Friday, January 22, 2010

Nak bagi kek ke hadiah?

Price: RM40/kg

Yummie yummie... aaappp jgn cuit! Adelyn- peminat chocolate yg krinting2 tu, kek dia dah jemu.. macam kucing nak terkam tikus, naik juling mata.

Repeat order by Cikgu Atikah. Dia order kek ni utk che abenya yg tercinta (somi ler tu - tikah ni org kelante).. Tikah crita kat i, "better bg kek lah demi save budget sket.. kalau hadiah hubby dia request mahai sgt" hehehe..
Pada pendapat i, Kek lebih sesuai dari bagi hadiah coz :
i)it is presentable n sesiapa yg tengok kek, mcm ada satu perasaan lahir dari diri seseorg tu... perasaan terliur, geram, teringin, wow, hmmmm, ssllluurrrrppp, oh tidaaakkkk n so on...
ii)Perasaan ni akan merangsangkan kelenjar adrenalin insan yg melihatnya so apabila ini berlaku maka hormon bertindak balas dengan otak lalu mentafsirkan satu lagi perasaan gumbira, senang hati, rasa disayangi dan terharu maka lahirlah satu perasaan yg sangat indah yg sukar ditafsirkan.. (hehehe promo guna rumusan romeo saintifik plaks)
iii) Of courselah pastu semua makan kek tu, tak ker boleh enjoy together gether menikmati kek tu bersama2? (semua boleh rasa-mak, anak, tok wan, tok ngah, mak tok, nenek, pak tam, menantu pak Sema'ud dodoi, anak jiran mak kiah, anak sepupu mak tiri punya jiran, Din Sungai Boya, Man Toga... semua boleh join makan) Kalau hadiah, org tu akan buka hadiah then senyum then angguk2 kepala sket, ucap tq then simpan..
iv)Apabila perut dah diisi dengan kek tambah2 plak perisa coklat + coklat2 maka seperti kajian saintifik yg telah dijalan oleh ahli2 sains makanan bahawa, cokelat memberi kesan yg baik dlm diri seseorg. Ia boleh menaikkan mood, meningkatkan kecergasan merangsang hubungan (upps) serta mempunyai kandungan anti oksidan yg tinggi. Oleh itu, org yg anda sayangi akan bertambah sehat walafiat dgn menghadiahkannya kek.
v) Gambar kenangan anda menikmati kek bersama boleh diabadikan dgn seribu satu ingatan yg berharga, masa tangkap gambar potong kek boleh posing maut n tiup2 lilin. Adaker org tangkap gambar hadiah n cucuk lilin kat hadiah? tak der kan?(kalau ada pun sure tak best)
vi) yg paling penting, gambar kek korg masuk lam blog i sampai bila2 hehe siap ngan crita lagik! galmor tuhh

Kesimpulan huraian diatas: KORANG TAK YAH BELI HADIAH! BELI JER KEK KAT I! kehkehkehkeh...
Tapi kalau birthday i beli HADIAH tak pa.... ahaks

No comments:

Post a Comment