Sunday, April 10, 2011

Kelas Cupcake Deco 9 April 2011

Pada 9 April, Sabtu 2011, kelas pertama CCC berjalan dengan lancar. Kelas cupcake deco ni disertai oleh 9 pelajar iaitu: Siti Safura, Amira,Aslina, Siti Hajar, Zuriati, Azliza, Suriati, Irna, Syaqirah. (nama mengikut senarai kehadiran yg paling awal dan paling lewat-ahakszz)
sorry, visual kurang jelas.. seisi introducing..
Kelas pertama CCC ni mmg gempak gila.. semua belajar dlm mood enjoy dan hu ha hu ha.. dont worry , bukan ada ketua kelas nak tulih nama kalau bising.. malah skali cikgu pong buat bising..muahaha..
go through nota dulu..step by step diterangkan sambil tunjuk example..

Kelas dimulakan dgn briefing tentang back ground masing2..utk pengetahuan u allz semua, hampir 90% yg attend class haritu mmg tak der experience langsung pegang nozle, piping bag..apatah lagi nak buat krim.. yg ada, experience buat kek biasa2 utk makan2 kat rumah.. tapi setelah di asah berkali2, mereka semua ni pulang dgn kerja tangan yg sgt baik.. dah boleh terima tempahan...so, buat korang yg memang zero knowledge, tak pnh buat kek langung, mai sini cikgu nak asah kasi tajjammm..Ok, very basic..sampaikan ke teknik nak guna piping beg pun diajar.. cemana cara betul utk isi icing ke dlm piping beg, nak pasang nozle cara bijak cemana supaya tak comot dan memudahkan penggunaan keatas cupcake,.dan yg best, diorang hands on sendiri, setiap org..tak main syer2.. CCC mementingkan pelajar2 semua experience sendiri from basic.. (ee chey chey.. iklan kelas ler tu..)

Rose petal..cikgu mulakan kelas dgn menunjukkan teknik tepat utk dapatkan kelopak bunga ros. stengah jam pertama..hancuss..(hhehehe) semuanya nampak mcm tension sbb nak mahirkan kedua2 tangan dan jari jemari..masa tu mcm2 bentuk keluar..mcm kepala naga la, mcm buah dragon fruit la.. macam rumah terbakar pun ada.. hehe
See.. pas stengah jam..punya la cun tuan bunga dan bunga yg dibuat..silap tak ambik gambar bunga yg Siti hajar buat masa awal2 dia pegang nozle.. cikgu suruh buat berkali kali blajar buat byk2.. then the best 2 atau 3 flowers yg student buat aja, kena letak atas cupcakes..Syaqirah..antara student yg zero a.k.a negative xperience.. tengok tu, hasil selepas latihan again and again.. (konsep kelas 'ajar sampai pandai')- tu kan dah pandai..
concentrate..sampai juleng mata mira.. nasib baik tak leleh ayaq lioq..
Bila student dah berjaya buat rose dgn cantik, saat yg mendebarkan adalah bila nak memindahkan rose tu keatas dulang atau keatas kek.. tersilap teknik aja..ni lah kesannya..kelepuk..jatuh..pastu kedengaran la bunyi jeritan yg penuh kejutan.. "bungaaa akuu!!!" ada yg melatah la, terbeliak bji mata la, ternganga la..bila salah teknik memindahkan rose..maklumlahh punya lah susah diorg nak hasilkan..hehehe..tak pa-tak pa..buat len- buat len..practice make perfect.. ok, gambar2 seterusnya ni mendescribekan aktiviti kelas semalam..layannzz..

ummi Aslina.. mula2 ketinggalan..tapi pantas tol dia kejor student lain.. Dia slalu ngadu kat cikgu bunga dia tak jadi bunga cameron highland seperti yg cikgu ajar.. tapi asal buat, mesti jadi bunga ros kat kampung jer.. ada teknik taw..cemana nak buat bunga ros kampung dgn bunga ros cameron highland..hehehe ok ler tu Ummi Aslina, bunga ros kampung pun cantik pa.. (lupa plak nak ambik gambar kedua2 jenis ros tu..)
Kembali menjadi cekguuu.. huhuhuhu..


