Thursday, May 19, 2011

Fruity Chocolate Heaven Cake- selamat hari guru -SMKAB

Fruity Choc Heaven Cake= RM180/3kg++
Cikgu Azreen, guru mengajar B.I dari Sekolah Menengah Agama Baling tempah kek ni utk hari guru bebaru ni. Kek ni kombinasi kek choc moist kerinting+indugence+ganache+ fruity (kiwi, grapes, strawberry)= kira i namakan kek ni choc heaven lah.. hehe..memang heaven!! utk Choc dia saja, i pakai 5 teknik..teknik choc moist liquid, ganache, indulgence, chocolate buttercream and accessories from choc bar.. Gilaaa punya heaven! buah2an lagik!! (kek plak jenis kek choc moist-eh..6 teknik la kann?)
Bahagian atas kek berbentuk buku tertutup..(hehe ingattt lagi, zaman i sekolah dulu, kalau nampak cikgu disiplin-cikgu Abu Bakaq pegang buku itam..kechuut perut!!-nama sapa dicatat dlm buku tu SIAPP!!) Kek ni bercirikan kek indulgence dgn hiasan bunga ganache. manakala kek yg ditingkat bawah plak, yg leleh2 tu, i buat guna teknik choc liquid kek+ganache. Sebelum curah choc liquid tu setiap layer kek serta menggunakan krim ganache..sekelililng kek plak covered by choc buttercream..pastu pas curah ngan choc liquid..tabur plaks buah2an..ohh tidakkk!! tidakk!!! Peminat chocolate mesti tak hengat diri kalau makan..nyum-nyummy!
Seperti biasa, kaki kek cucuk seksiap. nanti bila nak display baru letak buku kat atas.. Risau gak i memikirkan kek ni..harap2 slamat sampai ke Baling..selamat makan dan selamat semua upacara hari guru kat SMAB tu. Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia..dan Guru kek dan bakeri ku Pn Zalina Yahaya bzeebakery (hehehe nak jek kot2 dia nak bagi resepi lain plaks-kuang-kuang-kuang!!) SELAMAT HARI GURU, ai lap yu!!

Keciknya donia ni..Cikgu Bakaq, cikgu disiplin kat SMK Convent dulu, kini jadi Pengetua kat Sekolah Adam..


*Selamat Hari Guru kat semua cikgu2 kat SMK Padang Serai..(teringaaattt kenangan bersama u allz last year..huhuhu) miss all of yuuuu veri de veri de muchhh..

Wednesday, May 18, 2011

Kelas Private DIY: Choc pop cake, choc ball + puding barbie

Jihan ni student Uitm Arau mengambil jurusan HR(human Resourse) kat sana. Skarang tgh cuti semester, sesaja jer nak asah skill, so dia request kelas Private DIY dgn CCC. 3 benda yg Jihan belajar hari tersebut.. Gambar dia posing ngan ketiga item tak lekat plaks.. yg gambar atas ni tanpa choc ball..gambar choc ball kat bawah ni..
Choc ball yg Jihan buat sendiri a-z. dia buat saiz sederhana..saiz sekali ngap so, Jihan dapat wak balik banyakk haritu..

Mula2 jihan membola-bola kan kek tu.. - perfect betul dia buat kerja.. cantik, berkilat dan samaaa aja semua bola yg Jihan buat... Glintey Jihan..Glintey-glintey-glintey..
Then Jihan mencelupkan choc2 ball tu.. (laaa...gambar dark choc aja ler..mana pi gambar white choc aa? -alamakkk) haritu Jihan buat dip white n dark choc.. tapi terlepas plak nak snap yg white choc..ada satu ni jer gambar white choc dlm simpanan..
ermmmmm..yum-yum-yum..!! ramai boleh makan nih!! wak balik rumah kang boleh kenduri nih!
Choc Pop cake yg Jihan sendiri buat.. dah nama pun kelas DIY..hehehe
Utk menyenangkan Jihan wak balik pop cake tu, ai ajar Jihan buat pacaging dan jadikan bouquet.. cocok jer dlm pasu.. so secara tak langsung pas ni kalau Jihannak bisness dia taw cemana nak present kat customer..
Hari tu agak kelam kabut sket..so step dan gambar sepanjang proses nak buat puding barbie tak sempat diambil gambarnya.. sempat ambil yg dah siap jer. Tak sangka betul Jihan ni..byk2 kek dlm blog ai, dia berminat ngan puding barbie ni.. cinta pandang pertama kat puding yg ai boh nama Saodah ni.. ai pernah buat masa birthday elyn n adam last year kot.. Pas tengok dlm blog, terus berminat nak belajar..hehehe
Cantikkan Pop cake Jihan.. Jihan nak wak balik sket kat kengkawan dia kat Uitm.. dia balik awal sbb dia ambik short course.. bagus2 Jihan nih.. Belajar setinggi mana pun.. xtra skill mesti ada.. So, student2 lain yg tgh cuti semester tu, pe kata tambahkan skill "lain" anda tu.. dtg belajar kek plaks.

