Monday, May 16, 2011

Kelas Cupcake deco (Advance)-Aslina, Shifa, Ida

Sabtu bebaru ni, 3 pelajar join kelas advance deco cupcake kat CCC. Kelas kali ni penuh dgn warna warni dan benda2 yg 'cute'. Aslina ni kira student senior yg pernah attend kelas basic deco dulu, Ida plak pernah attend kelas basic deco last week dan Shifa plak baru 1st time join. Diorg semua ni memang gumbiraaa sangat sepanjang kelas sbb kelas kali ni mcm main2 playdoh gituu..

Antara yg diajar.. buat figurine yg bewarna warni dgn pelbagai character yg cute2. Pelajar2 ni tak habih2 dok sebut yg diorg tak percaya yg diorg dah boleh buat semua ni.. amazing..kata depa.. selama ni dok tengok dlm blog org atau dlm buku aja.. tak sangka plak hari ni dapat buat sendiri.. hehehehe tahniahhhh dari CCC.. sapa pun kalau dtg belajar mesti boleh buat punya!!!
*tengok tu..penuh nota Ummi Aslina catit sepanjang kelas..all the tips, teknik, kaedah, steps, petua.. gud-gud gud!

Aslina.. tekun siapkan polar bear dia.. dia suka sebut "tak sabaqnyaaaa nak buat lagi dan lagi..dan tak sabaqnyaaa nak wak balik tunjuk kat budak2 kat rumah" Seperti yg diceritakan sblm ni, Aslina ni atau nama glamor dia dlm blog UMMI..sangat pandai memasak dan tgh mengexplore bidang bakery plaks. blog dia http://cintakasihummi.blogspot.com sgt sweet dan dia jgk ambik tempahan. jemput buka blog dia.
Shifa.. pensyarah kat IKM sungai petani. Back ground engineering pun pandai selok belok seni ni.. dia mmg tgh buat bisness cake ni secara part time.. tgh mendalami lagi bidang ni dgn lebih mendalam. Sapa nak order kek lapis cari Shifa boleh cari dia dlm fb.. dia blom buat blog tapi gambar2 kek dia ada dlm fb (Noraida Washifa Ahmad) so sesapa nak tengok kek lapis dia add ler nama tu dlm fb yer..
Ida.. kerja kat MPSP..bhgn akaun. dah jemu tengok duit kot..nak tengok kek plak.. ida ni, kerja dia teliti dan kemas. (hehehe- sbb tu dia tertinggal bas sket dari yg lain-ahaksz). Tabik spring kat dia ni.. baru aja join kelas basic last week, terus sambung kelas advance minggu ni.. kira pas kelas ni Ida dah graduate ler bab cupcakes ni.. so org2 MPSP boleh cari Ida kalau nak tempah cupcakes yg cun2.. Ida, kalau dah buat blog atau fb pasal kek bgtau CCC, nanti ai tolong publish address kat sini..kasi iklann..
Close up..lady bug shifa.. kalau beli kat kedai pun ada..tapi buat sendiri lagi best..boleh buat saiz ikut suka pastu boleh nak buat cemana pun kita nak..nak dia senyum ker, masam ker..
Lily flower.. pun diajar..dan teknik nak buat reben..ikat bunga2 tu.. nak letak atas kek pun boleh.
Ummi Aslina dgn hasilnya..tersenyum puas.. terima kasih As sbb keluarkan statement "tq yus..aku sgt2 berpuas hati attend kelas hang"...hehehehe statement As tu buatkan ai yg tired and letih ni jadi segar bugar, rasa mcm baru pas mandi dan buka posa bila dengar statement tu..alhamdulillahhhhhh...
Hasil tangan ummi Aslina..comel kan..baby yg tidor tu.. CCC akan ajar teknik nak buat cuppies guna teknik fondant dan soft fondant serta fresh krim serta ganache.. Dapat 5 resepi utk kelas ni.
Ida.. wlpn mula2 tertinggal bas..tapi sempat gak habiskan semua.. korang taw..dia ni memang curios sgt pasai apa yg dia belajar.. dia balik terus buat, tak dernya simpan skill tu lama2..bebaru ni dia practickan cupcake yg dia blajar masa kelas basic haritu..dia buat bunga ros byk2..memang cantik..improve.. ai suruh dia janji nak tunjukkan gambar cupppies yg dia buat kat rumah tu masa attend kelas.. ternyata, double thumbs up!
Hasil kerja tangan ida..cute bear yg dia buat tu..actually dia cuba nak buat pooh..tapi masa tu doh yg kaler kuning xder..so dia buat putih..alaaaaa apesall ler tak tanya cikgu.. doh kuning tu ada kat cikgu lerr.. anyway, sangat cute..tengok tu, baby isap puting tu..alaaa comelnyaaaa!!
Shifa, puas hati ngan hasil kerjanya.. kata Shifa.. "hrmm laenn la sket belajar teknik hiasan kali ni..seblum ni tak dak idea nak hias kek..balik2 tabur chocolate rice, hias ngan buah, krim..dah busan.". One thing kami satu kelas suka kat Shifa ni (me especially!) dia ni sangat2 expert pasai harga2 pasaran semasa bahan2 serta equipment2 kek ni. Dlm kelas, dia selalu jadi backup ai bila ai sebut tentang satu2 brg, shifa mesti taw harga benda tu kat luar berapa.. kebanyakkan benda dia taw rega.. i like u la shifa.. pas ni jadi tempat reference CCC utk rega brg2 lah yer..hehehe
Hasil Shifa..Bee dia siap ada honey lagi.. comell jer.. Ai gak ajar shifa cara nak buat memek muka baby nangis atas soft fondant.. alaa cuteeeenyeerrr..

Tengkeiuuu pada Ummi Aslina, Ida dan Shifa kerana join kelas CCC dari pagi sampai petang sabtu lepas.. seronok bersama u allz berkongsi cerita mcm2. Seperti biasa CCC harapkan semua student CCC tak lost contact taw.. sama2 kita link to each other.. bila2 nanti fan kita dah ramai, kita buat reunion..chewaahh bestnyaaa berangan..
So, jom aaaa korang semua join CCC..

No comments:

Post a Comment