Thursday, May 24, 2012

Barbie Mariposa on Italian buttercream cake

Fancy Butterfly Barbie on Italian buttercream cake;RM100/receipy

1st time dlm sejarah..pecah rekod org yg sama oder kek yang sama pada 2 minggu yg berturutan..hehe.. kalau sapa ingat sebelum ni ai ada cerita Marni dari Kulim oder kek Italian Rainbow ni utk sesaja makan2..nak rasa jer katanya.. seminggu pas tu, Marni request nak lagi kek Italian rainbow..
Kalau sebelum ni Marni kata design biasa2 aja sbb nak makan2 family n kengkawan saja, tapi kali ni Marni request buat tema yg sesuai utk anak sedaranya Hannah sempena sambutan birthday yg ke 4.
So, ai pun buat ler Barbie Mariposa Butterfly ni (nama watak barbie yg jadi butterfly=Mariposa).. saja pilih butterfly sebab nak bagi sesuai dengan kek yg dipilih tu; italian rainbow.. so kalerfull luar dan dalam..harap2 Hannah suka ler bila nampak kaler2 kek cegitu..

*Rambut barbie tu ai buat guna choc ganache..means, pas abeh makan kek, boleh makan rambut barbie tu mcm makan lolipop.. sampai dia botak.hehe. fesyen rambut 60-an gituuw.. (hehe actually kaler rambut Mariposa blonde.. tapi ai tukar versi Asia punya Mariposa- jom kita posa)
Ni haa.. kek kat dlm tu.. penuh rona roni.. ok Marni..tengkeiuwww very much!!

Wednesday, May 23, 2012

"cupcake ros merah menyala"

RM40/box of 16 pcs

Kak Ton ni antara pelajar ai yang dah sempat attend kelas beberapa kali kat sini. Kak Ton tempah cupcake utk buat hantaran anak sedara dia. nak bawak nun p kelantan. Simple aja tempahan kak Ton.. " yus buat cupcake bunga ros seketoi-seketoi yg qona merah menyala2 tu skotak"..hehehe
Ok Kak Ton..tengkeiuww very much.. la kak Ton kata tak dan nak join kelas kat CCC sebab dok kalut sediakan sample biskut raya. Dari dulu lagi kak ton ni meniaga biskut raya yg berjaya..wahhhh kelasss gituu..

*kak ton n geng dia sempat cerita kat ai, bertahun2 meniaga biskut, mereka mendapati, kalau biskut tu boh nama omputeh lagi laku dari kalau boh nama mlayu.. laaa cegitu pun ada.. ak aa la.. ai baru prasan.. cher kita ubah semua nama2 kek continental dlm bahasa melayu.. bunyi kek tu mcm..errr.. mcm kembang tengkok jer yek..

contoh:
Russian Black n White= Orang rusia hitam dan puteh
Red Velvet= Baldu merah
German black forest= Hutan hitam Jerman (eiyyaakk)
Snowy peach= kesaljian Peach
Carrot walnut Cheese cake=kek lobak merah kacang cherdik berkeju (eiiyyyy!!)

KAHKAHKAHKAHKAHKAH....!!




Tuesday, May 22, 2012

Kek naik bas pergi Melaka

Sponge cake; RM40/kg

Sebelum ni CCC ada cerita Ayu yang tempah blueberry cheese tart dari Melaka tu.. ni plak antara kek yang ditempah Ayu dan dikirim kat adiknya menaiki bas.. hehehe tak leh bayang ai betapa berhati2nya adik Ayu tu bok naik kek2s naik bas.. Ayu bagitau semuanya selamat sampai dengan baik.. kredit utk adik Ayu tuh!! boleh buat bisness servis penghantaran kek jarak jauh nih.. hehe
Ayu ni regular customer ai masa dia dok penang dulu. Dari anak satu la dah nak masuk 3. masa dia kat sini dulu setiap birthday hubby n anak2 dia mesti tempah kat CCC. Tu yg kali ni pregnant ngidam nak kek CCC lagi..ahakss..tengkeiuw2..tersangat lerrr berbesar ati ngan you.. semoga slamat menjalani kehidupan baru di Melaka dan selamat melahirkan baby baru.. tahniah in advance!

Happy birthday Sarah

plain butter cake with buttercream=rm60/kg

Tengkeiuww kak Linda..sori sangat2 sebab tak dapat memenuhi tempahan kek castle 3D 2 Jun nanti.. so kita lukis aja castle atas kek butter ni..ngeee..

Monday, May 21, 2012

Blueberry Cheese Tart-Ayu & Mar

Cheese tart= rm50/box 0f 36 pcs @ rm25/pack of 18 pcs
(with pure butter n pure cheese+ xtra blueberry filling)

Ayu dari Melaka kirimkan cheese tart ni melalui adiknya. Tengah berbadan dua, Ayu teringin plak nak makan cheese tart dari CCC ni..aduhh berbesarr hati ai..ahakss

Selain Ayu, ada sorang lagi yg tingin nak mamam Cheese tart; Mar pun tutur mengorder.. tu yg banyak tuh

Ok.. Ayu bagi respond semua cheese tart slamat sampai Melaka walaupun dikirim melalui adiknya yg naik bas.. suka sangat si Ayu dapat makan cheese tart tu.. Mar plak dah start tanya kelas DIY utk nak dtg menuntut kekdah membuat cheese tart..ngeee...tengkeiuwwww..


fondant cake -cikgu wan

Fondant cake= rm130/kg

Cikgu Wan ni cikgu kat nursery Elyn. dia tempah kek fondant ni utk hantaran anak sedaranya kat kampung. "buat mcm mana pun tak pe... nak ada bunga2..kaler pun tak kisah.. janji yang naik seri".
Tengkeiuwww cikgu wan..

