Friday, October 29, 2010

Modern + Tradisonal Wedding Themed

Farizanawar Shaikh Ismail dari Bandar Baru Perda order kek + cupcakes+pulut kuning sempena majlis reception adik nya.. Menurut Fariza, selain majlis kawen, tarikh tersebut juga adalah tarikh harijadi pengantin perempuan (adik fariza). Fariza terfikir nak tempah sekali ngan pulut kuning sbb kata Fariza, tak semua org makan kek.. especially org2 tua.. so dia nak I buat sekali pulut kuning sebagai penyeri majlis potong kek..

Pulut kuning ni didatangi sekali ngan kari ayam.. tak sempat nak snap gambar.. masa tu diorg dok sebok cari bekas nak letak kari ayam.. ke mana hilangnya kari ayam yg I bawak tu I pun tak perasan.. hehehe RM 55 ~ 1.5kg + kari ayam

Soft Fondant Chocolate Moist Cake- 4 kg : RM300

25 pcs cuppies @ RM55. Warna sedondon ngan kek.

Modern + Tradisional… kelasss gitu.. kari ayam sudah lari.. sapa ambik angkat tgn..

Cantikkk sangat pelaminn..glamm habihh..mak cik2 kat sblh pelamin tgh marhaban.. mmg best!





Thursday, October 28, 2010

Sory..lupa plak kat Sa'odah..

Alamakk Sa’odahhhh.. mintak hampunn… lupa plak nak perkenalkan Sa’odah kat korang semua.. Nasib baik ada yg alert.. tengkeiuuu kpd one of my follower (yg tidak mahu dikenali) telah memberi respond thru email kat I bertanyakan tentang Sa’odah.. Siapa Sa’odah!?..hehehe ni laa Sa’odah.. yg pakai skirt kembang colorful yg rambu ramba nih.. entah kenapa I suka nak panggil dia Sa’odah..

(Ambooiii Sa’odahhh glamer ko.. dah ada org merisik..)

Menurut pengirim email tu, dia kata,:

Kak Yus, saya ada nampak mcm ada kek Barbie masa birthday party tu..tapi kak Yus langsung tak cerita pasal kek tu..kenapa tak crita? Kak Yus beli ker?saya berminat nak tanya akak tentang kek tu la.. (BELI..kan aku dah kena sebijik! adushh-hehe)

I jawab:
masyaallahhhh… laaa akak lupaaaa laaaa!!… tu bukan kek tapi agar2.. mula2 mmg cdg nak buat kek, tapi melihatkan dah banyak kek so last minute mlm tu dah pukul doblas akak buat aja skirt kat Sa’odah tu.. idak ler jemu sgt asyik kek semua..hehe

So Sa’odah.. mintak maap lah yer.. peace no war!..






Selepas 4 bln tak update blog..

Assalamualaikummm... helloowwww.... i'm here..i'm here.. dah 4 bulan tak update blog.. so kali ni i buka lah balik khazanah purba gambar2 yg tidak diupload 4 bulan lepas.. Let me start dgn sambutan budget 2 in 1 utk birthday Adam n Adelyn bulan Jun lalu.. (makk aiii..sket lagi gambar ni nak berkulat)..so saksikanlah rentetan gambar yg menceritakan tentang majlis tersebut..
cuppies utk kengkawan Adam n Adelyn



saja buat tema flower..utk mak2 yg dtg ke majlis
utk dady2 yg dtg

Actually majlis ni dibuat lewat dari tarikh lahir sebenar diorg. Elyn bulan April, adam awal Jun..majlis ni around end of Jun. Masa birthday, budak2 ni dpt hadiah seekor pet dari wan (my dad).. Wan hadiahkan tortoise.. Adam letak nama “Stuard “ kat tortoise tu. Byk moment yg menarik tak sempat dirakam because majlis ni kelam kabut sikit.. I rancangkan surprise kat budak2 ni so diorg tak tahu menahu langsung pasal party ni.. dgn kata lain, everything I kena buat sorg.. so byk moment2 best sepanjang birthday terlepass gitu aja.. masa ni hubby pun xder..outstation, my parents n sister plak berperanan ‘bwk lari’ budak2 ni ke tempat lain sblm birthday party.

So, masa birthday diorg, I pun buat ler kek yg bertemakan tortoise.. satu tortoise macho mewakili Adam n satu lagi yg pakai bunga tu mewakili Elyn. hehe




Ni plak hadiah2 cabutan bertuah yg adam n elyn pilih dan hadiah teka kacang.. Nampak akk kacang soya kuning dlm balang tu.. sapa teka betul, dapat hadiah + balang kacang tu sekali..



Gambaran sebelum majlis bermula

Semasa majlis

Muka blank…terkejut disurprisekan oleh kenkawan dia yg sembunyi di balik playground.. then kena serbu dan dinyanyikan lagu hepi besday.. *Elyn xder perasaan.. byk ikut makngah dia dibelakang tabir- gambar tak sempat ambil (rugi aaa!)

ibuk-ibuk
bapak-bapak
kanak2 syoq bermain


my little princess

Sebenarnya, Stuard si kura2 pun ada dlm majlis tu..ruginyaaaaa byk moment tak sempat ambil gambar… maklumlaahh jadi ‘tuan rumah’ nak handle games kat bdk2 lagi, layan tetamu, cabutan bertuah, kasi hadiah.. terlupa nak appoint somebody to take the picture.. RUGIII!!!!!!!!!! Ini adalah Stuard.. pas majlis, kat rumah, Sayang betul bdk2 ni kat Stuard.. jadik mainan diorg.. sian Stuard kena buli..

Stuard jadi transport utk si Oren nyiaww bersiar2.. mcm2 hal ler budak2 ni main!!


Tak tahan kena buli..Stuard melarikan diri.. punya laju dia lari terkedek2… cute tul si Stuard tu.. Apa lagi.. kejor adam kejorrr…