Showing posts with label buttercream cake- floral. Show all posts
Showing posts with label buttercream cake- floral. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

kek kaler baskin robin

RM75

 Kali ni customer buat special request utk  pilih kaler bunga kek ala2 baskin robin..alaaa yg ice cream sedap tue.. pink terang kepurplelan dan biru terang kepolisan..hehe.. Selamat bertunang Wana & Shuk.. tengkeiuww so much..

Wednesday, March 21, 2012

kek burung twiett-twiet-twiet...-Izzah-Zamree

Buttercream chocolate cake with fondant deco= rm130@ 1kg

Izzah tempah kek bird ni sempena majlis pertunangannya dengan Zamree.. dia sendiri request design cegini..ada pokok2..ada monga2..ada rumput2 dan ada 2 ekor burung comel melambangkan dia dan zamree..hehehe alaaa cumel-cumel...
Pastu Izzah srh plak boh papan tanda "just engaged" ala2 kayu2 reputs gitu..
Pastu lagi Izzah nak kayu2 tu di paku plaks kat sebelah lagi kek terpahat nama dia dan ehem2 kat situ..alaaa cumeyll-cumeyllnya perchentaan si Izzah neh..mcm tuannya..kecik molek cute miut mcm anak burung ..hehe

Saturday, January 21, 2012

Tempahan dari sahabat lama-NurZahirra

Dekat 20 thn lost contact..tup2 Fb menemukan kami. Zahira ni one of my besfriend masa kat Father Barre's Convent dulu. masih teringat zaman kami sama2 kayuh beskal p tusyen kat tamn bunga raya.. kait buah blimbing kat rumah sewa yg cikgu tu buat tusyen dan aktiviti2 nakal kami yg len.. Zahira tempah kek ni utk dihadiahkan kat jiran dia yg ada majlis perkahwinan. so kira ni kek sponser la kat jiran Zahira tu..
choc moist buttercream cake= rm55/kg

Tengkeiuueewww Zahirra for the orders. kami kawan baik, kakak2 kami pun sama2 class mate kawan baik di skolah yg sama.. tapi yg bezanya apesal ai ngan kakak ai membesar bagai johan sedangkan zahira ngan kakaknya kak Ija dok maintain cunn mcm dolu2 gakss!!! hehe..

Thursday, November 3, 2011

Happy Birthday Rahim & Liza

2kg Sponge buttercream cake rm80
Kek kali ni ditempah oleh kak Pah sempena birthday hubby dia Rahim dan anak dara remajanya Liza. Kak Pah buat jamuan birthday kat rumah dia..makan2 laksa n bihun goreng..sedap gila laksa kak pah buat..teringat2 sampai harini..
Tema kek yg kak Pah tempah.. "ikut suka Yus..janji kaler putih pink"
Ok Kak Pah..tengkeiuuw.. lama betui tak jumpa kak pah ..walaupun jarak rumah kita selang 2 buah rumah aja. hehehe..

Monday, June 27, 2011

Sponge butercream cake-Rafiza

Sponge buttercream cake= rm40/kg
Selain Cupcake yg diceritakan sblm ni, Rafiza juga ada tempah kek sponge buttercream ni utk majlis pertunangan maksu dia. sesaja nak bagi ramai ler tu...hehe
Rafiza mintak wat jer cemana pun.. kek besa2 aja yg dia nak.. nak buat makan2 jer kot... tak pasti plak kek ni dia nak wat apa..hehe..

