tok-tok-tok... Assalamualaikummm..hellooo... sorry yer kalau CCC dah lama tak update blog.. bukan apa, i xder kat S.P. Outstation. Sebagai persediaan nak mengajar kelas kek, so i pun buat ler serba sikit persediaan utk menambahkan ilmu didada..and seperti biasa, sapa lagi i nak rujuk.. my sister a.k.a mysifu lah.. Sifu i ni mmg keja dia buat kelas pun.. Kalau sebelum ni, i belajar ngan dia informal..(sbb dah bawak anak2 bercuti kat rmh dia-Sromban) kali ni, i join trus kelas2 dia .. so bila join kelas ni, ilmu yg dapat lagi banyak. Kalau tak, asyik meraapuuu aja kami ni..
gambar2 kat atas tu kira sebahagian dari apa yg i p belajar haritu: kek Opera (rich with cofee n choc), Snowy peach (paling sedap tahap gaban mata merah),italian rainbow (yang cun melecun dan penuh berahi), German blckforest (yang cayer dimulut), red velvet (yang mengancam sanubari, jiwa dan raga), Rusian Black n white (yg unik dan penuh kelainan), cream puff & eclairs (yang tak leh berhenti makan), 3 jenis cheese cake (yg tak sempat ambik gambar..amat mengiurkan), banana choc (mcm kat secret recipe tu dan lain-lain-lain-lain lagi..hehehe.. kiranya, i mmg guna sepenuhnya masa sepanjang masa berada disana utk belajar-belajar-belajar..dah alang2 menyeluk pekasam, biar ketiak bucuk masamm..hehe
Ni la my Sifu. kedai dia kat Seremban dua. u allz boleh tengok blog dia kat bzeecake.blogspot.com. Kakak i ni selalu pokpetpokpetpokpet.. sbb i ni p belajar FREE kat dia.!! (hehehe). yg best tu, masa dia pokpetpokpet.. i slalu buat muka seposen, kembangkan hidung sket n buat mata juling (jelirkan sket lidah utk tambahkan effect seposen)... then dia akan sambung pokpetpokpet..pas tu dia akan bagi SEMUA resepi2 dia kat i..hehehe berbaloi ak buat muka seposen, hidong kembang n mata juling..Actually dia dah banyak bg resepi2 kelas dan nota2 dia kat i.. cuma..ehm..biasalah, dah rajin kann.. so dok terperuk aja dlm fail. lagi pun tak sempat ler nak try.. Tapi kali ni, dah niat nak buat kelas, kena la buka balik semua resepi2 yg dia pnh 'perturunkan'..kiranya kali ni i pegi belajar selok belok pantang larang, tips dan nota2 tambahan jer la.. mmg ada yg dah pnh buat pun.. tapi tak dikomersialkan jer.. malu..ahaks
Pas buat kek, kena buat seisi photografi plaks..ni, italian rainbow..kek yang penuh berahi..hehehe.. sapa yang dok sebelah utara nanti boleh datang menuntut kat i (jadual kelas- tungguuuu..!!).. antara yang hot kat bakery sifu i... kalau sifu free, i akan jemput dia turun mai mengajar kat CCC..
Menyedari hakikat diri ini yg pergi belajar FREE, so i dgn rela membuat kerja2 bibik kat kedai dia sepanjang masa berada disana.. yerla, nak dapat sesuatu yg berharga mestila kena mula dari bawah.. (actually sedari dulu lagi i kena jadi bibik dia.. dari sifu i mula2 buka kedai, tolong dia p juai roti,buat ayer, ambik order, jaga kedai, tolong siapkan tempahan2 dia, tolong cuci lantai, pinggan mangkok, buang sampah dll) tapi tak pa..aku redha.. demi segalanya yg dah sifu perturunkan FREE kepadaku, adindanya yg terChintaa..aku pasrah..hehehe
Choc banana..spechless..dah lama blajar buat bendalah ni.. tapi malas nak buat kat rumah sendiri..kali ni..nekadd!! mesti buat-mesti buat..mestiiii!!
Nak tahu punca malas? hehe..dah ada kakak yg xpert buat kek..watpa nak susah2 buat sendiri..hehe, setiap kali p bercuti kat rumah dia, request aja la.. yang pasti, setiap kali request tu, i kena tahan telinga dengar dia pokpekpokpekpokpek..tapi atlast dia akan buat jgk kat adinda dia yg terChienta ni..hehe ( carrot cheese cake dia..fuhhh kalah gaban mata merah!!)..dia slalu buat kat adiknya yg terchinta ni kalau i pegi sana..hehe.. dia taw i sukaaaa..hhehe
Ni pulak, dalam i dok selit2 menuntut ilmu kek kat sifu (yg ntah dah berapaaa kali) so i sempat ler memunggah2 kedai dia n terjumpa fondant.. then apa lagi..my favourite activity: main 'clay'. dah tu ada plak full equipment, hmm hapa lagi..sanggup i stay up mengentel bendalah ni sampai 3.30 pagi (esoknya ada kelas pagi).. Bukan apa, tak nak buang masa.. actually, i curi2 masa aja 'larikan' diri pegi menuntut ilmu kat sifu. minta hubby ambik cuti jaga anak. so dah jadi bujang tu, mmg i guna masa yg ada semaksimum yg boleh.. lagipun, i kena rush balik utk siap kan the next day punya tempahan. so i buat ler seksiap figurine ni..tema kek yg org tempah. kalau balik s.p baru nak buat takut tak sempat. So nanti u allz tunggu dan tengok kek apa yg i buat dgn figurine ni.
ok lah, kepada sifuku yg ku Chentai..terima kasih kerana tak putus2 "memperturunkan" semua ilmu yg dia belajar dari seluroh pelosok donia kat i.. i ni mmg bertuah sangat2 sbb dpt short cut everything..belajar terus dari dia yg banyak pengalaman.. dah ler dia ajar FREE.. dia bagi semua nota2.. tips2..petua, teknik yg betul, langkah2 dan panduan yg semuanya amat sgt2 berguna kat i.. (ish mcm kembang tengkok jer dok puji2 kakak ni..biasanya kami suka 'gaduh'..hehe)..maka aku rela di 'bibik'kan oleh mu..insyaallah CCC akan melangkah setapak lagi selepas ini dengan membuka kelas2 kek dan figurine utk anda.. semua ni berkat dari sokongan padu sifu dan anda semua.. (ish mcm ayat dlm bhgn pengenalan buku kek jer-hehe mana taw jadi kenyataan, ahaks!) Oleh itu wahai sifuku Zalina Yahaya dari Bzeecake bakery, tengkeiuu so much, luv u.. nak perturunkan apa lagi kat adik? kedai taknak bagi? hehe lariiii......
tengkeiuu gak to my beloved Hubby yg sanggup ambik cuti, balik dari ipoh jaga anak2 walaupun i taw dia sibuk.. my parrents yg look after the kids sementara hubby nak sampai..dan anda semua pelangan CCC yg memberi sokongan padu. (confirm mcm ayat pengenalan dlm buku!!)
So, mari2 kita bersuka ria belajar bersama2 i kat CCC nanti.. kita mula kelas kita nanti dgn basic cake kay??...
No comments:
Post a Comment