Ini adalah projek cuti raya Cinaku. Disaat insan2 lain bersuka ria polang kekampung berhari raya, aku terpaksa mencari rejeki. hehe...i mulakan cuti raya cina kali ni dengan beberapa cuppies , kek n kek nombor 1 nih..Mula2, bakar kek chocolate moist macam biasa.. then potong 2 layer utk letak krim ditengah then buat ler bentuk nombor 1. Pastu sapu lagi krim sampai nombor 1 tu jadik putih semuanya.. then baru ler hias sampai jadik camni:
Ida ni kira regular customer i ler jugak.. Dah banyak kali order kek, byk recommend kengkawan opis n sanak saudara dia kat i.. I tak pernah jumpa dia sebelum ni.. kami contact thru phone jer. Dia ni wife Zamri yg pernah keja kat Sekolah tempat i ngajar. Ida call i bgtau nak buat birthday party utk anak tunggal mereka Zafril Darwisy yg baru jer sambut 1st birthday..
Zafril minat Wonder pet. Dia boleh kenal n sebut watak kartun tu kalau dia jumpa gambar character kartun tu n tengok kat T.V. Ida bgtau i, masa time nak potong kek, dia nak pegang n ambik wonderpet tu.. Semua org kat majlis tu gelakkan Zafril.. hehehe mesti cute.. budak2 umur mcm ni kalau diberi kek watak kartun yg diorg gemari, bukan setakat cuit cute cakes dah... dah kira kes blasah cute cakes.. takpe takpe.. birthday boy nyer pasal, dimaafkan..
Tag line wonderpet "apee yg penting, kejeeee samee".. slalu gak i dok sebut dalam kelas time mengajar.. i nyanyi jer kokkuat dlm kelas bila time diorg tak participate : 'APEE YG PENTINGG...' then anak2 murid dalam kelas sure dah tau nak sambung 'KEJEEEE SAMEEE... '. Tapi budak2 i tu tak leh harap sangat.. i slalu pesan kat diorang, tagline tu hanya valid time hari2 biasa persekolahan... bukan time EXAM! Diorg tu kalau time exam atau ujian, cukup berpegang pada tag line wonder pet.. best tak anak2 murid ku? hehehe diorang memang BEST! tersangat BEST! ahaks..
No comments:
Post a Comment