Tuesday, May 31, 2011

Kelas Private DIY: kiwi Slice+indulgence choc= Afida

Afida, sebelum ni pernah join CCC utk kelas hands on cupcake basic deco, kali ni melangkah setapak lagi join CCC mempelajari kek favorite dia: choc indulgence. Afida juga ambik satu lagi subject tambahan (acheewahh mcm ambik SPM plak) iaitu kek slice kiwi.
Kelas DIY: Do It Yourself; so semua Fida buat sendiri.. mula2 guna mixer buat kek.. pas kek masak, Fida layer dulu ngan kiwi..
Hehehe..then cikgu ajar fida cara nak guna 'sikat' supaya kek jadi cantik..ada mcm 'wall paper' gituu..hehe. ada teknik taw.. bukan suka suki sikatt jer.. tersalah sikat terkeluar kulit kepala..
Fida ni kretif..dia cipta design dia sendiri. dia nak buat ribons.. comey2 jek..
Pas abih buat slice kek fida buat choc indulgence kek plaks.. tengok tu, fida tengah tarok krim.. ni pun ada teknik.. apa, korang henggat main tampalll jer?? oh tidakk..mai sini cikgu nak tunjuk ajar..
Final touch. boh la renda2 skit, hiasan basic/ asas.. cikgu ajar hias kek ni FREE wlpn ada kelas khas utk teknik hiasan kek..
Fida gumbira tidak terkiraaa tatkala habih menghias..dia tak percaya dia boleh buat akhirnya kek indulgence yg dia slalu pi beli kat kedai kek terkemuka tu.. nah nko..hambik..sebijik!..besar lagi!
Hasil air tgn Fida hari tersebut.. so Afida, dah boleh ambik tempahan..so sapa nak kek slice atau Indulgence boleh tempah kat Afida. Afida ni dok somewhere area2 kedai ai ni jer..
Kelas mula on 9.30 am. siap semua dlm 2.30 p.m
Teknik memotong supaya kek nampak cantik dan kemas juga diajar.. see... cantik kan, fida potong? standard kek kat kedai gituu..dah taw cara nak potong kek utk dpt potongan tepat, kemas dan cantik mcm tu, senang ler.. xder alat khas pun..teknik yg betul aja. so sapa nak taw, kena dtg bertapa ngan ai muahaahahaha (gelak sokrang tok guru berjanggut!)

*Kelas DIY private yg Afida ambil ni berharga RM270
(RM150-kelas indulgence, RM120 kelas slice kek)

tengkeiuuu Afida..nanti kita crita n sembang2 lagi yer.. ni kalau nak pencen pun boleh dah..sbb dah pandai buat kek)
(fida dok bgtau kat ai dia dah bosan kerja..nak pencen..hehe)

Monday, May 30, 2011

fondant cupcake- rina

Fondant cupcake= rm65/box
Rina buat tempahan lagi. Kali ni sbagai hadiah hantaran bg majlis perkahwinan Azilah & Azhar. Nak bawak ke Perak katanya cupcake ni. Tema pilihan putih biru yg penuh dgn bunga2..semuanya fondant.. insyaallah, kalau kek fondant base, confirm tahan lasak..

Berbesar hati plak rasanya, hari Rina dtg pick up kek tu, dia bawak skali mak n abah dia ke kedai.. actually ai dah pernah jumpa mak abah rina ni ..ni cerita dulu laa, masa rina mula2 tempah kat CCC minta ai buat delivery cupcake smpena birthday mak dia..alaaa yg ai salah delivery date tu..pi hantar awal sehari tuu..hehehe sampai sekarang malu kat rina, mak dan abah rina-hehehe. ok rina, tengkeiuuu..

slice cake lagi- Ina satay

Ina satay.. pernah order berkali2 dah kat CCC. Sebelum ni pun dia pernah order slice cake.. 2 kotak. Kali ni pun 2 kotak gaks..
Kali ni ina tempah utk di jamu kepada tetamu2 yg hadir kat kenduri diorg (kalau tak silap adik dia ada buat kenduri-sorry ina kalau salah..).
stoberi slice and kiwi slice.. saja ler buat bentuk daun plak perisa kiwi tu.. design sebelum ni mcm lambang sebuah parti Politik kat Mesia ni..kang sensitif plaks..ahaks-
RM28/box-strawberry slice cake
Ina satay tak nak design stoberi, tapi dia nak lots n lots n lots of cinta-cinta-cintaaa gituu..

RM28/box-kiwi slice cake
So, dont confuse taw..bukan rasa daun taw.. rasa kiwi. kang salah paham plaks.. anyway bhgn kek yg kaler ijaw tu i letak ler stitik perisa yg memberi kombinasi ngam dgn perisa kiwi..(ish perisa apa tu!?)
Tengkeiuu Ina.. walaupun sibuk 'berlari' kesana kemari, sempat lagi dtg ambik kat sp ni..wlpn ambik masa about stengah jam nak sampai CCC dari tepat ina. Tengkeiuu3 inaa..

