Wednesday, September 30, 2009

hasil malam raya


2 kek dah hantar siang td. so ni la balance kek org order yg belum hantar. yg chocolate kek tu order dari Maklang Merbok, Kak Wati Tmn Sejati n sebijik i buat kat mertua i. Cuppies utk anak saudara, rainbow kek ordered by linda. So u all boleh bayang ler mcm mana rumah i pada malam raya. mcm bakery.... actually macam rumah hantu.. sempat kemas ruang tamu n my room jer. then, pagi raya next day apa lagi... CABUUTTT.... Pas raya baru i kemas betul2. hehe unik tak? kemas rumah lepas raya..

Selamat hari raya


SELAMAT HARI RAYA......

Malam Raya


Nie lah pemandangan meja makan i pas buka posa terakhir malam raya hari tu.. Masa tu kat dapor dah berbau rendang.. (ktupat x pandai buat.. beli kat Kak Zah pokok nangka)- pehhh sodap gillleeerr. My family dah x pandang ler kek2 i ni.. dah BOHSAN ler tuu.. bak kata Adam "mama nie... asyik2 buat kekkk jer" i pun jawap " mama nak carik sesuap nasik nakkk"- hehehe; tengok ler.. x der sapa nak usik punn.. huhuhu

Rainbow butter cake


RM55~2kg
Linda, neighbour i yg pnh order kek b'day kat i dulu, skali lagi buat kejutan datang order kek last minute. Sehari sblm raya mmg dah pack dgn tempahan. Kawan punya pasal, buat ler jugak kek rainbow ni kat dia. Dia nak wak balik rumah mak dia buat buah tgn di pagi raya. Linda kata, biasaler, org tua2 tak suka kek2 yg ada cream.. so dia mintak i buat jer lah apa pun kek yg org2 'lama' suka. So i dpt ler idea nak buat kek rainbow ni.. sesuai sket dgn raya.. colorful.. sure budak2 pun suka.

Cerry Blue Leaf Cuppies

Price:RM30/box of 16 pcs
Sambil2 i dok sebok buat rendang sempena Raya next day hari tu, sempat ler jgk curi2 buat cuppies ni utk jamuan kt budak2 yg datang raya esok (pasal biskut raya i raya ke2 baru sampai). memandangkan ada lebih sket, i kirim sekotak kecik kat Ida, member i kat tmpt keja. Actually ida ni ada order Cadar kat i (cadar pakai raya esok-hehehe), tak sempat nak bg kat tmpt keja so petang raya baru i wakilkan hubby i p bg cadar tu kat dia. Janji jmpa kat Billion. Ida plak bila tau i x ikut, dia pun ajak hubby dia p jumpa hubby i. Hubby Ida terkejut ler pulak bila hubby i bg kek.. dia kata "aikk.. tak order pun kek" hehehe mesti dia confuse cadar berubah menjd kek. Sebenarnya.. Cadar dan kek utk ida dan hubby dipetang raya.. saja ler nak bg ida rasa.. pastu tido lena atas cadar baru..
*tengok2 balik, cuppies ni mcm sesuai utk raya krismas plak.. x pelah.. hentam jerlah.

Cupcakes utk Jack

Price:RM2.20/box (minimum order 20 boxes)

Price: RM2.00/pack of 10 mini cuppies (min order 30 packs)
Hanya Jack jer yg taw pasal cupcakes n mini cupcakes ni (projek rahsia kami..)... hehehe.. Jack... where are you? Bila nak buka kedai Jack? halo halo halo..

Wednesday, September 9, 2009

Ben 10 and watch cake


Price:RM95(2kg)>
Pada suatu hari.. (chewah, mcm crita dongeng plaks) Pn Lea dtg mengadu kat i betapa dia terkilan dan sedih coz dia betul2 terlupa sesangat semalam b'day anak dia Nurin Batrisya yg ke 5. Apa lagi, Nurin pun mengamok n merajuk kat mummy n daddy dia. Dia request nak kek Ben10 jgk2. Nurin ni peminat fanatik Ben10. I mmg surrender la kalau order terkejut tergempar mcm tu. Trus i bg idea suruh dia pg cari kek Ben10 ready made kat kedai kek cepat coz nak pujuk Nurin yg berkecil ati coz mummy n daddy dia lupa. Pn Lea n hubby beli mini lap top utk nurin sebagai ganti hadiah kek tapi Nurin tetap x puas ati. Biasa la bdk2, bg diorg kalau b'day mesti ada kek. Tapi Nurin request nak kek Ben10 jgk! pilihan ke2 Kek Ultraman. Dia langsung x minat kek barbie ker, snow White ker.. yg feminin2 dia x main. Then, dah dekat pukul 4 Pn Lea call i, "yus, kedai kata 2 hari baru bley siap la kek tempahan khas mcm tu... tolong ler yus.. sian kat Nurin ni.." I mmg x leh trima! lewat sgt! Mati i!Urusan kat rmh x clear lg. Preparation nak buka posa x ready lagi. baju dlm washing machine lg.. Then Pn Lea terus bg Nurin cakap dgn i "untie.. i want chocolate cake.. please spell b.e.n.t.e.n on the cake" Dgr jer suara cute n comel n mendayu2 tu i terus cair... cute sgt bdk tu.. terus i lupakan kerja2 tertunggak i. Ok ok ok lah... i buat lah.. hasilnya i x jamin. Pn Lea nak choc butter cake. I mula buat jam 5 (tunggu butter defrost).. kek masak masa tengah tunggu nak buka posa. start hias pukul 8.45 (kena tunggu kek sejuk plaks).
Then around 10.30 mlm i pg hantar kat petronas kat rmh Pn Lea di Taman Batik. Nurin ikut sama. dia mmg x leh tido slagi x tgk kek tu. dah tengok baru dia puas ati. I bgtau dia, "Nurin.. here your Ben10 cake.. u can eat the Ben10 watch, bcoz its also cake. Everything is cake.. jgn makan talam n box dah.."hehehehe. Malam tu rumah n dapur i mcm rumah tarzan. Balik hantar kek trus mcm nak pengsan. tidor trus smpai bgn sahur lewat next day. Pengajaran crita: Jgn bg anak u all cakap ngan i bila nak order terkejut tergempar.. Len kali order awal utk dapat hasil yg lebih memuaskan. hehehe.

