Saturday, July 30, 2011

carrot walnut cream cheese cake- kak Liza

Carrot walnut cream cheese= RM80/receipy (saiz 10)
Kak Liza yg attend kelas slice cake haritu ada gak tempah nak ambik kek carrot walnut ni. Dia tempah awal2 lagi..sebulan yg lalu sbb takut CCC reject tempahan dia. So hari tu, selain bwk balik slice cake yg dipelajari, kak Liza juga turut bawa pulang kek carrot ni utk di surprisekan kat anak dia; Angah & Alya.
Ai pun suruh ler kak liza berposing ngan kek yg ditempahnya tu.. mlm tu Kak Liza sms bgtaw ai yg dia sukaaa sangat kek carrot tu sbb texture cake tu ala2 kek buah kegemarannya. Kek ni pun suatu hari kak liza kena belajar.. senang cerita..belajar ajalahh semua!!! ehehe..tengkeiuu kak liza.!

*Kak liza skarang ni tgh ligat mempractickan kek slice yg dipelajarinya. sakan betui.. dlm sehari dua ni asyik sms tanya bab2 slice cakeeee ajer.. wuihh dasyat tuh!! tah berapa projek slice dah k.liza ni dapat..
*lagi satu, hari ni ai dapat feed back yg membanggakan dari student2 yg join kelas slice cake Sabtu lepas.. Majoriti yg attend kelas haritu dah dapat tempahan!!! sukaaanyaaa akakkk!! puas dan gembira ler bila student dapat tempahan..tumpang bangga la.. yg best lagi tu pas2 kelas tu, ramai yg mintak kelas slice tu diulang tayang..hehehe.. so, sapa nak join? kita buat Sabtu minggu kedua bulan posa.. nanti CCC iklankan kay..

Friday, July 29, 2011

Kelas 4 jenis Slice cake sabtu lepas

Ish2..dah nak masuk Sabtu baru dah esok..hari ni baru kluar creta Sabtu lepas..hehe sebok sket ler.. sori zahir batin..
Ok kali ni ai nak crita pasai kelas demo kek slice. Kelas kali ni dihadiri oleh 6 pelajar: dari kiri Farida Hani, Kak Ros, Yantie, Mardiana, Julia dan Kak Liza..
Kelas kali ni menghimpunkan 4 muka lama a.k.a senior dan 2 muka baru a.k.a junior. walaupun senior, tapi ada diantara diorg yg baru berkenalan..tapi dah nama join kelas CCC, mesti rasa mcm dah kenal lama.. jap jer get close..jom layanzz aktiviti sepanjang kelas;

Seperti yg ai selalu dok cerita kat student, sapa tak belajar kek slice ni memang rugi pasai kek ni bukan setakat senang nak dibuat malah senang nak dijual. Org suka beli dan makan sbb kek ni very representative dan practical utk dibuat jamuan.. buka aja kotak, hidangkan..makan.
Cher korang tengok tu..betul tak ai cakap kek ni senang nak buat.. buat sebelah tgn n tutup mata pun jadik..cher tengok betapa skillnya kak liza dlm gmbar diatas.. sebelah tangan n tutup mata pun jadik!! terrer kan..

Dah nama pun kek slice kan... mesti ler kek tu kena di slice2kan..so bila difotung2 tu, sure ler ada saki bakinya.. hah apa lagi.. jemput ler rasa bhgn reject tu..
*Lia tengah memanjangkan tangannya utk merasa slice cake yg direject, Kak Ros memberi laluan kpd Lia yg kecik molek itu manakala kak Liza plak tgh memerhati aja kek slice tu sbb tak taw nak mula ngap kat mana..hehe
Yanti.. ala2 minah Arab.. kantoi dgn krim dimulut..kak Liza nak rasa satu lagi dan kak ros plak kata: "ummppp..sedapnyaaaa.."
Yanti rasa lagi..dan kak Liza pun rasa lagi dan lagi manakala kak ros pun menikmati slice kek tu seperti memakan kfc..sedaappp

Tak pasti ler plak aksi apa yg diorg tgh buat nih..nampak mcm Mardiana tgh tuang ayer dari teko.. pastu Lia plak sua gelas mintak dituangkan ayer manakala Kak Ros plak dah mula nak minum ayer dari gelas.. pelik2..mana kek slice ai nih? hangpa main minum2 ayaq teh plak no..

