Saturday, May 7, 2011

Black+white+red+blue-Nurnadia


Nurnadia ni tinggal kat Ipoh. Dia balik S.p cuti bebaru ni n tempah cupcakes yg bebas design asalkan ada kombinasi kaler hitam -putih-biru-merah.
RM60/25 pcs cuppies +box deco
Tempahan ni juga Nadia minta CCC buat box deco skali. Nak bagi insan tersayang sempena hari jadi.. Ok Nurnadia..tengkeiuuu....

Friday, May 6, 2011

2 tiers English stack wedding cake -Dahlia

RM225/2 tiers stack wedding cake
Kalau tadi cerita pasal cupcake utk tetamu, kali ni kita tengok kek tempahan khas Dahlia utk majlis potong kek plaks.. Dahlia nak CCC buat 2 tingkat pastu tingkat atas dia nak bentuk love.. wahhh romantikk gituuu..
Yang tingkat atas seperti biasa, standard yg CCC buat, 1 kg..dan tingkat bawah plaks 2 kg.. kalau dah English design tu...semua dah taw..kek mesti tinggi.. dan full of flowers..

Pandangan belakang.. simple n elegant. Sorri dahlia..walaupun Dahlia dah bagitau nak tema silver..tapi kak yus selit2 gak daun kaler2 ijow nak kuneng tu..nak kasi bright sket kek tu.. hehe..
Ok...by now, mesti Dahlia tengah berhoneymoon.. Ok Dahlia...sekali lagi tengkeiuuu serta selamat bergumbira disamping insan terchinta dlm melayari hidop yg penuh pancharoba ini..

cupcake utk tetamu -Dahlia

RM2.50 each

Dengan tema majlis bewarna silver, Dahlia request cupcakes utk diberikan pada tetamu pun kaler silver.. semua pelamin, meja pengantin semuanya kaler silverr gituu.. nasib baik Dahlia tak request kek dalam cupcake tu kaler silver..ahakszz..
Ok Dahliaa, Tengkeiuuu dan Selamat Pengantin Baruu... Semoga berkekalan selamanyaa..amienn..

Thursday, May 5, 2011

Happy B'day+Golf Tournament bersama Dato' Arzmi Hamid

Bebaru ni, CCC terima tempahan kek choc ganache banana(+ strawberries) sempena meraikan majlis harijadi Dato' Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai). Besar kek ni..about 6 kg.. berat..ramai nak diraikan sbb hari tersebut, diorang juga adakan golf tournament kat Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Ceritanya, ramai org2 besar turut serta dlm event ni..bekas MB, ahli2 politik dan org2 kuat Umno.
1st layer..semua ada 3 layer..pas sapu fresh cream yg lemak berkrim tu tebal2, susun plak banana slice..corang corengkan dgn choc ganache...nyum-nyum-nyum.. the next layer, dah tak sempat dah nak ambik gambar..cibok a.k.a biziiii...
RM350~6kg choc ganache banana+ strwberries cake
Selamat Ulang Tahun Dato' Arzmi yg ke 56.. walaupun hujan haritu..tapi diorg tetap turun padang bermain..sapa menang? sapa kalah huh? hehehe.. smua tu tak penting..yg penting, pas perlawanan reramai celebrate makan kek utk Dato'. tengkeiuuuu

Slice cake -Anis edora

Selain kek coklat kerinting yg Anis edora dari Padang serai tu order, dia juga tambah tempahan kek slice yg menjadi pojaan ramai ni..
Memang kalau buat party, kenduri atau apa2 majlis yg ramai org dtg ke rumah, kek slice ni tersangattt la sesuwai..letak aja atas meja, buka kotak, hidangkan.. dah presentable. tak yah nak hias2 dlm pinggan. tetamu plak senang aja nak melayan diri.. terus ambik dan ngap sbb setiap satunya dah siap paper cake.. mcm2 perisa lagi sebenarnya slice cake ni..: coklat, coffee, blueberry, fresh fruits.. coba2 la rasa..(hehehe iklannn nampakkk!!)
RM28/box
Anis tempah 2 box.. ada 38 pcs slice cake comeyl2..dlm kotak bersaiz 12"x12". Tengkeiuuu Aniss-pelanggan setiakuu dulu kini selamanyaaa..-ahaks

