Ingat tak haritu CCC ada kasi gimik sket pasal ukiran buah yg CCC buat? kali ni baru berkesempatan nak cerita..
Kesahnya, ada ler jiran kat rumah tu, dia beria2 bebenor nak suruh i buat fruits decoration utk meja pengantin masa kenduri anak dia. Memula dengar aja suruh ukir buah... terus i mintak hampun mahap ujung rambut hingga ujung kaki kat tuan rumah..no experience at all.. akak tuan rmh tu (kak Zah) pun merayu2 la mintak i buat..cincai2 pun tak pa..dia kata dia yakin i boleh buat..alamak!!, terasa tercabar gak tu bila ada org lain lebih yakin kat diri kita dari diri kita sendiri.. hehe
Kak Zah kata alaaa buat macam org slalu dok buat tu.. korek2 tembikai jadi bentuk raga pastu boh buah..(alamak..kak zah..pesen tu dah ketinggalan zaman la kak zah..hehe-jahatnya i nih). So i pun telah memberi kata putus kat kak Zah yg i tak leh terima assignment dia tu. Petang tu, sesaja jalan kat tesco, adam mintak beli favourite fruits dia; betik (selain grapes). tengah jualan morah la plaks betik hari tu..sebijik tak sampai rm3 pun.. apa lagi, i beli ler 2 bijik..1 utk adam makan, 1 utk i nak try buat assigment. Mlm tu jugak, dengan penuh semangat juang (cheewwahh), i telah mencoba sedaya upaya tulang ampat kerat (cheewaahh lagi) dan cuba mendecorate buah tu...as i want it to be..
So, as u see..gitu ler hasilnya.. idak ler hebat sgt..boleh ler..senget2..syoq plak main korek2/ukir2 buah tu..exploring my new skills bak kata omputehh.
Next day, sambil tersengih2 i pegi serah diri kat Kak Zah..belum buka mulut, kak Zah kata "haaaa...!!! kira jadi noo... nanti Yus tolong buat buah hiasan meja pengantin"..alamak..baru nak buka bicara dgn pantun dan seloka..biasa la tuan rumah sibuk nak kenduri..terus i kena ambush ..so i pun keep tersengih ler mcm kerang kat situ.. memandangkan kak Zah nak juga buah tembikai, i pun buat ler buah tembikai..and memandangkan i dah rasa syoq ukir betik, i pun buat ler jugak buah betik.. so ada 2 buah utama yg i nak kena ukir..baru jer nak balik, kak Zah kata.. "Yus, buah2 yg nak buat tu kena buat 2 set taw sebab nak letak kiri kanan meja pengantin"..Dengar aja ayat tu.. i trus sambung tersengih tapi muka sikit biruu..(dalam ati.. laaa ingatkan nak letak tengah2 satu set aja..mati la aku nak ukir..)
Takpa-takpa..sahut aja cabaran Yus!!.. cuma i tak nak buat buah tembikai mcm yg Kak Zah mintak tu.. dah outdated..hehe. So i pun dpt ler idea nak buat ala2 bakul tapi presentation dia ada sikit sentuhan modern contemporary..(ahaks..macam nak design rumah plaks). Betik tu plaks, i ukir kasi jadik pasu.. (dok terbayang kedai2 pasu tembikar sepanjang perjalanan kat pekan ipoh-rmh hubby). Then, ambik lidi, cocok2 ler ngan buah2 yg korang nampak lam gambar tu. Kalau u allz perasan, i ada selit gak strawberry celop chocolate kat pasu betik tu.. (hmm my favourite-strawbery ilang 3 bijik)
Dah dpat jwpn kenapa tak nak letak buah kat tengah??..pasai nak letak bonga2 yang panjang mengurai tu..hehe Sila close up kat brother baju kotak2 tu..betapa taksupnya dia dgn jambangan bunga betik,skali pasu dia mau hangkat..hehe jangan marah bro..
No comments:
Post a Comment