Sunday, May 29, 2011

CCC jual keta plak..

Asyik buat kekkk jer kan.. kali ni CCC buat bisness keta plaks..hehe. Tempahan kali ni dtg dari Puan Zue dari Myhappycuppies.blogspot.com. Puan Zue tempah 10 buah keta kat CCC. kaya-kaya-kaya!!
Diatas tempahan tersebut maka CCC pun menyeply lah kepadanya kereta2 yg diingini oleh puan Zue. Puan Zue hanya dtg bersama anak2nya yg kecik2 utk mengambil kesemua kereta tersebut. walaupun 10 buah kereta, tetapi puan Zue, dgn mudahnya membawa kereta2 ini pulang tanpa meminta pihak CCC membuat penghantaran melalui highway ataupun menggunakan khidmat kontena. memang super lady betul puan Zue ni!
Pandangan kereta2 yang diparking sementara menunggu Puan Zue datang. Lupa plak nak cerita, selain kereta, puan Zue gak nak i supply seksiap drebar2 kereta tersebut.. tengok tu, para pemandu kereta yg berhelmet tersebut ada yang dah tertidor atau tunduk malu apabila lensa camera mengambil gambar mereka.

* dasyat puan Zue ni..dengar kata pas ni dia nak order beberapa backhoe plak kat CCC. terima kasih kerana menempah kereta buatan syarikat CCC-
-CCC..syarikat automobil anda- yeahh!

Saturday, May 28, 2011

love shapes red velvet to hubby

Kek ni disiapkan dlm tempoh 2 jam..hehe konon2 nak buat surprise, last2 tengok tu..herot n senget n tak senonoh.. pakai ajaa apa ada utk decorate.. asalkan boleh siapkan cepat sbb curi2 buat kek ni tak nak hubby tahu..
moment yg paling diorg suka..tiup lilin n potong kek..makann..hrmmm ada ler sikit.. budak2 ni dah busan..tapi yg peliknya, diorg ni suka betul kat kek2 yg ai buat kat org..kalau ada kek org yg ai alter, siap berebut2 lagi. kapi kalau buat sebijik kat diorang... tak nak plak makan..
So as solution, kalau nak bg diorg makan, lepas buat kek, kena cincang2 bg effect mcm serbuk atau serdak kek then kata kek tu bekas mama alter kek org..hmmm baruuu diorg makan..pelik ak? ishhh anakk sapaaa la tue!?
Ok Hubby, Happy birthday..semoga bertambah suksess dlm segala2nyaa.. aminnn... n thanks for everythingggzz...
Red velvet= RM80/resepi

*actually gambat red velvet kat atas ni bukan saiz sebenar per resepi.. saiz sebenarbesar/tinggi sket.. ni ni separuh receipy jer..ye la.kalau buat besar2 pun budak2 ni bukan nak makan.. nak kena cincang2 dulu jadi habuk baru diorang nak..hehe

Thursday, May 26, 2011

indulgence cake.. shah

Lately kita dikejutkan isu haram halal kek indulgence dari sebuah kedai kek terkemuka.. jap2 kata halal jap2 kata ada benda haram.. hrmmm nak selamat..toksah beli dulu..muahahaha..
Abih tu kalau teringin gak nak makan choc indulgence cake cemana yek? heheheh sendiri mo pikir.. Shah ni regular customer i yg antara ribuan peminat kek kat kedai kek terkemuka tu..dia pun dah beralih arah.. bebaru ni, setelah bebrapa kali tempah kat CCC Shah bawa wife dia yg tgh sarat ngandung anak ke2 ke kedai CCC utk pick up indulgence cake ni bersama puteri tunggal diorg (yg dulu shah tempah sponge bob velvet cake tu-utk sicomel tu la..), kali ni utk adik Shah plak.. rajin tul family Shah ni sambut birthday..best kan!!?
Kek indulgence kali ni sesaja tak der qojer..buat design ala2 rambu rambaa gitu..sebenarnya design choc indulgence tak mcm tu.. sajaa. jer gatal tgn nak test.. konon2 nak bg lain sket design dari kedai kek famous yg tengah dipertikaikan halal haram tu..
Tadi Shah hantar sms..simple aja sms dia.. dia suruh ai buka kedai kek terus.. senang dia n wife nak dtg walk in terus bila2 masa nak.. muahahahaha suka2 hati ko jer shah!..hah dah suka tuh apa lagi.. ajak wife skali daftar diri masuk kelas private DIY..kot pas ni tak larat nak makan dah kott..hehe ok shah, wife.. n their cute little princess; tengkeiuuu so much!!