ijaw kuning utk birthday abah- YUYU

Ish-ish ish..pesaaalllll la lately slalu hilang ingatan nih? hrmmm mcm kena pegi bercutiiii ajerk..(hehe)..Haritu, CCC ada keluarkan crita tentang tempahan slice cake YUYU kat abah dia yg CCC buat penghantaran ke Tikam batu. Pastu CCC cakap nak crita pasal satu lagi tempahan Yuyu the next day..then lupa lagi..(ni mesti byk tertelan semut masa minum ayer nih..sbb tu asyik lopaaaaa memanjang!!-hrmmmgghhffftyg%$#%$@%$#%$)
RM35/box of 16 pcs
Yuyu dan hubby dia Kahar minta CCC buat cupcakes dgn tema ijaw kuneng ni..org kedahh la katakannn..hehe masa i pegi buat delivery tu, i tengok ayah Yuyu still nampak sehat walafiat dan gumbira..dan sedikit terkezut dgn surprise yg Yuyu buat ni. Cuteeee sgt adik bongsu Yuyu!! comeylllll sangat mcm kakak dia..ahaks.. ok Yuyu sorry pasai lambat publish gambar cuppies ni..and tengkeiuuu for your support..
Seperti yg Yuyu kata, nanti dia balik dari K.l dia pun teringin nak rasa kek2 dari CCC..yes Yuyu..wekam..welkam!!

Wednesday, May 4, 2011

Anirah... call kak yus sekarang.!!! can't find u..

RM35/box of 16 pcs
Iraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Masyaallahhh.. pas type rega kat atas ni, baru teringat.. Kak yus kena return balik RM3 kat Iraa.. sumpahhh kak yus lupa..Iraa..kalau terbuka blog ni, please call me.. number Ira kak yus kena trace balik..harap2 tak ilangg.. (tgh dlm usaha mencari nih)

Cerita nya cam nie..(cher citer cher citer):-
cuti hujung minggu lepas Ira call utk tempah cupcake kat CCC.. tapi mula2 CCC reject sbb tempahan dah full. Kecian ponya pasal, i bgtau Ira, kalau cupcakes tak sempat.. kalau kek choc moist tu insyaallah sempat..
Then, persetujuan pun dimaterai..Ira setuju nak tempah choc moist kerinting yg reganya rm38 tu..siap bank in terus rm38. I plak rasa bersalah plak kat Ira..tak leh berenti pikir pasal permintaan Ira masa call i mlm tu.. i pun balas email dia menyatakan persetujuan i utk buat cupcakes yg dia nak.. I pesan kat Ira nanti masa ambik kek please remind me pasai balance tu.. bukan apa..hari tu aja, 6 org dtg pick up cakes.. i tak sempat nak scan dan trace setiap org.. or dgn kata lain LUPA-LUPA-LUPAAAAAAA!!!!! (Ira pun buat derk jer mlm tu tak henggat nak sedarkan kak yus..huhuhu..-feel guilty)
Tetiba hari ni update blog baru teringattt ya allahhhhhh ampunkan akuuuuu...!!! Iraaaaa!!! tidakkkkkkk..... sms me please!!!

xxs cuppies with strawberries slice- Fyeda

RM33/box
Selain cupcakes purple yg Fyeda tempah tadi tu.. dia jugak tambah tempahan xxs cuppies with strawberries slice. cupcake xxs tu i buat perisa vanila, pandan n strawberry.. cream dia plak perisa strawberry and vanila..
Sorry fyeda, cuppies ni CCC buat mlm..ingatkan Fyda nak ambik awal pagi.. Time Fyeda ambik tu (lewat petang) strawberries ni agak kechuttt dan dah tak fresh..huhuhu.. Nasib baik si Fyeda yg cun ni sangat sporting dan baik ati.. dia tak kesahhh pun.. malah siap hantar sms bgtau family dia semua suka... Alhamdulillahh..Amiinnnnnn... tengkeiu yaa..tengkeiuuu tengkeiuuu

cupcake utk family-Fyeda

RM35/box
Fyeda request cupcake ni sbb nak raikan family dia yg datang dari Johor sempena cuti umum 1 may bebaru ni. Rasanya, Fyeda ni kerja kat sini kot.. tak sempat nak berbual2 ngan fyeda masa dia dtg ambik cupcakes haritu.
So welcome to family Fyeda..meti Fyeda bawak jenjalan kat Kedah ni.. (anyway..nak jenjalan mana huh kalau dtg Kedah?)-hehehe jgn tanya kak yus..no idea..dah lamaaa tak jenjalan makan angin..asyik mengadap ovenn ngan mixerrrr jerk..
*anyway..tengkeiuuu for your compliment sms towards the cupcakes..tersengeh sampai telinga i baca..ahaks

choc moist-anis edora pdg serai

Anis order lagi. Kali ni dia nak kek choc moist kerinting yg meleleh-leleh tu. 2 kg anis tempah.. besar le jugaks..So i pun buat seperti biasa ler..mcm selalu.. Anis pun tak request apa2 wording..i assume nak makan2 jer..
Rupa2nya kek tu ditempah utk birthday adik dia.. xcited jer adik2 Anis yg dua org ni dtg pick up kek tu kat kedai

Memandangkan budak2 cute 2 org ni punya event..so nak membangkitkan kegumbiraan diorg, i letakkan kartun naruto dok bwh payung..hehehe kasi effect kanak2 sket kat kek tu.. ok Anis, tengkeiuuu kay..see u againnn..

