Thursday, March 31, 2011

KELASS-KELASS-KELASS SUDAH MOLA!

KELAS CUPCAKE DECO (hands on)

TARIKH: Setiap Sabtu
MASA: 10.30- sampai pandai (hehe 4-5 jam kot)
LOKASI: 13A, TAMAN TEMUSU, JALAN PADANG TEMUSU, SUNGAI PETANI
YURAN : RM 130

*utk tempahan tempat, sila bayar deposit RM60 ke akaun maybank Yusniza Yahaya; 1520 5998 7653. Sila maklumkan dulu kpd CCC sblm/slps membuat bayaran. baki yuran dibayar semasa pendaftaran kelas.
*tempat adalah terhad.. sapa byr deposit dulu diberi keutamaan.

Sesuai utk mereka yg xder basic ataupun yg just ada minimum basic buat cupcakes.Kelas meliputi teknik2 asas membuat dan menghias cupcakes:

i) cupcake choc dan vanila
ii) 2 jenis buttercream- utk base(cupcake) dan buttercream utk hiasan cupcake
iii) teknik menggunakan nozel yang betul utk diaplikasi keatas cupcake
iv) bagaimana membuat bunga2 asas dan daun diatas cupcakes
v)hiasan cupcake mengunakan edible image
vi) teknik piping jelly
vii) character cartoon/clown

Tambahan;
-Pelajar akan diberi tips dan teknik mudah utk menyiapkan tempahan.
-Kaedah budget/ work smart
-Kaedah penentuan harga- pelajar akan didedahkan ttg pengetahuan mengenai harga pasaran cupcakes
-nota2/ resepi sudah siap disediakan..pelajar hanya perlu bawa pen utk catitan tambahan (dan apron)
-jamuan ringan
- kelas yang selesa, berhawa dingin, kemudahan tempat solat disediakan
-gambar aktiviti yg dilakukan didalam kelas akan di masukkan di dlm blog CCC


anda akan pulang dengan:
- 16 pcs/box cupcakes yang anda hias sendiri
-resepi2 dan tips/panduan berguna- dah boleh mula ambil tempahan

*pelajar2 yang pernah attend kelas di CCC yg berminat nak timba pengalaman, berpeluang utk dijemput 'bertugas' dgn CCC bila CCC terima tempahan yg byk.. (BERGAJI)- kes tak cukup kaki tgn ler nih-hehe


Wednesday, March 30, 2011

Sambutan harijadi dari 5 sekawan

RM35/box of 16 pcs
Fatyn, pelajar Uitm Merbok tempah cuppies ni khas utk disurprisekan kpd one of their group members; Anis. Fatyn nak i 'critakan' dlm cuppies tu tentang persahabatan mereka 5 sekawan; fatyn, anis,a'arn, nana dan cunna.. Rasanya diorg semua ni coursemate kot. Ambik degree kat sana..Fatyn nak i letak gambar anchor, ship dan love..ala2 titanic gitu..ahakszz..
Petang tu jgk Fatin sms cerita kat i betapa sukeeeenyeee si birthday girl dgn cuppies tu. Fatin pun teringin nak join kelas kalau ada kesempatan.. Jom Fatin, ajak semua geng Fatyn kita huha huha sesama dlm kelas akak.. Dont worry, kelas akak bukan serius mcm kuliah korang taw.. lagipun akak tak bg assignment..heheheh (dtg...belajar..enjoy..gumbira..makan..bokbalik kek..tidoo- stress treatment tuh!)..wokeyh dear..jompa lagiieee...

Tuesday, March 29, 2011

Asalkan Cupcake dan bunga kaler biru

RM35/box of 16 pcs
Repeat order by Ida. Di suggest oleh Riena, blm ni ida tempah slice cake. Kali ni Ida nak cupcake plak. Simple jer tempahan ida ni.. "akak buat la cemana pun, asalkan cupcake..dan ada bunga kaler biru bcoz biru is my feberet kaler"
Ida dtg pick up cake kat Kedai ngan kawan dia Ina.. yang juga pernah mengorder kek hasil recomend Rina.. Dah 2 kali i jumpa Ina.. taukey Satay yg tgh rancak berbisness. Kek ida ni merupakan produk pertama yang dihasilkan kat kedai CCC. Dah tak buat kat rumah lagi..semua kasi hangkot naik lori..hehehe. ..skarang balik rumah boleh terus zzzzzzzzzz.. alhamdulillahhh aminn.. tengkeiu semua...

