Tuesday, February 12, 2013

CuitCuteCakes Chilled Corner (5C's)- 12/2/13

Alhamdulillahhh.. CCC sengaja pilih tarikh 12/2 ni sbb tarikh hari ni merupakan tarikh yg ai tak leh lupa sepanjang hayat iaitu tarikh birthday insan tersayang.. arwah mak. Tiap2 thn pada 12/2 mesti rasa sayu teringat kat arwah mcm dia masih berada di'sini' (bukan tarikh birthday dia aja hari lain pun ingat.. cuma bila tarikh birthday dia rasa sayu tu bertambah2..) - teringat kami adik beradik p kedai beli kek buttercream yg murah2 surprise kat dia.. Bagi mengabadikan kenangan tu, hari ni 12/2/13 CCC memperkenalkan 5C's iaitu CuitCuteCakes Chilled Corner utk uolls semua.. kenapa ai buat 5C's??
Sebenarnya.. timbul rasa bersalah kat pelanggan dan pelajar  tersayang apabila masing2 menyuarakan masalah yg sama dari dulu hingga kini iaitu:

1. Pelanggan nak jadi cake tester dulu sblm tempah kek besar (real cake)
2. Pelanggan rasa sebiji kek yg dijual tu besar sangat/ mahal kalau nak makan dlm group yg kecik
3. Value for money.. kalau sebelum ni lebih kurang rm100 tu dapat rasa sebijik kek.. tapi kali ni kalau spend rm100 tu dapat rasa lebih 12 kek..

Maka dengan itu, bagi menyelesaikan masalah2 yg timbul tu.. terhasillah 5C's. So kepada semua student yang pernah belajar dari kami (CCC dan Bzee bakery..atau belajar dari cikgu2 yg belajar dari kami..hehehe panjang le plakss) dan mendapat pelanggan yang mengadu akan masalah diatas.. jemputlah diorg ke 5C's utk beli kek jika diorg nak 'cake taster' dulu sblm tempah kek besar kat uolls.. Jangan risau.. meang murah GILLER TAHAP GABAN produk2 dlm 5's ni. Semuanya BAWAH 10 HENGGETT!!! serius ni tak tipu.. (lepas ni kalaw customer request portion yg lebih besar barulah 5C's akan buat yg over rm10 hengget. Buat masa ni.. semua bawah rm10. Jom tengok hari pertama ni apa ada kat 5C's:

Red Velvet with cream cheese: rm6 hengget aje



Chocolate Indulgence RM5 hengget ajee.



Chocolate slice cake/Strawberry Slice cake: rm6 hengget aje/box


Chocolate Super moist... RM3 hengget.. (gaban punye morah)

Pavlova: rm4 hengget.. pun mak gaban punya morah..

Durian creepe: rm10 hengget.. ni ler yg paling mahal skali pung kat 5c's stakat neh

Bapak segala Gaban punya morah yg terdapat kat 5C's: Cupcakes: rm1.80.. ish ish ish...

So stakat hari ni 9 produk CCC dikeluarkan kat 5C's. hari2 berikutnya tungguuuu keluaran seterusnya seperti Russian black n white, snowy peach, pecan hevan, chunky prune, kek oren, kek pisang n so on.. So pas ni semua student2 yg dapat pelanggan yang nak rasa dulu kek.. boleh suggest dia mai rasa kat 5C's dulu then boleh proceed dengan tenpahan yg lebih besar dari uolls.. resepi sama ajaa.. cuma CCC tolong mudahkan kerja uolss.. so pelanggan pun happy sbb dapat tempah kek yg tepat.. uolls pun senang kerja.. ai pun gumbira.. hehe..

Ok semua creta punya creta lupa plak nak bgtau..  5C's boleh didapati di number 10 tingkat bawah rumah kedai taman temusu, jln padang temusu s.p.. atau dengan kata lain sama block ngan CCC cuma kedai ni kedai bawah.. ai sewa tapak ajee letak 5C's. Kedai ni sebelah restoran SARAA.. restoren tu buka sampai 2-3 pagi.. uolls boleh dok lepak2 kat situ sampai pagi sambil makan kek dari 5C's. Tengkeiuww kerana menyokong CCC dan CCC berharap kengkawan diluar sana happy.. byk plak cerita kali ni.. tq kerana sudi baca sampai abeh.. lebeiuwwwww.. 

*doakan 5C's berada di kawasan2 lain di tempat anda selepas ni... tengah usahakan.. mak.. may all my dreams come true... amiinnn

2 comments:

  1. lepas ne sure pegi beli slalu, tambah red velvet dgn pavlova tu...

    ReplyDelete
  2. sedapnyee..kalau ada dkt2 sni sy pn nk g beli..huu

    ReplyDelete