Thursday, November 25, 2010

Airiel Shahfarish's birthday cakes..

Suhaida nak i buatkan kek dengan tema Ben10 utk dibawa ke nursery anak tunggalnya Airiel Shahfarish sempena birthdaynya yg ke-3
RM110~ 2 kg.
3D cartoon cake mcm ni i dah pernah buat dulu tapi kali ni si Ben10 ni i kasi dia posing macam lain pulak..
RM35/box of 16 pcs
Demi meraikan birthday anaknya, Suhaida ada tempah sekali cupcakes utk dia bawa ke opis. yg ni nak jamu kengkawan Suhaida.. but saja nak tulis gak wish birthday utk Aireil n dengan tema kanak2.. to make up the mood of child birthday party.
RM35/box of 16 pcs
Selain kawan opis Suhaida, hubby Suhaida pun bawak set ni..sama gak utk jamu kengkawan hubby kat opis..still in the child mood themed..
Yang ni plak, Suhaida request asingkan 8pcs cuppies utk cikgu2 Airel kat sekolah.. sebagai penghargaan..takut kek ben10 habih kena serbu ngan budak2..hehe

Keseluruhan tempahan Suhaida..

Friday, November 19, 2010

Bestnya berehat ditepi laut di musim cuti

Kak Ma dari Kelantan called me utk buat arrangement mengantor kek kat 2 org budak cute yg tinggal di Bumbung 5 Kepala Batas. Kak Ma ni, pernah suatu ketika dulu mengasuh Haziq dan Husna, anak kepada pasangan doktor yg kemudiannya bertukar ke utara ni.
RM45- 1kg Cartoon themed buttercream cake
So mari kita layann kek kartun yg bertemakan clown yg tengah berehat dibawah payung kat pantai di tepi laut..hmmm angin sepoi2 bahasa, sambil mendengar deruan ombak..hehehe Cuti2 ni sesuai ler bwk budak2 p picnic.. Masa seisi penyerahan kek kat Haziq n Husna, Doktor Farid siap snap gambar seisi penyerahan kek lagi..hehe, macam atas stage plak rasa masa tu.. Kata Doktor Farid, dia nak send gambar tu kat Kak Ma.. Diatas respond baik yg diberikan oleh doktor Farid dan family, tetiba, Kak Ma sms me utk order lagi kek kat CCC utk bulan 2 thn dpn.. (maybe nak suruh hantar lagi kat Haziq n Husna kot- lupa plak nak tanya dia nak kek apa) uuiiiihhhh..lambat lagi tu... wokeyh Kak Ma, dont worry, insyaallah still available.

Thursday, November 18, 2010

Cute gift for majlis akad nikah


Yuhanis sebelum ni pernah order cuppies utk majlis pertunangannya sebagai hantaran. Kali ni, Yuhanis tempah cupcakes kali ni plak sebagai 'cute kenduri gift' kpd tetamu yg hadir utk majlis akad nikahnya.

So kat kali ni, i tunjukkan close up sample2 design yg terdapat dlm tempahan Yuhanis.



RM 1.70 each (below 599 pcs).Siap..pasni masuk dlm kotak jer.
Tunggu Yuhanis dtg ambil
Ok Yuhanis..Selamat Pengantin Baru..Semoga berkekalan selamanya..aminnn

Tuesday, November 16, 2010

Zodiac themed cuppies

Syaza, student Usm Penang call n email me mengorder cuppies ni utk dihantar kpd 'seseorang' kat Taman Sri Pinang S.P. Maybe Syaza tak dpt balik coz tengah exam kot.. So thats why dia mewakilkan cuppies ni sbg meraikan insan tersayang.
Cuppies ngan tema zodiac Sagittarius..so thats why i letak bulan, bintang, planet, cakerawala, komet..hehehe everything out of this world! (kecuali anak panah..)
Alamak Syaza, masa i pegi buat delivery tu, 'birthday boy' baru jer kluar..so jumpa bakal mertua u jer.. ramah btul dia..berkali2 dia ajak i singgah masuk rmh dulu.. but i was rushing for another delivery on that day.. terpaksa beransur begitu jer.. Rosak ler plan kita, nak surprisekan 'birthday boy'...errmmm anyway, mak birthday boy pun nampak surprise dan gumbira..
16 pcs cuppies with extra deco+ greeting card : RM45