Kali ni Shah order kek ni per resepi..~ 1.6 kg..nampak kecik pasal kek ni tinggi..really2 english style. so rega utk per receipy is RM80 (percake)

selamat hari ibu lagi..hehe

RM45/box
Selain kek vanila buttercream 2 kg tu, Syaqirah juga tempah sekotak cuppies "selamat Hari Ibu"..Lupa plak nak tanya dia nak bg kat sapa..maybe somebody dlm mensyuarat tu kot..
Ok Syaqirah..tengkeiuuu2 for your orders..Utk pengetahuan korang, syaqirah ni pelanggan setia bukan aja kek..malah, kelas ccc pun dia setia gak.. pas ni dia nak attend kelas demo my sister kat CCC plak..tu la org kan..wlpn sibuk cemana pun, kalau dah minat tu minat gak..walhal dia bukan ada masa pun nak buat kek2 nih..tapi dia tetap nak mai belajar..heran kann..wa tabik spring sama lu la Qirahh!! tengkeiuuzzz!

Wednesday, May 25, 2011

belated mothers day-syaqirah

Vanila sponge cake;RM85/2kg
Syaqirah tempah lagi!! kali ni tempahan dibuat sempena mesyuarat bahagian yg diketuainya (Puteri UMNO Merbok), bertempat di Cinta Sayang Club House. Syaqirah kata..buat pi lah cemana pun..ikut suka..tapi nak kek tu kek sponge vanila dgn normal buttercream. Sebenarnya utk pengetahuan korang.. tempahan customer yg serah bulat2 idea kek kat kita memanggg la sosah..hehe..ye la, nak kena pikir design cemana, kaler apa, bagaimana, siapa, apa, dimana..ahaks
Masa dok boring2 memikirkan design utk kek syaqirah ni, tetiba depan mata adalah ternampak tong sampah ni. hmmm gud idea..tapi takkan nak buat kaler merah ang2 mcm tu plak kan.. bersesuaian dgn tujuan syaqirah nak meraikan ibu2 yg menghadiri mesyuarat tu, so i tune sket ler kalernya.. kasi soft gituu
*tengkeiuuu tong sampah, for the inspiration.
Kek Sponge ni beratnya 2 kg. kalau dah nama kek sponge, memang besar ler saiznya.. Pagi hari mesyuarat tu baru Syaqirah berkesempatan nak dtg ambik sbb dia sibuk n tak sehat..Ok syaqirahh tengkeiuu again..n get well soon..

nak buat kek utk wedding pun sesuai.. so sesapa nak kek kawin budget tapi nampak glamer, boleh tempah kek gini.. tambah 2 3 tingkat dah nampak debomm.. (inikan plaks 5 6 tengkatt!-mesti gebaarbomm!!)

Tuesday, May 24, 2011

cuppies from puteri umno negeri Kedah

16 pcs/box+box deco=RM45
25pcs/box + extra box deco= RM65
Bebaru ni, di Yan Kedah, Muna yang mewakili Puteri Umno Jerai tempah beberapa kotak cuppies kat CCC sempena anjuran majlis sambutan Hari Jururawat.
Tetamu kehormat yg dijemput utk perasmian majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kesihatan merangkap ketua Puteri UMNO Malaysia; Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Muna request yg simple aja..anything..sama pun xper..asalkan i mau buat sbb masa dah suntuk.
Muna buat tempahan agak mengejut..dia call pagi, dah around 11 am lebih dan nak kesemua cuppies ni petang..sbb majlis tu berlangsung keesokkan paginya, means kesemua cuppies kena ada kat Yan awal pepagi esoknya.. So u allz bayangkan lahh cemana i jadi kartun hari tu..hehe.. Memula refuse gak to received the order.. tapi... kugagahkan juga sbb teringat pujuk rayu Muna yg pernah jadi customer ai sebelum ni..(dan gambar agong yg bakal diperolehi-kehkehkeh)

Setelah dipujuk rayu oleh Muna..maka i pun cayer..so i pun siapkan lah jugak tempahan yg dia nak ni on time.. selamatt..nasib baik sempat..dgn pesanan, pas ni kalau nak tempah, kena tempah awal2.. nasib baik haritu sempat curi2 time dan bhn semua ada.. alhamdulillah, segalanya settle..(walhal pas Muna call dah nak tengahari tu, ai baru jer kuarkan butter yg keras kong dari peti sejuk..lari pi hantar anak sekolah, balik sediakan lunch, ambik sekolah,..hehe sebenarnya i pun terkejut boleh siap semua nih!!-ahaks)
Haa..yg ni menurut Muna utk dihadiahkan kpd Datuk Rosnah Bt Abdul Rashid Shirlin.. harap2 datuk sukaa la cupcake saya yg menyebabkan saya jadik kartun haritu.

