Showing posts with label Cupcakes-xxs. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes-xxs. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

xxs cuppies utk jualan hari koko SMKSP-cikgu Rakbir

Salam Ramadhan, last week SMKSP, buat hari kokurikulum. Cikgu Rakbir Kaur, telah mengontact CCC utk tempahan cuppies2 comel ni utk dibuat jualan kepada pelajar2 sekolah sempena hari tersebut..
Bermula dengan membakar xxs cuppies dgn 5 perisa.. fuhh boleh tahan dugaan! minggu tu CCC agak pack..so tempahan cikgu Rakbir ni dibuat dah lewat petang sehari sebelum pick up date.. (selepas kelas mizwa baru terhegeh2 timbang tepung n telor..hehe) hmmm boleh tahan gila gaban ai nak siapkan all those cuppies dgn masa yg tersangat singkat!
Dah siap bako, kena kasi sejuk jap sebelum di packing ke dlm plastik kecik2..
Taaaddaaaa... ni haa..sample setiap pack; ada 5 perisa; lemon, stoberi, vanila, pandan n coklat. Pas pack, kena mengelektrik seal plak setiap satu pack tu; sopaya lebih selamat cuppies tu kat dalam.
RM1.20/pack (minimum order 200 pack)
Then, nak bagi nampak attractive, ai ikat plak kasi ada jambul..bg nampak mcm ribons kat atas tu.. sajer la ni nak kasi lebih nampak menarik.. time pacaging aja hampir sama lamanya dgn time membako kek! yer la..nak asingkan setiap 5, nak boh dlm plastik, nak seal, nak ikat jambul..
xxs cuppies ni tersangat laaa sesuainya utk dibuat goodies utk para tetamu especially utk ganti bunga telur yg mana kita sedia maklum, tetamu kecik kita tu selalu sepah2kan aja bunga telur selepas mendapat telor..so dia makan telur yg rega 4 kupang tu ja.. bunga kita yg cantik2 yg harga rm1-rm2 tu kena buang!!! huhuhu..so pekata pas ni korang tukor kasi xxs cuppies ni.. confirm makan abih..(siap mintak lagi kalau tak cukup-muahahaha)
Ok semua.. selamat menjalani ibadah berpuasa.. salam Ramadhan skali lagi.. tengkeiuu to Puan Rakbir Kaur yg cantik jelita kerana sudi menempah.. pas ni, hari sukan, hari PIBG, hari Guru, hari koperasi, hari Anugerah dan apa2 hari lagi kat Sekolah, boleh tempah kat CCC kay.. tq so much..

Wednesday, July 27, 2011

xxs cuppies- Shakirah

Sample model2 xxs yg ditempah Shakirah utk house warming bebaru ni.. minum ngan kopi o ptg2 shedap nih!! 2 kupang jer each
Colorfull..budak2, mak budak, pak budak, tokwan budak mesti tetarik..makan plak ngan teh tarik, confirm tak serik..acheewah!
Ni lah semua tempahan yg Shakirah buat. tengkeiu Shakirah. Selamat menetap di kediaman baru..moga2 bertambah murah rezeki bila dok rumah baru nih..hehe

Monday, June 27, 2011

xxs cuppies with buttercream-Mai

Set ni Mai bg kat 'cayunk' dia kot..hehe
Mai tempah 3 box xxs cuppies kali ni.. Sblm ni Mai dah pnh oder cupcake utk birthday ayahandanya yg terchinta. Kali ni Mai nak 3 box xxs cuppies yg comel2 lagi colorfull.
Set ni mai wak balik rumah jamu family dia. Anak penyayanggg Mai ni.. bagos3..!
Ni plak Mai bawak pi GIAT Mara..Dia tgh practical kat situ dan dah nak abih..so sebagai to say gud bye kat anak2 murid yg dia kasehi, dia hadiahkan ler cupcakes kecik2 ni sebagai meninggalkan kenangan 'manis'.
Ketiga2 kotak tempahan Mai.. RM 28/box
Ok Mai..tengkeiuuuu very much!

Tuesday, June 21, 2011

Sambutan xxs cuppiesssszz!!

