Wednesday, June 24, 2009
Upin dan Ipin
Betol-betol-betol...dah jd kegilaan budak2 skarang. kek Buttercream ni dihias dgn edible image yg dijamin slamat dimakan. Terdapat juga pelbagai lagi pilihan gambar2 kartun kesukaan anak2.
Choco Rose
Peminat Chocolate? Selain Chocolate moist cake yg krimnya mleleh-leleh tu, kaedah soft fondant jg nampak menarik utk menghias kek chocolate. Lebih kemas wlaupun kurang sket tahap 'terliur'nya.
Little Princess cupcakes
Sesuai sebagai gift utk kanak2 atau alternatif bg sebiji kek besar. Jenis cupcakes mcm ni kalau di combine n arranged in big size, cantik. Dah confirm smua dapat sorg satu anak patung. (Masalah yg slalu berlaku pd kanak2- berebut hiasan atas kek)
Sunday, June 21, 2009
Soft Fondant Cake
Ramai yg tanya i apa tu soft fondant. Actually soft fondant cake ni rupa dia sebijik mcm kek fondant yg krim keras tu. Seperti yg diketahui, kek fondant memang cantik, krim keras dia buatkan ia senang di'handle' dan biasanya org buat hantaran. Dan kalau u all penah xperience, kek ni harap rupa jer cantik, tapi time nak makan, punya lar susah.. kena potong buang plak krim atas dia untuk menikmati kek kat dalam. Dah tu hanya pilihan kek tertentu aja yg sesuai untuk buat kek fondant sebab krim atas dia keras dan berat so kek tak boleh jenis lembut.. takut tenggelam! Tapi, soft fondant kek plak lebih senang dinikmati. Makan mcm biasa. terus potong n ngap. tak yah nak susah2 buang krim. Dah tu kek kat dalam dia boleh pilih apa saja kek yg u all nak, sponge cake pun boleh. Tapi kalau buat dengan kek jenis chocolate moist... fuhh lagi best (most favourable). Pasal harga plak, dah tentu kek fondant jauh lebih mahal dari soft fondant. harga soft fondant cake cuma mahal sket dari buttercream cake jer coz dia ada teknik khas nak buat dia. Cuma satu kelebihan fondant, krim dia memang betul2 keras and kalau nak bwk jauh2 naik turun bukit, mungkin sesuai la. I pun ada buat fondant kek tapi buat masa ni lebih byk permintaan soft fondant Bak kata pelanggan i, kalau beli fondant lebih pada beli brg hiasan ajer, then simpan lama2 time nak makan dah tak sedap then buang jer.. membazir. tapi kalau soft fondant, bukan setakat perhiasan menarik bahkan time nak makan pun tak suasah.. most important things, time pengantin nak potong kek, tak yah ler sampai kena guna gergaji.. kahkahkah. Kalau berminat, call ler i.
* Kalau Kek Soft Fondant hias guna bunga fondant lagi lawa... lagi nampak grand! Nanti i tunjuk gambar..
Chocolate Moist Cake
Mari! Mari! Kek Chocolate moist yg boleh buatkan u all semua meleleh ayaq lioq sepertimana melelehnya chocolate cair atas kek tu. Strictly recommenced to chocolate lover. U all boleh demand nak hias mcm mana. Nak tulis Hepi B'day atau nak letak patung raksaksa n ultraman pun boleh. Nak letak gambar cartoon atau edible image atau cartoon caractor pun boleh.. Smua boleh..Confirm tak cukup spotong..
Carrot Cheese Cake
Carrot Cheese cake ni jiran i, kak Shikin yg tempah. Ceritanya, kak shikin ni mengandung, satu hari dia datang rumah i. Kebetulan masa tu i baru jer siap buat carrot cheese cake (langkah kanan)- saja aja nak try skill, masa tu baru lepas blajar. Apa lagi, i terus ler buat kopi kaw2 punya then serve dengan carrot cheese cake nih. Fulammak... Sukar nak gambar dengan kata2! Punya la zahir tak terucap! Seminggu lepas tu Kak Shikin call mintak i buat utk dia sebelum terlambat coz dia tengah tunggu masa nak bersalin. Dia kata, pas makan kt rmh i hari tu, dia teringat2 terbyg2 terasa2 mcm ada dlm mulut (kes ngidam ler nih).Kang dalam pantang tak sesuai plak makan cheese cake. Nak jadi crita, malam tu i pun buat la smpai sanggup stay up sampai 1a.m siapkan kek ni. Next morning, i p hantar kt rmh dia, anak sulong dia yg buka pintu bgtau "mama baru jer p hospital.. dah start sakit". I punya la rasa kesian kat dia. try to call her tp no answer. I ingat nak p hantar jer kat spital. Dipndekkan crita, sebenarnya kak shikin tak jadi bersalin pagi tu. Dia bersalin next day. Hubby dia balik during lunch hour then bwk kek tu ke spital n kak shikin sempat makan carrot cheese cake dengan puasnya sebelum bersalin. Congratulation on your new born.. Nasib baik tak boh nama Mohd Carrot Cheese Cake!
Cute Wedding Cake
Lydia dari Taman Ria Sg Petani request wedding kek ni yg cute aja saiznya. jgn tak tau... 2 kg pun boleh buat jd 2 tingkat. Lydia buat majlis tertutup utk family aja so that's why dia order kek comel aja..