Sunday, September 6, 2009

Orange Cupcakes



Price:RM35/box of 16 pcs
Umul Karimah, student dari Matrikulasi Penang, merupakan student 1st year kat situ yg tringin nak makan cupcakes tetiba di bualan ramadhan ni. Dia sesaja order.. xder even apa pun.. Menurut critanya, si Umul Karimah ni memang penggemar fanatik terhadap warna Oren. Mesti everything dalam bilik dia warna oren. Punya ler gila warna oren, sampaikan kek yg dia nak makan pun dia request oren.. dan perisa oren. Actually, jarang org request perasa oren.. most favorable order i mesti perasa chocolate.. Kiranya, Umul Karimah ni budaknya mesti unik, lain dari yg lain...mcm kek i.. hehehe. Selamat hari Oreeennn Umullll... Thank you.
*umul suruh i tunggu dia kat tepi tasik kat post guard.. punya ler best tasik kat situ. Cantik.. rasa mcm xmau balik. Tringat lak zaman muda2.. zaman2 suka lepak tepi tasik.. cari ketenangan kat Uitm Mara Melaka satu ketika dulu.. huhuhu..rindu-rindu

Saturday, September 5, 2009

Superman & Spiderman Cuppies


Price:RM65/box of 16 pcs
En. Saiful Izam Sharif dan Puan Mira order cuppies ni utk Anak tunggal kesayang mereka yg pertama (Syaqil Rayyan) bg menyambut birthday yg pertama. Diorg ni stay kat K.L, ambik cuti 5 hari sengaja balik S.P berpuasa dgn mak abah kat kampung. Bagus tul diorg ni.. Slalu org ingat nak balik kampung time raya jer.. Menurut En. Saiful, Syaqil mmg gedik2 giler bila tgk cuppies tu. Dia n wife serta atok n nenek mmg happy sesangat coz dapat sambut b'day dgn 'org baru' mereka yg pertama.. So, Happy b'day Syaqill...

Wednesday, September 2, 2009

Flower Bouquet Cake 1



Price:Rm95 (1kg++)choc moist cake
Setelah kisah and gambar pasal Flower bouquet cake yg i buat utk puan Hasnah keluar, i dapat byk sangat feed back yg memberangsangkan. Ada yg booking utk hantaran kenduri ujung tahun ni, yg sms tanya quotation, yg call nak tau lebih lanjut dan tak kurang juga yg berminat nak belajar (nak kena buka kelas ler pulak- ahaks..) Among all, timbullah seorg lelaki (yg i rasa most romantic person on earth yg tinggal) call i utk order kek tersbt sebagai surprise kat wife dia sempena wedding anniversary diorg yg ke 19! Diulangi... yg ke 19!! FFuuuuuhhhhh romantikknyeeeerrrrrrrrr..

Lelaki yg i maksudkan ialah En.Mohd Shafeza dari Taman Ria Jaya Sungai Petani. Ini complete respond dari En. Shafeza on the next day, after i sms him asked about what happened yesterday during the surprise. (dia respond 3 sms kat i- i punya la bangga n berbesar hati coz dia sanggup menaip ber page2 sms kt i.. he can refuse to do so. Kalau org len maybe dia respon: ok, everything berjalan lancar or just a simple respond jer, tp En.Shafeza ni sanggup luang masa dia bg feed back yg sgt2 best yg memberi semangat lagi kat i.. ) Sms beliau kat bwh ni original.. langsung i x edit.