Sample setiap design; 2kupang ajaaaaa satu!!
Bebaru ni (dah lama sebenarnya-hehe..lama den tak update blog!!) tempahan xxs cuppies mcm berjangkit2 plaks. entry kali ni ai combinekan tempahan dari 2 pelanggan iaitu Nurhanieza n Faezah. Kedua2nya request nak xxs cuppies utk balik bongkos buat goodie bag utk kenduri.. Nurhanieza plak siap soh ai packing xxs tu buat hantaran.. jom layanz..
Tu dia!!! baru pas abih baking..yg dlm tray kecik tu sesaja buat xtra kaler biru nak kasi nampak lebih meriah dan mengharmonikan kaler2 cuppies..

Ni haa.. siap jadik hantaran lagi!! Nurhanieza orderbeberapa ratus cuppies ni utk makan2..then dia request tambah sket (ai ambik 60 biji utk box ni) utk buat hantaran. "buat ler cemana pun akak..janji kaler tema biru putih.."
Selain xxs cuppies yg tidak berkrim tu, Nurhaniza tempah 16pcs cupcake yg bermonga2 biruu.. semua utk hantaran pertunangan dia n Fauzan..bertuahhhh si Fauzann..

16 pcs cuppies/box;RM40

Ni plak Nurhanieza tempah utk sesaja nak makan/jamu tetamu yg dtg majlis pertunangan beliau.Yang byk2 ni, tempahan dari Faezah utk kenduri adik dia. So dua tempahan ni dibuat serentak. Kedua2nya ambik keesokkannya..

Wednesday, May 4, 2011

xxs cuppies with strawberries slice- Fyeda

RM33/box
Selain cupcakes purple yg Fyeda tempah tadi tu.. dia jugak tambah tempahan xxs cuppies with strawberries slice. cupcake xxs tu i buat perisa vanila, pandan n strawberry.. cream dia plak perisa strawberry and vanila..
Sorry fyeda, cuppies ni CCC buat mlm..ingatkan Fyda nak ambik awal pagi.. Time Fyeda ambik tu (lewat petang) strawberries ni agak kechuttt dan dah tak fresh..huhuhu.. Nasib baik si Fyeda yg cun ni sangat sporting dan baik ati.. dia tak kesahhh pun.. malah siap hantar sms bgtau family dia semua suka... Alhamdulillahh..Amiinnnnnn... tengkeiu yaa..tengkeiuuu tengkeiuuu

Saturday, March 12, 2011

Irna order lagi

Irna order lagi.. sblm ni dia tempah kek F1 vroom-vroom tu utk anak lelaki dia Qayyum. Kali ni tempahan utk anak pompuan dia plaks, Qaratul Aini. Kek kicik2 comeyl ni, Irna nak hantar kat rumah mengaji anak dia..
xxs mini cuppies with cream: rm25/box
Irna request colorful sbb nak bg budak2.. mmg color memainkan peranan yg sangat penting utk buat kita ceria. Bukan saja kanak2.. mak bapak kanak2 pun sure rasa teringin nak makan benda2 yg attractive.. yg colorful. hehe
Utk kek yg nak diraikan kat rumah pun Irna tempah gak.. buat masa ni biarlah rohsia..(acheywahh)..jap gi i creta..tongguuuuuu... (*nak p buat kek jap..ptg ni org nak ambik.. tolunnnn...)

*ramai berminat bertanya xxs ni besar mana.. senang creta, saiz kotak utk mereka duduk rapat2 dan berlaga-laga buntut ni adalah 12x12 inci) kesimpulannya: setiap satu..kali ngap..ahakzzss