Sesiapa berminat kelas Private DIY yg mcm Jihan ambik ni: rm200
-pop cake+choc ball+puding barbie

Tuesday, May 17, 2011

Enggagement cupcakes- Izzati

RM55/box-buttercream cuppies with fondant flowers
Izzati tempah cuppies ni sempena majlis pertunangan Wani dan Izzar. Kawan dia kot. Lupa nak tanya. Dia nak putih merah pink. Nampak mcm simple..tapi boleh tahan gak nak buat, canai, potong, bentuk setiap ros kecik tu satu persatu.
Ok Izzati, tengkeiuuu for your orderss.. selamat belajar;..semoga nanti result keluar kasi gempak!
*pst: Izzati ni student Uitm kan? hehehe lupa lagi nak tanya...

Fruity indulgence chocolate cake- Rafiza

Rafiza Tempah kek ni utk dibawa pulang kat mak dia di Alor Setar sempena hari ibu bebaru ni.. Asalnya Rafiza nak indulgence strawberry.. Hrmmm ntah kenapa lately susah nor nak dapat strawberry. maybe semua org beli nak buat kek mothers day kot. So, as solution, i standby jer kiwi n grapes. Masa Rafiza dtg pick up baru i tanya dia whether dia nak plain indulgence cake atau nak replace ngan kiwi+ grapes.
Fruity Indulgence choc cake- RM60
Nasib baik Rafiza ni cool n tak cerewet.. "apa2 aja pun ok kak yuss".. so, hari tu, Rafiza n cousin dia terpaksa tunggu jap kat kedai sbb i baru nak final touch decorate kek tu ngan fruits.. Kebetulan masa tu ada kelas cupcake deco kat CCC, skali diorang pun masuk dok dlm kelas tu sbb nak tunggu i final touch jap..hehehe sori yer rafiza..buat u tertunggu2 plaks haritu..

cakap pasal Choc Indulgence.. last week, one of regular customer, Ima pun ada tempah. Masa tu pun i tgh kalut ngan kelas.. ntah cemana, dlm kalut2 tu LOPAAAA plak nak ambik gambar kek choc indulgence yg ima request nak xtra strwberry tu..alahaiii imaaaa..soriii yer, tak leh nak publish cerita kek u tu.. tompang cerita rafiza jerr.. maaf zahir batin yer imaa.. jgn marah yer..

ok Rafiza n Ima..tengkeiu-tengkieu-tengkieuu

Monday, May 16, 2011

Kelas Cupcake deco (Advance)-Aslina, Shifa, Ida

Sabtu bebaru ni, 3 pelajar join kelas advance deco cupcake kat CCC. Kelas kali ni penuh dgn warna warni dan benda2 yg 'cute'. Aslina ni kira student senior yg pernah attend kelas basic deco dulu, Ida plak pernah attend kelas basic deco last week dan Shifa plak baru 1st time join. Diorg semua ni memang gumbiraaa sangat sepanjang kelas sbb kelas kali ni mcm main2 playdoh gituu..

Antara yg diajar.. buat figurine yg bewarna warni dgn pelbagai character yg cute2. Pelajar2 ni tak habih2 dok sebut yg diorg tak percaya yg diorg dah boleh buat semua ni.. amazing..kata depa.. selama ni dok tengok dlm blog org atau dlm buku aja.. tak sangka plak hari ni dapat buat sendiri.. hehehehe tahniahhhh dari CCC.. sapa pun kalau dtg belajar mesti boleh buat punya!!!
*tengok tu..penuh nota Ummi Aslina catit sepanjang kelas..all the tips, teknik, kaedah, steps, petua.. gud-gud gud!