So pas ni sapa yg nak senang kerja, just bgtau aja nak xtra deco, so i akan buat the cuppies box looks more presentable siap dgn greeting card. Boleh bgtau in advance nak tulis apa kat dlm.. So bila i hantar for delivery, mesti org yg terima lebih cayer dengan kata2 indah serta ucapan istimewa utknya.. yerla..kalau semua ucapan nak tulis atas kek mcm terhad sket.. so dgn adanya greeting card, boleh ler sipenerima tu simpan sebagai kenangan.. (setelah smua cuppies solosaii dlm perut.) kihkihkih

Monday, November 15, 2010

Cartoon themed cuppies

Cikgu Jamaliah... regular customer..rasanya kali ni dah 6 kali order kek kat CCC.Cikgu Jamaliah ni suka order kek tapi ni 1st time dia order cuppies.
Cuppies ni utk dibawa ke sekolah anak cikgu Jamaliah sempena birthday anaknya, Irfan..
RM1.80 each : cuppies gift (cartoon themed)
Memandangkan dah nama pun utk kanak-kanak, so Cikgu Jamaliah request tema cartoon. Harap Irfan n cikgu2 Irfan gumbira bila menikmati cuppies ni.. Happy Belated Birthday Irfan..

Saturday, November 13, 2010

Cuppies Bernama..

Husni Munirah dari Baling Kedah tempah cuppies yang ada tulis nama kengkawan ofis dia disetiap kek. Sesaja aja dia tempah sempena majlis makan2 kat opis,so Husni pun kirim lah kat i nama2 kengkawan dia thru email kat i masa order haritu..
Selain cuppies bernama, Husni juga minta i campur2 ngan cuppies biasa.. gambar ni dah siap packing..tunggu pacaging aja..hehe
Soft fondant Cuppies with names: RM1.90 each
Normal dec/butecream: RM1.70
(price above below 500)

Friday, November 12, 2010

cuppies for mama's / nenek's birthday

Barlian, suatu ketika dulu pernah order kek utk majlis akad nikah, hantaran dan kek 3 tiers utk majlis potong kek sempena wedding day dia. Kali ni, Barlian call i lagi utk tempah kek buat mama tersyg. Barlian yg stay kat k.l nak balik celebrate birthday mamanya kat s.p minta i buat tema kucing, becoz mama Barlian mmg minat sgt dgn kucing.


RM40/box of 16 pcs cuppies with princess themed
RM35/box of 16 pcs
Nak jadi cerita, adaler 1 hari tu, adaler seseorg called me mintak i buat delivery ke bandar laguna Merbok utk set 16pcs cuppies with 3 princess themed.3 princess tu sebenarnya mewakili 3 cucu2 yg tak dpt balik celebrate birthday nenek..(Fiya, Zahra, Hannah) di short cut kan cerita rupa2nya customer i yg call utk cuppies 3 princess tu adalah kakak Barlian. hehe..what a small world!! So, tak yah ler i buat delivery.. sesampainya Barlian dari K.l trus dia ambik kedua2 box cuppies tu.