Monday, March 28, 2011

Minnie mouse 2D cake-Happy 1st Birthday NurAzzalea Umairah

Miniemouse themed cake-vanila sponge: RM95/2kg
Ayu tempah kek utk puteri tunggalnya ni dari awal March lalu. tengkeiuu Ayu coz buat tempahan awal.. Mula2 Ayu request nak letak wajah anak dia in minnie mouse costume atas kek tu (edible image). Lama gak i respond request dia sbb dok tercari2 idea yg best utk dptkan hasil yang terbaik utk Ayu..tapi malangnya, request Ayu tu i tak dapat laksanakan kerana beberapa sbb yg tak dapat dielakkan.. sorry Ayu kerana mengeciwakan mu..ahaksz
Then, setelah berdiscuss thru email dan sms, akhirnya Ayu setuju utk buat kek sponge vanila ni utk sambut 1st birthday sicomel Azalea yg berbibir seksi tu.. Ayu minta i letak juga nama2 cousin2 Azalea yg lain kat kek tu; adam,amar,awis dan damia.. sesaja nak bg diorang smua sronoksz..hehe
Ayu bgtau i, dia n geng2 opis dia berminat nak attend kelas kek ngan CCC. Ok Ayu, nanti akan akak sebarkan ka-saluroh Malaya tentang tarikh kelas yg dah dekaatttt sesangat dah nih.. tungguuuu...
*sebenarnya, kalau tanya pendapat i, kek edible image gambar anak2 kita kat kek memang nampak cantik, exclusive dan cute.. tapi bila tiba time nak potong kek plaks..aduhhh rasa tak sampai hati nak letak pisau kat 'wajah' anak2 kita tu.. potong mata dia..potong tlinga dia..leher.. idong, pipi gebu diorg..huhuhuhu.. not a gud thingz to show to childs.. (ni pendapat CCC jer.. jgn marah yer... marah plaks kang org yg buat bisness edible image-hampunn...)
So gambar sapa yang sesuai dipotong2?? muahahahah lu pikir la sendiri.. pastu tempah kek edible image kat i gambar dia, then raikan..potong sampai 'haluuuuuussss'..ekehkehehkehkeh...

Diary cuppies-mengimbau kenangan bersama

Hasmuna request cuppies ni utk sahabat istimewanya Edy yang menyambut birthdaynya yang ke 30. menurut Mona, dia dan Edy ni sahabat sejati dan masih bersahabat walaupun masing2 dah ada family.
RM40/box of 16 pcs+box deco+wishing card
Mona minta i senaraikan beberapa perkara yang megimbau kembali kenangan manis mereka bersama atas cuppies tu..tempat2 yg pernah mereka lawati dan perkara2 yang berkaitan yang menjadi kenangan. So hanya Edy yang faham maksud setiap cuppies tu.
ok Mona, tengkeiuuu..semoga happy2 selalu..

Sunday, March 27, 2011

Kek lobak merah dari Aina Khodori

RM50/kg-carrot walnut with cream cheese
Tempahan kali ni datang dari Aina Khodori, Taman Sejati Sungai Petani. Aina tempah kek ni, juga utk mummy dia.. Aina nak saiz 1kg aja sbb kek ni just nak makan diorang 4 branak jer kat rumah; aina, kakak aina, daddy aina dan birthday girl; mak aina..hehe
Menurut crita Aina, diorang mmg nak celebrate birthday mak diorang ni tepat jam doblas tengah mlm. Masa tu, mummy Aina dah tarek kain slimut..mcm2 diorang arrange agar boleh mendelaykan time tido mummy Aina mlm tu.. yang best, skali daddy Aina pun bekerjasama 'tahan' birthday girl jgn kasi tido..
Akhir creta, maka, slamatlah kek lobak merah berwalnut ni dimakan pada tengah2 mlm sempena menyambut birthday mummy Aina mlm tu.. hmmm baru la sedap tarek kain slimut pas tuuu... eeeerrrbbb..alhamdulillaahh

*dengar crita, birthday girl dah terlelap.. pastu diorang reramai kejutkan mummy Aina.. mummy Aina pun, dlm keadaan mamai terus tiup lilen n fotong ituw kek.. wahhh ompama mimpi dlm mimpi gituu..

