Wednesday, December 30, 2009

Selamat bertunang Fitriyah

Price: Rm 65 (choc moist soft fondant cake)

bunga bertaburan.. tumbuh liar merayap2 diatas kek kira mcm bunga hutan ler nih

Bunga tersusun kemas.. dah dipetik dan disusun dalam pasu hehe- pas tu i buat titik2 bedak sejuk plak kat kaki2 kek tu... ahaks

Price:RM65 (choc moist soft fondant cake)

Fitriyah ni kawan adik ipar i Fairus Aida kat Upm. Adik ipar i ler i recomend kat dia (tengkiuu). Then, Fitriyah terus buat tempahan kat i.. tengkiu kerana buat tempahan awal.. Fitriyah tempah kek utk majlis pertunangan. Dia balik buat majlis pertunangan dia kat Jitra.. Jauh tu, sanggup dtg sampai S.P.. berbesar hati tui akak.. Bestnya, dia order utk kedua2 belah pihak.. hehehe bijak2. Selalu customer i komen diorg slalu tak dapat rasa kek or cuppies yg diorg order.. coz, diorg order tu utk buat hantaran atau balas bekas. So bila kek yg dorg order dah ada depan mata, diorg rasa tingin plak nak rasa.. tapi most of them tak dapat rasa coz kek n cuppies dah dibuat hantaran.
Dalam kes Fitriyah ni, dia berpakat dgn pihak belah lelaki yg nak bwk hantaran agar order kek kat tempat yg sama so fair n square.. sama2 boleh rasa.. thats why i buat kedua2 kek dgn 'arrangement yg berbeza' warna n tema n konsep semua Fitriyah pilih.. Cuma i tak pasti belah Fitriyah yg mana n belah lelaki nak bg yg mana.. (rasanya, belah Fitriyah color pink kot)
Lepas beberapa hari, Fitriyah sms i bgtau org2 kat majlis pakat dok tanya, kek tu order kat mana.. fitriyah kata, apa lagi, promote sakan ler.. MAKASEEEHHHHH FITRIYAHHH!! Nanti jgn lupa order kek kat akak masa wedding taw.. Selamat bertunang.. jaga2.. darah manis... jgn kencing manis dah..

Tempahan Kak Sha..

Price: RM35/box of 25 pcs

Price: RM38/kg, RM60/2kg- Chocolate moist cake

Kak Sha dari Padang Serai datang dgn somi n anak2nya satu keta turun S.p 'date' ngan i kat shell Taman Sejati utk pick up those orders. Dia order cuppies tu utk adiknya Redhuan yg akn bertunang esok n chocolate moist tu plak utk 'menyelamatkan' cuppies tu dari diterkam oleh anak2nya.. kira umpan ler ni- so budak2 boleh terkam benda lain, kalau tak der kek itam legam tu, mesti budak2 teringin nak makan cuppies tu.. budak2 la katakan... yg dewasa pun terliur nengok cuppies dpn mata inikan plak budak2.. Tapi kalau letak kek ni sebelah menyebelah, confirm bdk2 akan pilih cuppies sbg 1st choice because of how it looks like.. colorful n cute.. kalau i, i bokbuat tersembam jer atas kek. hehehe confirm semua i punya.. (buruknya prangai...)

I ingat lagi masa kecik2, me n my adik, shahril suka bergaduh-musuh ketat. Kalau parents bg kami any food, kami akn buat something kat food tu utk mengelakkan 'musuh' ambik.. kami akn berlakon mcm korek taik hidung atau taik gigi then calit kat food tu dgn bangga dan pastikan diperhatikan oleh 'musuh'.. So confirm 'musuh' confirm tak mau nyer.. (astaqfirullahhalazimm...eiiiieeiii uwekk uwekk- naperlah teruk sgt prangai kami dulu..??)

