Friday, January 29, 2010

Mickeymouse Cake- Mai nak ajaq cara mkn kek yg best


Cikgu Jamaliah..or Kak Lea.. Ni kali ke 4 dah dia order kek kat i. Kira semua birthday anak2 n hubby dia semua order kat i.. Pelanggan setia ni.. Sebelum ni dia order kek ben 10, kek upin dan ipin, kek choc moist n kali ni kek Mickey mouse.. So stakat hari ni, kira semua org dalam rumah dia K.lea dah celebrate birthday diorg ngan kek yg ditempah dari Cuitcutecakes.. Cuma birthday diri dia sendiri n birthday bibik dia jer dia blom tempah kat i.. hehe

Kali nie, Birthday anak Kak Lea yg sulong. Irfan. K.Lea crita, anak2 dia punya ler tak sabar n tak leh control diri masa nampak kek ni.. Yer la, colorful, meriah n ceria.. Sapa tahan.. K.Lea crita lagi, diorg bukan setakat 'cuit' kek mickey mouse ni, tapi siap 'pellepaaapppp' tapak tangan diorg kat muka mickey tu.. Hehehe bestkan jadik budak2.. kekadang tringin nak makan kek cara mcm tu.. mcm yg kita tengok tv tu.. tak yah potong or guna spoon or plate.. just terkam muka/tangan/siku/telinga/mata/hidung n nikmati betul2.. Tapi kalau nak makan kek cara mcm tu kena la cari tempat yg sesuai so tak der la pastu korg merana nak menyuci..(tambah2 yg takder bibik mcm i-ahaks)

Price: RM45/kg (choc moist)
Cerita pasal cara makan kek tu, i tringat ler zaman2 kampus dolu2.. Birthday girl/boy kena tahan jer apa yg kitorg nak buat kat dia masa seisi potong kek (syarat utama kitorg-kalau tak, tak geng coz tak sporting). Apa lagi.. start dgn cuit sket2 krim kat muka dia then at the end, member i tu dah jadi zombi kampung pisang akibat di 'make up' dgn krim kek oleh kami2 yg baik hati nih.. hehehe.. itu lah sebenarnya pengertian menyambut ulang tahun.. Kita kena berperangai muda dan kanak2... See, i boleh ingat event tu sampai skarang.. Kalau yg potong2 kek n tiup2 lilin secara mat belia tu, mesti susah nak ingat.. oh rindunya zaman kampus kuuu...
Nak ambik Fasha Sanda atau Maya Karin jadi model iklan kat Cuitcutecakes, tak mampu nak bayar.. guna jerlah muka anak2 yg ada.. Pas ni i plak nak interframe..Ahaks.. mesti takder org nak order dah.. kihkihkih..

No comments:

Post a Comment