Sunday, May 20, 2012

Diy class bersama kak Halijah: slice cake & RBW

Kak Halijah ni dah laaamaaaa sangat buat appointment berminat nak men untut ilmu dengan CCC. Tapi ada2 aja halangan melanda antara kedua2 kami. ai boleh, dia plak tak boleh.. dia boleh ai plak tak free.. hehehe
Last2..setelah gunung didaki, onak dan duri diranjaui (acheewah) berjaya juga kami bertemu. Kak Halijah dari Kulim ni dtg menuntut ilmu slice cake dengan Russian black n White.. dengar kata pas balik kelas, Kak Halijah terus dapat tempahan bertubi2..alhamdulillahhh...
Kak Halijah tengah buat Russian Black & White
nyum-nyum-nyum..
Slice cake kak Halijah sengaja potong besar2..16 pcs semua.. puas setiap org dapat.. sedondon plak ngan design kek slice tu ngan apron

Menyala2 slice kek kak Halijah..mengoda jiwa gituu.. ok kak Halijah..tengkeiuww sebab sudi datang berguru di CCC walaupun mcm2 dugaan yg kak Halijah lalui sewaktu nak datang dan nak pulang haritu.. tq-tq-tq..

Saturday, May 19, 2012

Upss..ni ha lagi Red Velvet..

Shah..regular customer ai yg satu ni rasanya ntah dah bropa kali oder Red Velvet.. asal birthday anak bini, adik, mak, mertua aja mesti oder RV.. asal oder RV mesti birthday celebration..ngeeee...
RV 2D= rm110/receipy

Kali ni Shah tempah RV utk double celebration anaknya yg ke 3 tahun dan adik bongsunya yg ke 17.. Shah request gambar upin ipin tukar2 hadiah.. dan dia nak kek tu bentuk 2D.. Tengkeiuww Shah...

Deman Red Velvet melanda..

RV= rm85/receipy- normal deco
Aduhaiii lama plak tak update blog.. sesekali hangin "M" menyerang..jadik cegini la.. dok peramm aja cerita2 tempahan kek yg datang. Actually, sepanjang 2 minggu ni, tempahan berhantu dan berjangkit melanda CCC. Ntah kenapa tup2 customer request RedVelvet (RV) sepanjang minggu2 nih..alhamdulillah..mcm2 bentuk, rupa dan kaler diorg request.. gambar kek kat atas ni kek Red Velvet tempahan kawan hubby kat Ipoh..
RV-love shapes curly deco cream; rm95
Ni plak, special request kek RV utk dibuat hantaran dlm majlis pertunangan Fathiah & Jasrul. tema keler majlis turquoise. so kena letaks kaler ler dlm cream cheese tu.. utk design cegini memang pakai byk sangat krim cheese sebab sapuan krim tak rata.. walaupun kek 1 resepi, tapi krim plak pakai 1.5 resepi..so hehehe rega pun tak leh sama ler..ahaksszz..
RV ni plak tempahan kek tez n Juliana.. normal deco= rm85/receipy
RV- love shapes curly deco cream= rm95
RV tempahan Wan Hatifah Hanin.. utk surprisekan hubbynya..
Adelyn Hilda... anak daraku..'oder' utk cikgu2nya kat nursery.. memang dia mention nak RV. pastu nak ada love besar utk cekgu..
Pastu minah ni request kalau boleh nak 2 kek.. ai pun buat ler Choc indulgence cake lagi sebijik utk cikg Elyn sempena Hari guru ritu..tengkeiuw cikguu.. hepi teachers day..

ok.. buat semua pengoder2 RV sepanjang minggu2 lepas.. tq-tq-tq.. muuaaaahhh..

Tuesday, May 15, 2012

Snowy Peach -utusan ke Chemor Perak

Tempahan ni datang dari kawan hubby kat Chemor yg nak rasa snowy peach.. semua ni kes pas kelas ritu, ada lebihan kek2 yg tak termakan oleh kami..so ai suruh hubby bok balik jamu kengkawan dia..alhamdulillah..ada feedback (hehehe-gelak jahat lagi brutal)
RM75/receipy: Snowy peach
Tengkeiuw buat teman2 hubby kat sana..mau kek boleh oder lagi..huby ai tektiap minggu balik lapor diri (muahahaa-gelak jahat lagi..) so sapa yg dok kawasan Chemor Perak bolehler kirim.. pepagi Ahad dia musti polang cerah2 tanah.. dengan membawa kekss..
Upah.. Snowy peach ni antara kek favourite me n hubby..so alang2 dah buat tu..bagi terlajak ler sket resepi so ada lebihan seciput habuan kami berdua nak ngap pas candle light dinner di rumah kami yg hiruk pikuk dan riuh rendah macam rumah tarzan n kengkawan ni.. (ish2 romantikkk la sangat!)