*bab calit mencalit ni, i tak tau ler pulak my adik really do it or not.. i blakon jer bg nampak real.. Gila nak buat betul?!!.. iiieeeyyyyaaaqqq..
*Woit, Sharel.. masa kecik2 hang betui2 ka calit taik hidung n taik gigi kat makanan? (sampai skarang kami tak bernah berterus terang.. i rasa dia buat betul2 la... eiieeeyy punya ler dengki kat kakak! hayyyun nyer budak!)

Tuesday, December 29, 2009

Madihah dan kisah seram

Korang nak dengar cerita seram tak regarding order yg i terima dari Madihah? hehehe suspend kan.. mai sini nak cerita.. (sambil baca cerita ni, masukkan di dlm kepala otak korang sound efect/music bunyi2 seram yg menakutkan- kuatkan imaginasi anda.... bersedia?!)

Madihah ni antara customer i yg contact i through e mail utk order cuppies. Pada suatu malam yg hening.. menghampiri tengah malam..... (aaaoooouuuuuuuuu-sound efect bunyi wolf- hehehe) disaat2 org2 didlm rumahku telah lena dibuai mimpi.. memang sejuk,sunyi dan sepi malam itu..i yg tak leh tidur ni, buka komputer utk tengok2 email.. i terima satu email.. dari seseorg yg tidak i kenali.. emailnya ringkas tapi padat.. dia bgtau i dia nak order cupcakes utk majlis pertunangan dia.. i pun balas e mail tu dgn soalan2 biasa: bila, nak cuppies cemana, tema apa, ambil sendiri atau hantar?
Tanpa disangka2... email i dibalas segera.. korang tau dia kata apa?

"Hantar kat rumah i... betul2 depan kubur Christian kat jalan Sungai Layar..hehe, Sis familiar that area?" - (siap ada hehe tu yg x tahan tuh)

Price: RM35/box of 16 pcs

Jeng jeng jeng jeenngg....(sound efect yg filem p.ramli slalu guna bila suspend). Masa tu meremang buluroma i.. kat tengkok n blakang telinga, atas kepala, lengan, kaki, blakang.. telan ayaq lioq seketui jgk dibuatnya.." haaa? hantu mana plak nak order cupcakes aku ni? hantu pun bertunang ka?" Then i pun cuba coolkan diri yg tengah seram tu dgn membaca semua ayat2 yg i ingat.. doa makan, doa tidur, doa qunut, doa naik keta, doa masuk tandas.. smua doa kluar.. Rasa mcm takut jer nak toleh blakang.. i kuatkan hati dan nurani.. nekad utk balas email tu dgn penuh macho tanpa rasa curiga dan gumbira.. i bok buat cover dgn bgtau dia i familiar tmpt tu, bla bla bla.. korang taw apa jadi pas tu yg buat i bertambah suspend? DIA TAK BALAS PUN EMAIL I PAS TU.. I lari tinggai komputer tanpa shut down tengah mlm tu.. esoknya hubby i bising coz biar komputer on over night. I cerita ler kat dia ada puntianak nak bertunang order cuppies semlm.. dia sengeh sambil ucap tahniah coz perniagaan i dah maju lagi setapak! Tension!
Esoknya, walaupun i stay smpai tengah malam, konon2 nak cuba communicate dgn dia, but still no answer.. same thing happened on next day.
Hari seterusnya, dah ptg (sib baik ptg) i terima replied email dari dia. Dia bgtau dia dah bank in duit cuppies. (hehehe kalau hantu, tak kan nak p bank kot..hehe)Baru dia bgtau kat i nama dia Madihah. Rumah dia opposite kwsn perkuburan kat situ.. hehehe.. my mistake.. my mistake..hehehe
Haritu i pegi hantar cuppies kat rmh Madihah.. cantik tul rmh u, Madihah ni plak sweet jer budaknya.. sorry yea Madihah coz akak ni suka berfantasi.. hehe imaginasi melampaui reality.. ahaks.. sori sori sori hehehe


Monday, December 28, 2009

3 tiers merah puteh

Gambar 'anak dara' baru bangun tido n tak mandi lagi.. Lekas siap.. nak pegi kedai mak andam, nak bersiap..

