Friday, August 28, 2009

My Family Swimming Pool Cuppies




Price:RM40/box of 16 pcs
Irna Nurasikin Bt Ahmad Temizi ni, mulanya slalu approach i through skype time i tgh on line. Kitorg borak2 kosong then tetiba tebuka plk hati dia nak mengorder cuppies ni. Xder sbb apa2, sesaja nak surprise anak n hubby dia. Dia kata nak try dgn cup cakes lah pulak.. Kek dah biasa. Then Irna just bgtau i, "akak buat p lah apa yg sesuai n patut.. asalkan diorg suka". Fuhh, besar tggjwb kat i tu! hehe Sebenarnya.. pening gak kepala i nak kena fikir mcm mana nak present 1 set cuppies yg boleh entertain 3 kategori manusia: anak lelaki, anak pompuan n bapak budak (actually 4 kategori; termasuk si mak (pengorder), coz si mak pun mesti surprise jgk coz dia pun x tau cuppies mcm mana yg i akn buat). Setelah i memerah otak yg krepot ni, suddenly datang lah idea satu kluarga bersuka ria mandi dlm swimming pool ni. Then ini lah hasilnya. Harap Irna sekeluarga gembira dan berpuas hati dgn cuppies ni.I minta maaf byk2 ler kalau character kartun yg ada dlm pelampung tu tak sama ngan korang.. symbolic jer..
Hmm rasanya, buka puasa hari ni dgn cup cakes la noo..hehehe..Pas ni kita buat cuppies tema berkelah tepi pantai lak ye.

Sunday, August 23, 2009

Flowers Bouquet Cake



Price:RM95 (1kg++)choc moist cake

KENAPA?? TA PECAYA KA? Org yg tengok kek ni kata i TIPU. Diorg tak percaya ini adalah KEK! yaaa betull kek sebenar. Krim lembut. bukan fondant. So sedap bila dimakan. Puan Hasnah order kek ni utk buat kepala hidang merangkap desert utk majlis berbuka puasa kat rumah dia di Kelab Cinta Sayang yg dia buat baru2 ni. Kira majlis VVIP la kot ni. Segan plak i nak tanya lebih2 takut Puan Hasnah kata i ni banyak songel plak. Dia sendiri request nak kek yg nampak mcm jambangan bunga. Bunga apa tak kisah. So ni kira projek yg betul2 test skill i secara keseluruhannya lar. I sahut cabaran tu. I terima pesanan beliau dgn confident (tapi dlm ati, kecut perut nak mamposshh - boleh ka aku buat?-bolehka aku buat?-bolehka aku buat??)Utk pengetahuan u all, time consuming utk HIAS ajer took about 3 hours. Kek ni saiznye 1kg++. Harga tak sampai satus pun.. Call ler kalau berminat. Yg pasti, Puan Hasnah memang puas hati dan puji2 mlambong kat i. Kembang plaks rasa seluruh anggota badan. Ahaks.. Trus hilang rasa sakit badan masa buat kek ni. Beliau kata kek ni mcm sesuai buat hantaran kawin atau tunang. Anak dia 2 org lagi blom kawin... hehehe Puan Hasnah... jgn lupa saya plaks. Nanti kita buat kek wedding mcm ni 10 tingkat.. nak??? eheks-eheks-eheksss...
**lupa plak, Tq Puan Hasnah, sbb mlayan request i meminta beliau send gambar kek tu yg telah dipotong. Haa..korang nampak x? Kek ler tu! Chocolate moist lagi..

Happy B'day Linda

Price:RM60/65/70 (2kg)-sponge/butter/choc moist cake
Linda ni neighbour i. Dia sms i masa i masih kat tempat keja mintak i buat kek ni last minute. Dia nak mlm tu jgk coz dia nak buat jamuan sket sempena b'day dia yg ke##.hehehe. I hampir x jd terima tempahan kek ni coz dia bgtau dah last minute. Bkn apa, butter dok dlm peti ais lagi, stock telur kat rumah dah habih. nak harap tepung ajer ada kat rumah. Then Linda betuul2 berharap i dpt buat gak kek ni. Dia sanggup pegi beli butter and telur n simpan dulu kat rmh dia sementara tunggu i balik, so by the time,butter pun dah x keras n boleh mula buat. Sampai jer rmh, i pun p la rumah Linda ambil telur n butter. terus buat. time tu dah dekat jam 4. Seperti biasa, kalut giler! Sementara tunggu kek masak, buat krim, buat bunga,buat mcm2!, buat bodo hehe. At last, ni lah hasilnya 'kek terkejut' yg Linda order. I x brapa puas hati dgn hasilnya.. tak kemas n bg i mmg x lawa. i tau i boleh buat lebih baik (heheh puji diri nampakkk). Tapi memandangkan Linda ni antara kawan neighbour i yg i rapat, so kesian plak nak tolak permintaan dia. Tapi sorry lah Linda, ni saja yg i boleh buat dlm masa terhad. Memandangkan Linda x nak i bayar duit telur n butter yg dia beli (mana boleh!), i bg diskaun mega kat dia.. Hehehe harap halal semua yee. (bisness is bisness lar.. ahaks)
Kesimpulan: Sila order kek anda sekurang2nya 3 hari sebelum tarikh 'ngap'

