Monday, January 31, 2011

kenduri sana sini

Tempahan diterima dari Julia Tasek Gelugor. Utk majlis sempena akad nikah beliau hari minggu bebaru ni. Julia nak cuppies yang simple aja utk cenderahati tetamu yang datang.
Banyak gak Julia tempah..tup2 hari yang dia dtg pick up tu dia tersengeh2 tanya..akak..ada buat lebih tak..??hehehehe
I pun bgtau la kat dia.. "ada... lebih 2.. hehehe kenapa? pesal tak cakap kat akak awal2 sket..tak cukup ker?".. Julia nak lebih dalam 15-25pcs sbb dia kata ada unexpected tetamu tetiba confirm nak dtg majlis akad nikah dia.. baru jap tadi call bgtau Julia, masa Julia on the way nak dtg rumah akak. Julia dtg ambik pagi. Majlis dia lepas Zohor.
Ending cerita kali ni agak sedih huhuhu.. akak tak dpt memenuhi permintaan last minute tahap gaban tu.. Ntah ler cemana Julia menyetel masalah dia tu.. akak cuma suggest dia pegi beli yg ready made kat kedai kek atau beli aja baulu yg byk dijual dipasaran tu.. Sorry ya Juliaaa.. Selamat Pengantin Baru..

Sunday, January 30, 2011

Mari renung sejenak..

Hiiii semuaaa.. pekaborrr?? Maaf yer.. Kali ni, CCC ingin mencuri sejenak perhatian anda dgn mengajak anda merenung sejenak tentang kehidupan.. Pernah tak u all terfikir, betapa beruntungnya nasib diri kita masing2? serba lengkap dan serba ada.. (wlpn tak semewah mana..)
memiliki keluarga yg bahagia
memiliki anak2 yg sempurna,
memiliki kesihatan yang baik,
memiliki harta yang mencukupi,
memiliki hidup yang sempuna
.... dan yang paling penting ialah merasai/pernah merasai kasih sayang, pelukan, perhatian dari insan bergelar IBU dan BAPA

walaupun ada ler sedikit sebanyak dlm hidup kita yg tak sempurna..biasalah kan.. Tapi pernah tak u all terfikir insan lain yang tidak memiliki hampir semua yg kita miliki.. Insan2 tu plak golongan mereka yang masih kecil..masih perlukan belaian, perhatian, kasih sayang dan dorongan utk terus hidup.. Membayangkan anak2 kita sendiri berada ditempat tersebut, hati ini sangat2 tersentuh.Tak nak berceloteh panjang, CCC ingin berkongsi dgn anda utk merenung insan2 yang seba kekurangan dlm kehidupan mereka.. saksikan..
Mula2 diorg still malu2 nak kluar..malu nak jumpa tetamu. Mereka adalah anak2 yatim dan anak2 fakir miskin Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok Kedah. tengok tu.. kecik2 lagi dah hidup berdikari..masing2 jaga diri sendiri, jadi adik dan kakak sesama sendiri.. tengok mata budak2 ni.. i hanya boleh senyum diluar..tetapi menangis didalam.. touching sangat..
Sejenak bersama kanak2 ni, sangat2 memberi kesan keinsafan yang mendalam tentang "kehidupan". harap2 anak2 i dapat ikhtibar.
Setelah didekati..mereka mula rasa selesa dan tunjuk respond yang sangat2lah mengharukan hati ini..(tak yah ler i crita..kang i nangis lagi kang..hehe)
Actually, ni rumah kanak2 perempuan sekolah rendah.. ada lgi rumah kanak2 lelaki, remaja lelaki dan remaja perempuan.. yg tu i tak ambik plak gambar..