Mira dan kek birthday utk mak

Chocolate moist cake; RM38/kg
Mira ni anak sedara i..org kedah kata anak menakan. Sian kat Mira ni.. dah lama dia berniat nak menuntut ilmu kek kat CCC tapi till now masih tak kesampaian..Sabar Mira.. dah dekat sgt2 dah ni, kedai mak cik dah nak on kelas.. Sekarang kedai/kelas CCC dlm proses 'pembikinanan'. Selama proses pembikinan tersebut dah 3 kali Mira dtg..but still tak on-on gak..apaaaa laaaa makcik nih!!
Mira tempah kek choc moist ni utk surprisekan mak dia punya birthday. Kek ni dibuat kat rumah tapi memandangkan hari Mira nak pick up cake tu i ada keja yang sgt byk kat kedai..so, i bwk kek ni skali ke kedai..So Mira ni kira pelanggan 1st ler yang dtg pick up cake kat kedai.. To mak Mira (my kak Chaq-hubby's sister) happy birthday yang ke...**.hehehehe Actually kami semua p celebrate birthday Kak Chaq ni jauh nun kat Teluk Chempedak Kuantan Pahang, last week.. skali ibu mertuaku pong turut serta.. open table..makan besaq kat sana..!!
Tengkeiu to my Kak Chaq: Puan Norwati Bt Ahmad and your family ....for everythingszz.. Love you, mmmuuuaaahhhhh..

Saturday, March 26, 2011

Merah Puteh cinta sejati dari Shira

RM40/box of 16 pcs+ box deco+wishing card
Aida Nurshira, student kat Pahang yang berasal dari Sromban dan mempunyai kekasih hati kat Sungai Petani ni tempah cupcakes ni utk Birthday kekasihnya. Simple aja permintaan Shira, dia nak design bebas asalkan bewarna merah putih.. Menurut Shira, semua ni sebagai hint yg dia tak nak kekasihnya tu fly ke Japan keja kat sana.. nak2 pas dengar kisah Tsunami yg melanda kat sana..lagi2 laaa Shira ni risau..
Ok Shira, semoga perhubungan korang kekal ke jinjang pelamin.. semoga Shira dapat pujuk kekasih hati Shira tu stay kat Mesia ni.. keja kat sini, dekat sket ngan Shira..errmmm atau pun..pekata, pas kenduri, Shira hekot jer dia pegi keja kat mana2 pong..! hehehehehe

Friday, March 25, 2011

Carrot walnut cake with cream cheese-dari kayangan

Carrot walnut cake with cream cheese-RM80/ 2kg
Shah tempah kek carrot ni utk celebrate birthday wife dia yang suka makan kek carrot walnut cream cheese nih. Petang tu pas balik keja, Shah dtg pickup kek ni kat rumah i. Dia datang macam putera kayangan sebab turun aja dari keta penuh aja asap2 putih menyelubunginya dari segenap arah..cheewahh.. heheh suspend ak kenapa?.. (cher citer.. cher citer..cher citer..)
Lawak tul..ceritanya camni..petang tu kat taman i ada operasi 'semburan denggi'.. ntah dah musim kot.. ada kes kot, so seluruh taman kena sembor. Berlari2 kitorang selamatkan diri dari asap.. Lari sembonyi dlm bilik. Nasib baik kek slamat dlm chiller..dan masa tengah genting tu jugaklah Shah sampai nak ambik kek. I suruh Shah stay lam keta jap..bg direction kat mana rumah. by the time dia dah jumpa rumah, asap pong dah kureng sket.. so kek ni pun selamatlah dibawa polanggg..

Sajer jer nak iklan sket..hehe Carrot Walnut cake with cream cheese yang CCC buat guna pure butter and pure cheese taw!! cayer dimulut rasanya.. tak main aaa.. butter n cheese cap "parang terbang kaki lapan"-hehe
Gambar kat atas ni kira persedian bhn2 utk buat kek ni. nak resepi? kena joint kelas lah yea, baru besttt... nanti CCC akan ajar cemana cara nak parut carrot.. cara nak simpan cream cheese agar lebih tahan lama..cara nak potong cheese tu agar lebih 'terjaga' sbb cheese tu sensitif sket..silap gaya cheese jadik masam..

The day after, Shah email bgtau i:
TQ ....
Ramai yg suka kek tu...sedap....nanti blh wat tempahan lagi...

