Showing posts with label Edible Image. Show all posts
Showing posts with label Edible Image. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Ben-10 cake to Megat Harith Daniel

Selain slice cake, Gimie jugak order kek Ben-10 ni utk anaknya Megat Harith Daniel yang menyambut ulang tahun yang ke 8. Waaahh pesta kek betull kat rumah Gimie.. Biasa lah kanak2.. kalau nampak character cartoon kegemaran diorang, sure gumbira punya..nak2 boleh makan plaks..
Ben-10 edible image sponge cake-RM55/kg

Tengkeiuuuu Gimie for the ordersszz.. Gimie ada hantar sms kat i, dia puas hati dgn tempahan ni dan anak dia sukaaa sangat.. i pun tompang gumbiraaaa..la la la la...

Thursday, December 16, 2010

Barbie edible image Fresh Cream

RM58/kg; Choc moist fresh cream + fresh strawberries with edible image
Marina dari Kepala Batas nak kek fresh cream with fresh strawberries utk anaknya "Princess Mia" bg meraikan birthday yg ke 7. Actually, Marina ni kawan sekolah hubby i dolu2.. jumpa balik dlm FB. So Marina yang dah taw wife kwn dia (ehm.. i ler tu) buat bisness kek, dia trus order. Nak jadik crita, tah happa jadik kat seluroh supermarket kat S.P time tu semua tak de supply fresh strawberries!! Dari tesco selatan, Giant kecik, Giant besar, the store kecik, the store besar, tesco utara..smua takde.. hmm.. kalau boleh, i tak nak ler frustkan tempahan first my new customer.. I gamble jer tak bgtau Marina sampai last minute hari dia nak pickup cake (mlm)..i still p cari..n at last jumpa gak petang tu.. agaknya taukey yang supply strawberry kat seloroh sungai petani tu taukey yang sama kot..kot dia demam kot haritu.. so tak dapat keluarkan stoberi..hehe
Alhamdulillah, Marina berpuas ati ngan kek yg dia order tu.. Gambar kat atas ni saja jer nak tunjuk.. ni layer bawah..pas i tempekkan fresh cream, i letakkan fresh strawberi..then baru letak kek kat atas n coated them again with another fresh cream.. yum-yum..pastu atas kek ada lagi strawberry.. hehehe saja geram..nak balas dendam susah sgt nak cari strawberi.. dah jumpa, tu i hangkot ber box2.. balik makan ngan coklat celop.. sedaaaapppp wa cakap luuuu... (ish rasa mcm siti nurhaliza plak..)

Tuesday, February 2, 2010

Ben10 and watch part 2

1kg chocolate sponge cake with Ben10 edible image n Ben10 watch : RM50

Selain gambar edible image, jam Ben10 tu boley makan tau.. kek gak tuh. Kesimpulannya semua kecuali tray boleh dimakan tanpa tercekik.. so dont worry.

Kecik dunia ni.. Bebaru ni Raja ada call i nak order kek Ben10 kat anak dia Sri Priyan yg menyambut birthday yg ke 6. Kitorg pun deal baek punya.. Urusan ngan Raja simple n mudah. Skali call then trus bg duit n confirm then i p buat delivery..
Masa Raja bg address dia kat Taman Sri Pinang, i garu2 kepala gak dok find out dlm kepala otak kat mana lokasinya.. Bunyik mcm familiar.. hehehe rupa2nya Taman Sri Pinang tu depan Taman yg duduk jer.. Ish-ish-ish.. cemana boleh terpening kepala.. Tektiap hari dok lalu boleh lupa..
Hmm biasa lah, kita ni kekadang perkara yg jauh2 kita boleh ingat tapi yg kecik2 plak boleh terlupa atau terlepas pandang..

* Sory semua coz lama tak up date.. i balik kampung coz menjengok my untie yg collapse n comma because of brain bleeding.. Byk perkara berlaku lately sampai i tak sempat nak buka blog n email. Anyway, My untie is now selamat dikebumikan selepas Asar Ahad lepas. Sedih, masa dia collapse tu, dia baru jer lepas goreng karipap coz nak bawak ke K.l makan2 ngan anak2. She n my Uncle nak pegi ngan bas. Saja jalan2 makan angin. Dia dah siap semua. Bas pukul 10 a.m. Dia jatuh around 9 a.m. To my Pak Tam n my cousin, takziah buat korang.. Be Strong.. I dah hadapi saat sedih yg teramat mendalam dan memberi kesan yg sgt nyata selepas my mom 'pergi' buat selama2nya selepas hari ke 4 majlis wedding i, 9 years ago.. Al-fatihah utk mereka..

Friday, August 7, 2009

Snow White Fresh cream edible image cake


Happy Birthday buat adik Syarifah Nur Nadia Amira Natasya Bt Syed Iskandar Shah.(Dyra) (mak aiii.. susahnya nanti nak isi borang nak ambik exam, buat ic, masuk u, borang nikah.. n jenuh berpeluh2 pengantin lelaki nak sebut nanti masa akad nikah). Sebab tu lah Puan Syarifah just suruh tulis hepi b'day aja. panjang berjela nama anak dia. Kek yg dia order ni, Fresh cream edible image, dalamnya, kek choc yg itam legam lagi moist. Fuhh, kena dgn fresh cream yg lemak manis n strawberi yg masam2..mmmmm nyamnyamnyam.

Wednesday, June 10, 2009