Thursday, April 14, 2011

Happy 25th Birthday Adman Haris

Tempahan kali ni pun datang dari orang jauh yg minta CCC buatkan cuppies utk surprisekan birthday boyfriendnya yg tinggal dekat bebenor ngan kedai CCC.
Aisya dari K.L nak tema merah+ putih + pinkish yang ada love-love. Aisya just suruh Adman dtg ambik "barang" kat CCC. Adman yg tak tahu menahu 'barang' apa yg Aisya suruh ambik tu, nampak surprise bila i serahkan kat dia box besar yg mengandungi 25 cuppies ni.
RM70/box of 25 cuppies with box deco

Unik sket box cuppies kali ni. Kalau sebelum ni, box cuppies yg ada deco just ada wishing card aja tapi kali ni kat box tu ada angpow hijau..(hehehe) Semua ni pasal ada baki pada payment cupcake yg Aisya buat. Macam leceh plak i nak transfer baki kecik tu balik ke Aisya, so Aisya minta i serah jer kat Adman.. Yahoooo...yeh-yeh..Adman dapat hadiah+angpow..yeh-yeh..

* Adman.. nanti nak p meminang aisya, cari kak yus.. kita buat hantaran baekkk punya kat aisya..

Wednesday, April 13, 2011

Ford, bowling, cable car, jagung dan ketam

Tempahan dari Rose K.l utk 'sesorg' kat Sungai Petani. Tema yg Rose mintak ala2 "diary bergambar" gitu..tapi dlm bentuk figurine..Rose minta CCC buat tema2 berikut: Ford, bowling, cable car, jagung dan ketam..hehehe..hanya diorg berdua shj yg tahu maksud disebalik semua2 tu.. mesti kenangan bersama tu...
Ketam senyum pakai lipstik... meti suka makan ketam ni... ker..kenangan manis tangkap ketam sama2 nie??..ahaks.. (slalu org cakap...senyum sampai telinga... ketam yg CCC buat lagi over!! senyum sampai kaki!!- over..mmg over..)
Jagung kuning lagi manis... mesti suka makan jagung gak ni..ke ada kenangan tanam jagung sama2..hehe
*cable car kat genting ker..kat langkawi ker..kat over sea? waduhhh.. kenangan ngan org tersayang menaiki cable car mmg best pasal perasaan gayat tu buat kita rasa tak slamat kalau tak der org tersyang bersama-cheeewahhh menyelami jiwa plakss..)
Bowling... confirm Rose n org istimewanya tu rajin main bowling.. ker bertemu masa pertandingan bowling..ekehkeke dan mesti org istimewa tu slalu dtg jumpa Rose naik keta Ford.. wahh romantik gituu..
RM70/box= 25 pcs cupcakes with fondant figurine+ box deco

Jgn marah yer Rose..sekadar mengusikk.. actually Rose tak cerita apa2 pun kat i pasal tema yg dia request tu.. sesaja CCC nak buat cerita.. nak kasi gimik sket.. anyway, semoga segala2 nya bahagia dan ceria selalu...ameennnn..

Tuesday, April 12, 2011

Red velvet cuppies with cream cheese toping

mula2 rasa 1 aja..pas tu dua, pas tu 3..pastu..ahhh buat 1 sukatan tambahan lah!!

Yani tempah cupcakes ni utk birthday adik2nya; 'kak Zida dan abg Kemat'. Menurut Yani, adik2 dia (dan dia skali) teringin sgt2 nak merasa cemana lah rasanya red velvet yg menjadi kegilaan ramai masa kini tu..
RM50/box of 16 pcs red velvet cream cheese.
Red velvet ni mmg sedap sebab bahan dia pun sedap.. tambah2 plak ngan cream cheese kat atasnya yag dicampur ngan fresh krim.. dah ler tu, dlm adunan kek tu pun ada bahan pure butter n cream cheese lagi..hmmmm delicious wa cakap lu.. kelemahan cuppies ni satu aja: tak boleh deco ikut theme.. tak sesuai.. sbb sifat krim dia yg sgt sensitif dgn suhu..kena buat cepat2 dan masuk fridge cepat2.. (pastu bila dah makan confirm habih cepat..)
1st time hubby i rasa cuppies ni.. dia mmg puji melambong2.. "sedap gillerrr" katanya.. rupa cuppies ni mmg lebih kurang mcm ni aja..tak leh hias lebih2 dgn tema yg bukan2.. kalau nak bertema tu boleh..tapi kena guna krim buttercream.. ( tapi,tak kick aaa red velvet makan ngan buttercream..mana syoq!!-hilang nikmat sebenar rasa red velvet!).. ok Yani yg sweet dan baiikkk sangat orgnya... tengkeiuuu-tengkeiuuu-tengkeiuuuu..
*Yani hantar sms respond pada cuppies tu..katanya family dia semuaaaaaa love it!! tengkeiuuu skali lagii..