Alhamdulillah.. pendidikan agama adalah teras utama utk mereka..
I bawa bersama anak saudara i, Mira (tudung coklat tu) utk bantu i melayan kanak2 tu.. Kami buat aktiviti melukis utk kanak2 ni.. dengan cara tu la kami cuma nak mendekati mereka dgn lebih mendalam.. mereka mungkin susah nak bercerita..tapi melalui lukisan..it tells many things.. "drawing can describe a thousand words"
Mula2 diorg xtau apa nak buat dgn kertas n pensil yg diberi.. then dgn mengunakan skill cikgu yg i ada (hehe-kali ni cikgu yg ditunekan menjadi baik dan tidak garang seperti biasa) so i suruh diorang lukis tapak tangan masing2.. then lukis apa aja dlm lakaran tapak tangan masing2..
Lukisan yang paling menyentuh perasaan.. tajuk: "keluarga saya"..dlm setiap jari tu dia lukis mak,ayah, saya, adik, kakak.. adduuiii..touching gila.. dia buat lakaran kedua2 tapak tangan dia.. yg sebelah full of her family character, yang lagi sebelah empty.. thats why i said.. drawings can describe a words!!
Yang lukis cupcake pun ada..hehehe.. i ada bgtau diorg, nanti kalau free, i nak dtg lagi ajar diorg deco cupcake.. semua sukaaa!!!
Ni plak lakaran tapak tangan yg i paling suka.. tengok jari2 dia..bulat2..Commeeeiiyyyyyy sangat!

Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan yang menempatkan kanak2 kurang bernasib baik yang terdiri dari anak yatim, anak2 org miskin, kanak2 dari kelurga yang bermasalah, asnaf zakat dan sebagainya.
Ianya masih baru lagi ditubuhkan kat Kedah ni.. sebelum ni diorg kat Klang Selangor. So masih byk sangat kekurangan.

Berikut i senaraikan semula butir2 yg terdapat dlm borang sumbangan yg mereka perlukan:

zakat: Zakat harta/wang simpanan/emas/perniagaan pertanian/penternakan
Program penyayang/anak angkat: Menaja sekurang2nya RM250 sebulan utk wang saku/yuran tuiyen dsb
Keperluan Harian: Makanan asas seperti beras, tepung gula, teh, kopi, minyak masak, kicap, telur, susu tepung, susu, daging, ayam, ikan bilis, sayuran, buah2an dsb
Peralatan dan Kelengkapan: sama ada baru atau terpakai seperti komputer, printer, mesin faks, kipas, meja, kerusi, katil, cadar, tilam langsir, tuala, pakaian dsb.
Kenderaan: Bas van atau kereta. Ianya akan digunakan utk membawa kanak2 kesekolah, menghantar barang ke rumah2 anak yatim dan fakir miskin, kematian, kemalangan dan dsb.

ALAMAT: No 21, JALAN 2, TAMAN MERBOK PERMAI, 08400 MERBOK, KEDAH DARULAMAN
ATAU HUBUNGI: PUAN AINON; 014 5038 413

CCC berharap, marilah kita sama2 membantu mereka2 ini utk merasai hidup yg lebih sempurna.. sesapa yg nak join CCC utk lawatan seterusnya pun boleh.. just email me. kanak2 tu suka sgt kita dtg melawat.. bukan harta semata2 ukuran mereka terhadap kita sbb mereka masih belum mengerti..tapi perhatian, kasih sayang dari kita ..itu yang diorang perlukan.. Jom..kita salurkan kasih dan sayang kita bersama2 anak2 ini..

Friday, January 28, 2011

xxs mini cuppies..cute things to eat..

Kenduri..jamuan..party.. dah jadi tradisi masyarakat kita kat Mesia ni. Alhamdulillah, semua aktivi makan2 ni mmg betul2 dpt menambahkan kemesraan.. (dan menambahkan beban berat badan) Bebaru ni jiran2 kat rumah i buat makan2.. sesaja kumpul ramai2 makan..tak dak event apa pun. Diorg kat sini mmg slalu buat makan2 petang. dah org invite..langkah kanan ler nak tengok dan makan makanan org lain slain kek-kek-kek-kek..hehe. Seronok gak skali skala berkumpul makan2. mcm2 yg dibawa..kira mcm pot luck la. Sebelum ni, i slalu dah bawa kek..(abih apa lagi yg i taw buat..) kali ni nak buat kelainan sket, i bawa xxs cuppies comel2 ni..
RM25/box - (9x9=81pcs): xxs cuppies with buttercream
Yang ni, kanak2 confirm suka.(n mak bapak kanak2) pasal dia colorful, cheerful n look yummy..benda pertama yg diorang terkam..hehe
RM16/box - (9x9=81pcs): xxs cuppies takde krim
Yang ni plak i saja bawak utk mereka2 yang tak berapa hinggin dengan kek berkrim..(majoriti kek jenis ni diminati oleh mereka2 yang lebih berpengalaman dlm hidup..hehe i tak sebut tuwa aaaa!!..hehe)
RM25/container (around 125pcs-130pcs)
Kalau nak lebih lagi, boleh ambik yang dok dlm plastic container ni.. sesuai kalau bwk p berkelah ke.. letak kat meja opis ke (hehe..meja bos), bawak balik rumah mertua ke, atau bg kat anak2 yang nak buat jamuan sekolah.. senang diorang nak bawak.. jenis ni tak leh krim aaa..

