Friday, January 29, 2010

Mickeymouse Cake- Mai nak ajaq cara mkn kek yg best


Cikgu Jamaliah..or Kak Lea.. Ni kali ke 4 dah dia order kek kat i. Kira semua birthday anak2 n hubby dia semua order kat i.. Pelanggan setia ni.. Sebelum ni dia order kek ben 10, kek upin dan ipin, kek choc moist n kali ni kek Mickey mouse.. So stakat hari ni, kira semua org dalam rumah dia K.lea dah celebrate birthday diorg ngan kek yg ditempah dari Cuitcutecakes.. Cuma birthday diri dia sendiri n birthday bibik dia jer dia blom tempah kat i.. hehe

Kali nie, Birthday anak Kak Lea yg sulong. Irfan. K.Lea crita, anak2 dia punya ler tak sabar n tak leh control diri masa nampak kek ni.. Yer la, colorful, meriah n ceria.. Sapa tahan.. K.Lea crita lagi, diorg bukan setakat 'cuit' kek mickey mouse ni, tapi siap 'pellepaaapppp' tapak tangan diorg kat muka mickey tu.. Hehehe bestkan jadik budak2.. kekadang tringin nak makan kek cara mcm tu.. mcm yg kita tengok tv tu.. tak yah potong or guna spoon or plate.. just terkam muka/tangan/siku/telinga/mata/hidung n nikmati betul2.. Tapi kalau nak makan kek cara mcm tu kena la cari tempat yg sesuai so tak der la pastu korg merana nak menyuci..(tambah2 yg takder bibik mcm i-ahaks)

Price: RM45/kg (choc moist)
Cerita pasal cara makan kek tu, i tringat ler zaman2 kampus dolu2.. Birthday girl/boy kena tahan jer apa yg kitorg nak buat kat dia masa seisi potong kek (syarat utama kitorg-kalau tak, tak geng coz tak sporting). Apa lagi.. start dgn cuit sket2 krim kat muka dia then at the end, member i tu dah jadi zombi kampung pisang akibat di 'make up' dgn krim kek oleh kami2 yg baik hati nih.. hehehe.. itu lah sebenarnya pengertian menyambut ulang tahun.. Kita kena berperangai muda dan kanak2... See, i boleh ingat event tu sampai skarang.. Kalau yg potong2 kek n tiup2 lilin secara mat belia tu, mesti susah nak ingat.. oh rindunya zaman kampus kuuu...
Nak ambik Fasha Sanda atau Maya Karin jadi model iklan kat Cuitcutecakes, tak mampu nak bayar.. guna jerlah muka anak2 yg ada.. Pas ni i plak nak interframe..Ahaks.. mesti takder org nak order dah.. kihkihkih..

Wednesday, January 27, 2010

happy birthday mama

Yani nak surprisekan mama dia dengan cuppies yg ada rosses ni sempena ulang tahun mama dia yg tercinta. Pas keja trus dia dtg ambik ngan ayahanda dia. Senang jer Yani cari rumah i.. tup2 dah jelma depan gate.. Buat korang semua customer2ku yg disayangi.. maap bebanyak ler semenjak 2 menjak ni i memang tak sempat nak buat servis delivery.. korang kena datang ambik kat rumah.. semuanya sebab skarang 'drebar' i tak der.. pindah p chemor.. so my live now is terribly punya busy. Anyway alhamdulillah customer i pun semua sporting2 blaka.. tengkkeeeiiiuuuu.. i lap uu allzz....

Price:RM35/box of 16 pcs

Sunday, January 24, 2010

Mari belajar maths dgn 3 Princess angkat kain

Price: RM45/box of 16 pcs
Shahiza pernah order kek, cuppies n mini cuppies kat i sempenan majlis kawen adik dia Shehan bebaru ni.. Kali ni dia repeat order lagi utk birthday anak dia yg semuanya pompuan. So Shahiza nak tema dia yg ada 3 princess coz nak mencerminkan 3 puteri hatinya yg sesangat dia sayangi. Demi mengelakkan diorg bergaduh n rebut2 plak kang, so i letak charactor katiga2nya sama, pakai baju sama n muka pun sama... dengan harapan pas makan cuppies ketiga3 bradik nie dapat simpan icon2 princess tu sebagai kenangan..