Sunday, April 10, 2011

Kelas Cupcake Deco 9 April 2011

Pada 9 April, Sabtu 2011, kelas pertama CCC berjalan dengan lancar. Kelas cupcake deco ni disertai oleh 9 pelajar iaitu: Siti Safura, Amira,Aslina, Siti Hajar, Zuriati, Azliza, Suriati, Irna, Syaqirah. (nama mengikut senarai kehadiran yg paling awal dan paling lewat-ahakszz)
sorry, visual kurang jelas.. seisi introducing..
Kelas pertama CCC ni mmg gempak gila.. semua belajar dlm mood enjoy dan hu ha hu ha.. dont worry , bukan ada ketua kelas nak tulih nama kalau bising.. malah skali cikgu pong buat bising..muahaha..
go through nota dulu..step by step diterangkan sambil tunjuk example..

Kelas dimulakan dgn briefing tentang back ground masing2..utk pengetahuan u allz semua, hampir 90% yg attend class haritu mmg tak der experience langsung pegang nozle, piping bag..apatah lagi nak buat krim.. yg ada, experience buat kek biasa2 utk makan2 kat rumah.. tapi setelah di asah berkali2, mereka semua ni pulang dgn kerja tangan yg sgt baik.. dah boleh terima tempahan...so, buat korang yg memang zero knowledge, tak pnh buat kek langung, mai sini cikgu nak asah kasi tajjammm..Ok, very basic..sampaikan ke teknik nak guna piping beg pun diajar.. cemana cara betul utk isi icing ke dlm piping beg, nak pasang nozle cara bijak cemana supaya tak comot dan memudahkan penggunaan keatas cupcake,.dan yg best, diorang hands on sendiri, setiap org..tak main syer2.. CCC mementingkan pelajar2 semua experience sendiri from basic.. (ee chey chey.. iklan kelas ler tu..)

Rose petal..cikgu mulakan kelas dgn menunjukkan teknik tepat utk dapatkan kelopak bunga ros. stengah jam pertama..hancuss..(hhehehe) semuanya nampak mcm tension sbb nak mahirkan kedua2 tangan dan jari jemari..masa tu mcm2 bentuk keluar..mcm kepala naga la, mcm buah dragon fruit la.. macam rumah terbakar pun ada.. hehe
See.. pas stengah jam..punya la cun tuan bunga dan bunga yg dibuat..silap tak ambik gambar bunga yg Siti hajar buat masa awal2 dia pegang nozle.. cikgu suruh buat berkali kali blajar buat byk2.. then the best 2 atau 3 flowers yg student buat aja, kena letak atas cupcakes..Syaqirah..antara student yg zero a.k.a negative xperience.. tengok tu, hasil selepas latihan again and again.. (konsep kelas 'ajar sampai pandai')- tu kan dah pandai..
concentrate..sampai juleng mata mira.. nasib baik tak leleh ayaq lioq..
Bila student dah berjaya buat rose dgn cantik, saat yg mendebarkan adalah bila nak memindahkan rose tu keatas dulang atau keatas kek.. tersilap teknik aja..ni lah kesannya..kelepuk..jatuh..pastu kedengaran la bunyi jeritan yg penuh kejutan.. "bungaaa akuu!!!" ada yg melatah la, terbeliak bji mata la, ternganga la..bila salah teknik memindahkan rose..maklumlahh punya lah susah diorg nak hasilkan..hehehe..tak pa-tak pa..buat len- buat len..practice make perfect.. ok, gambar2 seterusnya ni mendescribekan aktiviti kelas semalam..layannzz..

ummi Aslina.. mula2 ketinggalan..tapi pantas tol dia kejor student lain.. Dia slalu ngadu kat cikgu bunga dia tak jadi bunga cameron highland seperti yg cikgu ajar.. tapi asal buat, mesti jadi bunga ros kat kampung jer.. ada teknik taw..cemana nak buat bunga ros kampung dgn bunga ros cameron highland..hehehe ok ler tu Ummi Aslina, bunga ros kampung pun cantik pa.. (lupa plak nak ambik gambar kedua2 jenis ros tu..)
Kembali menjadi cekguuu.. huhuhuhu..