*nak perli cikgu ler tu..dari tadi asyik merasaaaa jer.. tercekik ler tu.. bokbuat main2 minum ayer plaks budak2 nih! kan ayer kat blakang nuhhh!
Bagi peluang hands on masa time deco Farida terkesima seketika.. mesti dlm hatinya terdetik "letak dqoyan, nangka, manggih, rambutan atas kek ni pun bagus gak nih- local fruit slice"-hehe
* tgk tu, Mar n kak Liza masih mendeco sebelah tgh jer.. tu la ai cakap senang gaban buat kek nih- sebelah tangan / sebelah mata pun jadi

Kak Liza menunjukkan skill yg ai tak ajor dlm kelas.. teknik baru menggunakan pisau.. gunalah bahagian leper pisau..jgn guna bahagian tajam.. kekdah baru lagi terkini dlm teknologi penggunaan pisau utk membuat slice cake..
Tgh mendeco kek stoberi.. sorang buat buah stoberi, sorang buat daun, sorang buat titik2..hehe
Kak Ros menunjukkan skillnya membuat swirl diatas slice opera..(pun menggunakan sebelah tangan-kan ai kata.. kek ni SSSangat SSSenang, SShhedapp, Bestttt, SSerta diSSSukai ramaii.
Deco lagi

Selesai..Kek slice yg dibelajar hari ini, strawberry slice, ala2 opera slice, chocolate slice n fresh fruit slice
Part paling best..seisi membahagikan hasil utk dibawa polang- bongkosshh--bungkoshh..
Fruity ganache slice cake
Tadaa...pas kelas tu, dah bahan2 masih diatas meja..dan ada kek yg ai bako lebih, so ai pun buat ler kek slice fruity ganache ni utk bekalan romeoku. boleh ler hubby darling bawak pulang Chemor esok..makan2 ngan kengkawan..
Ada lebih sket tu, ai pun bungkos ler skotak kecik kat apek2 kat kedai keta kat bwh ni.. sbg penghargaan kat diorg yg dok tengok2kan keta ai n keta student2 ai serta mengawal lalu lintas setiap kali kelas berlangsung (cheewah..macam ler ramai sangat!!-syoq berangan!) Semoga mereka bahagia dan gumbira berjiran ngan ai.(sebenarnya standby kot2 keta ai rosak ..so buat2 baik pi ler ngan diorang- hehe niat yg sunggoh suchi dam morni)

ok, tengkeiuuu semua kpd setuden2 ku yg tak jemu2 menjoin kelas2 yg CCC anjurkan.. u all memang best.. Jgn lupa, esok kelas cream puff, ramai muka2 baru esok sbb kelas ni kelas ulangan..kita jumpa geng2 baru esok kay..boboeiyeeee..

Thursday, July 28, 2011

red velvet - Muni

Kalau tadi ai crita Muni tempah kek kartun angry bird kat anak2 dia, kali ni, ai nak cerita plak pasai tambahan tempahan Muni iaitu Red velvet. Muni kata kek kartun tu utk budak2.. dan utk org2 dewasa, parents Muni, dan golongan vateran, red velvet menjadi sajian..Bijakkk, bijakk.. hehe
red velvet= rm85 per receipy
Ok Muni, tengkeiuu very much. Hope to hear from u again..

angry bird theme- Muni

Strawberry sponge buttercream with cartoon theme+ candle= rm55/kg
Muni call i mintak i buat kek yg boleh gabungkan ciri kedua2 anakandanya iaitu Adriana 6 n Aqashah 3. Susah gak nak cari idea kek yg mempunyai gabungan ciri yg tak terlalu maskulin atau feminin.. Nasib baik Muni bg kat i 'subjek utama ' kek tu iaitu charactor Angry Bird. so ai pikior ler cemana nak buat.. so cegini ler hasilnya
Tengkeiu Muni byk2 sbb masih sudi mengorder kat CCC. Masa dah nak balik tu, Muni baru bgtau kat ai sebenarnya ni tempahan Muni yg ke tiga akhirnya baru berjaya tempah kat CCC. Dua kali sblm ni katanya ai reject tempahan Muni sbb tak der kat S.p n anak2 sakit. Alaaaaa tak sangka plak rejectkan itu terkena pada org yg sama..serius ai tak prasan.. Soriii Muni..maapkan daku..

*nasib baik tempahan ke-tiga ni jadik..kalau tak confirm CCC kena black list ngan Muni.. sori ya Muni-nasib baik- sori-nasib baik-sori-nasib baik-sori-nasib baik..heheheh

Wednesday, July 27, 2011

xxs cuppies- Shakirah

Sample model2 xxs yg ditempah Shakirah utk house warming bebaru ni.. minum ngan kopi o ptg2 shedap nih!! 2 kupang jer each
Colorfull..budak2, mak budak, pak budak, tokwan budak mesti tetarik..makan plak ngan teh tarik, confirm tak serik..acheewah!
Ni lah semua tempahan yg Shakirah buat. tengkeiu Shakirah. Selamat menetap di kediaman baru..moga2 bertambah murah rezeki bila dok rumah baru nih..hehe

Cuppies utk org marhaban- Shakirah

Selain mengoder kek pelangi malaya, Shakirah jugak tempah beberapa cuppies dlm individual pack ni utk bagi kat group makcik2 yg datang marhaban/ baca yasin kat rumah dia..
rm2.80 each
Setiap bekas ni, Shakirah masukkan dlm paper bag sebagai cendera hati kat makcik2 tu..