3 princess nie sampai kena angkat kaen diorg coz bunga2 yg tumbuh ditaman larangan begitu mekar, segar dan bugar tumbuh liar sana sini.. ish ish ish.. tak miang kaki ker princess2 sekalian?

Anak2 Shaiza: Najmina, 12 tahun, Najla 8 tahun and Tisha 4 tahun. Pandai mak diorg save budget.. sambut semua serentak.. hehehe.. Melihat angka2 umur anak2 Shaiza, tetiba i teringat bab kedua subjek maths yg i ajar kat sekolah "patern n subsequence". Nombor2 tersebut mempunyai pattern setiap selang nilai 4 iaitu: 4,8,12... Ini bermakna, tatkala umur Tisha, Najla n Najmina meningkat setahun menjadi 5,9,13, mereka perlukan seorg adik yg memberi angka 1 di hadapan. So apakah maksudnya perkara yg patut berlaku pada tahun ini? hehehe (teka-teka-teka soalan cepumass)

Harap next year Shahiza tempah kek kat i dgn tambahan 1 lagi nama such as : Najman/Najib/Najhan/Nubhan/Najat . ekekekekeh

Friday, January 22, 2010

Nak bagi kek ke hadiah?

Price: RM40/kg

Yummie yummie... aaappp jgn cuit! Adelyn- peminat chocolate yg krinting2 tu, kek dia dah jemu.. macam kucing nak terkam tikus, naik juling mata.

Repeat order by Cikgu Atikah. Dia order kek ni utk che abenya yg tercinta (somi ler tu - tikah ni org kelante).. Tikah crita kat i, "better bg kek lah demi save budget sket.. kalau hadiah hubby dia request mahai sgt" hehehe..
Pada pendapat i, Kek lebih sesuai dari bagi hadiah coz :
i)it is presentable n sesiapa yg tengok kek, mcm ada satu perasaan lahir dari diri seseorg tu... perasaan terliur, geram, teringin, wow, hmmmm, ssllluurrrrppp, oh tidaaakkkk n so on...
ii)Perasaan ni akan merangsangkan kelenjar adrenalin insan yg melihatnya so apabila ini berlaku maka hormon bertindak balas dengan otak lalu mentafsirkan satu lagi perasaan gumbira, senang hati, rasa disayangi dan terharu maka lahirlah satu perasaan yg sangat indah yg sukar ditafsirkan.. (hehehe promo guna rumusan romeo saintifik plaks)
iii) Of courselah pastu semua makan kek tu, tak ker boleh enjoy together gether menikmati kek tu bersama2? (semua boleh rasa-mak, anak, tok wan, tok ngah, mak tok, nenek, pak tam, menantu pak Sema'ud dodoi, anak jiran mak kiah, anak sepupu mak tiri punya jiran, Din Sungai Boya, Man Toga... semua boleh join makan) Kalau hadiah, org tu akan buka hadiah then senyum then angguk2 kepala sket, ucap tq then simpan..
iv)Apabila perut dah diisi dengan kek tambah2 plak perisa coklat + coklat2 maka seperti kajian saintifik yg telah dijalan oleh ahli2 sains makanan bahawa, cokelat memberi kesan yg baik dlm diri seseorg. Ia boleh menaikkan mood, meningkatkan kecergasan merangsang hubungan (upps) serta mempunyai kandungan anti oksidan yg tinggi. Oleh itu, org yg anda sayangi akan bertambah sehat walafiat dgn menghadiahkannya kek.
v) Gambar kenangan anda menikmati kek bersama boleh diabadikan dgn seribu satu ingatan yg berharga, masa tangkap gambar potong kek boleh posing maut n tiup2 lilin. Adaker org tangkap gambar hadiah n cucuk lilin kat hadiah? tak der kan?(kalau ada pun sure tak best)
vi) yg paling penting, gambar kek korg masuk lam blog i sampai bila2 hehe siap ngan crita lagik! galmor tuhh