Aslina.. tekun siapkan polar bear dia.. dia suka sebut "tak sabaqnyaaaa nak buat lagi dan lagi..dan tak sabaqnyaaa nak wak balik tunjuk kat budak2 kat rumah" Seperti yg diceritakan sblm ni, Aslina ni atau nama glamor dia dlm blog UMMI..sangat pandai memasak dan tgh mengexplore bidang bakery plaks. blog dia http://cintakasihummi.blogspot.com sgt sweet dan dia jgk ambik tempahan. jemput buka blog dia.
Shifa.. pensyarah kat IKM sungai petani. Back ground engineering pun pandai selok belok seni ni.. dia mmg tgh buat bisness cake ni secara part time.. tgh mendalami lagi bidang ni dgn lebih mendalam. Sapa nak order kek lapis cari Shifa boleh cari dia dlm fb.. dia blom buat blog tapi gambar2 kek dia ada dlm fb (Noraida Washifa Ahmad) so sesapa nak tengok kek lapis dia add ler nama tu dlm fb yer..
Ida.. kerja kat MPSP..bhgn akaun. dah jemu tengok duit kot..nak tengok kek plak.. ida ni, kerja dia teliti dan kemas. (hehehe- sbb tu dia tertinggal bas sket dari yg lain-ahaksz). Tabik spring kat dia ni.. baru aja join kelas basic last week, terus sambung kelas advance minggu ni.. kira pas kelas ni Ida dah graduate ler bab cupcakes ni.. so org2 MPSP boleh cari Ida kalau nak tempah cupcakes yg cun2.. Ida, kalau dah buat blog atau fb pasal kek bgtau CCC, nanti ai tolong publish address kat sini..kasi iklann..
Close up..lady bug shifa.. kalau beli kat kedai pun ada..tapi buat sendiri lagi best..boleh buat saiz ikut suka pastu boleh nak buat cemana pun kita nak..nak dia senyum ker, masam ker..
Lily flower.. pun diajar..dan teknik nak buat reben..ikat bunga2 tu.. nak letak atas kek pun boleh.
Ummi Aslina dgn hasilnya..tersenyum puas.. terima kasih As sbb keluarkan statement "tq yus..aku sgt2 berpuas hati attend kelas hang"...hehehehe statement As tu buatkan ai yg tired and letih ni jadi segar bugar, rasa mcm baru pas mandi dan buka posa bila dengar statement tu..alhamdulillahhhhhh...
Hasil tangan ummi Aslina..comel kan..baby yg tidor tu.. CCC akan ajar teknik nak buat cuppies guna teknik fondant dan soft fondant serta fresh krim serta ganache.. Dapat 5 resepi utk kelas ni.
Ida.. wlpn mula2 tertinggal bas..tapi sempat gak habiskan semua.. korang taw..dia ni memang curios sgt pasai apa yg dia belajar.. dia balik terus buat, tak dernya simpan skill tu lama2..bebaru ni dia practickan cupcake yg dia blajar masa kelas basic haritu..dia buat bunga ros byk2..memang cantik..improve.. ai suruh dia janji nak tunjukkan gambar cupppies yg dia buat kat rumah tu masa attend kelas.. ternyata, double thumbs up!
Hasil kerja tangan ida..cute bear yg dia buat tu..actually dia cuba nak buat pooh..tapi masa tu doh yg kaler kuning xder..so dia buat putih..alaaaaa apesall ler tak tanya cikgu.. doh kuning tu ada kat cikgu lerr.. anyway, sangat cute..tengok tu, baby isap puting tu..alaaa comelnyaaaa!!
Shifa, puas hati ngan hasil kerjanya.. kata Shifa.. "hrmm laenn la sket belajar teknik hiasan kali ni..seblum ni tak dak idea nak hias kek..balik2 tabur chocolate rice, hias ngan buah, krim..dah busan.". One thing kami satu kelas suka kat Shifa ni (me especially!) dia ni sangat2 expert pasai harga2 pasaran semasa bahan2 serta equipment2 kek ni. Dlm kelas, dia selalu jadi backup ai bila ai sebut tentang satu2 brg, shifa mesti taw harga benda tu kat luar berapa.. kebanyakkan benda dia taw rega.. i like u la shifa.. pas ni jadi tempat reference CCC utk rega brg2 lah yer..hehehe
Hasil Shifa..Bee dia siap ada honey lagi.. comell jer.. Ai gak ajar shifa cara nak buat memek muka baby nangis atas soft fondant.. alaa cuteeeenyeerrr..

