Monday, December 21, 2009

Konvo Adik di Kota Baharu Kelate..

Sementara tunggu nak check in kat loby.

Pas 6 jam dlm keta yg dipandu my adik, Shahril, akhirnya sampai gak kat Kelantan.. penat n letih gak. Then me n adik p jemput Adam, my sis n her hubby kat airport KB. Everything on time. elok2 jer timing kami sampai jer Klantan, diorg pun sampai. Then check in kt Renaissance Hotel (tempat konvo Shahril esoknya).

dah penat n letih then nampak katil gebu.. apa lagi.. terjunn.. tidoo.. semua pengsan.. especially the drebar. (hubby i tak ikut coz keja- so kena tinggal huhuhu). Adam bangun pagi, terus cari game.

Next day, pagi hari konvo, Shahril iron baju sendiri (pasal dia tak mintak tolong i pun hehe) sementara budak2 ni mlompat atas katil (aktiviti biasa)

Introducing: My Daddy(Wan), my Step mother(Tok Tina), my Sister (Makngah-my Sifu-Cikgu kek) n hujung skali tu.. my Adam hehe. Ada Hi tea utk family. Kami sampai awal. Kat blkang kami tu meja Family2 dari group Indonesia (Garuda Airlines): blom sampai daa
Majlis bermula,Ketibaan Graduan, diiring oleh pahlawan Melayu dan hulubalang.. Lupa plak nak crita, diorg ni pelajar sekolah penerbangan kat Asia Pacific Flight Training Centre.. kira, pas ni jadi drebar ler.
Mana Pak Su?... Tu pak Su.. Control pak su.. control hidung.. jgn kembang sgt.
Majlis ni sekali dgn Hi-Tea, tiba2 dtg KEK! bestnya skali skala makan kek org buat. Adam suka! nyam-nyam-nyam.. mcm tak pnh jumpa kek!

Adam ada hadiah utk pak su.

Pulun makan kek tanpa mempedulikan adiknya yg telan air liur. Abang adam.. nak skett
Posing maut seorg drebar.. hensem plak adik aku nih.. besaqq dah adik aku.. budak ni lah yg dulu kecik2 aku dok tarik telinga (sampai capang tlinga dia skarang) n bergaduh tarik rambut (sampai nak botak kepala dia skarang). Besaq dah kao.. Kalaulah arwah mak dapat tengok.. huhuhu..
Adelyn tengah tengok demo cara nak pakai bedak sejuk kat muka.. hehehe kat blakang tu persembahan dikir barat. Best tul dengar live.. hapening! Adelyn selamber jer pegi berdiri kat tangga depan stage tengok diorg buat persembahan.

Rupanya ada sebab group dikir barat ni dijemput.. ada kena mengena dgn bakal2 pilot nih.. tengok tu.. diorg tunjuk aksi mcm mana kapal terbang nak mendarat.
Introducing myself, 1st time kluar gambar dlm blog. hehe..
Antara aksi yg kami suka buat bila bergambar.. tengok atas/bwh tanpa sebab (tu blom tengok kami buat aksi2 melampau yg lain.. Aksi Benson n Hedges di pergunungan)*Gambar kami 3 bradik.. Abg Sulung n family tak dpt hadir.
Adam pinjam baju Paksu utk brangan2.. mana tau jadi kenyataan.. Pilot Romeo.. siap bunga lagi. Fresh carnation tu kami 'ambik' kat dewan konvo tadi. Adelyn nak. hehehe
Buka hamper beramai2 kat bilik wan

Malam tu, semua pelajar2 yg konvo siang td ada dinner kat situ. Sementara Shahril pegi dinner tu, i bwk Adam n Adelyn pegi ronda kat supermarket kat bwh (link skali ngan hotel). Wan n tok Tina tak ikut coz dah penat so diorg rehat jer kat bilik. Balik jer bilik Paksu takder, blom balik dinner so kitorg pi lepak bilik wan n tok Tina. (Makngah n Pakngah dah checkout bilik diorg.. diorg balik malam tu flight kul 10 lebih-so tinggal kitorg jer). Then around 11, door bell bunyi.. Adam buka pintu.. I dengar Adam jerit.. WAAAAWWWW BESTNYAAAA!!!!! Rupanya Shahril menang lucky draw hamper besar mlm tu (tinggi hamper tu sama dgn Adelyn) Selain tu, Shahril dapat hadiah misteri yg diorg letak kat bwh kerusi tempat dia duduk. Kira 'ong' besaq la adik aku mlm ni.. Shahril bgtau, through record, dia mmg lucky bab2 cabutan bertuah ni dari dulu lagi.. Slalu kena.. Bagus-bagus-bagus..
Malam tu, kami lepak sambil menikmati hamper yg dah sah2 makanannya menjadi favourite budak2.
Esoknya, pas checkout, Shahril bawak kami ronda2 KB. Dia tunjuk tempat2 nostalgia dia belajar dulu kat Air port KB. Pas tu Kami p Pasar Katty (Siti Khatijah), borong tudung, kain batik, kopok n budu buat souvenir. Then dlm pukul 6 lebih baru kami bertolak balik. Cuaca haritu tak brapa elok, so Shahril drive slow jer.. singgah makan, rehat.. sampai S.P kat pukul 1 a.m.
So Tamat lah crita siri pengembaraan i n family buat seketika.. Hujung minggu ni, Pengembaraan ke Perak pulak..






No comments:

Post a Comment