Kesimpulan huraian diatas: KORANG TAK YAH BELI HADIAH! BELI JER KEK KAT I! kehkehkehkeh...
Tapi kalau birthday i beli HADIAH tak pa.... ahaks

Thursday, January 21, 2010

Backhoe utk dimakan


Price:RM35/box of 16 pcs


Diorder oleh Hanim (adik ipar kenalan i, Suzaida).. dia tempah cuppies ni utk anak saudara dia kat kampung diorg di Sungai Layar. Syafik yg nak sambut birthday dia yg ke 4 ni minat sangat dengan backhoe so Hanim minta i buat theme backhoe ni utk dia. Tak sempat berbual lama ngan Hanim coz masa dia dtg pick up the cake dia tak sempat nak turun keta coz baby dia tido dipangkuan. Hubby dia jer turun ambik. I rasa mesti birthday boy si Syafik ni ada koleksi mainan backhoe yg banyak. I rasa kebanyakkan budak lelaki memang suka backhoe la masa kecik.. kan backhoe tu 'kenderaan' dijalan raya yg rupanya lain dari yg lain.. Dah tu.. kalau atas jalan plak bergerak sloww jer. I cukup tension kalau time pagi2 nak rushing pegi keja, ada backhoe nak kena follow.. tambah2 kalau dah lewat.. Si pembawa backhoe tu plak jenis tak reti nak bawak tepi sket.. Tapi yg i suka pasal backhoe is rupa bentuk n bunyi dia buat i imagine benda tu mcm dinosaur. (i pun antara yg suka tengok backhoe masa kecik2 - coz its unique!)
Utk mengelakkan rasa keciwa dikemudian hari, Hanim order n bayar seksiap cuppies lagi satu yg dia order utk next months. Kali nie utk anak dia plak.. Temanya? haaa mana leh bgtau.. surprise.. tunggu....

Monday, January 18, 2010

Kisah suka duka Syue

Order Istimewa kali nie datang dari Nurul Syuhaida yg keja kat K.l tapi nak balik S.P surprise abahnya yg menyambut Birthday yg ke 49. Thats why Syue order 49 cuppies ni sempena melambangkan ulang thn ke49 thn utk abahnya yg tercinta.
Masa i n Syue dlm proses menegotiate nak buat tema yg sesuai, i ada ler tanya beberapa soalan kat Syue ni coz i nak dapat gambaran tepat tentang abah Syue..(Coz syue no idea nak buat thema apa) Syue just bgtau i abah dia tak berapa sihat, tu jer..
so i pun tanya apa yg abah dia suka buat/ aktiviti lapang n so on. I ada gak tanya abah dia tak sihat cemana? Takut lak nanti cuppies yg i present menyentuh sensitivity sesiapa especially abah Syue.. Then Syue pun mula bercerita,
"Abah ada kanser- tumor otak, tapi dia tak suka ingat pasal penyakit dia, live dia macam biasa - dia still aktif sukan, main badminton n bola sepak so Syue nak dia happy sangat sempena birthday dia kali nie".. i terharu tol masa nih.. i boleh bayang cemana Syue n family dia rasa, berada disamping org tersayang yg sedang melalui ujian yg maha hebat.! Kegembiraan dari insan sekeliling jer yg dapat mengubati segala2nya.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Sabar Syue.. dugaan Allah.. harap Syue kuat dan beri semangat yg kuat utk dia!