Kalau nak taw bekas container tu besar mana..alaaa korang biasa beli tak baulu yg sedap kat supermarket2 tu?? ada yg diorang boh dlm plastic container tu kan..aaa saiz tu la.
And..kalau korang nak tau plak saiz xxs cuppies tu.. ni ha, model yang tak berapa cukup pengalaman tgh mengaksikannya..biasala..dia kan budak yang tak cukup pengalaman..so dia suka yg ada krim..aaa besar tu la.. alaa saiz papercup yg org slalu buat biskut tuu.. alah u all ni..buat tak paham plaks..ahaksz..

Thursday, January 27, 2011

Wirda..oh Wirda...

Wirdawaty tempah cuppies ni utk di surprisekan kepada Hubby yg tercinta.. Wirda ni keja kat Perlih..dia minta i buat delivery kat Hubby dia yg keja kat Taman Sejati S.p. Diatas sebab2 tertentu, CCC buat delivery utk Wirda ni secara FREE.. (delivery aja free taw.. hehe) i punn pegila menyeperais hubby dia yg masa tu bersiap2 nak kluar lunch time office break. i siap call hubby Wirda tahan dia jgn balik lagi.. ada penghantaran.. nasib baik sempat.
16 pcs/box= RM35
Dah lama Wirda menghilang..CCC ada juga beberapa kali melawat blog Wirda.. sian..nampak dia terlantar sakit kat spital haritu, berbotol2 drip ayaq..sbb alah teruk.. Hmmm mcm tu la Wirda.. perjuangan yg tak ternilai bg seorg ibu nak melahirkan seorg anak...Nanti bila dah nampak muka baby..langsung hilang rasa sakit dan hilang segala kepayahan yg ditanggung.. malah akan timbul rasa bersyukor..gembira dan limpahan kasih sayang yg mencurah-curah kat baby tu.. dan yang penting.. bertambah kuat ikatan Wirda n Hubby..
Ok Wirda..selamat berjuang dan kuatkan semangat mengharungi saat2 indah berbadan dua.. CCC doakan yang terbaik utk Wirda yg bakal jadi mummy tak lama lagi.. Ammmiieennnn..

Wednesday, January 26, 2011

Strawberry Choc Moist Buttercream

RM45/kg-Strawberry Choc Moit Buttercream

Jika sebelum ni, kita asyik tengok kek choc moist kerinting yang penuh ngan coklat kepingan yang melimpah ruah tu..dan kek buttercream yang penuh dgn krim atas, bwh, keliling tu.. kali ni, Haslinda pilih gabungan choc moist leleh (hehe-toping choc yg meleleh2 tu la..) dengan buttercream.. so kombinasi ni seimbang utk pengemar coklat dan pengemar buttercream.

Lapisan filling perisa strawberry (+buttercream) berada di layer antara kek kat dalam tu dan yang hitam kat atas tu plak adalah choc leleh.."cuit" sikit stoberi ngan coklat leleh tu..fuhh yummy!! Haslinda tempah kek ni sempena birthday anak teruna dia yang baru pas bersunat cuti sekolah haritu.. Haslinda puas hati sgt2 ngan kek ni.. mana tak puas hatinya..dlm rumah dia, semua tak pandai makan stoberi.. Lyn aja yang suka so.. Lyn kata..bahagian kek habih "lenyap" kat tangan hubby n anak2 dia.. Lyn plak..menikmati stoberi 'cuit' coklat tu dgn penuh keenakkan,kedamaian, ketenteraman, keharmonian..dan kelegaan (coz tak yah berebut ngan sesapa)..ahaksszzz..tengkeiuuu Lynn..