Mendeco dgn penuh jiwa dan raga.. sampai herot2 mulu Suriati..disaksikan oleh Safura yg telah berjaya dgn white rosnya.

who need cikgu just raise your hand-kehkeh.. sampai dah tak yah ajar dah anak2 murid ni.. semua telented sbb dah dpt the right skill utk guna nozle..
Hasil kerjatangan kesemua anak2 muridku yang amat membanggakan.. masing2 kat Fb dok bgtau tak sabar nak join kelas deco advance plaks.. anyway diorang mcm mintak CCC buat weekends minggu pertama next month.. (wokeyh..sett)
Ok, jom tengok wajah tuan empunya hasil kreativiti setiap kotak cupcakes yg didisplaykan tadi
Syaqirah, senyuman ketua puteri Umno Merbok yg penuh menawan, rushing nak ke airport ptg tu nak ambik hubby dia yg baru sampai (sambut ngan cupcake-cheewahh romantiks tuh)
Ummi Aslina, senyuman seorg ibu penyayang, pandai masak tahap gaban.. jenis masakan lauk pauk dia..fuhh!! toringat kat arwah mak ku.. buka blog Ummi Aslina ni, byk tul tips dan resepi: cintakasihummi.blogspot.com
Siti Hajar, senyuman yg semanis-manisnya, antara yg menggamatkan kelas.. boleh tahan latah..rose dia byk kali teraccident..setiap kali accident, habih semua rahsia pecah.. hehe
Zuriati ni satu2nya student CCC yg dah buat bisness baking kat blog. Dia pandai buat kek. kek dia lawa2 dan kreatif. blog Zu: myhappycuppies.blogspot.com. pas ni Zu boleh ambik tempahan cupcakes plaks.
Kak Liza, dgn senyuman manja..terlaksana gak impian kak liza nak mai blajar kelas cupcake deco..Kak liza ni keja kat Hong Leong bank..sapa nak loan cari dia. dia bukan ah long..dia cuma nak tolong
Safura.. senyum puas.. buat bisness catering.. pas ni nak melebarkan sayap lagi dgn langkah pertama kelas cupcake
Siti Suriati.. Ketua puteri Umno, baling.. jauh dtg kesini.. alhamdulillah, berbaloi.. dari kepala naga, dah mcm pakar ros yg Suriati buat
Mira, baru graduate, tgh mengisi masa dgn menimba ilmu2 kek yg menjadi hobinya.. byk membantu. jadi photographer, tolong buat ayer, tolong sediakan lunch..(anak menakan yg rajin) berpotensi budak ni..(sbb tu gambar dia tak byk..dia di blakang tabir)-tengkeiuuu Mira..lap yu..Mak Mira ni siap nangis tengok hasil tgn anak sulongnya..terus call me ucap tengkeiuuu.. i pong rasa terharu dan nak nangih gak (pasai lepas kelas tetiba kelas i tak der karan..cemana nak bakar kek utk tempahan esok!?huhu)

*gambar sorang student yg camera shy: Eirna terlepas nak ambik (gambar personal ngan hasil cuppies).. alaaaaa tak best laa!!! Disbbkan hal yg tak dpt dielakkan, dia tepaksa balik lambat haritu, so sepanjang kat kedai tu, kami byk berbual..Eirna kata nak ikut jejak kak Yus, buat bisness sendiri kat rumah.. boleh spend masa ngan family dan anak2.. (hehehehe-yer ker..-dah 2 hari akak tido kat kodai nih!! hehehe)

Kesimpulannya..alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Smua pelajar dpt byk input sepanjang berada di CCC. Diatas permintaan, minggu depan, Sabtu 16 April, kelas deco cupcakes akan diadakan lagi utk seisi seterusnya. tempahan tempat boleh dibuat sekarang. Keutamaan diberikan kpd sesiapa yg booking dulu dgn byran deposit.. boleh call atau email me utk tempat yg terhad..
Yuran: RM130 (sila click kelas cupcake deco yang terdapat di label sebelah kanan utk keterangan yg lebih detail tentang kelas)

Friday, April 8, 2011

Friendship Forevaaaa..