RM107/box of 49 pcs
Okey, tu kisah duka disebalik kisah Syue, skarang kisah suka plak, berlaku dalam tempoh Syue nak buat kejutan kat Abah dia..
Sebenarnya, i punya ler pening kepala nak mencari rumah Syue mengikut panduan yg dia bg. Tanya org sana sini. sesat.. then kami hampir tiba dilokasi sasaran : rumah Syue! Tapi blom jumpa rumahnya! Didalam keadaan kereta kami yg bergerak perlahan tu ( hubby i drebar) kami nampak sorg pak cik ni tah dari mana, merah jer muka dia.. panas.. berpeluh2.. (sihat tul pak cik nih) I suruh hubby i slow sket coz nak tanya org tu kat ner rumah Syue.. Baru jer nak buka cermin keta, tetiba otak i menyeken (scan) wajah tu adalah wajah abah Syue (dia ada bg i gambar family diorg kat i masa email nak order kot2 i ada idea nak buat character diorg but i tak brani take that risk takut kang tak jadik plak-tak cukup hebat i nak buat character wajah kat cuppies hehe) naaasib baik tak tanya.. kalau tidak sia2 ler Syue pesan kat i jgn parking dpn rmh takut abah dia nampak.
I pun call Syue cakap i dah nearby.. i dah nampak rmh Syue. Syue srh i masuk simpang jauh sket dari rumah dia (stop kat rumah jiran dia coz Syue tak nak simpan cuppies tu kat rmh dia. Dia cdg nak tumpang simpan jap kat rumah jiran tu) masa tu kelibat abah Syue tak nampak hilang entah kemana..
Syue dtg ngan adik dia ambik cuppies tu nak tumpang letak rumah jiran kat tempat keta i stop tu.. masa tu.. i punya ler tension coz lupa bwk camera... aksi Syue n adik dia bwk lari kotak tu sambil terhendap2 gaya askar nak serang komunis kehkehkeh-jgn marah Syue.. memang best aksi tu kalau i dpt tangkap candid tp camera tak bawak la pulak!! so i cerita jer lah kat korg..
u all nak tau apa jadik!?.. hehehe

Abah Syue plak pegi singgah lepak2 kat rumah jiran tu - kahkahkahkahkahhh

Nak patah balik mungkin takut abah dia nampak, so Syue ada idea, dia masukkan kotak cuppies yg besar tu dlm keta jiran dia yg parking kat luar sementara menunggu abah dia balik dari rmh jiran tu.
u all nak tau apa jadik!?.. hehehe

Pas balik dari rumah jiran tu,
abah Syue balik cuci plak keta dia yg diparking dekat ngan keta jiran yg Syue letak cuppies tadi -Kahkahkahkahkahkah

Syue siap hantar sms kat i "penat tol lar nak buat surprise nie". Syue mintak tolong jiran dia bawak keta tu kluar pusing2 konon2 strategi nak masuk dlm rumah jiran dia tu tumpang jap simpan lam rmh.
u all nak tau apa jadik!?.. hehehe
Anak jiran Syue tu curik2 makan coklat huruf 'S' kat cuppies tu kehkehkeh

Lastly segalanya selamat disurprisekan.. Syue tak cerita detail saat cemana diorg surprisekan abah dia.. cuma dia bgtau abah dia suka, "asyik senyuummm jek.."

Eh lupa plak.. korang tau, masa i hantar cuppies ni kat Syue, dia siap bg i buah tangan lagik..ahaks.. terharuu akak! cute kan.. coba teka apa dia kat dlm..

Jengjengjeng (lihat dibawah).... Pulut kuning! mmmmmm sodap tuuuhhhhhh. siap ngan rendang daging lagi! Sedaaappp! bila makan mesti ingat hari raya! nyamnyamnyam.... tengkiu,tq,makaseh Syue.. agaknya diorg buat majlis ni skali dgn jamu pulut kuning kot... So i hrp semoga semuanya berjalan lancar, happy selalu.. gembira ceria dan hidup perlu diteruskan.. bagaimana anda ingin meneruskan hidup anda? anda yg menentukannya.. jika anda pilih duka, maka laralah hati anda tapi jika anda pilih suka... maka gembira dan bersinarlah segala-galanya hingga akhirnya..

**My sister is now tengah mengalami 'perkara' yg sama mcm Syue.. thats why, kisah Syue ni buat i merasai dgn sedalam2nya bagaimana kita yg jadi insan yg paling rapat dgn org yg tengah 'diduga allah' tu perlu jadi 'hebat' utk pastikan mereka menjadi 'lebih kuat' dalam menghadapi segala2nya.. doa, doa,doa dan berusahalah kita dalam menghadapi ketentuanNya-Amin.