-tengkeiu Shah-

Thursday, March 24, 2011

Ninie-English 3 tiers wedding cake with beads

Last year Ninie tempah cuppies kat CCC sempena majlis pertunangannya. Alhamdulillah tahun ni Ninie diijabqabulkan dgn pilihan hatinya. Kali ni, Ninie tempah kek pilihan hatinya ala2 English style.. Ninie request kat atas kek tu ada huruf A dan Z, ada manik berjurai2..bonga2 mekar yang merimbonn.. mengaplikasikan namanya dgn nama suami tercintanya..waduhhh romantiss gituuu..
Bak kata Ninie dlm emailnya.. dia nak gak kek khayalannya itu menjadi kenyataan coz.."seumor idop skali jer kawen kak"..amin..amin ya rabbal 'alamieenn..
3 tiers english wedding cake with beads = RM 1250
Kek ni dibawa pulang ke Alor Setar utk majlis resepsi Ninie. Ish..alangkah indahnya kalau dapat capture gambar pengantin sekali dok potong kek yg bergemerlapan nih.. jenoh gak i dok mengarang beads tu sampai larut malam.. nak buat huruf tu pun boleh tahan gaks chabarannya..
Tengkeiuu Ninie.. nanti dapat baby cari akak lagi yer..utk sambutan ulang tahun baby..hehe Tahniah dan Selamat Pengantin baru...

Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Sikembar Salwa dan Sarah

Salwa dan Sarah.. kembar seiras yg melangsungkan perkahwinan serentak dalam satu majlis tempah kek ni utk majlis potong kek diorang. Segala urusan mengorder dibuat oleh si kakak; Salwa.
Choc Moist Soft Fondant Wedding cake; RM225
Dlm email Salwa dia ada bgtau i, yg tema kaler tak sama. Kakak ambik tema pink adik ambik tema biru. So utk majlis potong kek, Salwa minta i buat kek Choc moist soft fondant dgn bunga2 bertaburan berwarna pink n blue nih..
Choc moist Soft Fondant; RM75/kg
Tambahan dari order tu, Diorang ada gak tempah kek utk Sarah balas hantaran pihak lelaki berkaler biru.

Ok, buat Salwa dan Sarah.. Selamat Pengantin Baru.. Dilahirkan serentak, Berkahwin n bersanding serentak..haa, apa lagi..next year akak harap bersalin pun serentak... ammiieenn

Nur Qaseh Wedding day

Tempahan dari NurQaseh.. Kek Chocolate Soft Fondant yang byk kerawang2 jadi pilihan Nur Qaseh. Seperti biasa, I tak sempat jumpa NurQaseh sbb dia wakilkan makcik dia yg datang ambil kek ni coz pengantin sibuk pegi make up..
2 tiers Choc Moist Soft fondant= RM225
Ok dear.. Selamat Pengantin Baru... semoga berkekalan selama2nya..aminnn

Thursday, March 17, 2011

tempahan kali ke 3, kek ke 6, kek biasa2 kak Kin

Ingat tak cerita Kak Shikin..yg i pernah crita dulu..dia ler yg letak nama kek ni: "kek coklat biasa2"..means tak dak krinting2 mcm yg i slalu buat tu.. yg lain semua sama mcm coklat moist kerinting.. Kali ni Kak Kin tempah lagi utk birthday anak bongsunya Farhan.. So dah birthday budak2 tu, sesaja ler nak kasi naik seri, i cocok tiang hepi besday tu and character spiderman.. alaaa budak2..confirm ler dia boring tengok kek itam 'biasa2' aja kannnn..
I tanya kak Kin, nak buat 2 kg terus (besar) atau 1 kg+1 kg? Kak kin kata "yus, hang buat 1kg-1kg lah.. sebijik aja kak kin nak jamu budak2 (dah byk makanan lain)..lagi sebijik nak simpan..takut habih..nak makan family.." hehehehehe wokeyh la kak Kin.. kalau takut habih lagi..order lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... tengkeiu kak Kin the queen of "kek besa-besa"..ahaksz

Wednesday, March 16, 2011

4 tiers fondant wedding cake- adeehhh..sakit pinggang den!