Tuesday, July 26, 2011

kek butter pelangi Malaya= Shakirah

Kek butter Pelangi Malaya rm55 (about 2 kg)
Shakirah tempah kek butter pelangi Malaya ni utk majlis house warming yg berlangsung kat rumah Shakirah bebaru ni..Kira baru pindah ler critanya nih..
*(terpaksa letak nama kek butter pelangi malaya sbb nanti u allz confuse plak ngan italian rainbow-hehe)
Kek ni dah memang sifatnya 'tak lawa diluar cantik didalam' so asal ade jer org tempah kek ni, majoriti mesti nak ai potong seksiap.. so boleh nampak corak kepelangian yg sangat bercolorful itu..
* Tengkeiu Shakirah, salah sorang yg attend house warming kat rumah u haritu dah call i tempah kek cegini gak Jemaat nih..hehehe tengkeiu-tengkeiuu

Monday, July 25, 2011

slice cake = Anis edora

Selain Anis dari padang serai yg dah regular mengorder kek kat CCC, sorang lagi Anis iaitu Anis Edora , cikgu kat sekolah Pinang Tungal Penang pun suka gak mengorder kek kat CCC. Dah lama menyepi, kali ni Anis Edora muncul kembali mengorder 4 jenis slice kek.
Anis order kek ni utk jamuan kat sekolah dia. Dia minta ai buat penghantaran haritu. Memandangkan schedule haritu agak free, so ai pun hangkut ler askor2 ni pi buat delivery kat sekolah pinang tunggal.. Ishh sayuu jer lalu kot jalan ke sekolah Anis tu.. mengimbao ler plaks kenangan masa ai dok berulang alik Padang serai utk pegi mengajar dulu..
Anis oder 1 box slice coklat, 1 box slice stoberi dan 2 slice kiwi..
Tempahan Anis, 4 kotak semuanya. 1 box 36 pcs x 4 box = 144 slices.. harap2 cukup ler cikgu2 kat situ mamam..heheh

Sunday, July 24, 2011

Kelas Cupcake Advance (hands on)

Soriiii..heheh lama plak ai menyimpan cerita kelas cupcake advance yg berlangsung Sabtu lepas. Kelas kali ni dihadiri oleh 4 student iaitu Kak Ros, Ninie, Farida dan Mashitah. Seronok nor kelas ni sbb kelas ni mcm kelas utk kanak2 yg belajar cemana nak buat figurine yg penuh kaler2.. qona qoni..serta cute2 dan comel2.. semua tersenyumm aja sepanjang kelas sbb produk yg diorg hasilkan tu boleh buatkan sesiapa memandang mesti rasa ceria.. Jom layan gmbar sepanjang kelas..
Proses permulaan, menguli, mewarna dan mencanai.. Farida dah jadi mcm ejen CSI tgh dok guna brush men cari kesan cap jari..hehe.. Mas plak tak abih2 mencanai.. go mass go!
Kak Ros..dah ketagih tahap gaban join kelas CCC. Dah hampir setiap minggu dia attend kelas.. dah mcm2 dia belajar. Alhamdulillah, anak2 n somi serta jiran2 tetangga semua dah puji hasil kak Ros yg semakin advance.. (tumpang bangga..hehe)
Ninie ni lagi sorang yg ketagih nak join kelas CCC. dulu dia pernah ambik kelas private DIY buat basic cupcake n deco. Kali ni kira dia khatam ler plak kelas advance..So kiranya, bab2 cupcake skarang ni, Ninie dah Grad dan lulus cemerlang.. CCC tumpang bangga dan gumbira tak terkira bila dengar Ninie dah mula dapat tempahan demi tempahan demi tempahan..pulun ninie..pulun, sebelum baby kat dlm perut tu kluar.. Gambar kat atas ni cute sangat.. Ninie tgh selimutkan baby fondant dia ngan selimut.. insyaallah, kali ni dapat baby girl..comel dan cute mcm baby fondant yg Ninie buat tu.. (siap ada reben flower baby tu..insyaallah- amiinnn)
Mas, tekun buat bunga Lily.. antara yg siap awal pasal kalut nak balik ngantor cheese tart tempahan customer. Mas ni pandai buat tart taw.. sapa nak tempah boleh cari dia kat Sek Men Khir Johari (alamak, Mas tak kasi add fb/ blog ler)
Farida.. dia bgtau ai, anak2 dia (anak 4 you!! tengok body dia!!) suka sgt2 cuppies tu tapi semua sayang nak makan..tapi dah nama budak2..dan taw plak yg tu kek, so last2 berebut2 plak nak makan teddy bear, lady bug, baby n tebuan comel tu.. tak per tak per anak2..makan jer..mak korang pandai buat lagi..hehe
Kelas yg penuh warna warni.. dan penuh animasi kartun2 comel dan mak2 budak yg comel2..
Ok, jom tengok hasil kreatif kerjatangan yg disiapkan oleh setiap student:
Kak Ros

