Sunday, May 1, 2011

Usia bukan penghalang..jom join kelas CCC-pasti boleh!

Semalam, Sabtu 30 April, CCC dikunjungi oleh 2 anak beranak utk belajar di kelas basic cupcake deco. Sepatutnya kelas hari ni 3 org..CCC dah pun siapkan bhn, tempat, kek serta makan tengahari utk 3 org. Tup2 pelajar yg ketiga tak dpt hadirkan diri. So berdua ajer lah kelas semalam. Gambar yg diatas ni Adibah, cun, sweet dan lembutt orgnya. dia balik bercuti dari Kelantan. kerja kat LHDN kelantan. cuti hari pekerja, dia balik ajak mak dia dtg belajar cupcake deco kat CCC..
Ni ler makcik yg sporting habih.. membahasakan diri dia 'mak long'. Usia bukan penghalang utk belajar.. kiranya mak long ni catat rekod ler pelajar CCC yg paling senior stakat ni.Dah dekat 60 dah mak long ni, anak 10 org!..(waa meriahh tue!) Mak long kata dia tak pernah buat cupcake. sesaja teringin nak cuba sambil temankan anaknya Adibah yg sukaaa dan minat serta dah lamaaa dah dok aim nak dtg belajar.
Mak long cerita dia dan family ada buat bisness kenduri kendara..so, sesapa nak tempah khemah, catering dan homestay pun ada, boleh cari maklong ni.. rumah dia kat taman ria (alamak, kad maklong tertinggal kat kedai ler-nanti CCC update number hp maklong). Maklong petua, kalau pi tmn ria, rumah corner lot ada byk motor vespa (pak long's hobby), ada lory, khemah, bersebelahan homestay, tu lah rumah maklong. So, pas mak long dtg belajar cupcake ni, Maklong dan Adibah boleh ambik tender tempahan hantaran pengantin terus...waaaa kira one stop centre lah pas nanti.. gud-gud-gud!
Mak Long tengah memasukkan hasil kerja tgn dia kedlm box.. Cute aja dua branak ni dok bergaduh2 manja bila masing2 tak nak ngaku design yg diorg buat tu tiru each other..hehehe
Antara yg dipelajari..
Adibahhhh..sori... silap plak ambik gambar cuppies Adibah skeping aja.. gambar ni tak menjadi ler.. blurr..soriiiii..... (tapi nak tunjuk gak!)
Hasil kerjatangan maklong.. Seperti yg diberitahu tadi, usia bukan penghalang.. so korang yg muda belia diluar sana... kalau maklong yg dah nak menjangkau 60 thn dan tak der basic buat cupcake langsung boleh beri hasil sebegini selepas attend class.. apatah lagi korang yg moda2 yang mata terang, sihat sejahtera dan bertenaga tu.. (chabaran tuh-chabaran!-hehe)
CCC tumpang bangga ngan hasil dua branak yg cute ni.. Tak sabar maklong dan Adibah nak bwk balik jamu org2 kat rumah hasil kerjatangan mereka. Maklong n Adibah cerita, anak2 cucu maklong gelak sampai tergolek2 bila awal2 pagi lagi maklong dan adibah siap2 nak keluar pergi kelas.. nahhh mesti diorg ternganga bila nenek diorg boleh buat cupcake clown, ben10,Barbie, ladybug, rose, rose bud, dragonfly, rumput, swirl besar, swirl kecik, rumput, daun dan monga2 kicik tuh..hehehehe..iduppp mak long..sejahtera Adibahhh... tq-tq-tq tq..

***dah jumpa kad maklong-Perkhidmatan lori sewa,canopy,catering dan homestay..***
zainol: 019-4447504
Salmiah: 019-5700954 (mak long)
Abd Razak : 017-4398739
2895 lorong 24, taman Ria, 08000 SP Kedah

No comments:

Post a Comment