Ingat tak bebaru ni hidayah(Ieda) (last week kot) order cuppies kat i yg tema ungas n ulat bulu tersengeh tu? Kali ni, Hidayah recomend kawan baik dia yg namanya sepesen gak ngan dia iaitu Ida (lupa ler nak tanya nama penuh). Ida ni nak suruh i surprisekan hubby dia Imran yg bekerja kat MPSP kat S.P plaza tu sempena Aniversary diorg (yg keberapa huh? lupa ler nak tanya)
Ida bgtau i, dia skarang tengah dalam pantang (lupa ler nak tanya dia bersalin anak keberapa) (-3xdah lupa) So adalah sedikit terhad utk Ida nak kluar beli kek kat kedai n cari hadiah utk hubby tersayang. Setelah di recommend by Hidayah, Ida pun order lah kek chocolate moist ni kat i.
Kalau diikutkan kepada schedule kat 'planner' i, memang i tak leh buat delivery on that day.. sibok n banyak tul aktiviti kat sekolah... n kat rumah... n kat rumah jiran.. Tapi setelah i siapkan 'keja sekolah' semalam, stay kat sekolah sampai jam 5 lebih baru balik, so hari ni boleh ler rushing balik utk siapkan tempahan then trus start keta pegi buat delivery.. sampai tersalah sarung kasut. Sebelah slipar, sebelah sandal.. (tu ler, byk sgt lupa..) kehkehkeh.. sib baik terperasan masa turun keta nak tutup gate. kalau tidak, sure i jadi minah senget.. jalan tinggi rendah..ahaks. Anyway, buat Ida n Imran, Happy Aniversary to both of u..
Cute tul ida suruh i writedown word "cayunk" (sayang) tu... bunyik cayunk tu lebih seksi n manja sebab bila kita nak sebut 'cayunk' bibir kita akan automatik muncung kedepan n terhasillah bunyi 'cayunk' tu keluar melalui hidung, diikuti mulut yg muncung dan terhasillah bunyi yg agak sengau2 basah. Tak ker cute tuh...hehehe so korang semua, start dari hari ini, mari kita panggil hubby or wife kita dgn perkataan 'cayunk'..
* tak tau kenapa, dalam otak i nih, setiap kali i baca atau tulis 'cayunk' mesti otak i mentafsir words tu kena sambung dengan, 'cayunk.. aallaa bucuk2' ... kan? betul tak? korang setuju ak?
No comments:
Post a Comment