Saturday, June 20, 2009
Kek Pertunangan
Actually, Salwati nie sedang menuntut di Perancis, pulang ke Sungai Petani utk majlis pertunangan dia dgn jejaka dari Sik, Kedah. Kek soft fondant nie dia order sbg membalas hantaran peminangan. Salwati request jenis chocolate moist utk kek di dlmnya. Selain tu, Salwati juga order 2 kotak cupcakes. Salwati, nanti jangan lupa order wedding cake dari I juga yer..hope to hear from U soon..:)....Tahniah!!
Hantaran Cupcakes
Salwati ada order cupcakes utk hantaran. Nak bg kat bakal keluarga mertua kena lar best. Dia order 2 kotak cupcakes (16pcs per box). Memang sesuai betul kalau nak buat hantaran coz cupcakes ni diletak dalam kotak khas yg nampak kemas dan cantik. Tak yah risau budak2 nak 'cuit' coz boleh tropong kot tingkap box tu ajer. Then balik ikat reben ikut warna tema supaya kena set dgn hantaran lain. Bayangkan, box cupcakes ni, boh jer bunga n reben sket sure nampak grand. Silap2 org sayang plak nak makan cupcakes tu.
Ben-10 cake
Kek Ben-10 nie di order hari yg sama dengan tempahan puan Nora. Tapi yg ni dari mama kawan baik adam, Kak Yam (apa punya panjang daaaa..)Adam slalu dok crita kat kwn dia di sekolah yg i boleh buat kek cartoon mcm2 termasuklah Ben-10 kesukaaan diorang. Si Amirul ni pun balik ler pujuk mak dia nak order kek Ben-10. Dia taknak sugar image, nak patung Ben-10 jugak. Kek ni bukan sempena b'day pun, saja aje jmput budak2 minum petang. Memandangkan time tu cuti sekolah n ramai cousin2 si amirul ni berkumpul, mak Amirul, Kak Yam mintak i tulis hepi b'day utk smua. Adil sket. Biar smua gumbira.
Barbie Cake
3
Price:95 (+-2kg) - choc moist cake
Selepas Puan Nora dari Bandar Laguna Merbok buka blog i, dia terus tertarik dengan kek barbie yg i buat kat Adelyn masa b'day dia yg ke 2. Dia pun tempah ler kek barbie baju pink ni. Yg bestnya, masa dlm tempoh negotiate nak siapkan kek barbie ni, i tetiba rasa jadik fesyen designer plak masa nak tentukan fesyen baju barbie yg sesuai dgn anak puan Nora, Nureen yg minat giler warna pink. Actually i dah ada beberapa design fesyen baju yg i design sendiri so pilih aje nak barbie tu pakai dress mcm mana.. Jgn pakai sluar dah coz tak pnh ler lagi org tempah kek barbie pakai sluar.. Kena standby gak nih. kehkehkeh
Wednesday, June 10, 2009
Trend suka Cupcakes
Skang nie ramai sungguh order cupcakes. Cupcakes nie mungkin senang agih2 kot...tak pun senang utk disimpan kalau makan tak habis...heheheh. Ok nie antara cupcakes yg I buat utk pelanggan I...termasuk ler utk cikgu kesayangan Adam.
Order untuk door gift kenduri waktu cuti sekolah kali nie pun banyak...
Price:RM2.50/pack
Price:RM1.80/pack
Price:RM1.80/pack
Price:RM1.80/pack
Price:RM1.80/pcs

Slamat Datang Semuaaa..
Thanks sumer sebab sudi mengunjungi blog i yg baru siap ni. Dah lama blog ni under construction and at last siap jgk hasil pertolongan my hubby yg tgh bercuti skarang. Thank you hubby.. nanti u, i hadiah chocolate moist cake, your favorite.
Blog nie hasil dari request customer2 i yg slalu mintak nak tgk cth gambar2 kek n cup cakes yg diorang nak order. Asyik2 send through e-mail aja. Byk keja btui i nak kena find out dari my kek photo galery, kena select then kena send to each one of them.. nak2 time internet tersangkut plak sedangkan customer dah desperate dok tunggu nak tgk gambar lebih2 lagi nak order kek lagi 3 hari. Wasting time betui kalau selalu sgt email gambar contoh kek. Skang nie ajak jer surf blog nie...senang.
Mula dgn Afidah, wedding dia grand! buat kat Club House Laguna Merbok. Tepi swimming pool lagi. Kek dia 3 tingkat orange gold color. 5kg. Semalaman tak tidur! bukan pasal tak sempat siap, tapi tak tidor risau memikirkan my 2 stooges yg courious nak 'cuit' that cakes! Sama lah mcm kek2 sblm ni.. pernah berlaku satu tragedi, my princess Adelyn, siap cincang2 kek yg i janji nak deliver lg 1.5 hours. Nasib baik org tu order kek simple je, then i pun jd charlie chaplin la buat yg baru. Belajar dari pengalaman.. semenjak tragedi tu, i mmg strictly give xtra care and attention to my cake as well as to them. Simpan cd upin n ipin...sgt membantu. Hilang focus meke kat kek...heheh
Subscribe to:
Posts (Atom)