Retro Cuppies



Price:RM40/box of 16 pcs
Ida dari padang Serai order cuppies ni sesaja tringin nak makan coz masa tu dah nak sambut ramadhan. I namakan cuppies ni "Retro Cuppies" coz corak2 retro white choc yg i letak atasnya.Sorry Ida coz hari ni baru publish crita u dlm blog i. Gambar cup cakes u 'terhilang' dlm file i. ni baru jumpa. Ida ni simple n nice orgnya (i boleh tau, wlpn i x pnh jumpa dia) Dia mintak i buat jer cupcakes yg simple but look elegant. Then i dapat idea utk buat cuppies mcm ni. Utk org yg pentingkan kekemasan dan peminat chocolate, mesti enjoy bila makan cupies ni coz cuppies ni dlmnya choc kek yg very rich n black disaluti choc yg crunchy bila digigit.. Alaaa mcm u all mkn chocolate coated iced yg dalam dia vanila tu.. kiranya, bila ngap, choc yg licin n keras diluar tu akan 'prap' then serpihan2 choc masuk ke dalam mulut anda, dikunyah dengan sebatian kek didlmnya.... hmmmmm.. nyam nyam nyam.

Cartoon Fresh cream cake


Cikgu Atikah order kek ni utk anaknya yg nama mcm anak i -ADAM. Ni b'day anaknya yg 1st. Dia order kek fresh cream. Ikut jer nak hias mcm mana kata cikgu Atikah.. Asalkan sesuai utk kanak2 n colorful. So i buat tema cartoon n sedikit tema akua atas kek tu. tepi2 kek tu gambaran belon colorful yg berterbangan.Skarang cikgu Atikah tengah tunggu masa utk lahirkan adik adam. next year boleh celebrate 2 bradik punya birthday bersama yek.. ok, slamat menjadi ibu lagi..

Garden Cuppies

Price:RM35/box of 16 pcs
Cuppies ni ordered by Rabiatul Adawiah de howtt (i suka pangkal de howtt tu- sound cute- budaknya pun cute) student Uitm Merbok. Budak pre-law.Dia nak garden concept. tak nak terlalu fancy mcm kanak2 sbb diorg dah atas sket levelnya dari knk2.. heheh jgn mare.. Dia order choc moist jgk selain cuppies ni. Celebrate ngan kengkawan ler tu.. terkenang zaman i muda2 dulu.. slalu gak buat keja mcm ni, order kek then makan ramai2 dgn coursemate. I hantar cuppies ni malam coz siang tak sempat, i keja that day. RDA (nama manja beliau) datang membawa kuncu2nya utk pickup de cakes. comel2 n hensom2 budak2 ni. muda belia lg diorg ni. sweet 18. Akak tringat zaman akak kt Uitm Melaka dulu bila tgk korang (akak pun cute mcm korg gak dulu..heheh)..hisshk hissk sedih dan pilu laa.. dah tua akak dekk.

Hepi b'day syg



Price:RM55/box of 25 pcs
Cuppies ni diorder dari org jauh nun disana. Naz dari Sabah baa. Dia minta i surprisekan buah hati dia (Mohd SaifulRizal Bin Abd Halim - Jai) dgn cuppies ni.I ada minta Naz bg number tepon buah hati Naz kot2 i cari rumah x jumpa. Tapi i akn cuba utk x call sbb nak surprise dia. Naz plak memainkan peranan buatkan Jai dok kat rmah hari tu. Hari pun tiba, i pun pegi la carik rumah Jai. Punya la susah mencari rmh Jai ni. Sampai sesat2 lagi. i singgah tanya makcik goreng pisang kat taman arked, dia punya direction.. mak aaiii.. (adek jalan turuss.. ada itu tong sampah... kona kanan.. nampak logi taik.. turus jumpa rumah kicik ampat bijik ambik kiri, masuk lorong kecik lepas tu nampak kedai simpang tiga.. masuk itu jalan)- makcik tu keturunan india muslim. I pun save la direction mak cik tu dlm kepala otak. SESAT! Then jumpa pakcik baru balik masjid(or baru nak p-xtau). Tanya dia.. Sound problem plak. Adoii I give up. Sambil memandu dgn kelajuan 30km/jam i terpaksa call Jai. JAI PLAK TAK ANGKAT TEPON! Adoi.. mcm mana ni? xkan i nak pos cc ni kat Naz di Sabah plak? Tgh2 i dok bercelaru kepala hotak mencari alamat tu, tup2 ternampak dgn jelas dan terangnya Signboard Taman Jai tinggal. Fuhh legaa. Serentak ngan tu, Jai return call.. I decide x nak angkat coz nak teruskan surprise ni. Dia call 2x i tak angkat coz i dah hampir jumpa rmh dia. then i pun nampak la Jai tengah dok kat luar sambil pegang hp. mesti dia bengang i x angkat tepon. Jai TERKESIMA SEKETIKA tatkala menerima kotak kek tu. Mcm zahir x terucap. I kata kat dia." Someone from Sabah hantar u cc ni.. Heppi b;day.. U kenal Naz x?" Jai angguk2 jer. Lidah kelu. So Naz, our mission success.. hehehe.