Wanida Ezreen (Awin)-my regular customer.. ingat tak i byk kali cerita pasal order2 dari dia sebelum ni.. So kali ni, setelah dia berpuas hati dgn everything, sebagai 'cake tester'- tugas yg family dia serahkan pada dia, akhirnya Awin bersetuju mengorder kek 3 tingkat ni kat i. Theme kenduri abg Awin is red n white. Nama abg Awin tu adalah Kapt Roswady bin Mej(B) Hj Abdul Wahid dari TUDM (alaaa.. ni mesti potong kek pakai pedang ni.. tak sempat ler i ambik gambar.. alaaaa.. alaaa). Pasangannya plak Nurainy Shazleen Bt Zulkifli.. Slamat pengantin Baru..
Gambar 'anak dara' pas balik dari di make up oleh mak Andam Yus dan setelah di siapkan dengan gaun pengantin. Bezaa.. memang berbezaa..

Utk mengekalkan kefreshan (fresh-hehe) kek, i plan nak buat kek tu A day before delivery (means buat dari pagi 25hb sari suntuk sampai malam- kenduri is on 26 dec. Target: siap sebelum kul 11 p.m). Tiba2 atas sebab2 yg tidak diingini berlaku (ader ler..hehe) i start decorate cake tu 25hb dah kat pukul 11p.m baru mula.. mengeletarrr gak lutut i dok tengok jam.. Bila laaa nak habis nie.. means, mau tak mau, malam tu i kena buat over time la. i ambik keputusan utk tak mau hiraukankan jam berputar.. i nak buat kek ni dgn penuh ketenangan dimalam n pagi yg hening dengan ditemankan bunyi unggass, bwh bulan purnama ditemani bintang berkedipan.. dan bunyi..mmm.. bunyi..mmm bunyi Adam n Adelyn dok bergaduh (diorg temankan i sampai 2.30 a.m tau- time tu baru half way.. tengah2 diorg main, tiba2 sorang demi sorang surrender - pengsan, ngantuk hehe Diorang ber2 TERSANGATLAH MEMBANTU!). Esoknya, Awin nak i hantar jam 11.30 a.m.

tiers by tiers: Atas sekali 1kg, tengah 2kg, bawah 3kg : Total 6 kg : RM450 (Soft Fondant chocolate moist cake with fondant flowers)

Ok, mari i ajar korang smua cemana nak pasang tiang kek.. Pas dah letak krim, cucuk setiap tiang kek pada permukaan kek dengan kedudukan yg seimbang. Tekan kaki kek tersebut sehingga kedasar, pas tu baru boleh hias atau letak hiasan bunga atau apa saja yg korang nak. Upsss.. jgn terlajak p cucuk tingkat yg last plak.. kang kek u jd tiang tak berbumbung plak.. Masa dok cucuk tiang kek ni, i terkenang la pulak zaman sekolah rendah dulu dok main tiang 2 @ 3 @ 4 n so on (3 pemain at least-jumlah pemain kena dlm angka ganjil). Ok,mari i ajar korang main tiang plaks.. hehe
Dlm permainan ni kita kena pegang tiang masing2 then lari2 tukar each other jgn sampai org lain ambil tiang kita.. syarat penting, tak leh maintain kat tiang yg sama lama2.. kalah.. kalau time kita lari dari tiang then org ambil tiang kita n kita plak tak sempat pegang mana2 tiang yg lain, so kita la jadik..bestnya zaman tu.. korang pnh main tak? teringin plak nak main lg.. I ni imaginasi kuat sgt.. i dok nampak diri i n kengkawan jadik kecik dok lari2 atas kek tu sambil berebut tiang2 kek yg ada.. pastu mula lah tersengeh sorg2.. hehehe ( ni yg mula nak plan ajak Adam n Adelyn main nih) I dulu kira "RATU" juara tiang ler.. selain "ratu" batu 7 kat sekolah... Zaman i dulu kos permainan murah atau zero jer.. budak2 skarang.. hmmm mainan diorg MAHAL sioott! Nanti bila2 i cerita n ajr cara nak main buaya katak plak.. best game ni.. i slalu main ngan Adam n Adelyn.. hehe (kos free)
Time:4.45 a.m / Date:26.12.09 / Day:Saturday / Temperature: 28 C


Sedondon dengan warna tema..