Tengkeiuuu pada Ummi Aslina, Ida dan Shifa kerana join kelas CCC dari pagi sampai petang sabtu lepas.. seronok bersama u allz berkongsi cerita mcm2. Seperti biasa CCC harapkan semua student CCC tak lost contact taw.. sama2 kita link to each other.. bila2 nanti fan kita dah ramai, kita buat reunion..chewaahh bestnyaaa berangan..
So, jom aaaa korang semua join CCC..

Cupcake hantaran perkahwinan - imali & kama

RM35/box of 16 pcs
Tempahan diterima dari Khor Sin Yee utk sahabatnya yg akan melangsungkan perkahwinan, Kama & Imali. Khor tempah 2 set utk pihak lelaki dan pihak perempuan. Ni mesti kes kenal baik kedua2 pengantin ni..
RM35/box of 16 pcs
Tempahan dari Kama utk Imali.. dgn tema black + white + pink.
Tengkeiuuu for your orders.. hari tu Sin Yee dtg pick up cuppies dgn kengkawannya yg semuanya anak2 gadis..tersipu2 malu semuanya.. kawan2 Sin Yee semuanya melayu.. wahh harmoni betul ai tengok..

Kelas Private DIY: choc indulgence+choc ganache cake-Adibah Kelantan

Adibah.. sebelum ni ambik kelas basic deco cupcake..yg dtg dgn mak dia tempoh hari, sekali lagi daftar diri dgn CCC utk kelas private DIY (do it yourself) utk kek Choc indulgence dan kek Choc ganache. Sanggup dia balik dari Kelantan utk attend kelas ni.. Adibah cerita "kak yus taw tak..Adibah sampai accident2 punya nak balik belajar.." Sian Adibah, keta dia terlibat dlm kemalangan kecik kat Kelantan, malam sblm dia balik s.p tu. "kak yus jgn bgtau mak taw..nanti dia risau"..hehehe harap mak Adibah-maklong tak buka blog ai nih..ahaksz
Adibah ni pembuka lembaran ler kelas private-DIY yg pertama di CCC. Utk yg baru lagi dgn perkataan kelas private DIY, CCC nak ceritakan kali ni cemanaaa la rupanya kelas private DIY tu.
Ia merupakan kelas one to one..student ngan cekgu aja dlm satu seisi. student akan experience every single thingszz dlm pembikinan kek tu. Pelajar akan pegang sendiri semua equipment..timbang, bancuh, guna mixer, guna penimbang,guna oven..kira semua lahhh dia buat sendiri..pendek kata, sepanjang kelas tu kira mcm dia dah "sewa" kedai tu milik dia..buat aja apa suka. Cikgu just guide aja cemana nak buat. pastu pelajar akan buat sendiri semua..(tapi dont wori..korang buat kek ajer la..idak ler sampai kena cuci pinggan mangkok-kang korang suspend plaks-ahaks)
Bab seterusnya, teknik memotong setiap layer kek, agar kemas dan sama rata, sapuan krim, cara guna spatula dan hiasan ringkas..semua Adibah buat sendiri taw.. gambar kat atas ni, Adibah tengah buat kek Choc Indulgence- kasi tebal lagi fresh krim tu Dibah..baru sodapp!!
Ni plak Adibah tengah final touch kek choc ganache dia.. sesungguhnya, Adibah sangat gumbira dgn hasil dia buat haritu.. betul2 hasil tangan sendiri.. from A-Z..
Dah kebetulan skarang ni tengah org sambut hari Ibu, Adibah tulis selamat hari Ibu utk ibu tersyang yg akan disurprisekan kek ni nanti..
Anak penyayang..Adibah kata..satgi, abah dia kecik ati plak..so dia buat seksiap "selamat hari bapa" utk disurprisekan kat bapa nya balik rmh nanti.

Then Adibah pun bawak balik lahhh 2 bijik kek tu utk dijamu kat seisi family dia.. Esoknya, Adibah balik ler ke Kelantan.. sampai kul 5 pagi, siap2 terus pi keja..ish2 terharu tul Ai dgn kacekalan Adibah yg sanggup balik belajar ngan CCC sebegitu sekali..

*cemana Adibah? selamat tak kek2 tu wak balik Kelantan? - Adibah cerita, dia nak wak balik sikit kek2 yg dia buat tu utk kengkawan dia kat sana rasa.. ok, kengkawan kat Kelantan, boleh start order kek ni kat Adibah sekarang..