Sunday, January 17, 2010

Cuppies for fast food maniac

Price:RM35/box of 16 pcs

Ati merupakan kenalan atas kenalan customer i (ida wife zamri-hehe kawan punya bini punya kawan..hehe). Pas ida ni p opis cerita kat kengkawan dia pasal kek yg dia pernah order kat i dulu, Ati ni pulak berminat. Dia nak surprisekan kakak dia yg fast food maniac.. Ati call i bg tema makanan kt fast food restaurant then dia suruh jer i buat cemana pun.. So memandangkan bilangan cuppies terhad, so i buat jer 3 fast food restaurant yg terlintas dipikiran..

Nama kat cuppies tu (umie-Ati, abah-hubby Ati n Abqary-anak Ati) adalah gelaran yg dipanggil oleh anak2 sedara yg lain. kakak Ati yg nak diraikan (Kak Long) plak semua anak sedara panggil Bonda.. Biasa ler bila sambut birthday, kanak2 yg paling suka dgn hal2 kek ni.. thats why Ati suruh i tulis nama gelaran panggilan anak2 sedara jer.. walaupun cuppies tu, Ati order exclusive utk kakaknya yg dipanggil K.yong

Selain cuppies, Ati jgk ada pesan choc moist cake yg meleleh2 n 'dikerumuni' kepingan coklat 'kentoi2' lagi kerinting tu.. ye lah.. cuppies jer mana cukup.. ahaks..
Sebenarnya, Adam n Adelyn juga 'hantu' fast food. Adelyn suka KFC, Adam suka Piza hut.. So diorg suka tol nengok i dok buat gambaran2 makan kegemaran diorg kat cuppies tu.. Budak2 zaman sekarang.. just tengok lambang jer dah tau produk per. Adelyn tengok gambar tok wan n drumstick jer dia dah bising sebut "kei ef ci"(KFC) then dia nampak fries, burger n clown jer trus sebut "Mak nonol" (Mc Donald).. Pastu dua2 bradik ni buat muka seposen.. pujuk i...tringin, sket gi nak leleh ayaq lioq... bukan teringin cuppies yg i buat, tapi trigin gambar2 favourite diorg yg i gambarkan kat cuppies tu... So apa lagi..... Tak pasal2 nak kena bawak diorang kluar pegi cari Kfc.. (ranap duit cuppies aku...hehehe - Bil makan KFC for one family> harga cuppies kehkehkeh )

Anyway, budak2 ni kalau tak sebab i buat cuppies tema fast food pun memang diorg ni request every week.. cuma kali ni projek cuppies ni mempercepatkan ingatan diorang terhadap makanan favourite tuh.. so tak dpt lari.. minggu ni Elyn menang.. next week adam plak claim pizza.. hmm tokey balak pun tinggai spenda camnih!
Pompuan ni sejak dua menjak ni, mcm terlebih "over" plak kalau makan mknn yg dia suka.. makan dgn memek muka yg penuh perasaan.. over la tuh.. tak macam mak dia hehehehe..

*Nasib baik masa org order theme moto n keta diorg tak request srh beli moto n keta.. hmmm

Friday, January 15, 2010

Choc Indulgence- 1st experiment

Chocolate Indulgence cake

Pandangan sisi kek- still byk kelemahan.. next time confirm boley improve.
Adam potong dgn penuh kosentrasi.. mcm main snooker plak

Adelyn bukan nangis, tapi dia tgh menikmati kek indulgence tu dgn penuh perasaan 'over' yg teramat sangat (kek dah start berkecai ditangan Adam-dia mkn trus kat tray cake ngan spoon- hmmm.nyop nyop nyop)

tengok tu.. mentang2 ler krim dia sedap lemak berkrim (fresh cream).. part tu yg dia dok robek... ikut kau lah Adam... (Adelyn still dlm mood "over")

