Price: RM35/40/45 per kg - sponge/butter/choc moist
Mr.Morgan dan Isteri, Anali ni buka kedai runcit kat Taman i. Anali ni actually asalnya dari Sabah (i tak tau kaum apa) tp dia asalnya Kristian then setelah bertemu jodoh dgn Morgan dia tukar ke agama hindu..Anali ni chinese look n i suka betui tgk family diorg yg amalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dia regular customer i yg slalu datang buat treatment mandi wap, tangas n facial kat rumah. I plak regular customer dia yg slalu dok p beli brg2 harian.. especially gas. Servis penghantaran gas kedai Anali & Morgan A1! slalu, i call jer Anali bgtau gas habih, tup2 dah ada org mai ngantor.. memang i suka servis dia. Anali ni pulak rajin buat amal kat kuil. Dia penah tempah kek xder telor (vegetarian cake) kat i masa i mula2 cenderung nak buat bisness kek ni dulu. Kira mcm bg support ler kat i. Kek tu dia buat sedekah kat sami2 di kuil yg vegetarian. Pendek kata, i memang suka sangat berkawan dengan Anali ni coz diri dia, keluarga dia n live dia unik n byk cerita menarik yg i pelajari semenjak berkawan dgn dia. Kami selalu berbual tentang 'hidup' dan 'kehidupan'. Bg i, Anali ni lambang "ONE MALAYSIA" yg sebenar. Tq for being my friend.Anyway, kali ni, Anali pesan kek utk anak daranya yg kedua, Santini Devi Sempena birthdaynya yg ke 13 yg jatuh pada 31 ogos baru2 ni. Dia nak kek buttercream biasa perasa oren. I buat kek ni dlm keadaan rushing because dia order last minute (dah tengahari..masa i kat tempat keja, then bgtau nak ambil malam).. So seperti biasa, kalau buat kerja last minute, byk ler hasil yg kita x brapa puas hati.. That's why hasil kek ni pun 'biasa2' saja. So, Korang semua,Please-please-please.. order ler kat i awal sket supaya i boleh 'meluahkan' hasil kreativiti i dengan lebih sempurna n lebih menarik.
No comments:
Post a Comment