Harga kelas private DIY= RM150/receipy
*RM250 utk kek Choc indulgence+ Choc ganache

Sunday, May 15, 2011

Happy mothers day from UK-Tika

1kg heart shape mothers day cake- RM55
Tika yg tinggal nun di UK sana tempah online cake utk disurprisekan kpd mak dia sempena mothers day bebaru ni. Menurut Tika dia dah hampir 2 thn tak balik Mesia ni, so rindu sangat la kat kampung halaman especially mak dia. So sempena hari Ibu bebaru ni, Tika request CCC utk buat surprise delivery kerumah mak Tika kat S.P. Tika nak surprisekan mak dia dgn gambar baby Tika yang baru berusia 5 bulan tu kat atas kek. Selain tu Tika request i selit gambar kluarga kecik diorang kat sana.
Kek plak i just buat mcm ni..harap Tika suka ler.. lots n lots of rosses.. kat dlm dia plak kek jenis choc moist. Sori Tika i tak sempat emailkan kat u gambar kek pas hantar haritu..sebok sket(hehe)..hari ni baru ada masa nak update. jangan marah yer Tikaaa...
Nenek atau mak manaaa la yg tak terharu, terkejut, gembira bila anak cucu yg dah bertahun tak jumpa ..tiba2 disurprisekan ngan kek bergambar mcm ni..memang nampak mak Tika sukaaaa sangat masa terima kek ni.. Ramah mak Tika ni, siap ajak kami (me n budak2) singgah rumah dulu.. berbesar ati sungguh mak Tika ni (puan Kamariah). Lagi satu..mananya dia tak gumbira..tengok la gambar cucu dia si Thalia tu atas kek!.. commeeeeyyyylllllll sangat!!! Pandai Tika cari baju minniemouse kat Thalia. nasib baik tak pakai cekak yg ada telinga n ribons besar atas kepala aja..heehehhe

Ok Tika..tengkeiuuu for this order.. nanti raya bawak balik Thalia ke Mesia, mesti dia dah boleh jalan.. sure nenek dia super gumbiraa..

Thursday, May 12, 2011

Kelas Demo 4 kek terlarisss di Bzee bakery kini di CCC. WOW!!

RUSSIAN BLACK N WHITE
ITALIAN RAINBOW
SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE
RED VELVET
Sapa terliur hangkat tangannn!??.. Alhamdulillah..pejam celik, CCC dah beroperasi kat kedai dah 2 bulan dahh.. Koboi aja Ai buka kedai ni.. takdernya perasmian ka, fotun reben ka..jauh skali nak fotung keksz..ahaks.. Oleh itu, sempena majlis menepung tawar kedai CCC yg tak seberapa ni, CCC bekerja sama ngan my master sifu dari Bzee bakery (seremban 2) menganjurkan kelas kek continental berikut pada harga sepesel.. kalau u allz pi blajar kat dia kat Somban, rega kelas utk 4 kek diatas is RM180..(so org somban, mai blajar kat sini!) tapi demi adik tercinta.. dia kasi diskaun rm150. Jom join..

(tak cayer buka blog dia: http://bzeecake.blogspot.com )


Tarikh: Selasa, 7 Jun 2011

Masa: 11 pagi - 4 petang

Tempat: No 13A, Tingkat Atas,Jalan Pdg Temusu, Tmn Temusu, Sungai Petani

(keluar tol sp selatan jupa trafic light, terus sehingga simpang 4 Giant (ada trafic light), ambik kiri dan terus aja sampai nampak Toyota Showroom n Services (kiri). Kedai CCC berada di bangunan rumah kedai 2 tingkat slps toyota tu.-2 pintu sebelum Hotel Spring in)


Yuran - Special offer sempena pembukaan bakery Cuitcutecakes.blogspot.com - RM 150
(Harga asal - RM180)
Deposit: RM50

Jenis Kelas: Demo

Kelas: 4 jenis kek continental popular -
i RED VELVET
ii. RUSSIAN BLACK N WHITE
iii. SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE
iv. ITALIAN RAINBOW

NOTA: Sila bawa: Plasctic container untuk bawak balik sepotong kek setiap jenis
Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada Isnin, 6 Jun 2011.