Tuesday, January 25, 2011

Go diego go themed

Seperti yang diberitahu bebaru ni, Mimi nak tempah lagi kek kat CCC. kek kali ke5 tempahan beliau kali ni adalah utk birthday anak sulong Mimi iaitu Nazirul Najmi, 9 tahun. Mimi minta i buat tema go diego go..
nak bagi nampak cute dan kesan dramatik kat kek ni, i letak ekor ladybug yang tengah terkodek2 nak panjat kek yang penuh daun tu.. (bug tu boleh dimakan-buttercream, ni dah kira mcm rancangan survivor dah ni..ajar anak makan kumbang..)
kalau sebelum ni i dah pernah buat tema diego ni dgn wajah close up dia sensorang, kali ni, kita kasi diego bersama leopard kesayangan dia inter-frame skali..(bersama sekor ladybug)- ngada2 betui si leopard tu posing..ala2 seksi gitu..ahaksz
Choc moist blueberry buttercream cake with themed-RM75/kg
ok Mimi..tengkeiuu very much.. CCC is waiting for your 6th tempahan..hehe

Monday, January 24, 2011

Chocolate Indulgence utk Farhana

Tempahan kali ni datang dari saudara Anuar. Beliau minta i buat delivery utk seseorang yang bernama Farhana Izzati yang tinggal kat Taman Patani Jaya Sungai Petani. Tiba hari jadi Farhana, i pun call dia utk confirmkan yang dia ada kat rumah so i boleh buat penghantaran..
Choc Indulgence cake= RM50/kg
Masa i call tu, yang syoqnya, Farhana tengah celebrate birthday dengan kwn2nya sambil lunch kat sebuah kedai kek yang ada cafe..(lokasi-rahsia-hehe)..so mcm kelakar la plak, p buat delivery kat kedai kek.. so bila dah sampai kat kedai kek tu, i terpaksa call Farhana utk kluar ambik kek kat keta i yang diparking betul2 depan kedai kek/cafe tu..Bukan apa..kang kena parang ngan tokey kedai kek tu plaksz..ahaks.. So Farhana, happy Birthday sweet girl...

Sunday, January 23, 2011

Delivery ke Uitm Merbok

RM40 Choc Moist kerinting
Laamaa tak keluar gambar kek ni kan.. memandangkan dah lama tak di interperemkan ke dalam blog i atas sebab rupa dan kaler dia samaaa aja, so kali ni kita buat 'come back' utk kek tempahan pelajar Uitm Merbok ni. Pija minta i hantar ke kawasan perumahan tempat diorang sewa.. tapi Pija kata, senang creta, akak hantar aja kat MRSM Merbok..senang cari.. so hari yang i buat delivery tu pija 'hantarkan' 2 mamat hensem dtg ambik kek tu kat MRSM Merbok bcoz masa tu Pija ada kelass.. Pija tempah kek ni utk housemate dia Sarina dan Juliana. Happy birthday dear!

So, disini i nak ucapkan tq kpd mereka2 yang tempah kek choc moist kerinting ni tapi gambar kek diorang tak masuk blog..coz sama jerr qopernyer.. tengkeiuu to kawan hubby kat Chemor, Arifah, Mala, 'jumpa pak cik husin' dan Kalaivany .