"Wa'laikumsalam, 1st.. nak ucap tima kasih byk2 pd puan kerana good servis, very nice & very beautiful cake. Surprise tu saya pakat dengan anak gadis saya (yg pergi ambik kek kat puan diluar tu..) My wife crying, she hug me & hold me about a minute infront my son and daughter.. Dia mmg x sangka sbb this year ann. jatuh pd ramadhan. Usually every year dia dpt bunga.. either by hand atau florist hantar kat rmh. Dia snap photo cake puan & MMS to all her best friend. My daughter took half the cake 4 bring back to hostel..cantik dia kata. Saya pun akn upload dlm blog saya nanti. Anyway, thank u very much."
"Saya tengok stick yg puan tulis Happy Ann tu wife saya ambil letak dlm lemari baju dia..Makna dia, dia very much appreciated"
"Terima kasih juga pada puan. Semoga bisnes puan semakin sukses. Kalau blog puan allowed comment, nanti saya akn buat testimoni..Tq"

So u all just imagine ler mcm mana ler perasaan puan (lupa plak nak tanya nama) bila di surprise mcm tu.. bestkan.. bestkan... Congratulation puan.. org mcm En. Shafeza ni dah semakin pupus kat dunia ni.. Anyway, Tq-Tq-Tq Very Much For being my customer En. Shafeza.

Ramadhan Cupppies



I nama kan Ramadhan cuppies becuse, cuppies ni ada cerita menarik disebaliknya.. hehe. Cuppies ni order oleh seorg jejaka, Amiruddin yg nak bawak family dia ke rumah keluarga tunangnya utk jamuan berbuka puasa. (Keluarga tunang Amir invite family Amir berbuka kat rumah diorg) Kiranya, ni kes nak ambik ati bakal mentua n pak mentua la nih. Amir sms i tanya pendapat nak bawa buah tangan apa yg sesuai coz mak dia dah bising suruh cari ler apa2 pun yg sesuai utk buah tangan nak bawa kat keluarga bakal menantu. Then setelah Amir search iklan i kat mudah, dia dapat idea utk bawa cup cakes ni sebagai 'pemanis bicara pengubat rindu' cheeewaaahhh.
"akak, jgn buat grand sangat.. malu plak saya kang.. nanti diorg ingat saya tak sabar2 plak nak bg hantaran kawin.. (sebenarnya saya memang tak sabar pun-hehehe..) akak buat biasa2 aja yg simple n sesuai dengan tujuan.." -sms dari Amir.
Next day, Amir sms i bgtau, tunang n keluarga bakal mertua dia punya ler gembira terima cuppies tu. Diorg sayang nak makan. Then bakal mentua dia siap buat lawak, nanti masa kawin, dia suruh Amir tempah lagi kat i utk bg kat diorg. Part yg paling best: Diorg tanya beli kat mana, then Amir bgtau: kat internet. Then bakal mentua dia mintak address blog i... hehehehehehehehehehehe (add blog i ada kat stiker yg i lekat kat box)

Happy 13th birthday M.Santini Devi

Price: RM35/40/45 per kg - sponge/butter/choc moist
Mr.Morgan dan Isteri, Anali ni buka kedai runcit kat Taman i. Anali ni actually asalnya dari Sabah (i tak tau kaum apa) tp dia asalnya Kristian then setelah bertemu jodoh dgn Morgan dia tukar ke agama hindu..Anali ni chinese look n i suka betui tgk family diorg yg amalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dia regular customer i yg slalu datang buat treatment mandi wap, tangas n facial kat rumah. I plak regular customer dia yg slalu dok p beli brg2 harian.. especially gas. Servis penghantaran gas kedai Anali & Morgan A1! slalu, i call jer Anali bgtau gas habih, tup2 dah ada org mai ngantor.. memang i suka servis dia. Anali ni pulak rajin buat amal kat kuil. Dia penah tempah kek xder telor (vegetarian cake) kat i masa i mula2 cenderung nak buat bisness kek ni dulu. Kira mcm bg support ler kat i. Kek tu dia buat sedekah kat sami2 di kuil yg vegetarian. Pendek kata, i memang suka sangat berkawan dengan Anali ni coz diri dia, keluarga dia n live dia unik n byk cerita menarik yg i pelajari semenjak berkawan dgn dia. Kami selalu berbual tentang 'hidup' dan 'kehidupan'. Bg i, Anali ni lambang "ONE MALAYSIA" yg sebenar. Tq for being my friend.
Anyway, kali ni, Anali pesan kek utk anak daranya yg kedua, Santini Devi Sempena birthdaynya yg ke 13 yg jatuh pada 31 ogos baru2 ni. Dia nak kek buttercream biasa perasa oren. I buat kek ni dlm keadaan rushing because dia order last minute (dah tengahari..masa i kat tempat keja, then bgtau nak ambil malam).. So seperti biasa, kalau buat kerja last minute, byk ler hasil yg kita x brapa puas hati.. That's why hasil kek ni pun 'biasa2' saja. So, Korang semua,Please-please-please.. order ler kat i awal sket supaya i boleh 'meluahkan' hasil kreativiti i dengan lebih sempurna n lebih menarik.