Spiderman Edible image Cake



Price:RM45/50/55 perkg-sponge/butter/choc moist cake
Spiderman cake ni guna sugar edible image. Anyway, mcm2 lg cartoon character yg boleh dipilih utk kek anda. Kek ni diorder oleh Mrs Ong utk anaknya Kelfin 5 thn. Memandangkan gambar spiderman dah penuh kek, i buat lain sket dari kebiasaan, tulisan wish for b'day tu i tulis kat tepi kek.. Kliling kek tu plak, selain tulis hepi b'day, terdpt byk spider web bergayut2 kat kek. Mrs Ong invite Adam n Adelyn to attend de party, tapi sorry byk2 Mrs Ong, masa tu anak2 i was not feeling well. x brapa sihat. then i risau nak bg join public. Kang kalau bg diorg pakai mask p party, mcm x sesuai plak kang. Demi menjaga kepentingan bersama, better not to go lah.. Then x pasal2 i kena ganti party tu dgn kfc plak kat budak2 ni coz nak pujuk supaya x pegi. balik makan kat rumah.. tido.. krooohhhh kkrrooohh

Chocolate moist lagi!


Price: RM38/kg @ RM60/2kg
Minggu ni aja 4 choc moist cake yg i buat!( x termasuk kek2 lain)- Fuhh penat gila minggu ni. Nampak gaya ramai tul org mleleh ayaq lioq seperti melehnya chocolate pekat yg mleleh kat kek tu.1 dari cikgu Aizul,1 dari Student Uitm Merbok (Rabiatul Adawiah de howtt),1 dari Mastura kepala batas n 1 dari Wife Zamri, Ida. Memandangkan rupa kek choc moist ni sepesen jer, so among all, i select kek yg ida zamri nak coz dia mintak kek dia dalam bentuk square (2kg). Lain la skit. Nak jadik crita, kesemua order ni adalah dari hari2 yg berbeza! kan best kalau smua order hari yg sama..hehehe. So tiap2 hari ler kena buat kek choc moist.. sampai anak i tanya, "mama, xder ker kek len yg mama nak buat" anyway, anak2 i tu suka i buat kek yg ada cartoon2. taste diorang ler.. Adam n adelyn slalu inspire me in decorating those cakes. Anyway..Tq smua.. enjoy your choc moist cake.

Aktiviti Cuti Sekolah

Jumaat, 1st day cuti sekolah (1 week) n last day nak mkn siang coz tomorrow puasa! Mlm tu ada tempahan kek sampai 3 kg (2 biji). Alang2 dah 'buat kerja' i pun guna kesempatan ni, bg peluang kat budak2 ni 'main'dgn cara melatih minda kreativiti mereka menghias kek. Kesian plak tengok adam n adelyn asyik buat muka boringg jer bila tengok mama diorg tak abih2 dok buat kek. Nak bwk jln2 kt luar tak brapa sesuai skrang nie.. takut kena H1N1 plak. So i rancang la aktiviti ni kat mereka berdua.. Jom tengok.

Adam n Adelyn tengah khusyuk menghias kek mereka dgn penuh imaginasi dan fantasi




Satu utk kek... dua utk aku ngap... dua utk kek.. lima utk aku ngap.. (teknik seni menghias kek dalam perut)






Pertelingkahan berlaku apabila mereka berselisihan pendapat tentang kawasan yg paling sesuai utk menyucuk lilin dan menentukan kedudukan antara spiderman n mickey mouse serta siapa yg sepatutnya berada di bawah payung! Debush, debush, debush...WAAAAAAAAA

Dengan bangganya adam menunjukkan cake decoration hasil kerjasama beliau dan adik tercinta. Pelbagai tragedi menimpa antara mereka sepanjang menyiapkan hasil kerja ini. (gambar2 tragedi tidak dapat disiarkan kerana berunsur ganas dan tidak sesuai dgn tema blog i yg berunsur kek. Harap maklum)

Adelyn diberi kebebasan sepenuhnya utk melakukan apa saja yg dia suka keatas kek milik mereka berdua (dengan keizinan rakan kongsi beliau,adam)

