Jumaat, 1st day cuti sekolah (1 week) n last day nak mkn siang coz tomorrow puasa! Mlm tu ada tempahan kek sampai 3 kg (2 biji). Alang2 dah 'buat kerja' i pun guna kesempatan ni, bg peluang kat budak2 ni 'main'dgn cara melatih minda kreativiti mereka menghias kek. Kesian plak tengok adam n adelyn asyik buat muka boringg jer bila tengok mama diorg tak abih2 dok buat kek. Nak bwk jln2 kt luar tak brapa sesuai skrang nie.. takut kena H1N1 plak. So i rancang la aktiviti ni kat mereka berdua.. Jom tengok.
Adam n Adelyn tengah khusyuk menghias kek mereka dgn penuh imaginasi dan fantasi
Satu utk kek... dua utk aku ngap... dua utk kek.. lima utk aku ngap.. (teknik seni menghias kek dalam perut)
Pertelingkahan berlaku apabila mereka berselisihan pendapat tentang kawasan yg paling sesuai utk menyucuk lilin dan menentukan kedudukan antara spiderman n mickey mouse serta siapa yg sepatutnya berada di bawah payung! Debush, debush, debush...WAAAAAAAAA
Dengan bangganya adam menunjukkan cake decoration hasil kerjasama beliau dan adik tercinta. Pelbagai tragedi menimpa antara mereka sepanjang menyiapkan hasil kerja ini. (gambar2 tragedi tidak dapat disiarkan kerana berunsur ganas dan tidak sesuai dgn tema blog i yg berunsur kek. Harap maklum)
Adelyn diberi kebebasan sepenuhnya utk melakukan apa saja yg dia suka keatas kek milik mereka berdua (dengan keizinan rakan kongsi beliau,adam)
Final result (selepas makan dan beberapa siri penerokaan)Ni saja yg tinggal. Most part of the cake Adelyn dah jamu pd Sinchan, Sinbey n Hagemaru (kucing sapa tah.. slalu buat muka kesian kt blakang rumah - slalu dtg main ngan adelyn, so better bg nama). Kucing2 tu pun buat muka boring jer coz x lalu nak makan kek tu
Kesimpulan cerita: Padan muka aku kena cuci all stuff termasuk mempolish Adam n Adelyn
Moral cerita: Kreativiti kanak2 menjana keletihan dan kestressan yg tinggi terhadap ibu bapa. Sekian.
No comments:
Post a Comment