Fifi dan ahli kumpulannya (5 org) ni pelajar Uitm tahun akhir yang tengah bertungkus lumus menyiapkan paperwork subject Entrepreneur(ETR). Group diorang ambik tajuk "cupcakes". Group Fifi jadikan CCC sebagai salah satu referrer utk projek diorang. Sebagai nak memulakan langkah, diorang tempah 16 pcs cupcakes ni utk diorang berpeluang ambik contoh dan lihat sendiri bahan projek bisness yg diorang tgh siapkan..
RM35/box of 16 pcs cupcakes
Petang tu, Fifi dtg bersama kesemua ahli kumpulannya ke kedai CCC.. dah jadi lecturer lak plaks i hari tu.. dok kat depan kelas, bagi taklimat, menjawab pelbagai soalan dari kesemua pelajar2 Uitm ni.. memberi pandangan, pendapat dan perbincangan.. (terkonanggg masa den buat project utk subject ETR ni masa den kat itm dolu2..thats why i tak der masalah memberi kerjasama..dah fahamm- eh eh..sama course plaks kitaa).
Ok Fifi and geng yang sweet2 manis tu.. selamat maju jaya.. CCC harap nanti group korang antara yang dpt top rank. (fifi kata lebih 80 group kena buat presentation bisness masing2). Pe pe hal yang akak boleh tolong, akak tolong yer.. tengkeiuuuu.. gud luck!

Thursday, April 7, 2011

Birthday Elyn & Tok Tina - April 2011

Pantassnyaa masa berlalu..Elyn is 4 years already!!
5 April, my daughter Adelyn dah genap 4 tahun.. budak2 ni dah 'tak der perasaan' kat kek sbb setiap hari tengok kek.. Selama i dok buat tempahan, jarang sangat budak2 ni minta nak rasa kek tu..(diawal pembabitan dlm bidang baking membaking dulu ada ler..setiap kali org tempah, kena buat 1 set asing plaks kat adam n elyn..but pas 2-3 bulan..hmmm pandang pun idakk). Tiba2, thn ni Elyn request plak nak kek barbie..
Boleh tahan cerewet; final touch by Elyn.. she was not happy with the barbie hair style

Mula2 malas gak nak layan..dah tahu, thru xperience..request jer lebih..tak makan pun, one bite pun tak sampai..tapi bila tetiba Elyn kluarkan statement : "mama ni asyik2 buat kek kat org..mana kek Elyn?"..cayer lebur la hati ini..trus bawak dia p kedai, interview dia sikit sebanyak cemana kek dia nak..then terus buat..(semua aktiviti2/kerja2 yg diplan haritu dibatalkan/postpone utk nak siapkan request Elyn)
*"elyn nak doll tu pakai baju pink pastu kembang kembang, pastu pegang payung pastu ada flower, pastu rambut panjang" (bab rambut tak dpt penuhi permintaan..-rambut doll ni mmg pnjang tapi kerinting-panjang kot melintang-ahaks)
Ok, dah siap deco, simpan dulu dlm fridge.. nanti ptg pas ambik adam dari school, nak bawa ke rumah wan

Actually, Birthday Elyn dekat2 ngan birthday Tok Tina (elyn 5 april =4 thn, tok tina 6 april=55 thn), So kira double celebration ler nih..cucu dan nenek
*org utara panggil wan(atuk) dan tok(nenek).