Antara puncak kelegaan n kepuasan adalah bila kita dah settle pasang/hantar kek kat customer, salam n say gud bye.. masa tu rasa mcm baru habih SPM. Setiap kali i delivered atau org dtg ambik kek yg diorg order, itu lah yg rasa.. selagi kek tu dok ada dlm tgn kita, hati ni resah gelisah tak tau nak cakap.. Mcm2 boleh berlaku.Pas hantar tu.. Rasa puas sgt.. hilang letih n ngantuk.. rasa bertenaga n gumbira.. lalalala..

TENG Q EVERYBODY.....
Kek Wedding yg Awin tempah kat i ni kira antara projek besar yg i dapat dlm setahun jgg i dalam industri bake membake ni.. I anugerahkan projek i kali ni dgn "my wedding Cake of the year" sempena penutupan tahun 2009 tak lama lagi. (Sengaja nak motivate diri dgn me rewardkan diri sendiri atas penat lelah sakit pinggang sakit otot sakit otak- sbb i kuat sgt berimaginasi). Eiii tak malu!
Mery krismass utk semua yg meraikannya..
Slamat tahun baru

*Buat Puan Syarifah Bahaiyah yg pernah booking 1200 cuppies n 3 tiers wedding cake utk anaknya Syarifah Nasirah dari Bandar Laguna Merbok, I minta maaf byk2 coz terpaksa membatalkan tempahan pada 19 Dec lepas atas sebab2 tertentu. Thats my mistake.. really2 sorry..Puan jgn plak berkecil hati bila tengok i buat kek ni. mesti puan ingat "eh, boleh plak budak ni buat kat org lain". semuanya faktor masa.. dan keadaan.. I rasa bersalah sgt.. MINTAK AMPUNN yea.. huhuhu.

Floral beach part 2


Price: RM35/box of 16 pcs

Farah minta i buat cuppies ni mcm yg i pnh buat kat Jack dulu. Tapi dia nak background cuppies tu ada color pink selain mengekalkan warna asal. i ingat dia nak buat makan2 jer coz dia tak mintak any wording to write down atas cuppies. Rupanya, dia order utk majlis pertunangan dia on the next day. Malam tu, Farah datang dgn bakal tunang dia. diorg datang dari Butterworth. I ingat dia stay kot2 ni jer.. ok Farah, selamat bertunang..

Upps..i did it again..

Semua kena siapkan segera.. ada yg nak ambik jap lagi, ada yg nak ambik malam ni, ada yg nak dihantar esok. Aikk pesal semua itamm jer? hangit ker? tak lah.. my most favorably request: choc moist cake..

Hehehe... Ups.. soly soly soly.. dah manyak hari tatak update blog loo.. Malam semalam dah dekat kol 12 baru sampai rumah.. dari Ipoh. Actually, pas siapkan ordered yg berturut2 dan bertimpa2 hari tu, trus bertolak ke ipoh. So tak sempat nak update. Masa kat Ipoh, dok terpikir2 jer kat korang semua my beloved followerz.. mesti ada yg dok tertunggu2 crita n cuppies n cake terbaru yg i buat. Tensionkan, bila kita dok click blog, crita samaaaa jer kat seminggu.. Ada followers yg call/sms tanya.. where have u been yus?!.. where are u!??.. dah pengsan ka?? hehe

