Tempahan kali ni diterima dari Haji Mansur dari Guar Cempedak utk majlis perkahwinan anakandanya khamis bebaru ni.. Penat gak nak menyiapkan cuppies yang beribu nih.. all out i buat cuppies ni 2 hari 2 malam..bila dah siap..legaaa!! (lega jap jer, pastu sambung tempahan lain plaks..ahaks, alhamdulillah..rezeki..)
Dah jadi trend cupcakes antara barang cenderahati dari tuan rumah utk para tetamu dlm majlis kenduri. bukan apa, ya lah, kekadang tu, keciikk ati tuan rmh bila bunga telur yg diorg beli/buat mahal2, budak2 buat main dan buang camtu aja pas ambik telur.. sayang kan.. tapi kalau kek tu, insyaallah, kebanyakkan org mesti rasa nak simpan, nak makan.. anyway, bg i, apa juga yg terbaru di pasaran, bunga telur tetap kena ada gak kat pelamin at least sejambak/ sepahar buat naik seri.. tetamu2 yg selebihnya kita kasi cupcakes aja.. so pas ni, korang order aja cupcakes kat CCC kay..hehe (iklan sebentar)
Memandangkan Hj Mansur order more than 1000 pcs,so persiapan buat cupcakes ni dibuat awal (persiapan beli bahan, barang, bekas) tapi yg betul2 hands on kek tu 2 hari 2 malam. Demi mengekalkan ke'fresh'an kek. Insyaallah through experience, kek ni tahan about 10 days kat luar. kalau boh dlm chiller lagi la tahan, tapi kek jadi keras ler sket, so better simpan kat luar aja..(mesti abih punya, tak sampai 2 hari..hehe)
pas dah bakar kek, masukkan dlm bekas, hias, letak accessories, kena tutup bekas then kena kira, masuk tong
Blur sket gambar nie pasal lupa nak snap sebelum tutup bekas cuppies tu. Bila dah tutup ngan penutup dome tu, gambar jadi kembang n blurr..biasa lerr, camera cap parang aja.. ish..bila lerr boleh beli camera canggih tah..huhuhu
Finally!!, siap aja semua cupcakes ni, rasa mcm baru habih SPM jer.. lega n gumbira.. Actually, ni bukan gambaran keseluruhannya coz the day before, Hj Mansur dah datang collect 3 tong yg bersaiz mcm gambar diatas.. so ni kira baki lagi 4 tong aja la yg Hj Mansur dtg ambik on the next day. Tengkeiuu to Hj Mansur for this business opportunity..
*So, sesapa yg rasa nak order cuppies budget penganti bunga telur serendah RM1.20/each (mesti over 1000 pcs) utk musim kenduri akan dtg, please bgtau awal2 n booking tarikh so i boleh "kosong"kan tempahan utk big project mcm ni.. email me the details..boboieyyyeee..
No comments:
Post a Comment