Hasil kerjatangan kak Ros

Mashitah
Hasil kerjatangan Mas.. tuk anak tunggalnya yg sama nama ngan anak ai; Adam

Farida..wlpn sibuk ngan kerja, still berminat nak dalami ilmu yg rumit2 nih-tabik spring (tooiing)

Hasil kerjatanga Farida

Ninie, dah graduate ler pas ni bab2 cuppies.. kalau nak ambik Master atau Phd bgtau CCC kay..hheehe

Hasil kerjatangan Ninie.. harap nanti dia dpt baby girl mcm yg bwh selimut tu tapi harap baby tu tak kuat nangis mcm cuppies bwh sekali paling kanan tu.. (mak aii piching paling tinggi tuh!-standby aa Ninie) kehkehkeh


Tengkeiuuu to Farida, kak Ros, Mas dan Ninie.. semoga boleh dapat projek besar2an pas nih.. lap yu!

Tambahan: Lupa plak nak cerita, ramai customer ai ada respond thru email, phone dan directly asked me: diorg kata diorg memang tak der basic langsung bab2 baking membaking, nak create kek jauh sekali inikan pulak nak buat kek2 yg grand2 ala2 continental (bak kata zero lah dlm bidang nih!) so boleh ker join blajar kelas ngan CCC..
Jawapannya : TERRRSANGATTT LAAHHH BOLEHNYAAA: sbb hampir 75% student CCC semuanya dtg dari ZERO knowledge n ZERO experiece. Jgn risau CCC akan gilap 'bakat' terpendam tu sampai setanding ngan pelajar lain.. Semua ni buka apa, org2 kat luar tu selalu anggap student2 yg hasilkan kek2 serta figurine yg cantik2 tu mesti dah ada strong xperience dlm bidang ni..
Jawapannya: TIDAKKKK dik nun! tak percaya, korang tanya ler sendiri mereka2 yg pernah attend kelas CCC ni. ada yg langsung tak pernah buat kek..dan ada yg langsung tak reti guna oven (hehehe buat student ai yg terasa, harap maaf zahir batiinnn-heheheh)

*utk pengetahuan korang, student ai yg tak reti guna oven tu, skarang ni, dah 5 kali buat cream puff wlpn baru 2 minggu attend kelas tu tak termasuk kek2 lain yg dia dah buat! dasyat ak? (heheheheheheheheh ehermm sapa yg makan cili tu.. tolong buat garam belacan sekali yer..muahaha)

Friday, July 22, 2011

Peringatan kelas 4 jenis kek slice Sabtu 23/7/2011

Jadual kelas: KELAS DEMO KEK SLICE 23 JULY 2011 (SABTU)

Tarikh: Sabtu, 23 July 2011
Masa; 9 pagi - 3 petang
Kelas: Hiasan kek slice 4 in One - Strawberry slice, Chocolate Slice, Ala-ala Opera slice cake n Fresh Fruit Slice cake
Harga: RM120
Deposit: RM70
Kelas: 1/2 praktikal, 1/2 demo - (demo masa buat dan melapis kek, praktikal semasa menghias kek)



Fresh fruit slice cake

Strawberry slice cake

Ala-ala opera slice cake

Chocolate slice cake


Kandungan kelas:
i. Pelajari cara betul buat kek sponge - chocolate, strawbery dan vanila
ii. Cara buat buttercream yang putih dan gebu
iii. Cara melapis dan memotong kek sponge supaya kemas dan cantik semasa dipotong
iv. Cara menghias kek slice yang comel-comel - kek slice strawberry, kek slice kiwi dan kek slice chocolate
v. Cara packaging dan cara menentukan rega...

Sila confirmkan kehadiran anda SEGERA!

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM70 ke dalam account Maybank
Yusniza Yahaya: 1520 5998 7653

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK SLICE 23 July ke 019-5565 393

NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik slice cake masing2. (kalau malas nak bawak, beli box kat CCC rm1 hengget satu)