Gambar kat atas ni adalah gambar a part of kek n cuppies yg tinggal utk di hias.. Semua kek tu akan diambil on that day n tomorrow. Yg last day dah ambik/hantar.. fuh, seperti biasa.. ponet gilerr..tulunn..tulunn.. fuhhh..adoii sakit pinggang den. nak tolak tempahan, kesian plak kat org.. merayu2, ada yg merajuk2.. anyway, merajuk cemana pun, i terima setakat yg i mampu jerlah.. yg tak mampu, nak merajuk cemana pun i tak pujuk.. coz nak jaga quality la katakannn.. So buat customer yg tempahannya ditolak then dia merajuk then i tak pujuk tu.. hehehe harap2 paham ye.. kang kalau i terima gak, u order cupcakes, dapat cekodokek.. yg order kek dapat pancake..ahaks.. Jangan marah ye..

Monday, December 21, 2009

Thank You Cuppies in several languages


Price: RM55/box of 25 pcs

Hadi ni pernah order kek utk wedding kawan dia last month (13/11/09) Masa Hadi order kek tu, dia order seksiap cuppies ni. Siap byr duit penuh utk kedua2 order. Then 2 hari lepas, i pegi hantar cuppies ni kat rumah Hadi. Dia xder.. pegi hantar mertua kat airport kata org yg terima cuppies tu.. adik dia kot.. I terkilan sket tak dapat jumpa Hadi coz i sebenarnya nak tanya, atas sebab apa dia nak wish Terima Kasih kat tetamu yg dia nak raikan. Hadi minta i buat cuppies beberapa bahasa yg membawa maksud "Terima Kasih". So i buat homework ler jugak kat internet mencari yg the most popular language yg kita selalu dengar. Semuanya bermaksud tengkiu.. Ok Hadi... Artigato... enjoy your day.. tengkiu.. shukran.. grasiazz..

Konvo Adik di Kota Baharu Kelate..

Sementara tunggu nak check in kat loby.

Pas 6 jam dlm keta yg dipandu my adik, Shahril, akhirnya sampai gak kat Kelantan.. penat n letih gak. Then me n adik p jemput Adam, my sis n her hubby kat airport KB. Everything on time. elok2 jer timing kami sampai jer Klantan, diorg pun sampai. Then check in kt Renaissance Hotel (tempat konvo Shahril esoknya).

dah penat n letih then nampak katil gebu.. apa lagi.. terjunn.. tidoo.. semua pengsan.. especially the drebar. (hubby i tak ikut coz keja- so kena tinggal huhuhu). Adam bangun pagi, terus cari game.

Next day, pagi hari konvo, Shahril iron baju sendiri (pasal dia tak mintak tolong i pun hehe) sementara budak2 ni mlompat atas katil (aktiviti biasa)

Introducing: My Daddy(Wan), my Step mother(Tok Tina), my Sister (Makngah-my Sifu-Cikgu kek) n hujung skali tu.. my Adam hehe. Ada Hi tea utk family. Kami sampai awal. Kat blkang kami tu meja Family2 dari group Indonesia (Garuda Airlines): blom sampai daa
Majlis bermula,Ketibaan Graduan, diiring oleh pahlawan Melayu dan hulubalang.. Lupa plak nak crita, diorg ni pelajar sekolah penerbangan kat Asia Pacific Flight Training Centre.. kira, pas ni jadi drebar ler.
Mana Pak Su?... Tu pak Su.. Control pak su.. control hidung.. jgn kembang sgt.
Majlis ni sekali dgn Hi-Tea, tiba2 dtg KEK! bestnya skali skala makan kek org buat. Adam suka! nyam-nyam-nyam.. mcm tak pnh jumpa kek!

Adam ada hadiah utk pak su.

Pulun makan kek tanpa mempedulikan adiknya yg telan air liur. Abang adam.. nak skett
Posing maut seorg drebar.. hensem plak adik aku nih.. besaqq dah adik aku.. budak ni lah yg dulu kecik2 aku dok tarik telinga (sampai capang tlinga dia skarang) n bergaduh tarik rambut (sampai nak botak kepala dia skarang). Besaq dah kao.. Kalaulah arwah mak dapat tengok.. huhuhu..
Adelyn tengah tengok demo cara nak pakai bedak sejuk kat muka.. hehehe kat blakang tu persembahan dikir barat. Best tul dengar live.. hapening! Adelyn selamber jer pegi berdiri kat tangga depan stage tengok diorg buat persembahan.