Friday, May 11, 2012

Rainbow VS Pelangi cake

Kebetulan kali ni CCC menerima tempahan kek Italian Rainbow dan kek Pelangi Malaya pada sat hari yang sama.. musim pelangi gituu.. cuma yg bezanya satu pelangi omputeh (italian rainbow) dan satu lagi kek pelangi Malaya (alaa.. mcm mak2 kita buat dolu2 tu..)
kek butter pelangi malaya= rm55 (~2kg)

Ha...ni la kek pelangi Malaya.. kalau pas bakar, dah masak kita potong ada design belang2 colorful tu. Kek ni tempahan kak Linda yg nak rasa kek butter butter pelangi Malaya sebab dia cadang nak tempah kek yg lagi grand dan besar bulan 6 ni.. tapi malangnya..(huhuhuhu-hikhikhik- nageh tersedu sedan) ai plak tak dapat buat kek tempahan khas 'big project' kak linda tu cuti sekolah bulan 6 ni sebab ... ermm...ermmm..ada hal..(hehe)

*eh-eh..lupa plak nak ambik gambar kek pelangi malaya yg dah masak
Italian Rainbow cake- rm85
saiz 9

So finaly ni lah italian Rainbow yg diorder oleh Marni. Sesaja oder nak rasa..makan2 ngan family. sebab tu dia tak nak tulis2 apa2 pun.. design simple2 aja..

ok..Tengkeiuww kak Linda..Tengkeiuww Marni..

Thursday, May 10, 2012

Happy 4th Birthday

rm110/ 2kg sponge buttercream cake
Semalam ai ada cerita Maiza tempah slice cake utk birthday anaknya Marsha. Hari ni ai tunjukkan kek utama number 4 yg Maiza tempah utk dibawa ke nursery Marsha.
Selain Hello Kitty, Marsha suka mikeymouse & miniemouse..mcm2 kejadian berlaku masa Maiza nak dtg ambik kek haritu.. haru biru dibuatnya.. dah semua persiapan dibuat, tup2 ai "terhilangkan" kunci kedai..muahahahaha..biru ler jugak muka ai pagi tu cari kunci kedai.. Maiza dah nak datang amek kek kat kedai..kunci kedai hilang plakss.. oohh tidakk..

Dipendekkan cerita, setelah mendapat bantuan spiderman, badman, otomen dan gaban.. masalah kunci kedai bejaya diatasi.. fuhh!! sket lagi ai nak pengsan pagi tu.. hubby ai suruh ai jadikan kunci kedai tu sebagai loket rantai..muahahaha (atau ikat ngan tali gantung kat pinggang mcm bidan dok buat kat budak2 yg kecacingan-chieeiittt!!)

Wednesday, May 9, 2012

ben-10 cake

Anis dari Anis collection ni antara jiran ai yg buka kedai kat deretan kedai kat sini.. Dah lama dia nak tempah kek kat ai tapi tak berpeluang nak 'jumpa'. Tapi kali ni Anis nekad nak tempah kek request khas dari anaknya Danial sempena birthday yg ke 6. Danial jatuh ati kat kek ben-10 dan nak kek sebijik mcm dah ai pernah buat sebelum ni..
Chocolate moist buttercream cake with edible image= rm60/kg

Ok Danial, tengkeiuww..happy 6th birthday. tengkeiuww to you to Anis.. yang tengah bertungkus lumus mula terima tempahan jahit menjahit baju raya.. so sapa nak tempah baju raya boleh singgah jamu mata kat Anis collection kat kedai ai ni..

Tuesday, May 8, 2012

angin slice cake datang lagii

Lately, angin slice cake datang lagi. mcm kebetulan plak.. ramai yg request tempahan slice cake dan kelas slice cake.. buat kek pun mcm musim buah jugak.. ada musim slice..dulu musim cupcake, pastu musim RBW..then macam2 lah.. Gambar kat atas ni, yg 3 kotak slice ni, request dari cikgu Zeti dari SMK Pekula Jaya sempena event jualan kat skolah dia. dia tempah 3 box laen2 perisa..
Ni plak Maiza tempahan disamping kek utama (nanti ai crita). Dia bat kenduri birthday anak dia kat nursery.. Maiza kata nyesal oder 2 box.. tak cukup..kat rumah dah finish..hehe
Ni plak kek slice paling cepat ai buat dlm sejarah (1.5 jam) semua ni pasal ai tak hengat yg ainun nak ambik awal sehari.. lupa nak tukar tarikh kat order board! tup2 dia kata 'kawan' dia si Iwan dah on the way nak dtg ambik.. walhal masa dia call tu ai baru aja lepas berfoya2 ngan anak2 lunch kat tesco.. mau tak terkezut... punya la rasa bersalah kat ainun.. sori3... sib baik ainun n iwan tak murka..hehehe maaf zaher batenn!!