Monday, March 15, 2010

Intel birthday Celebration

RM170/~5kg choc moist cake
Korang ingat tak Ima yg pernah order kat i kek yg ada handphone sony ericson utk adik dia n cupies utk hubby dia yg ad motor besar bebaru ni? seperti yg i bgtau, Ima request suruh i buat kek utk birthday celebration kilang dia plak (INTEL). Dia order 2 biji kek besar sempena meraikan birthday pekerja2 intel. Kek plak 2 biji - Ima order yg sama becoz org2 yg diorg nak celebrate tu akan break 2 masa yg berbeza. Macam2 cerita yg berlaku disebalik tempahan Ima ni..


RM160/~5kg chocolate moist cake

Memandangkan order yg Ima buat buat ni agak lewat, so byk perkara dan persediaan awal tak sempat i buat.. ditambah rutin keja kat sekolah n hal2 lain yg buatkan i seboookkk sesangat lately, so pagi tu, i hantar sms kat Ima yg i tak dpt terima tempahan. After a while, she called me up... "Kak yussssss tolong lah Imaaaa....Kedai kek lain dah tak terima.. kek yg jenis tempahan khas kena ambik masa 4 hari..." Hari yg sama kawan i kat sekolah pun order kek besar utk opis kakak dia.. So mula lah daku dalam dilemaa...terpaksa memilih antara 1.. n of course sapa dulu buat tempahan. Setelah pertimbangan sewajarnya dibuat dan ima pun tak kisah bila i kata "i akan cuba sedaya mungkin utk buat tempahan tu,".. Setelah mencuba sedaya upaya.. akhirnya... nie lah hasilnya.. hanya 1 aja i dapat buat. lagi 1 kek dah baked tapi tak sempat hias. Hubby ima akn dtg pick up the cake around 8. i plak kat pukul 7 baru siap decorate 1st cake..Majlis kat Intel mula pukul 9. ketor lutut dibuatnyer..



So diatas sebab itu lah maka i memberi idea kat ima, kalau dia nak jugak 2 biji kek, terpaksalah yg lagi 1 tu i buat chocolate moist yg kerinting tu. That 1, insyaallah dgn bhn2 yg sedia ada, it takes less then 1 hour to decorate . so sempatlah.. Ima setuju!Ima kata cemana pun memang kena ada 2 biji kek sbb nak raikan 2 group..fuhh sib baik... kalau tidak rugi ler i nak kena tanggung kos kek 5 kg yg dah di baked tu... Jenoh buat kenduri.. cuma yg i terkilannya, kek ke 2 tak sama ngan kek 1st, yg ditempah khas mengikut specifikasi yg Ima nak..

Next day Ima respond: "kak Yus, tak sangka, kek last minute yg kak yus buat(2nd one-chocolate moist kerinting) yg lebih mendapat sambutan.. bos2 n kengkawan semua suka...anyway... kedua2 kek pun licin.."

No comments:

Post a Comment