Rupanya ada sebab group dikir barat ni dijemput.. ada kena mengena dgn bakal2 pilot nih.. tengok tu.. diorg tunjuk aksi mcm mana kapal terbang nak mendarat.
Introducing myself, 1st time kluar gambar dlm blog. hehe..
Antara aksi yg kami suka buat bila bergambar.. tengok atas/bwh tanpa sebab (tu blom tengok kami buat aksi2 melampau yg lain.. Aksi Benson n Hedges di pergunungan)*Gambar kami 3 bradik.. Abg Sulung n family tak dpt hadir.
Adam pinjam baju Paksu utk brangan2.. mana tau jadi kenyataan.. Pilot Romeo.. siap bunga lagi. Fresh carnation tu kami 'ambik' kat dewan konvo tadi. Adelyn nak. hehehe
Buka hamper beramai2 kat bilik wan

Malam tu, semua pelajar2 yg konvo siang td ada dinner kat situ. Sementara Shahril pegi dinner tu, i bwk Adam n Adelyn pegi ronda kat supermarket kat bwh (link skali ngan hotel). Wan n tok Tina tak ikut coz dah penat so diorg rehat jer kat bilik. Balik jer bilik Paksu takder, blom balik dinner so kitorg pi lepak bilik wan n tok Tina. (Makngah n Pakngah dah checkout bilik diorg.. diorg balik malam tu flight kul 10 lebih-so tinggal kitorg jer). Then around 11, door bell bunyi.. Adam buka pintu.. I dengar Adam jerit.. WAAAAWWWW BESTNYAAAA!!!!! Rupanya Shahril menang lucky draw hamper besar mlm tu (tinggi hamper tu sama dgn Adelyn) Selain tu, Shahril dapat hadiah misteri yg diorg letak kat bwh kerusi tempat dia duduk. Kira 'ong' besaq la adik aku mlm ni.. Shahril bgtau, through record, dia mmg lucky bab2 cabutan bertuah ni dari dulu lagi.. Slalu kena.. Bagus-bagus-bagus..
Malam tu, kami lepak sambil menikmati hamper yg dah sah2 makanannya menjadi favourite budak2.
Esoknya, pas checkout, Shahril bawak kami ronda2 KB. Dia tunjuk tempat2 nostalgia dia belajar dulu kat Air port KB. Pas tu Kami p Pasar Katty (Siti Khatijah), borong tudung, kain batik, kopok n budu buat souvenir. Then dlm pukul 6 lebih baru kami bertolak balik. Cuaca haritu tak brapa elok, so Shahril drive slow jer.. singgah makan, rehat.. sampai S.P kat pukul 1 a.m.
So Tamat lah crita siri pengembaraan i n family buat seketika.. Hujung minggu ni, Pengembaraan ke Perak pulak..






Sunday, December 20, 2009

I'm Back! I'm Back!....

Nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit yg tinggi bertambah birunya, deru angin turut sama berlagu, semuanya bagaikan turut... gumbiraaaa

Semekoommm.. halow..halow pekabar semua? I'm back.. i dah polang.. (Pulang utk buat keja.. tempahan kek.. pas ni sambung lagi pengembaraan ke ipoh plak) Anyway, selama i x der ni, tengkiu lah kat korang yg still dok follow blog i nih. So let me share with all of u apa yg berlaku n apa yg i buat selama seminggu lebih ni.
Bermula pada malam 10 hb haritu, kami menuju ke utara, kangar perlis (rumah daddy i kat sana-tapi dia stay kat S.P dgn my Step mother) sempena wedding my cousin, Zunil. Zunil ni anak PakCik i. Zunil keja kat Kuching Sarawak. Next day kami rombongan pihak lelaki beramai2 menuju ke Kota Sarang Semut (unikkan nama tempat nih- kami pun berkonvoi mcm semut menuju ke kota sarang semut-hehe) utk majlis akd nikah kat masjid berhampiran rmh pengantin pompuan. Dengan skali nafas dan lafaz, Zunil dan pasangannya Lela sah menjd suami isteri.
Gambar jam pertama ketibaan.. kanak2 kat tangga masjid. masa ni semua under control lagi.. Semua dgr cakap lagi.. "yg pompuan duduk satu barisan.. yg lelaki duduk satu barisan.." (hehehe terbwk2 la pulak dgn keja cekgu wlpn cuti sekolah)