Thursday, November 11, 2010

Cinta Kulim-Kuala Ketil-UMT

Ordered by seseorg (alamak- terlost plak nama seseorg tu..sory.. sesory lambatnya i mengupdate.. tengok tarikh kat cuppies tu..alamak, dah lama laa..hehehe. semenjak bercuti haritu, semua files dah tak tersusun dan kelam kabut..sekarang baru jumpa balik.. so thats why byk entries kat ikut date..maaf zahir batin ..
RM35 /box of 16 pcs cuppies
Cuppies ni berkisarkan percintaan yg diakhiri di gerbang perkahwinan antara org Kulim ngan org Kuala Ketil yg bertemu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayatt.. aammiinnnn

Wednesday, November 10, 2010

Go diego go birthday cake

Aznida (ida), one of my regular customer, kali ni tempah kek utk anak sedara dia yg nak sambut birthday yang ke5. dulu ida pernah tempah kek bentuk 1 dgn tema wonderpet(sebelum tu pernah tempah choc cuppies n lain2 lagi), pas tu ada tempahan ida yg i tak dpt terima becoz i xder kat s.p. kali ni alhamdulillah, dapat gak memenuhi impian kakak ida nak buat kek dgn tema kegemaran anaknya Muhammad Wafiy.
1kg choc moist cartoon themed, Go Diego Go: RM60/kg

email Aznida to me:
salam kak yus, erm, beshh sgt2 dpt mkn kek yg kak buat. lama xmakan rasa rindu la plak... hehehehe... tumpang2 mkn..huhu... erm responnya kek yang akak wat tu, mmg besh.. bufday boy x kemana, dok je kak kek tu, punya teruja sbb ada kek go diego go yang dia suka...ni ida lampirkan gambar bufday boy.. terima kasih banyak2 ye kak...

Tengkeiuuuuu byk2 ida, coz sudi kirim gambar budak2 cute dok keliling kek tu.. semua nampak muka curioussss aja nak 'cuit' kek tu..hehehe

Tuesday, November 9, 2010

Introducing to my new product: Flower Bouquet Cupcakes (FBCC)

Tadaaaaaa!!!....my new product!!! cepat2, sblm terlambat.. bayangkanlah org yang dapat jambangan bunga ni...confirm cayeerr punya!!! tak kira siapa saja baik..lelaki , pompuan, tua muda, makcik pak cik, atok nenek, kanak2, baby (heheh) kalaulaaa dihadiahkan jambangan bunga, sure ada perasaan gembira sgt2..maybe sbb faktor aura yg terdapat dlm bunga, especially perempuan.. So apa lagi, hadiahkan org tersayang dgn jambangan bunga mengikut pilihan warna yg korang suka..
So pas ni kalau ada diantara u allz yg plan nak hadiahkan jambangan bunga kat sesapa, baik fikir 2x..(ayat promosi tuh-kehkehkeh) sbbnya, kalau bunga x leh makan, bunga yg ni boleh makan.. harga plak, yg ni lebih murah berbanding flower buquet kat kedai tu..(n lebih trendy - unik-lain dari yg lain). Jangan risau,cuppies ni kalau tak masuk peti sejuk 3-4 hari kat luar still ok.. kalau masuk peti sejuk lagiiii tahan lama (more than 2 weeks pun tahan). So kalau nak buat hiasan meja pengantin ker, hiasan kepala meja raya ni kerr... memaaanggg sesuwwaaiiii sgt! (termasuklah utk buat hantaran)


Memandangkan this is my first try, first xperiment, so, i hadiahkan flower bouquet ni kat my little princess yg tak jemu2 dok ikut i sepanjang hari pegi kedai beli barang, balik bakar kek, hias, gubah..mmg dia berminatt sgt..
Adelyn tengah membuat perasmian... i just let her to enjoy it..however she wants to.. Elyn sukaa sgt! biasa ler budak pompuannn..( sampai terlondeh dah 'baju' salah satu cuppies yg kat tengah tu)

Price: RM 75/bouquet
The price include:
i) 1 dozen (12 pcs) Roses
ii) 1 dozen++ small flowers
iii) ceramic pot ( tak mcm dlm gambar ni, yg ni xperiment aja, ceramic pot lagi cantik)
iv) miscellaneous accessories-eksesori tambahan- reben, kertas bunga,manik, etc..
v) greeting card..boleh buat ucapan trus kat sipenerima..