Wednesday, January 19, 2011

Choc Moist Blueberry Soft Fondant with themed

Mimi Merina tempah lagi!!! ish2..terharu betul.. sejak kami berjumpa balik thru Fb 2 bulan lepas, dah 5 kek Mimi tempah (pecah rekod!-dlm masa 2 bulan tuu)..kali ni masuk yang ke 5..hehe kena kasi reward nih..tengkeiuu Mimi.. tunggu noo..nanti ada masa free CCC buat kek surprise sama you.. Kali ni, Mimi minta i surprisekan kawan baik dia Nana kat Bank Muamalat Sungai Petani, colleague Mimi,sepejabat.. Jom tengok seisi membuat kek Mimi.
Mula2..letakkan krim kat tengah2 kek choc moist.. then letakkan blueberry filling..yang ada buah blueberry tu..(one of my favourite filling..after kiwi)..bila makan nanti anda akan rasa nikmat buah blueberry tu pecah.dlm kunyahan kek anda yang manis, lemak berkrim serta masam2 manis dari blueberry tu.. nyum-nyum-nyum..hehe (iklan jap kat Mimi -saja jer bg dia terliur coz Mimi sendiri tak dapat rasa kek ni..coz masa dia suruh i buat delivery tu, dia berkursus kat K.l)
Pastu layer lah balik dengan kek diatasnya..nampak tu.. limpahan bluebery yang meleleh2 celah2 kek tu..hmmm confirm rasa nak cuit punya.. (gambar overall cream coated lupa nak ambik..hehe)
Ni part paling best.. mcm main 'play doh'..tengah create 'Che Jenab' bertudung Ariani..coz, Mimi nak i buat 3 tema utk kek ni.. Tudung ariani, i-phone dan exora.. (Pas Elyn tengok i buat Che Jenab ni.. nangih2 nak suruh i buat kat dia gak..hmmm.. i buat at another session, pasal mlm tu dah lewat..kesuntukkan masa..yang dia suka sangat tu, pas buat, main2 hias atas kek, Che Jenab ni boleh dimakan..rasa manis..mcm cookies plak..kalau main play doh tak leh makan..tapi mcm bahaya gak takut budak2 confuse..)
Buat i-phone plak..lamaaa tak main play doh..syoq gak skali skala menguli fondant ni..tapi boleh tahan mencabar..tambah2 nak siapkan Che Jenab..i phone ni tak susah..tapi renyah sket..
Taa daa.... hehehe 3 tema pilihan Mimi..mesti ada kena mengena ngan kawan baik Mimi si Nana yg cun tu.. hanya mereka berdua yg tahu..
Choc Moist Blueberry Soft Fondant with themed- RM85/kg

Nak tambah lagi effect kat kek tu.. kita cucuk 'banner' sket..kasi meriah suasana..
Wokeyh Mimi, tengkeeiuuu verry -verrryyy- verrry...much

*hujung bulan ni Mimi tempah lagi!!! hehehehe dah addicted to kek CCC nampak..hehe tq tq tq..

Tuesday, January 18, 2011

Cupcakes CCC melangkah ke Istana-Alhamdulillah

Merafak sembah setinggi2 tahniah diucapkan kepada Tuanku sempena menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke 83 tahun..
CCC amat-amatlah berbesar hati kerana diberi kepercayaan utk menerima tempahan cupcakes dari istana sempena majlis Keputeraan Baginda, ahad bebaru ni. Alhamdulillah, berjaya jugak cupcakes CCC masuk istana, walaupun tuan punya CCC sendiri pun tak pernah jejak istana.. so wakil cupcakes masuk istana pun dah cukup bangga..
Buat permulaan, sebelum pihak istana nak buat confirmation tempahan, CCC diminta membuat beberapa sample utk dipersembahkan kepada Tuanku Sultanah bg proses 'cake testing'.. Masa tu punya la suspen,nak tunggu result..takuuutt pun ada, risau..mana taw ada yang tak kena kaa.. kang di murka Sultan...masa tu dlm kepala otak ni mula la dok terbayang crita2 hitam putih kat tv.. zaman raja dulu2.. salah aja kena pancung.. (crita hang tuah-hehe tetiba i masuk lam crita hang tuah plak masa dok brangan tu..) at last,alhamdulillah..approved!! punya la meloncat sakan haritu.. yehyeh..yabedabedooo!! tengkeiuuu tuanku Sultanah..!! i love you!!
so mari kita layannzzz semua gambar2 cupcakes tempahan istana..
cupcakes xs..plain dan berkrim..
Cupcakes for VIP
Cupcakes for VIP
Samples box yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultanah-for cake testing

mula buat tempahan
...dan tempahan

...dan tempahan, kuning..
...dan lagi, merah plak..
...biru plak..
tempahan mini xs cuppies banyaakk sangat kena buat haritu..agak kesuntukkan masa, so banyak gambar tak sempat ambik.. i sempat ambik 2 keping ni aja.. actually i buat 4 perisa.. lemon, strawberry, vanila n pandan..
Siap masuk box..ready for delivery.. bye2 cuppies.. kirim salam kat org2 istana.. "Happy Birthday Tuanku"..ampun beribu2 ampun tuanku..sembah cupcake patik harap diampun..