Dalam rombongan kami, satu per tiga ahli rombongan adalah kanak2. (gambar kanak2 kat atas ni tak lengkap- ada beberapa org lagi tak masuk) So korang paham2 lah nak mengawal setiap sorg dari diorg nih.. mcm2 akai n perangai budak2 buat.. kami yg dewasa nih mcm pengembala.. jenuh kepung!
Pengantin pakai warna purple (belah anak dara kat Kota Sarang Semut)- gelak aper tu..hehehe
Kenduri disebelah anak dara dibuat cara gotong royong. Masakan kampung. Gulai kawah. sedaaappp... thumbs up wa cakap lu..

Adam org yg paling berminat siap pegi join depan pakcik gendang dan pak cik serunai. Lama gak dia observe group tu.. tak sakit tlinga ker adam oii?

Next day, sebelah kami kat rumah Pakcik i, ada org main serunai n gendang ala2 silat tradisional. Best.. hidup majlis.. Diorg perform dari mula majlis sampai pukul 4 ptg. Mcm2 lagu diorg main.. lagu hindustan pun diorg belasah ngan serunai n gendang.. best la pulak i dengar..
Skali skala kita dengar instrument from original n live player, memang best.. Nasib baik xder wayang kulit jer..
Adelyn dibawah jagaan Makngah dia jap masa kenduri tu.. i sebok nak prepare cake kat meja pengantin.
Introducing: My hubby, bertugas sebagai photographer. I pesan kat dia.. 'Make sure gambar bini lebih banyak dari gambar org len" KAHKAHKAHKAH

Perarakan Pengantin. Masa pengantin tiba, pakcik2 gendang n pak cik serunai stanby kat lorong masuk rumah pengantin. Then berarak bersama2 sampai meja pengantin. Meriah-meriah. Kat belakang plak rombongan anak dara bawa hantaran berdoyon2 mengiringi pengantin. (gambar xdan ambik)
Hehehe.. TAA DHAAA...ni la kek yg i sponsor utk kenduri Zunil. Jadik kepala hidang lagik! 1st time buat kek bertingkat bentuk mcm ni.. Saja ler nak bg len sket dari yg len.. Biasa org order tingkat2 mcm biasa, kali ni i buat tingkat bawah ada wings sket.. masa ni lah nak berkreativiti.. hehehe. so tingkat bawah i buat bentuk bunga 3 kelopak.. atas, biasa jer la..
Ni gambar masa kek baru siap kat rumah daddy i. i takut nak bwa kek yg dah siap dari S.P.. kang terjun lobang plak.. maklumlah perjalanan jauh.. dah tu, i sendiri yg drive (hubby balik kampung esok pas kerja). I bwk jer kek n krim n peralatan2 lain then sampai kangar kat rumah baru i hias. Kek kali ni, i combinekan bunga fondant n bunga dari krim biasa.. Sebenarnya, i salah faham.. tema purple sebenarnya sebelah anak dara. I faham belah kitorg yg purple.. Thats why i buat kek ni dgn theme purple.. tengok2 warna silver.. hentam jer la... korang nampak cemana? masuk tak? ke nampak lawak? sori yea Zunil.. miss communication.

Dinda.. mari kita potun ini kek.. Kanda nak bahagian daun.. Dinda ambik bunga ya..