Thursday, February 17, 2011

xxs mini cuppies lagi

Kak Yati..jiran kat rumah i..yg mempunyai 5 anak dara n bebaru ni dapat 1 anak teruna (akhirnya-amiinn) tempah mini xxs cuppies ni utk anak2nya. Paling sulong anak kak Yati tgh tunggu result SPM..paling kecik..errmm brapa bulan tah..hehe..memang meriah rumah kakTi. Seronok plaks tengok family2 besar mcm tu..
9x9=81 pcs/box= RM25
Demi mengambarkan family diorang yang ramai, happy, comeiiyyll2, cute2 dan bahagia tu, i decide utk buat mini xxs cuppies yg mencerminkan family mereka: something yg cheerfull, colorful..and cute. Kak Ti suruh i buat biasa jer.. dia cuma kata "yus..nak order cupcake kecik2 yg ada krim tu 1 kotak...boleyh?" Kebetulan masa buat tu ada stobery 3-4 bijik dlm peti ais lebih, so i just taruk aja, selit kat cuppies tu kasi nampah meriah. Seronok tengok betapa gumbiranya anak2 kecik kakTi bila i bg salam kat depan pintu, cakap: kek dah siapppp....So kak Ti, tahniah kerana memiliki such a wonderful family..

Tuesday, February 1, 2011

Tempahan beribu-ribu mini cuppies by Shahiza

xxs mini cuppies.. 2 kupang aja satu..
Chinese New Year suda malii... sana sini kenduri.. cuti panjang la katakan.. Semalam, one of my regular customer..Kak Shahiza menempah beribu2 xxs mini cuppies kat CCC. Kak Shahiza ni tempah utk wak balik ke Perlis.. kenduri adik dia.
ambik byk2 mcm kak shahiza..kasi lagi diskaun
Menurut Kak Shahiza, kenduri adik dia tu 4 hb ni.. tapi semalam dia dah ambik sebab diorg sefamily dah bertolak balik malam smlm utk persiapan kenduri.. ya lah..ambik masa gak nak repacking to small pacaging utk tetamu..byk tuu.. tak pe..masa kenduri mesti ramai dtg tolong..
cakap aja nak perasa apa..
..and dont worry..insyaallah, tahan cuppies tu sampai minggu depan. I pernah buat 'experiment' haritu..my xxs mini cuppies ni tahan about 10-12 days. Kalau letak dlm peti sejuk..lagi la..bermenggu2 tahannyaa!! Rasanya, right now, by the time i dok update cerita ni, sure diorang tengah bertungkus lumus 'repacking' all those cuppies..Anyway, dlm byk2 cuppies yang beribu2 dan bertindan tindun tu, sure akan ada yg rosak kan? So CCC dah lebihkan lebih kurang 1 sukatan free kat akak sebagai backup yang rosak..(and upah ngap kat org yg buat keja2 mempacking)
Menurut kak Shahiza, tema wedding adik dia is purple. mula2 i nak buat semua kaler purple.. tup2 u all nak taw.. punya la usah nak cari kaler tu.. (ish.. alasan mcm tak logikk aja..betooiii!! tak tipu kaler pink nak purple mcm kat atas tu ada laa..) So buat taukey kilang papercup.. tolongg la hantar papercup kaler purple mai S.p ni..)
Tapi bila dilihat semula.. kalau buat campur2 kaler paper cup lagi la nampak meriah kann?? I buat mcm2 flavor; vanila, oren, stoberi, pandan, cekelat, beluberi..hehehe
Harap Kak Shahiza berpuas hati dgn tempahan kali ni.. sebelum ni Kak Shahiza slalu tempah cupcakes utk birthday anak dia.. Kali ni pun..bersama tempahan beribu2 mini cuppies ni pun Kak Shahiza ada tempah sekali kek utk birthday utk 3 anak dara dia.. kita kasi suspend sket.. Sapa nak tengok kek apa yg kak Shahiza tempah utk anak dia tu... tungguuuuuu... (clue: skirt kembang)

Friday, January 28, 2011

xxs mini cuppies..cute things to eat..

