler jgk budak Apit yg hensome tu. Apit siap bg direction kat i jalan keluar walaupun jalannyer straight jer.. Then abg bj hijau kat post guard tahan i, dtg kat keta n say something..!!! Alamak.. pesal plak nih!! kecut perut i. "kak, len kali tolong tutup lampu yer, bila lalu kat sini".. "ok ok ok sori sori" trus i pecut kluar dgn harapan tak kena tembak dari blakang mcm crita omputeh yg i tgk dolu dolu.. ahaks.

Thursday, October 1, 2009

Colorful Retro cuppies

Price:RM62/box of 25 pcs
Ingat tak dulu i pnh buat cuppies retro kat customer i, Ida wife Zamri? Tapi dulu pakai cerikan.. ni special reques dari CT Fatimah yg nak buat kenduri kat adik dia on raya ke 6 baru2 ni. Actually, Ct order cuppies sbg gift kat tetamu VIP tapi, dia kata kang kesian plak kat 'org2 kat rumah' yg hanya boleh pandang jer cuppies tu tapi x leh rasa coz cuppies tu utk tetamu.(refer cuppies kat bwh) So demi nak elakkan diorg tertelan ayaq lioq, Ct order xtra 1 set colorful retro cupppies ni so that dpt ler jgk diorg rasa. Yelah.. slalunya, customer i slalu cakap.." eeeiiii sayangnya nak hantar kek n cupcakes ni kat org.. rasa nak simpan utk sendiri.." bak kata org kedah, beli habuan org terkam..
Then, the day before kenduri, Ct sms i kata sib baik sesangat ler dia order retro cuppies tu coz tetamu yg datang smua boleh rasa. kata Ct, kejap jer habih n dia thanks kat i for the delicious cuppies. Ok Ct, Thank you.. ;-))

Cup cakes individual pack

Price: RM2.50/box (minimum order 20 boxes)
Ha.. inila cuppies utk VIP yg Ct Fatimah order. Temanya orange gold jugak. Katanya, sebagai gift kpd VIP kat meja pengantin. Sapa mkn ngan pengantin dapat sorg satu.. Pengantin dapat tak? hehehe tak kan? hehe, tu la sapa suruh jd pengantin.
*gambar diatas: semua cuppies disusun dalam box.. nanti Ct Fatimah nak datang ambik..

Kenduri Kawin diHari Raya

Price: RM55/60/65 per kg - sponge/butter/choc moist cake
Aishah keja K.L balik sp sempena raya n majlis perkahwinan yg dah diatur pada raya ke5 haritu. Dia datang ambik kek ni dah malam (raya ke4).. rasanya dah dekat pukul 9. 3 jenis kek dia order. Suspen betui i tengok dia. Dia baru balik dari town beli bunga n beberapa bhn lain utk balik gubah buat sireh pinang esok n dia dtg SORANG! Inai x pakai lagi! i plak yg kecut perut tengok dia. Aishah kata mak dia dah call bising2 coz pengantin pompuan x balik2 lg.. dah malam.. Byk lg keja x settle. I pun, pas taw crita dia, terus i suruh aishah ni balik cepat2. Sori yea Aishah, akak bukan menghalau haritu.. akak concern kat u very much.. Sian kat u.. patut u bwk teman that day. Risau tul nengok si Aishah ni haritu.I x kenal pun Aishah ni. On line customer. Tapi walaupun 1st time jumpa kami dah serasi coz dia memang ramah sgt. Ok Aishah,bila2 rajin, email ler i bgtau apa jd malam tu. Sempat tak buat semua?
*aishah request i buat kek mcm cth dlm blog yg dia tengok masa i buat kek kat Ila dulu. Cuma tukar warna bunga kecik2 tu jer. So ini ler hasilnya

Orange Gold Rose Cuppies


Price:RM40/box of 16 pcs

Set ni Aishah buat hantaran ke pihak lelaki utk kenduri beliau pada raya ke5 lepas.

I love u sayang

Price:RM35/box of 16 pcs
Aishah juga order cuppies ni utk bakal suami tersayang..

Selamat Bertunang


Price: RM75 per kg
Raya ke 3 haritu, Kak Zah yg buat ketupat kat rmh i tu buat majlis pertunangan anak dia, Abdul Ghani. Dia dah siap bekas kek yg dah dihias, tunggu nak letak kek jer terus. Then inilah hasilnya.. Kenduri bulan 12 kot..