Aoomm..nyap nyap nyap
Aooommpp.. nyam nyam nyam... nak lagi.. Auuoommpp nyap nyap nyap.. nak lagi.. Auommm

Kenduri PakCik i dibuat cara katering.. relax giler.. petang pas pukul 6 dah settle semua. kitorg pun balik rehat-tido. Malam pas kenduri, hubby i bertolak balik S.P. I n anak2 stay lagi kat Kangar. Kami tumpang keta sister i yg nak balik seremban esok utk drop by kami kat S.P. So ada lagi satu malam kami stay kat rumah daddy i .Adam plak mintak permission nak ikut mak ngah n pakngah balik Seremban. Dia rapat ngan Pakngah dia.. So diorg ler plan baguih punya projek nak bwk Adam jalan2 kat sana. Memandangkan kitorg akan jumpa lagi kat Kelantan for my Adik convo (next 2 days jer pun) so, i just let Adam go. Nanti, Makngah n Pakngah akn bawak adam naik Flight dari K.l.. Kami akn jumpa di Kelantan nanti.. So, mission pertama.. settle.. cousin ku slamat berkahwin..

Thursday, December 10, 2009

Nak pegi bercuti jap boleyyhh?

Checking2..beg baju-on, botol susu-on, susu-on, diapers-on, toiletries-on, cake-on, apa lagi huh?
ooo... kotak make up n accessories i.. lupaa plaks.. penting tuh! asyik ingat brg anak jer..

Semekomm.. kepada seluruh folowers, peminat blogku sekelian.. adalah dimaklumkan mulai malam ini ,10hb Disember - 21 Disember 2009, blog i tak akan diupdatekan kerana i n family nak balik kampung n pegi bercuti... (YAAHOOUU-YABEDABEDDOOO!!!). Trip dimulakan pada malam ni menuju ke Perlis.. berkampung kat sana 4 5 hari for my cousin wedding, then ke Kelantan for my adik convocation.. kat Kelantan maybe 2-3 days.. balik jap S.p coz nak siapkan tempahan yg diterima awal dolu2 (xleh nak cancel..ada la sket2) masa ni maybe i ada masa sket utk update blog then i sambung cuti plak ke Ipoh (lepas pagi raya pertama krismass-hehe) from 25hb-28hb.. Then on 1hb-4hb, i akn pegi lagi Ipoh.
So korang jgn marah2 n tension yer, kalau blog i dlm bulan ni agak mandom... i n family nak pegi jalan2 ler.. Cuti2 Malaysia..

So utk Hadi, Fitriyah, Awin, Athirah, Saadiah, Kak Sha n Hana, korang jgn terkejut plak baca blog kali ni.. tempahan korang yg jatuh pada bulan ni, insyaallah selamat dipresentkan seperti yg dijanjikan walaupun i bercuti2 Malaysia ni. I akan lari balik utk siapkan tempahan korang.. thats why, kali ni, kami berjalan dekat2 jer.. (tapi kerap). So no tempahan baru, but just nak bgtau korang, i dah terima 4 tempahan utk January.. kalau tak nak duka cita, boleh email i utk tempahan bln January.. balik bercuti, i akn buka email n priority tempahan diberi kpd sapa dulu yg email n of course sapa dulu yg bayar..hehehe

Wokehh.. i nak p bercuti dah nih.. pas ni kalau korang buka blog i nampak sign "I'm on line" yg tu mesti Hubby i.. dia assistance i utk buat laporan n bahagian teknikal..hehehe.. Dia akn buat laporan kt i pasal email n respond yg diterima.. So, utk balas email, maybe me myself or him (on behalf).. K, jumpa lagi, take care semuaaa..bo byeeeiiiiiee..

laaa..la lallaa..hhhmm hmm.. lala lalalaaa da da di di duu la lala lala bombom pak ke bomm cheiangg dush dush buff buff kedebomm pang pang prengg prrreerrrrrr chheengg (yg hujung tu drum sound effect)