Wednesday, May 25, 2011

belated mothers day-syaqirah

Vanila sponge cake;RM85/2kg
Syaqirah tempah lagi!! kali ni tempahan dibuat sempena mesyuarat bahagian yg diketuainya (Puteri UMNO Merbok), bertempat di Cinta Sayang Club House. Syaqirah kata..buat pi lah cemana pun..ikut suka..tapi nak kek tu kek sponge vanila dgn normal buttercream. Sebenarnya utk pengetahuan korang.. tempahan customer yg serah bulat2 idea kek kat kita memanggg la sosah..hehe..ye la, nak kena pikir design cemana, kaler apa, bagaimana, siapa, apa, dimana..ahaks
Masa dok boring2 memikirkan design utk kek syaqirah ni, tetiba depan mata adalah ternampak tong sampah ni. hmmm gud idea..tapi takkan nak buat kaler merah ang2 mcm tu plak kan.. bersesuaian dgn tujuan syaqirah nak meraikan ibu2 yg menghadiri mesyuarat tu, so i tune sket ler kalernya.. kasi soft gituu
*tengkeiuuu tong sampah, for the inspiration.
Kek Sponge ni beratnya 2 kg. kalau dah nama kek sponge, memang besar ler saiznya.. Pagi hari mesyuarat tu baru Syaqirah berkesempatan nak dtg ambik sbb dia sibuk n tak sehat..Ok syaqirahh tengkeiuu again..n get well soon..

nak buat kek utk wedding pun sesuai.. so sesapa nak kek kawin budget tapi nampak glamer, boleh tempah kek gini.. tambah 2 3 tingkat dah nampak debomm.. (inikan plaks 5 6 tengkatt!-mesti gebaarbomm!!)

Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday Farisha & Aleeya

Ni kek ke3 tempahan Fazlyn. kek choc moist 2 kg buttercream dgn tema sweet n princess.
2kg choc moist buttercream cake= RM80
Princess hangkat kaen sbb skirt dia laboh sgt..nak main ayer ler tu.. ok Fazlyn, tengkeiuu for your orderz.. nak buat tahlil n birthday lagi cari i lagi yek.. tengkeiuuu..

Wednesday, September 2, 2009

Happy 13th birthday M.Santini Devi

Price: RM35/40/45 per kg - sponge/butter/choc moist
Mr.Morgan dan Isteri, Anali ni buka kedai runcit kat Taman i. Anali ni actually asalnya dari Sabah (i tak tau kaum apa) tp dia asalnya Kristian then setelah bertemu jodoh dgn Morgan dia tukar ke agama hindu..Anali ni chinese look n i suka betui tgk family diorg yg amalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dia regular customer i yg slalu datang buat treatment mandi wap, tangas n facial kat rumah. I plak regular customer dia yg slalu dok p beli brg2 harian.. especially gas. Servis penghantaran gas kedai Anali & Morgan A1! slalu, i call jer Anali bgtau gas habih, tup2 dah ada org mai ngantor.. memang i suka servis dia. Anali ni pulak rajin buat amal kat kuil. Dia penah tempah kek xder telor (vegetarian cake) kat i masa i mula2 cenderung nak buat bisness kek ni dulu. Kira mcm bg support ler kat i. Kek tu dia buat sedekah kat sami2 di kuil yg vegetarian. Pendek kata, i memang suka sangat berkawan dengan Anali ni coz diri dia, keluarga dia n live dia unik n byk cerita menarik yg i pelajari semenjak berkawan dgn dia. Kami selalu berbual tentang 'hidup' dan 'kehidupan'. Bg i, Anali ni lambang "ONE MALAYSIA" yg sebenar. Tq for being my friend.
Anyway, kali ni, Anali pesan kek utk anak daranya yg kedua, Santini Devi Sempena birthdaynya yg ke 13 yg jatuh pada 31 ogos baru2 ni. Dia nak kek buttercream biasa perasa oren. I buat kek ni dlm keadaan rushing because dia order last minute (dah tengahari..masa i kat tempat keja, then bgtau nak ambil malam).. So seperti biasa, kalau buat kerja last minute, byk ler hasil yg kita x brapa puas hati.. That's why hasil kek ni pun 'biasa2' saja. So, Korang semua,Please-please-please.. order ler kat i awal sket supaya i boleh 'meluahkan' hasil kreativiti i dengan lebih sempurna n lebih menarik.