Yang lain2 ni plak kata mona nak bagi kat Pengarah Kesihatan, Pihak Hospital n Ketua Jururawat. Ok Muna.. tengkeiu2 so much yer..pas ni boleh order lagi kat CCC tapi bg notis awal sket yer..

Tengkeiuuu Munaaa...

Monday, May 23, 2011

choc slice + strawberry slice= yanie

Yani, gadis yg memiliki senyuman sweet sangat.. tempah lagi kat CCC. Kali ni Yani tempah 2 jenis slice cake utk majlis bacaan Yasin kat rumah untie dia. Sebagai pemanis bicara, pesyedap rasa dan penyeri masa (cheewahh!!),Yani bawak la 2 box slice cake ni utk tetamu yg hadir..
Alhamdulillahhh..sekali lagi dpt pujian dari Yani.. semua sukaaa sangat kek slice tu.. maka sekali lagi kekembangan idongku tak dapat dikawal dan dibendong lagi..-muahahahaha..(ish jahatnya gelak!)
alhamdulillahhh dan tengkeiuuu kat semua. lately, ramai plak yg suka slice cake. Selain slice coklat yg ditunjukkan tadi, ni ha, slice strawbery pun Yani order. setiap kotak ada 36 slice yg dipotong kecik2.. so dah dua kotak semua ada 72 sweet n cute slice.. sesoai sgt utk kenduri ramai2 mcm tu..
Strawbery slice: RM 28/box
Chocolate slice: RM32/box

tengkeiuuu skali lagi kpd Yani yg tak henti2 memberi sokongan kat CCC.. Yani siap request srh ai buka kedai kek lagi! oh tidakkkk... korang semua doa2 lah yer... semoga impian jadi kenyataan. makasehhh kerana memberi sokongan.. semoga u allz dirahmati, diberkati dan dilindungiNya. Amiiieennnn...

*hey! pesal byk sgt gmbr slice choc nih!?
-bagi chance la kat dia..1st time di introduce.. stoberi slice tu dah kerapp dah interframe!

Sunday, May 22, 2011

Kelas Private DIY: Strawberry Slice+basic cupcake= Ninie

Kelas DIY bebaru ni di attend oleh sorang cikgu tusyen yg mengajar subject Sains kat Taman Ria. Ninie request kek slice dan basic cupcake. Walaupun kat CCC ada kelas deco cupcake, tapi ninie tetp nak ambik kelas private DIY. Sbbnya, dlm kelas ni, ninie experience sendiri buat dan bakar 2 jenis cuppies (vanila n choc) dan terus menghias. Ninie nak experience sendiri cemana nak buat cupcake from zero..to final.
Dimulakan dgn kek slice stoberi.. ninie buat semua tu sendiri. dlm gambar kat atas ni plak gambar bgmana ninie diajar teknik memindahkan kek..so kek jadi 'selamat' tak pecah, tak patah.. and parking di tempat yg tepat..ahaks..ada caranyaaa..
Pastu ninie hias plak slice kek tu one by one. semua ninie buat sendiri..tapi, ai ada gak tolong nak bg cepat siap..hehe tolong boh 'kaler' kat stoberi tu..
Pastu ninie buat adunan cupcakes choc n vanila plaks.. kuat tul ninie ni..risau ai..sbb dia tgh pregnant 5 bulan. tapi mcm tak perasan plak perut dia.. berulang2 kali ai suruh ninie take a sit..jgn berdiri lama.. udah ler kena ulang alik ke dapor nak tunjukkan cara guna oven dsbnya.. risau2.. tapi sememangnya ninie ni tabah dan kuat..cool aja org nya..
Pas kek dah masak, masa utk menghias kek plaks.. still berdiri..tak nak duduk kata dia..tak sedap buat qojer..hehe..(so biar cekgu aja yg dodok..hehe)
Walaupun kata ninie, basic dia zero dlm hal2 kek n cupcake ni, tapi alhamdulillah, tahap pick up dia bermagnitud tinggi..hehe..so cekgu pun terasa amatlah gumbiraaa... lalala..lalal hmm lalal..lala luullalhmmlala
hias lagi..teknik piping jelly plaks
So inilah hasil kelas Private DIY bersama Ninie yg comeyl tu.. kat sebelah chatbox ni, ninie ada cerita semua org kat rumah sukaa hasil tangan yg ninie wak balik ni..tapi katanya :"ada kejadian yg menimpa slice cake"..suspen akak dengar dik..aper tu? cher citer..cher citer..citer ler kat post/comment dibwh ni.. boleh syer sesama.. nak gak tahu..
ok Ninie, tengkeiuuu very much..sblm balik, ninie sempat tanya bila kelas advance plak? hehehe boleh dikk..cukup worang kalu..kita on saja.. (at least 3/hands on class)

DIY ninie (slice+cupcake basic with deco)= rm300/person