Cara nak confirm kehadiran:

i. Bank in deposit RM50 ke dalam account Maybank
BZEE CAFE & BAKERY - 5051 76100 195

ii. Pastu - sms NAMA ANDA dan nyatakan KELAS KEK SUNGAI PETANI . No phone saya - 019 282 0053 (zalina yahaya)

* segala urusan pembayaran deposit dan confirmation kehadiran perlulah berurusan dgn Bzee bakery SAHAJA (sbb CCC uruskan bayaran balance aja- yg lebih byk..muahaha)
*anyway, kalau puan zalina tu bzee (seperti nama kedai dia) call tak dpt atau tak hangkat, boleh call CCC utk keterangan.

Anyway, kot sesapa yg dah tak tahan nengok keks2 ni dan nak order, tempahan boleh dibuat (aaaa tempah kat CCC ler..si Bzee Bakery tu tak ambik tempahan..dia tu sifu jer). Senang cerita, pukul rata punya rega, RM80 sebijik (slalu kena marah ngan sifu..dah blajar 10 kali tapi tak pernah buat.. bak kata sifu ku " balik gulung2 kertas resepi ni, buat tukun!" ni nak proven kat sifu la nih)
* harga promosi..pas ni rega len!

Wednesday, May 11, 2011

Kek Bob Sepan Seluar Kotak Baldu Merah-Shah

Muahahahaha..best kan tajuk kek diatas? Omputeh kata "Sponge Bob square pants-red velvet cake". Tempahan dari Shah.. dah jadi regular customer dahh Shah ni..Dari CCC beroperasi kat rumah hingga lah kini..tengkeiu3! Kali ni Shah tempah kek "save bangat" kata dia..
Kenapa save bangat? sebab nak raikan 3 generasi skali gus. Birthday utk anak Shah ni..rajin nor dia dok surprise anak, wife n mak dia ngan tempahan2 kek kat CCC setiap kali celebration ulang tahun diorang..Tak pernah lupa tarikh2 penting org tersayang dlm idup dia..
I pun buat lah kek sponge bob yg Shah mintak ni.. dia nak kek jenis red velvet (which is my favorite!!).. So, i mmg purposely buat adunan kasi lebih..utk diri sendiri menikmati red velvet kesokaan ku itu tatkala sodah penatt mendeco kelak.. , adunan yg lebih tu, i pun bakar ler dlm paper cup-cupcake red velvet..Then, masa nak deco, i rasa mcm cacat plak kalau tulis wishing notes atas perut atau pipi sponge bob. maka..dgn sedihnya, i pun mengkorbankan cupcake ku itu untok si Bob sepan seluar kotak ni pegang..so boleh tulis wish atas cupcake tu.. idak ler cacat kek tu.hehe (sedih ak cerita ni?-sedih la-sedih la..sedih nih)

RM190- 2kg red velvet with sponge bob theme
Nasib baik bahagian seluar sponge bob tu mmg dah plan awai, bakar asing utk seluar dia..kalau tidak, terkorban lagi lah cupcake velvet utk diri ku itu.. (heheh sebenarnya cupcake red velvet utk diri sendiri tu bakar lebih.. lebih 4 ketui..saja jer buat cerita sedih kat atas..tetiba mlm tu rasa tamak plaksz-ahaksz)
Atas ehsan Shah, CCC soh dia kirimkan gambar wife, mak tok dan anak dia potong kek.. Tapi Shah kata gambar ni aja yg sesuai..(hehehe- yg len sensored kata dia). tengkeiuuuu bebanyakkk la shahh.. so ini dia utk u allz..introducing: org rumah shah dan anak daranya.. (bila nak bawak kenal ni?)
email shah the next day:
TQ for the cute sponge bobcake...very nice n yummie...sedap sangat hehehe...
Korang nampak kan..sponge bob yg i deco tu dgn sengaja i buat sponge bob tu terlentuk liuk..means bentuk dia bukan betul2 square..(saja nak kasi effect sponge bob tu lebih nampak idup)..so apakah maksudnya!??: ................

Ia membawa maksud, kek tu telah di alter dan ini memberi makna..ada lebihan2 hasil alter tersebut.. so apakah maksud tersirat seterusnya yg anda paham? ......???...???

muahahahahaha (ko ambik cupcake aku..aku ambik balik bahagian aku..muahahahah-jahatnya akuu..jahatnya akuuu..lalalalala..nyum-nyum-nyum..sukaanyaa!!)


*shah..jgn marah haa..guraw2..! tengkeiuuu very much shah!