* utk special request seperti nak tambah xtra accessories spt teddy bear ker, bunga extra ker, hiasan lebih ker, ataupun special themed ker, harga tertakluk kpd extra additional yg diminta.


Monday, November 8, 2010

More and more wedding cake

Alamakkk... byk sangat gambar kek kat dlm camerasss2, dlm h/p, tetiba i terlost plak info pasal kek ni.. sapa punya kek ni sila angkat tangannn??? semuanya gara2 "tercuti lama" haritu.. sorryy sgt2 kpd pemilik kek, akak dok korek2 schedule tempahan, tak dpt trace kek sapa nih.. anyway, Selamat Pengantin Baru tapi Belated..hehehe (apaa punya wish daa..) Semoga tak get angry ngan akak yer..
Choc moist Soft Fondant Wedding Cake; RM225 (3 kg)

Happy Birthday mummy..

Sempena birthday mummy Farhana, beliau request cuppies yg colorful n byk bunga utk dihadiahkan kepada mummy tersayang. Kata Farhana, mummy dia ni memang suka sgt2 tanam pokok bunga.. so Farhana nak mummy dia gembira bila dapat hadiah bunga-bunga-bunga ni..
RM35/box of 16 cuppies

Saturday, November 6, 2010

Selamat Pengantin Baru, Norazmila

Norazmila pilih tema warna oren putih utk majlis potong kek dihari bahagia beliau..
2 tiers Soft Fondant Chocolate Moist; RM225

Selain kek 2 tingkat utk majlis potong kek diatas, Norazmila juga order kek chocolate moist super lembab ni..(hehe), rasanya maybe utk buat makan2 family kot..tak pun ada gak yg pilih kek ni utk hantaran.. lupa plak i nak tanya.. Anyway Mila, Selamat Pengantin Baru..

Friday, November 5, 2010

Gud bye cuppies to friends

Niezza dari Padang Serai Kulim order cuppies ni utk diberikan kepada rakan2 sekerjanya sempena hari last dia kat ofis.. Kata Niezza, sebagai penghargaan yg tak seberapa buat kawan2 yg sgt2 dia kasihi tu, dia nak bagi kat semua yg ada kat tempat kerja dia tu.. Pas ni, Nieza kata dia nak dok rumah jadi suri rumah sepenuh masa, jaga anak.. alhamdulillah.. semoga Niezza dpt jadi mama yg paling best in the world. Gud luck on your new life Niezza.. (welcome to the real world..heheheh-scary ak words tu?!..kehkehkeh-saja nak takutkan u..ahaksz)
RM1.70/each (below599 pcs)
RM1.60/each (600-1000 pcs)
RM1.50/each(1000 pcs onwards)
* minimum order 50 pcs

-Soft Fondant cuppies-
RM1.85/each (below 599 pcs)
RM1.80/each (600-1000 pcs)
RM1.70/each (over 1000 pcs)
*minimum order 50 pcs

Cuppies ni tersangatlaahhh sesuai sebagai small gift kepada tetamu utk semua occasion.. birthday, any party, door gift (dlm goody-bag), kenduri gift (ganti bunga telur) n so on..
* utk makluman, bekas yg desediakan adalah bertutup cembung dan setiap satu disertakan dgn sudu comel (siap dilekatkan di setiap bekas)... lupa plak nak snap gambar complete pacaging.. pasni-pasni-pasni ehh.. sorry..

Thursday, November 4, 2010

Red + White wedding cake

RM235- 2 tiers Chocolate moist Soft Fondant with wedding doll

Closed up pengantin bahagia dibawah singgahsana..

siap masuk dalam box.. tunggu utk diambil

RM35/16pcs cuppies..Sedondon ngan kek