Selama i dok buat kek, Adam, Adelyn, my hubby n me mcm dah jemu nengok kek.. tup2 bebaru ni, tetiba Adam request nak makan choc kek. Sebelum ni, kek2 org order yg i buat terlebih, diorg pandang pun tak nak.. jemu ler tu.. So, bila dah ada request dari Adam, i pun sian ler plak kat dia.. then i pun terfikir nak try resepi baru yg i blajar dari my Sifu "Chocolate Indulgance Cake" satu ketika dulu. Sebok sgt, so lepas blajar tu, tak pernah practic kan langsung.
Maka, 'terjadi' lah jua akhirnya Choc indulgence tu.. tapi memandangkan ni 1st time try, so i find out beberapa kelemahan yg i've learned n perlu diperbaiki. Antaranya, tahap ketebalan krim perlu di upkan sket.. masa i try tu, kebetulan fresh krim yg ada pun tak banyak, so thats why la tak berapa perfect.
Memandangkan ini adalah percubaan semata2, so i xder la nak create kek ni lawa2.. just nak test rasa dia n how it looks like jer.. ternyata, rasanya.. eheem hemm ... Jadik n sedap! hehehe (puji diri la pulak-boley laa...)
So korang semua yg terliur, i tak terima lagi tempahan utk kek jenis ni.. coz i just nak promo jer dulu..hehe.. nanti i dah try for the second time n terima feed back yg ok (kali ni nak bawak p opis plak), baru i announce kan bila boleh tempah. Thats why, i still tak tau nak letak harga berapa lagi coz ini just experiment yg pertama.. so, tunggguuuuuuuuuuuuuuuuu..

*memandangkan ni special request dari Adam, pas buat kek tu, i serah jer kat depa 2 bradik.. ikut suka hati lah nak buat apa n makan cemana pun.. . Apa lagi.. tu yg makan trus ngan spoon kat tray kek tuh.. memang 'terlebih sudah'..

Thursday, January 14, 2010

romantic org lidi theme


Price:RM35/box of 16 pcs

Ina dari Bandar Laguna nak surprisekan hubby dia yg disayangi dengan cuppies yg mempunyai tema org lidi.. itu jer pesanan dia. Simple tul orgnya si Ina nih. Then i terfikir, cemana nak buat bg org2 lidi tu nampak hidup sket so i sms ina tanya siapa gerangannya org yg nak dia surprise ni.. bukan per, mula2 dia call tempah, i lupa tanya.. hehehe then masa cakap ngan dia tu, i dengar suara dia mcm budak2.. so i target, sure nak bagi boyfriend nih.. rupa2nya.. dia nak surprisekan birthday hubby dia.. wow.. so lomantik loo...
Memandangkan utk hubby, so dgn beraninya i memasukkan theme Romantik + org lidi..

Saturday, January 9, 2010

2-tiers Blue turquoise wedding cake


Masuk dlm blog, nampak mcm warna green plak.. kat luar turquoise taw..
RM130-2kg choc moist soft fondant cake

Repeat order by Rafiza.. Last month dia order set cuppies n kek utk balas bekas pertunangan utk diri dia. Tapi kali ni Rafiza order kek ni utk wedding cousin dia plak.. baiknya Rafiza ni.. sponser wedding kek kat cousin lagi..
Tema warna kenduri cousin Rafiza is blue turquoise. Saiz kek ni cute jer.. 2 kg jer Thats why i buat teknik bunga keliling kek so nak bagi effect 'besar'.. then i just susun bunga tu kemas2 dgn 3 tone color-putih,light turquoise,dark turquoise .. Ramai org tanya kat i, bunga2 tu boleh makan ker? jwpnnya: yesss bolehhh.. bunga2 tu smua dibuat dari cream.. i create it one by one ikut color yg sesuai. Semuanya boleh dimakan deqq... kecuali talam kek n tiang jer.. hehehe
Mlm semalam Rafiza dtg ngan adik dia Aswad ambik kek.. Diorg nak bwk kek tu balik Alor Setar. So selamat pengantin baru buat cousin Rafiza.. u plak bila lagi?.. nanti suruh cousin u plak sponser kat u.. kita buat 20 tingkat.., tak yah jamu nasik masa kenduri.. makan kekkkk jer.hehe.. bobbooeeeiiyyyeee

Wednesday, January 6, 2010

Slamat Jalan Romeo..