Final result (selepas makan dan beberapa siri penerokaan)Ni saja yg tinggal. Most part of the cake Adelyn dah jamu pd Sinchan, Sinbey n Hagemaru (kucing sapa tah.. slalu buat muka kesian kt blakang rumah - slalu dtg main ngan adelyn, so better bg nama). Kucing2 tu pun buat muka boring jer coz x lalu nak makan kek tu
Kesimpulan cerita: Padan muka aku kena cuci all stuff termasuk mempolish Adam n Adelyn
Moral cerita: Kreativiti kanak2 menjana keletihan dan kestressan yg tinggi terhadap ibu bapa. Sekian.

Friday, August 7, 2009

Thank you cake to Ila


Price:75/kg-choc moist soft fondant cake
Kek ni i buat khas utk Ila sebagai tanda penghargaan n terima kasih byk2 sempena 'sesuatu'- hehehehehe.. Adalaaaaa..Malu nak crita. Ila ni course-mate n house mate i masa sama2 blajar kat UPM dulu. Adalerrr crita2 lama kami.. Kalau tak silap, lepas 2 hari bg kek ni, baru ila sms bgtau kek ni sedap. I punya la terkejut kenapa dia baru respond. Dia kata dia baru potong. Slama 2 hari dia simpan kek ni dlm peti ais sebab sayang nak potong. "nak tengok hari2". So ila, gambar kek u i dah masukkan dlm blog. So tgk la blog i hari2. hehe.

Selamat Hari Merdeka


Price:RM55/60/65 perkg-sponge/butter/choc moist cake
Tahniah Noriah kerana menjd rakyat Malaysia yg berjiwa Patriotik! U all nak tau, Noriah ni babby sitter anak i, Adelyn. Pg semalam masa i pegi hantar Adelyn n Adam kat Nursery, dia order 'kek yg ada bendera Malaysia'. Dia nak malam tu jgk. I masa tu tgh rushing nak ke keja.. balik keja, skali lagi jd super women menyiapkan kek kebangsaan ni kat Noriah. Dah siap buat kek (takes about 3 hour) barulah i pg ambik budak2. I mati2 ingat Noriah ni order pasal ada aktiviti apa2 kat tadika atau nursery, tapi dia kata, esok birthday dia. Sempena hari lahir dia jatuh pada bulan kemerdekaan, so dia nak kek yg ada bendera. Dah tu, dia tak nak tulis hepi birthday sbb dia sendiri yg beli kek tu so takkan nak wish diri sendiri (ramai org slalu buat- heheh)so dia suruh tulis friendship forever sbb dia nak celebrate dgn kwn2 dia kat nursery tu. Susah nak cari org berjiwa patriotik mcm Noriah ni. muda lagi budaknya. tak 19, 20 kot umur dia. Tahniah-tahniah.n happy Birthday..

Birthday Cuppies

Price:RM35/box of 16 pcs
Cikgu Anieza order cake ni last minute utk anak dia luqman utk birthdaynya yg ke12. I pun apa lg, balik keja, trus jadi charlie chaplin. Bhn2 nak buat kek kat rumah plak out of stock. Rasa macam super women plak. Sib baik xleh terbang jer. Ahaks. Mula buat pukul 7, siap pukul 10. Kira terror la tu.. esok pepagi kak anieza dah nak. Everything on time.

Snow White Fresh cream edible image cake


Happy Birthday buat adik Syarifah Nur Nadia Amira Natasya Bt Syed Iskandar Shah.(Dyra) (mak aiii.. susahnya nanti nak isi borang nak ambik exam, buat ic, masuk u, borang nikah.. n jenuh berpeluh2 pengantin lelaki nak sebut nanti masa akad nikah). Sebab tu lah Puan Syarifah just suruh tulis hepi b'day aja. panjang berjela nama anak dia. Kek yg dia order ni, Fresh cream edible image, dalamnya, kek choc yg itam legam lagi moist. Fuhh, kena dgn fresh cream yg lemak manis n strawberi yg masam2..mmmmm nyamnyamnyam.

Congratulations


Price:RM75 perkg
Sempena keberangkatan kak Sarina ke Labuan, cikgu2 kat Sekolah Padang Serai; Kak Lea, Ida, Mahfuzah, Saadiah n Yus pakat2 syer contribute kek ni masa jamuan.

Mini cuppies

Price: RM1.00/each (min order 35pcs)
RM1.30/each (fresh cream)
Cupcakes mini. Sesuai utk semua. Saiznya.. 1 kali ngap org dewasa (yg bergigi), 2 kali ngap kanak2 n bagi baby baru merangkak, 3 kali ngap. hehehe. kek kat dalam perasa choc. very black choc. minimum order 35 pcs. Singgit jer satu.