Tuesday, May 3, 2011

cupcake hantaran dan VIP gift- zaza

Zaza dari Guar Chempedak tempah cupcakes utk majlis pertunangan sister in law dia bebaru ni. Zaza nak CCC buat cupcake utk hantaran dan cupcake utk sedara mara dan VIP gift di majlis tu.
Tema yg zaza mintak adalah floral dgn kaler soft pink and soft blue. Dia nak design utk cupcake hantaran sama aja design utk gift..
Sebahagian cupcake sebelum dipacking..
Ok zaza..tengkeiuuuu byk2 atas tempahan ni. zaza hantar sms bgtau semua org sukaa sgt cuppies tu.. tgh bercadang nak order kek lains plaks.. wokeyh zaza.. see u soonnn...

Sunday, May 1, 2011

Usia bukan penghalang..jom join kelas CCC-pasti boleh!

Semalam, Sabtu 30 April, CCC dikunjungi oleh 2 anak beranak utk belajar di kelas basic cupcake deco. Sepatutnya kelas hari ni 3 org..CCC dah pun siapkan bhn, tempat, kek serta makan tengahari utk 3 org. Tup2 pelajar yg ketiga tak dpt hadirkan diri. So berdua ajer lah kelas semalam. Gambar yg diatas ni Adibah, cun, sweet dan lembutt orgnya. dia balik bercuti dari Kelantan. kerja kat LHDN kelantan. cuti hari pekerja, dia balik ajak mak dia dtg belajar cupcake deco kat CCC..
Ni ler makcik yg sporting habih.. membahasakan diri dia 'mak long'. Usia bukan penghalang utk belajar.. kiranya mak long ni catat rekod ler pelajar CCC yg paling senior stakat ni.Dah dekat 60 dah mak long ni, anak 10 org!..(waa meriahh tue!) Mak long kata dia tak pernah buat cupcake. sesaja teringin nak cuba sambil temankan anaknya Adibah yg sukaaa dan minat serta dah lamaaa dah dok aim nak dtg belajar.
Mak long cerita dia dan family ada buat bisness kenduri kendara..so, sesapa nak tempah khemah, catering dan homestay pun ada, boleh cari maklong ni.. rumah dia kat taman ria (alamak, kad maklong tertinggal kat kedai ler-nanti CCC update number hp maklong). Maklong petua, kalau pi tmn ria, rumah corner lot ada byk motor vespa (pak long's hobby), ada lory, khemah, bersebelahan homestay, tu lah rumah maklong. So, pas mak long dtg belajar cupcake ni, Maklong dan Adibah boleh ambik tender tempahan hantaran pengantin terus...waaaa kira one stop centre lah pas nanti.. gud-gud-gud!
Mak Long tengah memasukkan hasil kerja tgn dia kedlm box.. Cute aja dua branak ni dok bergaduh2 manja bila masing2 tak nak ngaku design yg diorg buat tu tiru each other..hehehe
Antara yg dipelajari..
Adibahhhh..sori... silap plak ambik gambar cuppies Adibah skeping aja.. gambar ni tak menjadi ler.. blurr..soriiiii..... (tapi nak tunjuk gak!)
Hasil kerjatangan maklong.. Seperti yg diberitahu tadi, usia bukan penghalang.. so korang yg muda belia diluar sana... kalau maklong yg dah nak menjangkau 60 thn dan tak der basic buat cupcake langsung boleh beri hasil sebegini selepas attend class.. apatah lagi korang yg moda2 yang mata terang, sihat sejahtera dan bertenaga tu.. (chabaran tuh-chabaran!-hehe)
CCC tumpang bangga ngan hasil dua branak yg cute ni.. Tak sabar maklong dan Adibah nak bwk balik jamu org2 kat rumah hasil kerjatangan mereka. Maklong n Adibah cerita, anak2 cucu maklong gelak sampai tergolek2 bila awal2 pagi lagi maklong dan adibah siap2 nak keluar pergi kelas.. nahhh mesti diorg ternganga bila nenek diorg boleh buat cupcake clown, ben10,Barbie, ladybug, rose, rose bud, dragonfly, rumput, swirl besar, swirl kecik, rumput, daun dan monga2 kicik tuh..hehehehe..iduppp mak long..sejahtera Adibahhh... tq-tq-tq tq..

***dah jumpa kad maklong-Perkhidmatan lori sewa,canopy,catering dan homestay..***
zainol: 019-4447504
Salmiah: 019-5700954 (mak long)
Abd Razak : 017-4398739
2895 lorong 24, taman Ria, 08000 SP Kedah