Kenduri..jamuan..party.. dah jadi tradisi masyarakat kita kat Mesia ni. Alhamdulillah, semua aktivi makan2 ni mmg betul2 dpt menambahkan kemesraan.. (dan menambahkan beban berat badan) Bebaru ni jiran2 kat rumah i buat makan2.. sesaja kumpul ramai2 makan..tak dak event apa pun. Diorg kat sini mmg slalu buat makan2 petang. dah org invite..langkah kanan ler nak tengok dan makan makanan org lain slain kek-kek-kek-kek..hehe. Seronok gak skali skala berkumpul makan2. mcm2 yg dibawa..kira mcm pot luck la. Sebelum ni, i slalu dah bawa kek..(abih apa lagi yg i taw buat..) kali ni nak buat kelainan sket, i bawa xxs cuppies comel2 ni..
RM25/box - (9x9=81pcs): xxs cuppies with buttercream
Yang ni, kanak2 confirm suka.(n mak bapak kanak2) pasal dia colorful, cheerful n look yummy..benda pertama yg diorang terkam..hehe
RM16/box - (9x9=81pcs): xxs cuppies takde krim
Yang ni plak i saja bawak utk mereka2 yang tak berapa hinggin dengan kek berkrim..(majoriti kek jenis ni diminati oleh mereka2 yang lebih berpengalaman dlm hidup..hehe i tak sebut tuwa aaaa!!..hehe)
RM25/container (around 125pcs-130pcs)
Kalau nak lebih lagi, boleh ambik yang dok dlm plastic container ni.. sesuai kalau bwk p berkelah ke.. letak kat meja opis ke (hehe..meja bos), bawak balik rumah mertua ke, atau bg kat anak2 yang nak buat jamuan sekolah.. senang diorang nak bawak.. jenis ni tak leh krim aaa..

Kalau nak taw bekas container tu besar mana..alaaa korang biasa beli tak baulu yg sedap kat supermarket2 tu?? ada yg diorang boh dlm plastic container tu kan..aaa saiz tu la.
And..kalau korang nak tau plak saiz xxs cuppies tu.. ni ha, model yang tak berapa cukup pengalaman tgh mengaksikannya..biasala..dia kan budak yang tak cukup pengalaman..so dia suka yg ada krim..aaa besar tu la.. alaa saiz papercup yg org slalu buat biskut tuu.. alah u all ni..buat tak paham plaks..ahaksz..

Saturday, June 26, 2010

Selamat Pengantin Baru Nurul Syamimie-Faizal

Chocolate moist Soft fondant cake RM75/kg
Nurul Syamimie sebenarnya tempah 4 item kat i...kek soft fondant tema pink hijau sebelah mimi utk si teruna, soft fondant tema silver dari teruna utk si dara (hehehe bijak-bijak), xxs mini cuppies utk guest -1000 pcs and 16 pcs cuppies dgn wedding doll utk hantaran tambahan..
RM40- 16 pcs cuppies with wedding doll
Tapi, sibuk punya pasal.. one of the cake (silver theme soft fondant) terlupa nak snap gambar! semuanya pasal tengah2 guna.., bateri camera kong.. then, pegi charge dulu n lupa terus nak snap..aduuhhhh ruginya... buang karan jer penat2 buat.... hmmm harap2 pas ni tak lupa lagi.. sory yer mimi..
1000 pcs xxs mini cuppies (pandan+mocha+choc+strwbery+orange+vanila flavors)
@ RM0.20 each pcs

Friday, March 19, 2010

kek dan kek dan kek utk kenduri Ifa..

Show allxxs mini cuppies: 2 posen each..

Last months, 25 Feb Ifa dah ambil 1 kek, 2kg soft fondant chocolate moist kat CCC sempena akad nikah. Tarikh akad nikah Ifa tu sengaja dipilih pada tarikh birthday dia... Kali ni Ifa ambil kek utk kenduri plaks.. Bagus tul Ifa ni.. selain buat tempahan awal, Ifa borong bab kek dari akad nikah, hantaran sebelah dia, hantaran sebelah lelaki, majlis potong kek dan kenduri gift, semua dia ambik kat CCC... Kiranya sampai 3 kali lah dia wakil kat abg dia srh dtg ambik... Gambar kat atas ni, xxs mini cuppies.. yg ni Ifa ambik sehari sblm kenduri... coz nak packing.. Sian Ifa... akak mintak maaf bebanyak pasal kes mini cuppies ni.. Byk tempahan sampai poning kepala akak... Ifa mintak nak ambil awal, tapi i plak, dah malam baru siap. (masa tu i salah faham.. i ingat kenduri Ifa Ahad.. so kalau ambil Jumaat mlm sempat lagi.. rupa2nya baru realize.. its on Saturday!!.. maaf yer Ifaa..hammppuunnn) Masa abg Ifa dtg ambil tu, kesemua 1000 cuppies tu baru jer siap di bakar.. panazz panazz lagi... Anyway tempahan lain, semua on time.. Mini xxs cuppies Ifa ni, i buat 5 flavour: choc, straw, oren, lemon n pandan.. gambar nampak cuppies pandan jer coz dia dok atas.. yg len dok bwh thats why x nampak... tak sempat nak suruh cuppies2 tu posing.. color diorg mmg meriah... ceria