Mendeco dgn penuh jiwa dan raga.. sampai herot2 mulu Suriati..disaksikan oleh Safura yg telah berjaya dgn white rosnya.

who need cikgu just raise your hand-kehkeh.. sampai dah tak yah ajar dah anak2 murid ni.. semua telented sbb dah dpt the right skill utk guna nozle..
Hasil kerjatangan kesemua anak2 muridku yang amat membanggakan.. masing2 kat Fb dok bgtau tak sabar nak join kelas deco advance plaks.. anyway diorang mcm mintak CCC buat weekends minggu pertama next month.. (wokeyh..sett)
Ok, jom tengok wajah tuan empunya hasil kreativiti setiap kotak cupcakes yg didisplaykan tadi
Syaqirah, senyuman ketua puteri Umno Merbok yg penuh menawan, rushing nak ke airport ptg tu nak ambik hubby dia yg baru sampai (sambut ngan cupcake-cheewahh romantiks tuh)
Ummi Aslina, senyuman seorg ibu penyayang, pandai masak tahap gaban.. jenis masakan lauk pauk dia..fuhh!! toringat kat arwah mak ku.. buka blog Ummi Aslina ni, byk tul tips dan resepi: cintakasihummi.blogspot.com
Siti Hajar, senyuman yg semanis-manisnya, antara yg menggamatkan kelas.. boleh tahan latah..rose dia byk kali teraccident..setiap kali accident, habih semua rahsia pecah.. hehe
Zuriati ni satu2nya student CCC yg dah buat bisness baking kat blog. Dia pandai buat kek. kek dia lawa2 dan kreatif. blog Zu: myhappycuppies.blogspot.com. pas ni Zu boleh ambik tempahan cupcakes plaks.
Kak Liza, dgn senyuman manja..terlaksana gak impian kak liza nak mai blajar kelas cupcake deco..Kak liza ni keja kat Hong Leong bank..sapa nak loan cari dia. dia bukan ah long..dia cuma nak tolong
Safura.. senyum puas.. buat bisness catering.. pas ni nak melebarkan sayap lagi dgn langkah pertama kelas cupcake
Siti Suriati.. Ketua puteri Umno, baling.. jauh dtg kesini.. alhamdulillah, berbaloi.. dari kepala naga, dah mcm pakar ros yg Suriati buat
Mira, baru graduate, tgh mengisi masa dgn menimba ilmu2 kek yg menjadi hobinya.. byk membantu. jadi photographer, tolong buat ayer, tolong sediakan lunch..(anak menakan yg rajin) berpotensi budak ni..(sbb tu gambar dia tak byk..dia di blakang tabir)-tengkeiuuu Mira..lap yu..Mak Mira ni siap nangis tengok hasil tgn anak sulongnya..terus call me ucap tengkeiuuu.. i pong rasa terharu dan nak nangih gak (pasai lepas kelas tetiba kelas i tak der karan..cemana nak bakar kek utk tempahan esok!?huhu)

*gambar sorang student yg camera shy: Eirna terlepas nak ambik (gambar personal ngan hasil cuppies).. alaaaaa tak best laa!!! Disbbkan hal yg tak dpt dielakkan, dia tepaksa balik lambat haritu, so sepanjang kat kedai tu, kami byk berbual..Eirna kata nak ikut jejak kak Yus, buat bisness sendiri kat rumah.. boleh spend masa ngan family dan anak2.. (hehehehe-yer ker..-dah 2 hari akak tido kat kodai nih!! hehehe)

Kesimpulannya..alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Smua pelajar dpt byk input sepanjang berada di CCC. Diatas permintaan, minggu depan, Sabtu 16 April, kelas deco cupcakes akan diadakan lagi utk seisi seterusnya. tempahan tempat boleh dibuat sekarang. Keutamaan diberikan kpd sesiapa yg booking dulu dgn byran deposit.. boleh call atau email me utk tempat yg terhad..
Yuran: RM130 (sila click kelas cupcake deco yang terdapat di label sebelah kanan utk keterangan yg lebih detail tentang kelas)

No comments:

Post a Comment