4 tiers Fondant wedding cake: RM1450
Fb skali lagi menemukan i ngan kawan zaman skolah dolu2..dari skolah rendah kami bersama.. Wati Akib..muncul dgn membuat tempahan utk majlis kawen adik ipar kepada adik dia (heheh apa kaitan tu?) Sebenarnya Wati ni pun bakers mcm i ler jugak.. mulanya dia yg nak buat projek kek nih. Tetapi memandangkan diorang dok K.L dan majlis ni plak kat Perlis,so Wati kata..tempah jer lah kat CCC. (tengkeiuu wati 4 your support).
Gambar ni dikirim khas oleh wati kat i.. gambar pengantin tengah potong kek.. Risau betui i dok fikir cemana wati nak bwk balik kek besar n tinggi tu ke Alor Setar (rumah mak wati) and the next day ke Perlis plaks.. Bila dah taw Wati slamat sampai dan kek pun selamat didewan so legaaa hati ini (rasa mcm baru lepas SPM!). Tema putih pink.. menariikkk... Yer la, bak kata Oprah dalam talk show dia,.. dlm majlis perkahwinan, benda pertama yg org nak tengok is Pengantin. Benda kedua yg org nak tengok plak.. of course, kek..hehehe (idopp Oprahh)
Dibelakang tabir.. ni masa proses pembuatan.. mula2 proses 'memakaikan baju' fondant kat keks2 tu.. huh!! rasanya boleh pecah lemak i 2 kg mlm tu..kena uli dan canai fondant yg berat,tebal dan besar tu..berkali-kali dan kali..adehhhh.. nak kena cari spa mengurut plaks pas buat kek ni.. tapi, bila tengok hasil..hehehe hilang plaks rasa sakit.. (*ehemm..dan bila tengok duit..muahahaha*).
*** Elyn terkesima.. "mama buat kek KLCC ke?"
Dah lepas letak bedak asas/foundation/sunblock.. mula ler kita makeup dengan eye shadow, blusher, lipstick..siap dah anak dara nih..
Itu ler kelebihannya kek Fondant..walaupun mahal sket, tapi tahan lasak.. dari S.P ke Alor Setar, (kek ni bermalam jap kat rumah mak wati di Alor Setar) then menyambung perjalanannya ke Perlis.. tetap maintainnn gitu.. Part yg paling i rasa gumbira bila wati kata kek tu best.. kek glamor..n ok sangat2 dan alhamdulillah semua berpuas hati..tq-tq-tq utk semuaaa...

Tuesday, March 15, 2011

Gold themed cupcakes

Irna tempah lagi.. kali ni tempahan utk hantaran pertunangan adik dia yg cun melechun tu. Sebenarnya, me n Family mmg slalu jumpa adik Irna yg kerja kat sebuah restoren favourite kami.. rupa2nya.. adik irna.. ish2 kecik tol donia. Adik Irna ni mcm dah kenal kami regular customer kat situ..so setiap kali kami dtg.. servis layanan adik Irna A++!!.. masa Irna dtg bawak adik dia utk pick up cupcake tu, kami sama2 terkezut.. sbb dok terfikir... muka mcm familiar jek..hehe
RM35/box of 16 pcs
Irna request tema kenduri..kaler gold dgn bunga sekuntum. Kalut punya pasal, terlupa nak tanya nama adik Irna tu..(ish2 teruk tol!)..anyway, Selamat Pengantin Baru "adik Irna".. Semoga pas kawen kita slalu jumpa lagi kat Restoren yg best tu..

Slice cake lagi..

Ina order slice kek ni utk majlis tahlil kat rumah dia.. Ina ni antara yang di recommendkan oleh Rina.. yg order cuppies dulu tu..
Tengkeiuuu Rina.. and tengkeiuuu Ina..memang sesuai benor nak hadiahkan lice kek camni utk majlis2 mcm tu.. tak kan nak bawak hadiah plak kan?..hehe
Anyway, kalau buat makan2/potluck kt opis pun sesuai gak bawak slice kek nih..kesimpulannya... serba sesuai lahh..
RM28/box- slice cake

Monday, March 14, 2011

cuppies bunga2an..

Ida (direcommendkan oleh Rina) pnh tempah slice cake kat CCC pd hujung February lalu. Kali ni, Ida repeat order utk design cuppies yg menjadi favorite kat CCC.. kek cawan berbonga-bonga.. Lupa ler plaks tempahan ni utk apa... majlis pertunangan kot..sorry yer kalau salah..
RM35/box of 16 pcs cuppies
Wokeyh, tengkeiuuu Ida for your repeat order.. nanti order lagi taw..