Chocolate Ganache cake (2kg)

Price: RM48/kg @ RM80/2kg

Fuhh.. skolah buka kembali.. so sebok dgn itu ini.. Adam dah naik darjah 2. Byk gak benda/perkara nak kena urus lately.. capet, capet.. thats why dah byk hari tak up date. sori.

Kek diatas diorder oleh seseorg yg sepesel.. dia kerja kat Hamadatec, Kulim Kedah dah 12 thn, then dapat keja baru kat Chemor, Ipoh Perak.. Daftar keja on 4hb lepas. So masa hari last dia kat Hamadatec, dia bawak ler kek ini sebagai tanda perpisahan n to say gud bye kat kengkawan yg dia sayangi.. Sayu n sebak gak dia kata nak ubah rutin hidup selama 12 thn bersama Hamadatec yg byk mengubah hidup dia. Tapi.. hidup perlu diteruskan.. ada kalanya kita perlu 'tukar angin' sket dlm mencari 'sesuatu' dalam hidup.

Kek ni terjadi atas dasar... 'main buat jer apa ada'.. coz tak plan pun nak buat kek ni.. mula cdg nak buat kek lain.. tapi hajat tak kesampaian coz last minute ada bhn yg tak cukup.. so i decide nak teruskan jer ikut tangan n kepala hotak apa nak jadik. Lagi pun tak stress sgt bikin ini kek coz org tu pun tak plan nak bwk kek ni ke ofis dia on that day.. i saja2 jer malam tu lepak2 tetiba i tanya nak bwk kek tak on your last day?.. then dia kata "ikut u lah.. kalau senang buat ler.. tak senang tak yahhh" So i main belasahhh jer la ikut tangan nak bergerak..
"Org tu? spesel ? sapa tu Yus? boyFriend ker?" Ak aa boyfriend i ler tu. Betoolll..tepat!..... Org yg i maksudkan is MY HUBBY...huhuhuuhu.. So sekarang dah terjawablah kenapa lately i dok cerita sket2 p ipoh.. sket2 p chemor.. sket2 p perak.. Ini lah rahsianya..hehe So berita baik utk org2 sekitar Chemor atau Ipoh... mana tau nanti org kat sana plak boleh order kek kat i.. Ahaks.. So sapa org ipoh/chemor yg berminat??? sila hangkat tangan... Eheehehe

*So hubby.. Slamat thn baru dgn keja baru.. (yg len tak leh baru!)..Memandangkan u spesel dlm hidup i so kek kat atas tak yah bayar.. cuma elaun kat i tektiap bulan jer kena naik sebab harga gula dah naik.. sekian slamat jalan romeoku..



Monday, January 4, 2010

From Diah to Hairul with love

Price:RM35/box of 16 pcs
Price: RM65/kg- Choc moist soft fondant cake
Kek n cuppies dengan pilihan warna sedondon

Saadiah, sorg lagi my regular customer yg tak jemu2 mengorder kek kat i especially kek Choc moist itam legam yg mleleh2 tuh.. Tapi kali ni order Sadiah special n lain sket, dia order kek n cuppies utk membalas bekas hantaran yg akan dibawa oleh pihak lelaki (Hairul). Ada org nak masuk meminang ler.. hehehe dh jadik tunang org dah kawan aku nih.Rasanya org Selangor kot.. nun jauh disana.. anyway, jgn risau, tempahan yg Saadiah buat ni, insyaallah selamat dibawa pulang ke Selangor dengan selamat. (ye ke selamat.. ke diorg dah ngap masa on the way nak sampai?-hehe jgn marah..joke jer). Saadiah pilih warna kuning gold/creame/chocolate sebagai tema.. Seperti biasa, dia suruh jer i buat cemana pun.. dia bg tema color jer.. so i decide utk buat both of it bg nampak sedondon, so nanti senang nak match dgn hantaran lain. Okey kawan ku.. Selamat menjadi Tunang org.. Nanti K.Yus standby kek kawin plak.. Adioss..

