Salam Ramadhan.. Sekali lagi CCC menyepi dari update blog selama beberapa hari ni.. Semuanya kerana buat masa ni, ai masih dlm mood terkejut/ fobia/ takut dgn satu insiden yg berlaku baru2 ni. 18 hb lepas, khamis, pas pick up Adam dari school, sblm balik rumah berbuka, aroud 6pm++, ai bwk budak2 ni singgah kedai jap sbb nak buat final preparation utk kelas DIY keesokkan harinya. (dan siapkan sket tempahan). tAPI SESUATU YG BERLAKU!... KEBAKARAN!
Malas nak komen byk2.. semuanya berpunca dari sistem wiring yg tak betul!.. dah jadi cegini baru dapat trace yg sistem wiring kat kedai ai ni tak dibuat mengikut specifikasi yg ai request dan ai BAYAR!
(punyaaa la bahaya!! diorg ni main2 aja ngan nyawa org kan!??)
tak der mood nak describe lebih2..jom layanz gambor jer lah..
Punca utama kebakaran: short circuit!
Jangan betulkan lighting dlm laptop anda.. semua gambar yg diambil pada entry kali ni adalah gambaran sebenar keadaan "berjerubu" selepas kebakaran. Gambar kat atas ni menceritakan bagaimana api marak sampai ke siling.. memang nasib baik tak sambar siling asbestos tu.. kalau sambar mmg jap aja satu building hangus-api merebak
Buka tingkap..kasi asap n semburan fire extinguisher kluar.. so u alls just imagine ler cemana kedai ai.. hrmm...jadi krim puff ler.. alaaa krimpuf yg di his ngan icing sugar tuuuu..hehe
Mini opis ku.. sebak ler nengoknya! sib baik semua dokumen/ resepi selamat.
Abihs... semua jadik kelabu.. dapor yg itam berkilat, kain apron ai yg itam pun jadik kelabu-huhu
Bahan2 utk kelas esoknya tu dah pun prepare..dah complete atas meja... semua kena let go/ cuci
telur yg dah jadi "cream puff"-memang kelas DIY the next day tu kelas krim puff pun.
Kena cuci every single thinggssss!!!- lagi susah dari operasi pindah kedai!-huh!
Resepi, tools..semua dah siap sedia. Nama pelajar yg nak mai next day tu Salmaziah..nasib baik tak jadi time kelas berlangsung.. masa electric spark awal tu ai dah call bgtau kelas cancell..
Warna asal lantai- light chocolate.. Kaler asal tikar- bamboo green..sayu ler rasa.. dok teringat anak2 ai slalu dok golek2 kat tikar tu.. sambil tengok muka diorg kat cermin..
Cuba nak ambil refleksi diri sendiri dlm cermin... tak nampak.. tersangat2 hazy Kesan tapak kasut mereka2 yg bergelut membantu padamkan kebakaran.. Tengkeiuuuu sgt2 kpd kru2 SQ Auto (kedai acessori keta kat bwh) yg bertungkus lumus bantu ai masa dlm keadaan kecemasan haritu.. Masa kejadian, kami 3 branak aja kat kedai: me, elyn n adam.
*masa kejadian, Adam baru pas mandi.. dia pakai towel aja lari bawak turun adik dia kat bawah (sib baik tak terlondeh-hehe)
Gambar yg sgt mengusik hati.. dua2 bradik yg selalu bergaduh ni.. berpegangan tangan.. ai srh diorg slamatkan diri..tunggu mama kat tempat parking kat bawah.. kasut pun tak pakai. (ai baru jer campakkan t-shirt soh adam pakai sbb dia pakai towel aja masa tu) Adam nangis.. takut kot..elyn plak dok tenangkan abg dia.. Ai ambik gambar2 ni dari tingkap kedai
Kejadian 18/8/2011 byk pengajaran.. sekarang kedai ai tgh dlm prosess "CUCIAN SEMULA SEGALA2NYA". Pas kejadian, hubby terus balik dari Chemor sbb risaukan kami. Hubby dah review balik semua sistem wiring kat kedai ni agar keadaan lebih selamat dan terjamin. masa dok review tu.. baru dpt trace segala kelemahan yg ada. Kejadian khamis 18/8 byk beri ikhtibar agar segala2nya lebih selamat.
Apa yg terjadi semua ada hikmahnya.. yang penting me, anak2 dan brg2 dlm kedai semua selamat.. kebakaran ni sangat minor..tak panggil bomba pun..tapi impactnya kat ai sangatla besar.. (termimpi2 saat menyaksikan api marak sampai siling kedai, pastu bilik dipenuhi asap, jadi gelap, srh anak2 turun selamatkan diri, cari fire extinguisher dlm asap yg menyesakkan nafas..huh!!!-nasib baik ai tak pengsan!)- Allah maha mengasihani kami-
Semua kelas DIY di batalkan/ postpone ketarikh lain. Tempahan yg dah dijanjikan pasti disiapkan.. (hangkut semua bhn balik buat kat rumah). Tempahan utk hari raya on seperti biasa. So u alls jgn risau kay.. everything is under control.. by today, about 50% dah clear.. susah nak hilangkan serbuk2 tu.. dah vacum, lap, mop berkali2 still ada.. tak pa-tak pa.. dugaan di bulan ramadhan.. So harap semua kat luar sana dapat doakan yg terbaik utk CCC okay..tengkeiuuuu.. love u allszz.. bye.
*pas berbuka puasa.. dgn semangat dan energy yg full.. Adam n Elyn yg tadi tersangat laaahhh ber drama swasta 150 episod tu..kembali taboh menaboh sesama sendiri.. bergaduh seperti biasa.. ermm..nampaknya kebakaran ni just bg impact kat ai sorg jer..hehehehehe anyway..i pasrah..ameen