Sebelum potong kek, birthday girl yg lagi satu (tok Tina) kena potong durian dulu-Adam tak dpt kawal perasaan bila nampak durian

Pas ambik Adam kat sekolah, on the way nak p rumah wan tu, ternampak la pulak org juai dorian tepi jalan.. Adam ni plak "hantu dorian tahap gaban".. nak jaga ati kedua2nya, singgah ler pulakkk beli dorian.. Sedap dorian dia..lemak berkrim. tak ler mahal sgt, rm6/kg..yg penting buah dia best dan langsung tak der yg rosak..beli 3 bijikk..-durian kampung pure!! (fuhh)
*Elyn tak suka durian.
Dah abih potong durian, wan nyalakan lighter..kedua2 birthday girl dah tak sabar nak potong kek- adam makan durian lagi... tak heran langsung kat kek!

-Give me 5-
*Adam makan durian lagi

Masa yg dirunggu2..Elyn n Tok Tina pun potong kek.. tak sempat capture elyn n tok tina tiup lilin..
*Adam masih dlm dunia duriannya
Sebenarnya..itu sahajalah yg Elyn impikan..utk melalui bgmana gumbiranya perasaan meniup lilin dan potong kek.. then bila nak buat seisi photografi suap menyuap kek antara birthday girl, dia langsung tak mo!! sikit pun takk nak rasa kek tu... dia dah dapat apa yg dia nak.. then benda seterusnya yg dia nak adalah, mencabut keluar doll kecik tu dari kek.. hrrrrmmmpppp..
*adam tak abih lagi mengadap duriann


Lupa plak nak cerita pasal kek..kek apa ni huh? hehe..tak taw nak cerita.. kek ni i buat khas bg menggabungkan citarasa kami semua.. wan suka coklat, tok tina suka fresh cream yg rasa macam eskrim tu, adam suka banana, elyn suka baby doll yg pakai skirt kembang tu.. i? I plak suka bila tengok mereka smua gumbiraaa... (tak kan nak kata i suka pelapik kek plak kot..muahahaha)
So kek ni adalah :kek choc indulgance banana layers dgn hiasan bunga dari choc ganache dan barbie doll with fresh cream.. tu diaaaa panjangnyaa.. senang crita kita panggil dia : Kek Elyn-hehehe
*Setelah dipotong2 kek tu dah habih berkechai..wan n tok tina nak 2 slice jer.. (takut nak makan manis banyak.. dah ler durian pun manis) so i pun wak balik ler baki kek yg terpele'ot tu (mula2 kek tu ok..tapi bila stage dia dah dipotong2..so doll tu dah tak stabil..bwk plak keta mcm kat Sepang, so baby doll pun tergolek jatuh).. So insyaallah, sapa dtg kelas Sabtu ni, boleh ler rasa (syaratnya kena tutup mata, sbb rupa dah buruk!)..

Ni pesal ada botol coke kosong plak ni? bukan per, just nak share ngan u allz saiz kek tu.. idak ler besar sgt..just nice, about 2 kg ler jugak sbb berat ngan choc moist n banana
*pesal ada jam plak tuh?... saja nak syer ngan u allz, i buat kek tu pada jam 4.32 ptg..hehe

"mama..laparla.. elyn tak suka makan kek" (bestnya-bestnya perasaan ku dikala mendengar ayat itu)..last2 bawak p pekena burger sorg sebijik kat A&W. Habih sebijik Elyn makan burger fish kegemaran dia tu..

So inilah sahaja sambutan harijadi Elyn utk thn ni..biar lahh dia tak suka makan kek tu, janji apa yg dia hajatkan (tiup lilin di kek barbie dan potong kek barbie) tercapai.. Sorry Elyn tak dpt buat birthday party coz mama busy giler..
* kami enjoy masa bersama2 masa proses nak siapkan kek tu kat kedai.. itu yg beharga..
*Adam plak, mlm tadi, tido tak pakai baju, dlm aircond yg kuat dan kipas yg dibuka full..!

RM1 hengget, lima posen (rm1.50)!-saputangan utk elyn korek idong hadiah dari adam

Tambahan: Touching plak.. Adam hadiahkan kat Elyn 'cupcake saputangan' ni.. dia guna duit sekolah dia beli kat koperasi sekolah.. siap bungkos ngan kertas, ada bunga2/reben (koyak dari buku latihan sekolah-bhgn tengah!)-tak sempat ambil gambar coz pas dia bg kat Elyn, truss Elyn koyak utk tengok hadiah..
Happy Birthday Adelyn Hilda Mohd Syukor- mama love you so much!!