memiliki keluarga yg bahagia
memiliki anak2 yg sempurna,
memiliki kesihatan yang baik,
memiliki harta yang mencukupi,
memiliki hidup yang sempuna
.... dan yang paling penting ialah merasai/pernah merasai kasih sayang, pelukan, perhatian dari insan bergelar IBU dan BAPA
walaupun ada ler sedikit sebanyak dlm hidup kita yg tak sempurna..biasalah kan.. Tapi pernah tak u all terfikir insan lain yang tidak memiliki hampir semua yg kita miliki.. Insan2 tu plak golongan mereka yang masih kecil..masih perlukan belaian, perhatian, kasih sayang dan dorongan utk terus hidup.. Membayangkan anak2 kita sendiri berada ditempat tersebut, hati ini sangat2 tersentuh.Tak nak berceloteh panjang, CCC ingin berkongsi dgn anda utk merenung insan2 yang seba kekurangan dlm kehidupan mereka.. saksikan..
Mula2 diorg still malu2 nak kluar..malu nak jumpa tetamu. Mereka adalah anak2 yatim dan anak2 fakir miskin Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok Kedah. tengok tu.. kecik2 lagi dah hidup berdikari..masing2 jaga diri sendiri, jadi adik dan kakak sesama sendiri.. tengok mata budak2 ni.. i hanya boleh senyum diluar..tetapi menangis didalam.. touching sangat..
Sejenak bersama kanak2 ni, sangat2 memberi kesan keinsafan yang mendalam tentang "kehidupan". harap2 anak2 i dapat ikhtibar.
Setelah didekati..mereka mula rasa selesa dan tunjuk respond yang sangat2lah mengharukan hati ini..(tak yah ler i crita..kang i nangis lagi kang..hehe)
Actually, ni rumah kanak2 perempuan sekolah rendah.. ada lgi rumah kanak2 lelaki, remaja lelaki dan remaja perempuan.. yg tu i tak ambik plak gambar..
I bawa bersama anak saudara i, Mira (tudung coklat tu) utk bantu i melayan kanak2 tu.. Kami buat aktiviti melukis utk kanak2 ni.. dengan cara tu la kami cuma nak mendekati mereka dgn lebih mendalam.. mereka mungkin susah nak bercerita..tapi melalui lukisan..it tells many things.. "drawing can describe a thousand words"
Mula2 diorg xtau apa nak buat dgn kertas n pensil yg diberi.. then dgn mengunakan skill cikgu yg i ada (hehe-kali ni cikgu yg ditunekan menjadi baik dan tidak garang seperti biasa) so i suruh diorang lukis tapak tangan masing2.. then lukis apa aja dlm lakaran tapak tangan masing2..
Lukisan yang paling menyentuh perasaan.. tajuk: "keluarga saya"..dlm setiap jari tu dia lukis mak,ayah, saya, adik, kakak.. adduuiii..touching gila.. dia buat lakaran kedua2 tapak tangan dia.. yg sebelah full of her family character, yang lagi sebelah empty.. thats why i said.. drawings can describe a words!!
Yang lukis cupcake pun ada..hehehe.. i ada bgtau diorg, nanti kalau free, i nak dtg lagi ajar diorg deco cupcake.. semua sukaaa!!!
Ni plak lakaran tapak tangan yg i paling suka.. tengok jari2 dia..bulat2..Commeeeiiyyyyyy sangat!Rumah Penyayang Wadi Sakinah adalah sebuah rumah Kebajikan yang menempatkan kanak2 kurang bernasib baik yang terdiri dari anak yatim, anak2 org miskin, kanak2 dari kelurga yang bermasalah, asnaf zakat dan sebagainya.
Ianya masih baru lagi ditubuhkan kat Kedah ni.. sebelum ni diorg kat Klang Selangor. So masih byk sangat kekurangan.
Berikut i senaraikan semula butir2 yg terdapat dlm borang sumbangan yg mereka perlukan:
zakat: Zakat harta/wang simpanan/emas/perniagaan pertanian/penternakan
Program penyayang/anak angkat: Menaja sekurang2nya RM250 sebulan utk wang saku/yuran tuiyen dsb
Keperluan Harian: Makanan asas seperti beras, tepung gula, teh, kopi, minyak masak, kicap, telur, susu tepung, susu, daging, ayam, ikan bilis, sayuran, buah2an dsb
Peralatan dan Kelengkapan: sama ada baru atau terpakai seperti komputer, printer, mesin faks, kipas, meja, kerusi, katil, cadar, tilam langsir, tuala, pakaian dsb.
Kenderaan: Bas van atau kereta. Ianya akan digunakan utk membawa kanak2 kesekolah, menghantar barang ke rumah2 anak yatim dan fakir miskin, kematian, kemalangan dan dsb.
ALAMAT: No 21, JALAN 2, TAMAN MERBOK PERMAI, 08400 MERBOK, KEDAH DARULAMAN
ATAU HUBUNGI: PUAN AINON; 014 5038 413
CCC berharap, marilah kita sama2 membantu mereka2 ini utk merasai hidup yg lebih sempurna.. sesapa yg nak join CCC utk lawatan seterusnya pun boleh.. just email me. kanak2 tu suka sgt kita dtg melawat.. bukan harta semata2 ukuran mereka terhadap kita sbb mereka masih belum mengerti..tapi perhatian, kasih sayang dari kita ..itu yang diorang perlukan.. Jom..kita salurkan kasih dan sayang kita bersama2 anak2 ini..
No comments:
Post a Comment