Saturday, March 12, 2011

Toy Story punya story

orange sponge cake with themed- RM65/kg
Korang nak dengar story? ni story pasal kek Toy story.. story dia mcm ni.. pada suatu hari, Irna story kat i, dia nak kek tema kegemaran anak pompuannya, Qurratul Aini iaitu Toy story. So, story dia..i pun buat ler assignment mencari buku2 story dan apa2 story dlm internet pasal toy story.. pening kepala tak yah story la... last2 nak dipendekkan story..daaapat ler gambar mamat koboi dan robot debab tengah dok berstory..muahahaha..
*(mengong punya post..) dah seminggu tak cukup tido..memang jadik camnih..mereng kapala hotak dah nih.. anyway..tengkeiuu Irna.. yg tak sabar2 menanti batch pertama nak belajar kelas kek yg semakin hampirrrrr...- (tungguuuuu.. tengah kumpul duit nak beli kosi.. hehe..kalau tak cukup.. dok bawah bleyh? kehkehkehekheh)

Irna order lagi

Irna order lagi.. sblm ni dia tempah kek F1 vroom-vroom tu utk anak lelaki dia Qayyum. Kali ni tempahan utk anak pompuan dia plaks, Qaratul Aini. Kek kicik2 comeyl ni, Irna nak hantar kat rumah mengaji anak dia..
xxs mini cuppies with cream: rm25/box
Irna request colorful sbb nak bg budak2.. mmg color memainkan peranan yg sangat penting utk buat kita ceria. Bukan saja kanak2.. mak bapak kanak2 pun sure rasa teringin nak makan benda2 yg attractive.. yg colorful. hehe
Utk kek yg nak diraikan kat rumah pun Irna tempah gak.. buat masa ni biarlah rohsia..(acheywahh)..jap gi i creta..tongguuuuuu... (*nak p buat kek jap..ptg ni org nak ambik.. tolunnnn...)

*ramai berminat bertanya xxs ni besar mana.. senang creta, saiz kotak utk mereka duduk rapat2 dan berlaga-laga buntut ni adalah 12x12 inci) kesimpulannya: setiap satu..kali ngap..ahakzzss

Friday, March 11, 2011

Kek utk adik Aniq

strawberry sponge cake with fondant figurine: RM60/kg
Tempahan kedua Aisyah.. yang ni utk si Adik..Aniq.. rasanya, Aisyah sesaja jer tempah lagi satu sbb tak nak si adik sedeyh coz tak der kek.. Bentuk kek ni unik sket.. mmg permintaan Aisyah nak i buat mcm tu.. Adik baru umor 1 tahun.. comel ler bebudak nih.. so kek pun kena buat kasi nampak cute..hehe


Tengkeiuuuu Aisyah for the tempahan.. mmg i tak tido mlm siapkan tempahan ni.. anyway segalanya on time. Pasni order awal yer Aisyah..hehe

Thursday, March 10, 2011

Kek Transformer

Tempahan kali ni datang dari Aisyah.. dia order kek ni dah last minute.. sepatutnya i tak boleh terima tempahan ni sbb tengah sibuk tahap gaban.. Tapi ..ntah ler.. tiba2 jer i ambik gak tempahan ni.. Kot kesian kat Aisyah kot.. dia nak buat birthday kat 2 org anak2nya yg Hero.. si abang, Asyraf minat Transformer. So mula2 tu i fikir.. alaaa senang jer kot.. tampal jer sugar edible image kat kek tu..dah siap..
Tiba2... (cheewahh suspend plaks).. i check kat kedai, gambar sugar edible image utk transformer TIDAK ADA!!!! Oh My GoD!!!! MAAATTTTIIIII LAAA AKUUUU.... Duit, Aisyah dah masukkan..full lagi..dah la tgh tak cukup masa nih.. oh tidakkkkk... masa tu mcm2 berlaku dlm hati ini..kilat sabung menyabung, guruh berdetum..di saat si Karen kat Kedai juai Bahan Kek "sayang" bgtau i: "sollyy hoo.. gambar itu tlansfomer belum mali.. kalau mau kena kasi order dulu ma.. minggu depan baru mao sampaii..".. Utk tidak menghampakan Aisyah..dan demi mencabar diri ini.. maka i pun menyahut chabaran utk melukis transformer yg sosah itu..
Pas dah lukis i kaler plaks... boleh tahan gak buat 'over time' malam tu.. kalau ada sugar edible image mesti 10 kek pun boleh buat mlm tu.. tak per.. chabaran perlu disahut!!! things happen for reason.. bleh asah skill i yg tak pandai lukih nih.. last2 gini jer la jadiknya..boleh laa..senget2..
Chocolate sponge cake with themed: RM75/kg
Siap.. utk Aisyah, i tetap charge dia rega kek mcm yg dijanjikan (with sugar edible immage) walaupun i buat guna lukisan manual..free hand.. anyway, tengkeiu gak kat Aisyah.. i've learned the new things ... nanti i tunjuk kat u allz kek yg Aisyah tempah utk si adik asyraf plaks yer..