RM35/box of 16 pcs
Ni plak Ifa order on behalf hantaran sebelah lelaki utk dia. Tema purple..

Utk majlis potong kek, Ifa nak i buat kek 2 tingkat dgn tema bunga merah itam. Kek plak Ifa suruh i buat warna pink.. semua 3 kg.. bawah 2 kg, atas 1 kg..
Pandangan bawah... tiang tegak berdiri.. bunga2 dan daun melingkari tray kek...

Cuppies utk hantaran dari Ifa buat Zizan.. Ifa nak i buat sedondon dgn warna kek 2 tingkat tadi.

Ni lah semua tempahan yg dah siap mununggu masa utk di pick up.. Ni kira final day abg Ifa dtg ambik kek.. yg mini cuppies tu dia dah dtg ambik mlm sebelumnya...
Ramai yg order kek kat i tertanya2 kalau diorg order kek bertingkat, then i tak dpt buat delivery, so nanti dah wak balik, cemana nak pasang.. Ramai yg takut n tak confident sbb diorg ingat nak kena set segala tiang kat kek tu.. Sebenarnya tidak yer tuan2 dan puoan-puoan.. Senang bangat!! cuba tengok picture kat atas ni.. Setiap kek bertingkat yg korg order, i dah siap2 setting tiang- dah siap dicucuk kat kek.. So bila korang balik, just letak kek tingkat seterusnya diatas dan diatas dan diatas dan diatas...hehehe ikut ler brapa tingkat.. senang kan? kan? kan?
Well Ifa.. selamat memasuki gerbang baru... tengkeiiuuu 4 your orderzzsss... skali lagi akak mintak maaf pasal kes mini cuppies tu... bobooeiiiyyyy.. adioss

Tuesday, December 8, 2009

Kenduri Shehan.

Soft Fondant cake with Fondant flowers
Price:75/kg

Price:Rm35/box of 16 pcs

xxs mini cuppies RM0.20/each

Siap.. Tempahan dari Shahiza utk kenduri kawin Shehan

Shahiza Ismail, seorg kakak yg menguruskan hal2 perkahwinan adiknya, Shehan.. tersangatlahhh bertungkus lumus buat mcm2 preparation sempena wedding adik tersayang. Utk mengelakkan tempahan full, Shahiza tempah kek ni n booking awal.. rasanya sebulan lebih awal (booking means buat byrn- hehehe.. no byrn, no booking- hehehe)
Shahiza order byk jenis. Kek, cuppies n xxs mini cuppies. Utk kek n cuppies, i buat bg jd satu set. tema merah dan putih. xxs mini cuppies plak i buat 4 perasa n 4 color so nanti bila Shahiza balik repacking utk souvenir (ganti bunga telur kt budak2) nampak cantik coz colorful. I tingin sgt nak tengok cemana diorg repacking. Kalau boleh, u hantar ler gambar kat i Shahiza.. Kalau letak serba satu perasa, kos 8 posen jer sorang. kalau bg bunga telur kt budak2, ngarut jer.. diorg mesti ambik telur then buang jer bunga2 yg kita beli/buat mahal2 tu.. kalau kek, confirm makan.. nak2 diorg tengok warna lain2, sure nak try rasa semua.. perut pun kenyang, hati tak sakit.. hehehe
Semua tempahan ni diambil sendiri oleh pengantin iaitu Shehan..So i tak dpt jumpa Shahiza..just kim salam jer.. tengkiuu.