Saturday, January 2, 2010

Romantic Love Gothic theme

Happy Anniversary, Emy & Tiah (1st)

Price: RM65 (chocolate moist soft fondant)

Kaki kek.. Tiah x nak bunga, so i letak motif daun seakan2 bunga yg melilit2 manjalar di keliling kek

Repeat order from Athirah.. Baru2 ni dia order cuppies sempena birthday tunangnya Helmi (Emy). Kali ni Athirah (Tiah) order kek plak sempena Anniversary dia n emy yg genap setahun. Sayang tul si Athirah kat si helmi ni.. Anniversary diorg jatuh pada 1.1.2010.
Athirah ambil kek ni malam semalam masa i n family kluar dinner kat KFC,sblm kami kluar jalan2 tengok bunga api.
Menurut Athirah, dia n Emy nak p sambut kat Penang.. kira mlm new year eve tu, diorg mesti standby dgn kek ala2 love romantic Gothic sambil count down saat2 menjelang tahun baru. Athirah bgtau i dia nak kek yg warna hitam,merah n puteh (sket) yg nampak romantic n gothic. Tak nak bunga tapi nak lots n lots of love. So inilah hasilnya, harap both of u berpuas hati.. Happy anniversary on celebrating a Happy new year.. Semoga kekal kejinjang pelamin... Ammiiinn..

Kek yg Athirah order ni kira betul2 projek penutup keseluruhan bg tahun 2009. Tq Athirah n kengkawan n folowerz smua for your support.. I wish to improve lagi hasil 'seni' i dithn hadapan. Wish me luck everybody.. bye.

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

Thunder..thunder... thunder cat.... chiiiuuuu bommm-chhhiiiiiuuuu, boommm
buvvvvvsshhh, Perapppapapapapppp, buvvvvvsshhh.. Poommp
Me, in the star Wars action.. kira mcm i pegang pedang Thunder Cat ler tu.. sbb tu terpancar kluar bunga api di angkasa raya yg meletup2 sempena New Year.. ada talent tak? hehe (Thunder Cat in Star wars costume)

Happy New Year semua... pejam celik pejam celik dah masuk 2010 dah.. Disaat i mengupdate blog ni, i sebenarnya just masuk dlm rumah pas baru balik dari bwk budak2 kluar tengok bunga api sempena new year.. Kami kluar rumah kul 9 lebih.. asalnya niat nak gi dinner jer td kat KFC. Pas dah kenyang, kami ronda pusing2 kat Taman Sejati sesaja tak der sbb.. Semakin masuk town semakin jammed, baru tringat..laaa mlm ni org sambut new year.. sbb ler sesak semcm jer.. Dari trus menuju ke town kami melawan arus.. biar semua org kluar pegi town.. me n hubby buat decision utk ronda2 masuk kampung.. Rasanya dari kami bersesak2 baik kami cari tempat lapang yg boleh tengok bunga api dari jauh.. lagi cantik..
Kami trus ke Kepala Batas, then ke Padang Serai then Lunas then sampai Kulim pastu patah balik sampai S.p. Timing baiek punya.. sampai jer S.p baru buka pintu keta, Rukun Tetangga kwsn kami pun pasang bunga api mcm sambut kami balik plak.. Mula la rasa mcm artis or VVIP hehe. Apa lagi.. cari kamera.. trus snap.. yg bestnya, on that moment, budak 2 org dlm keta tu dah tido ternganga leleh2 ayaq lioq.. kita punya ler nak bg diorg tengok bunga api tu... last2 mak pak diorg yg over. Ahaks
Hmm x per la, bg diorg tengok gambar dah la.. Esok i nak tunjuk kat Adam n Adelyn gambar2 yg i ambik td (diatas). Best gak kalau bgtau diorg yg api2 tu semua dari pedang yg i pegang dlm costume star wars tu.. hehehe So carefull, jgn buat mama marah.. nanti kluar api!
Ok, buat korang semua.. Selamat meneruskan azam korang di tahun baru ni.. Me, my azam of course nak terus berjaya dlm hidup, dalam karier baking membaking, better wife, better mother... n the most important things of all to improve my life totally in all aspect.
So sama2lah kita capai apa yg kita target yek.. Happy New Year.. Slamat Bercuti.. Esok I nak p Ipoh lagi.. Bye..